HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, June 12, 2009

KITA BERSAUDARA



Dalam meneruskan usaha dakwah dan Islah ini kita, ada ketikanya tidak perlu terlalu su’u zhon kepada mereka-mereka yang belum Islam. Golongan ini belum Islam tetapi pada masa yang sama mereka tidak menentang Islam kerana jiwa murni mereka ada ketikanya boleh digunakan dalam membantu umat islam dan dai’e yang menggerakkan dakwah untuk kepentingan Islam itu sendiri.




Dengan menerima hakikat bahawa penciptaan manusia oleh ALLAH daripada keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa, kemudian dijadikan berbilang bangsa dan suku untuk saling kenal mengenal.(Al Hujurat-13)



Dengan ini DMPBK telah mengambil kesempatan bagi menziarahi seorang keluarga yang beragama budha , yang telah kematian ibu yang tersayang.

Tuesday, June 9, 2009

MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT



"Menyemarak Kemenangan ,Menyatu Rakyat" ,itulah tema pilihan bagi Muktamar Muslimat PAS buat kali ke49 ini.Tema yang bertepatan bagi mengorak langkah dalam memastikan kemenangan akan tetap menjadi hak kita. Namun kemenangan yang mutlak ialah apabila kita dapat menyatukan hati-hati kita untuk menambahkan Kemenyemarakan Kemenangan sekaligus Menyatupadu Rakyat.



Muktamar yang julung-julung kalinya diadakan diDewan Bankuet Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) diShah Alam, mampu membuka semangat bagi para perwakilan kerana pastinya mengukir sejarah apabila selama ini dimonopoli oleh UMNO-BN selama 50 tahun.



Seramai 17 perwakilan dari DMPNMelaka telah bersama-sama dalam muktamar ini bagi sama-sama mencapai apa yang tersirat dan tersurat. Bagi sama-sama menggarap erti perjuangan. Meskipun banyak perkara yang perlu ditempuh namun itu hanyalah asam garam perjuangan.


Sekalung Tahniah buat pimpinan baru yang telah dilantik.Menjayakan Kemenangan itu sendiri adalah jauh lebih sukar dari memburu kemenangan.Apatah lagi untuk menyemarakkan kemenangan. Ia memerlukan kekuatan dalaman dan luaran yang benar-benar mantap bagi menghadapi segala tribulasi serta mehnah perjuangan.
Memang ramai orang yang mampu berkata-kata namun sedikit sahaja yang mampu berjihad dijalanNYA.



Terdapat 3 usul yang telah diterima dari DMPNMelaka walaubagaimana pun hanya satu usul saja yang telah dibahaskan.
Puan Hawa Yakub telah membacakan usul yang mengesa Institusi kehakiman di Malaysia agar kembali menghayati prinsip pengasingan kuasa , tidak tunduk kepada sebarang arahan , tekanan, ancaman, ugutan mahupun ganjaran material yang dotawarkan dari pihak eksekutif dalam usaha mengembalikan institusi yang mulia ini sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas, adil, bersih dan berintegriti.




Mengesa institusi kehakiman agar bangkit dan mengambil tindakan drastik yang berani, berlandaskan undang-undang dan perlembagaan serta prinsip-prinsip keadilan sejagat dengan mengenepikan kepentingan peribadi dalam memulihkan imej dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia sebagai sebuah badan yang benar-benar layak memegang tampuk keadilan bebas dan berintegriti dimata dunia.


Mengesa PAS Pusat untuk membuat kenyataan terbuka , mengesa para hakim yang beragama islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar , membela mereka yang teraniaya dan menghukum mereka yang bersalah, mengingati tawaran-tawaran syurga dan kemuliaan yang dijanjikan oleh ALLAH kepada para hakim yang adil dan takut kepada amara-amaran keras , balasan neraka dan kehinaan yang dijanjikan ALLAH untuk para hakim yang zalim.





Dan akhirnya,
Walaupun siapa pun yang telah dilantik, maka tergalaslah amanah yang mesti dipikul kerana ini merupakan satu tanggungjawab bagi setiap Khalifah diatas muka bumi ini.
Pemimpin silih berganti kerana ianya adalah seni.Bukan nama yang dicari, bukan jawatan yang dikejari sebaliknya burulah keredhaan Illahi.





Walaubagaimanapun seorang pengerusi majlis perlulah bijak dalam mengendalikan majlis kerana bukan saja ianya dapat mengawal keadaan malah dapat menceriakan suasana juga sudah semestinya dapat memberikan satu kepuasaan bagi para hadirin. InsyaALLAH

Monday, June 1, 2009

MENGAPA TERUS MENZALIMI???




Mengapa mesti menzalimi seorang ibu yang telah dirampas anaknya tahun demi tahun?. .Mengapa mesti menzalimi seorang isteri yang telah dirampas suaminya makan tahun? . Mengapa mesti menzalimi seorang anak yang telah dicabut kasihsayangnya dari bapanya bertahun-tahun.?

Adakah mereka perompak? Adakah kah mereka pembunuh? Adakah mereka perogol? Adakah mereka peletup?

Dimanakah kesalahan mereka .? Apakah kesalahan mereka?. Jelaskan kesalahan mereka. Tunjukkan kesalahan mereka. Buktikan kesalahan mereka.




Tak cukupkah dengan penyiksaan yang mereka terima tahun demi tahun? Tak cukup lagikah dengan penderitaan yang mereka tanggung makan tahun. Tak cukupkah lagi dengan deraan yang mereka galas bertahun-tahun. Tak cukup lagi kah dengan kelukaan yang mereka pikul?



Wahai Pemimpin UMNO/BN

Kemana perginya pertimbangan akal?.Kemana perginya hati naluri fitrah kurniaan Illahi?. Kemana perginya kasihsayang sesama insan?.Kemana perginya kewarasan fikiran?.

Mengapa terus-menerus bersikap SOMBONG? Mengapa terus-menerus bersikap BONGKAK? Mengapa terus-menerus bersikap EGO? Mengapa terus menerus bersifat TAKBUR? Mengapa terus menerus ENGKAR PERINTAH ALLAH???..


Puaskah hati engkau dengan penyiksaan mereka? Puaskah hati engkau dengan penderitaan mereka?. Puaskah hati engkau dengan deraian air mata mereka? .

Tidak puaskah engkau dengan nikmat yang ALLAH beri selama ini?
Tidak puaskah engkau dengan nikmat kuasa yang diberikan selama ini?
Tidak puaskah engkau dengan nikmat mata yang ALLAH berikan selama ini?
Tidak puaskah engkau dengan nikmat udara yang ALLAH berikan selama ini?

Pada hakikatnya , kamu manusia yang terlalu lemah. 50 tahun dibawah pemerintahan kamu , natijahnya hanyalah KEGEMERLAPAN DEMI KEGEMERLAPAN. Kamu cuba menutup KELEMAHAN DEMI KELEMAHAN namun yang terserlah hanyalah KEBODOHAN DEMI KEBODOHAN...
..


"Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak dapat kemenangan"
(Al Anam:21, yusuf:23,Al Qasas:37)



MANSUHKAN ISA....MANSUHKAN ISA...MANSUHKAN ISA...MANSUHKAN ISA...MANSUHKAN ISA...MAAAAAAAANNNNNNNNNSUUUUUUUUHHHHHKAAAAAN ISA

Friday, May 29, 2009

SANTUNILAH SAUDARA BARU



Mereka perlukan perhatian.Mereka masih terlalu baru dalam memahami Islam yang hakiki.Masih perlukan tunjuk ajar dari saudara seislam.

Oleh itu, DMPBKatil tidak ketinggalan dalam cubaan menangani masalah salah satu keluraga yang baru menjadi saudara baru. Dengan kerjasama yang diberikan oleh PAS Kawasan Bukit Katil, InsyaALLAH satu ukhwah yang erat dapat diujudkan bagi memastikan bahawa saudara-saudara baru ini tidak terasa bahawa diri mereka tersisih dari masyarakat Islam .

Semuga ALLAH meredhainya..InsyaALLAH.

Wednesday, May 27, 2009

MARI BERSAMA MENGGARAP ERTI PERJUANGAN




" Saya tak boleh pergi, anak masih kecil.Tak ada orang nak jaga".


" Petang tak boleh keluar, suami nak balik kerja"


" Tak boleh keluar lah, tak ada siapa nak hantar"


" Buat masa sekarang , isteri saya tak boleh pergi , tunggulah lagi 2 tahun"


" Kerja lah, tak boleh pergi"


" Tak sihat lah, tak boleh pergi"


" Kalau saya pergi, siapa nak buat kerja saya"


Demikianlah diantara keluhan yang didengari apabila diadakan perjumpaan untuk mengadakan majlis usrah.

Namun itu tidak menghalang bagi ajk muslimat Kawasan Bukit Katil untuk memenuhi harapan 'satu cawangan satu usrah'dalam memenuhi amanah yang dipikul sebagai khalifah ALLAH dalam menjalankan kewajipan yang wajib sekali gus memenuhi sasaran PAS Kawasan Bukit Katil.




Memang setiap orang mempunyai permasalahan tersendiri namun itu tidaklah sepatutnya menjadi penghalang untuk menghadiri majlis usrah.Cuma meluangkan satu jam setengah saja tanpa dikenakan sebarang bayaran jika dibandingkan dengan masa 2 minggu adalah masa yang terlalu singkat.

Walaubagaimana pun ..Alhamdulillah, program usrah terus berjalan lancar , apabila muslimat cawangan Batu Berendam, Taman Merdeka serta Sungai Putat telah pun dapat mengadakan usrah sulungnya disebelah petang diSungai Putat.

Dengan kedatangan muslimat yang seramai 12 orang itu, juga telah membuktikan bahawa Islam akan terus hidup samada kita ada atau tiada didalamnya.

ALLAH tetap akan melantik bagi yang dikehendakkinya dan yang mengkehendakkinya untuk meneruskan jalan da'wah ini.

Program Usrah merupakan tonggak kepada Gerakan Islam. Tanpa program usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis.

Usrah bukan majlis ilmu semata-mata malah mempunyai matlamat yang lebih jauh kedepan. Dan semestinya matlamat itu hanya akan tercapai apabila ianya dibaluti dengan penyusunan yang rapi ..InsyaALLAH...

Sunday, May 24, 2009

SEBUAH PENANTIAN.......SEORANG IBU...

(Gambar- Ketika sang anak dalam dakapan)



Seekor ibu kucing yang baru beberapa bulan telah melahirkan 3 ekor anak sulung. Dijilat bulu anak-anak nya setiap hari. Menyusukan anaknya sambil terlena. Diberikan anaknya ikan atau tikus , yang didapatinya sambil merenung dari jauh ketika anak-anaknya sedang mengadap makanan dengan lahapnya. Kemudian datang lagi meminta makanan daripada tuan kucing dengan suara rayuan menandakan giliran ibu kucing untuk makan pula.

Bergurau dengan berkejaran-kejaran bersama anak-anaknya mungkin itulah kebahagiaannya diatas fitrah yang dikurniakan.

Apabila sang kucing jantan cuba mengintip dari jauh , maka siibu kucing sudah menjerit , datang sebuah kekuatan pada dirinya lantas mengejar sikucing jantan , menjaga anak-anaknya agar tidak diapa-apakan sikucing jantan.

Apabila anak-anaknya sering diganggu oleh anak-anak tuan rumah lalu , maka disorokkan pula anak-anaknya ketempat yang lebih selamat.

Apabila anak-anaknya diletakkan diluar rumah, ibu kucing mulai cemas. Ibu kucing mula memanjat tingkap dan diperhatikan oleh anak-anaknya sehingga satu hari anak-anak juga bisa memanjat tingkap seperti sering yang dilihat dari perbuatan ibunya. Mungkin itu cara terbaik bagi siibu untuk mengajar anaknya memanjat.

Tapi walaubagaimana , tak tahu dimana silapnya, tiba-tiba 2 anaknya hilang. tinggal seekor yang dimanjakannya. Tanpa mempedulikan kehilangan 2 ekor anaknya, siibu kucing terus menyusu serta membawakan ikan yang diberikan oleh tuannya @ tikus yang ditangkapnya. Pantang siibu kucing mendengar suara anaknya mengiau...pasti akan dikejarinya untuk memastikan apa yang terjadi pada anaknya.



(gambar- ketika telah kehilangan semua anak-anaknya)



Namun , sekali lagi anaknya seekor turut hilang. Lalu setiap hari ibu kucing , mengiau seolah-olah mencari sesuatu. Setiap almari cuba dimasukkinya, setiap sudut rumah diselongkarinya.. Berlarilah siibu kucing , kesana-kesini. Mungkin dia juga sedang merindui anaknya.Mungkin siibu kucing marah pada kucing jantan yang selalu mengintip anak-anaknya..apakah tujuan sikucing jantan...

Dan
Bagaimana pula perasaan seorang ibu,yang telah kehilangan anak akibat dicolek oleh penjenayah-penjenayah. Anak yang telah dikandungnya dengan susah payah, anak yang telah disusuinya dengan penuh manja.Anak yang telah dibelai sepenuh jiwa.

Tapi kini anak itu yang tidak tahu dimana dan bagaimana keadaan nya sekarang.Anak yang sudah lama kehilangan.Rindu seorang ibu yang tak mungkin padam.Akan terus menjiwainya , seumur hidupnya..


"Adakah penjenayah-penjenayah yang tidak dikenali itu masih terus bebas..sedang merancang dan terus merancang untuk pencolekan demi pencolekan..Bijak sangatkah penjenayah-penjenayah itu, sehingga sukar untuk dikesan..Senangkah hati penjenayah-penjenayah itu, diatas rintihan serta tangisan para ibu ? "mungkin itu rintihan hati seorang ibu yang menjadi mangsa.

Dan
Bagaimana pula perasaan seorang ibu yang turut kehilangan anak akibat pencolekan tanpa pembicaraan yang dirancang dari penjenayah-penjenayah yang terhormat.
Ibu-ibu yang tahu tersoroknya anak-anak mereka tapi masih terus menanti dalam rintihan.Penjenayah yang mampu merubah namun masih sombong dan bongkak.

Lalu siibu menaruh harapan yang teramat tinggi agar , samada penjenayah-penjenayah yang tidak dikenali mahupun penjenayah-penjenayah terhormat ini bisa akan dihukum seadil-adilnya samada dimahkamah dunia mahupun mahkamah akhirat..tanpa campurtangan dari Mahkamah Rayuan.

Mungkin siibu sedang bertekad untuk merubah segala-galanya mengikut kemampuan yang ada untuk merubah sistem yang korup lantaran terselit dihatinya berkata "MASAKAN PENJENAYAH TANGKAP PENJENAYAH "...




SELAMAT HARI IBU

Saturday, May 23, 2009

SEMUGA CEPAT SEMBUH...



Puan Rubiah Hj Yakub telah dimasukan kehospital besar bagi menjalani pembedahan didalam perut. Beliau merupakan isteri kepada Hj Abdullah, ajk Kawasan Bukit Katil. Beliau telah mengidap penyakit ini, agak lama juga.

Ketika diziarahi oleh ajk dmpbk semalam , beliau kelihatan agak letih. Semuga beliau bersabar diatas ujian ini dan semuga cepat sembuh dan dilindungi ALLAH.

Thursday, May 21, 2009

SAMBUTAN SUKAN AR RAHMAH....MERIAH!!!


(Bakal jaguh Negara)

Pada 15 Mei 2009 Sukan tahunan Sekolah Maahad Ar Rahmah , Solok Gaung telah disambut meriah. Banyak acara yang telah diadakan bagi mengeratkan persahabatan serta sikap bekerjasama diantara pelajar-pelajar.



(Rumah kuning menjuarai tahun 2009)

TAHNIAH!!!!

Monday, May 18, 2009

SUBURKANLAH KASIH SAYANG SESAMA INSAN


(Cawangan Bukit Bayan)

Abu Zar berkata : Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada saya ;" takutilah ALLAH walau dimana kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan, dan bergaullah dengan manusia itu dengan perangai yang baik.


(Cawangan Taman Merdeka)

Suburkanlah kasih sayang sesama insan kerana itu fitrah manusia.Mereka yang hidup dengan berkasih sayang pasti akan disyangi.Musuh jangan dicari dan apabila berhadapan dengan musuh usah lah lari.



(Cawangan Taman Sri Jati)

Rasulullah pernah ditanya orang : " orang-orang mu'min manakah yang lebih utama imannya?" Jawab baginda: " Mereka yang baik budi pekertinya".


(Cawangan Taman Merdeka)

"Engkau memikul empat perkara hak orang-orang muslimin..pertama mengenang kebaikkan mereka..kedua menuntut maaf atas kesalahan terhadap mereka..ketiga mendoakan masa depan mereka..dan keempat kasih kepada orang-orang yang bertaubat". (Hadis Rasulullah)

( Cawangan Batu Berendam)


Rasulullah bersabda:" Adakah kamu tahu apakah hak jiran tetangga itu? Demi atas nama tuhan yang menjadikan, tiadalah seseorang jua pun yang dapat memenuhi hak jiran tetangga kecuali orang yang telah mendapat rahmat dari ALLAH".

(Cawangan Seri Jati)


Janganlah hak jiran itu dibatasi dengan hanya orang-orang Islam saja malah Rasulullah s.a.w menyeru bahawa ianya meliputi sekelian manusia termasuk orang-orang yang bukan Islam.


"jiran tetangga itu tiga macam:, pertama jiran yang mempunyai satu hak; kedua jiran yang mempunyai dua hak, ketiga jiran yang mempunyai tiga hak. maka jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran orang-orang Islam yang mempunyai hubungn kerabat maka untuk dia hak berjiran , hak perhubungan dalam Islam dan hak perhubungan kerabat.Ada pun jiran tetangga yang mempunyai dua hak ,ialah jiran-jiran yang terdiri daripada orang-orang Islam , untuk dia hak berjiran dan perhubungan dalam Islam.manakala jiran yang mempunyai satu hak pula, ialah jiran yang terdiri dari bukan Islam, dia hanya mendapat hak berjiran saja.(hadis Rasulullah)

(Cawangan Taman Merdeka)

Dalam sejarah hidup Rasulullah yang amat gemilang itu, dunia terus mengakui sifat tawadhuk yang tidak ada tolok bandingnnya.Pada permulaanya Rasulullah menjalan tugas menyiarkan agama ALLAH yang Maha Suci ini , hanya seorang diri.Kemudian beliau mendapat beberapa sahabat yang sanggup berjuang disampingnya untuk menegakkan agama ALLAH dan akhirnya ajaran agama Islam tersebar keseluruh dunia.

(Cawangan Sg Putat)

walau bagaimana hebat pun rasa permusuhan yang dilemparkan orang kepada Rasulullah , namun begitu baginda tetap berpegang dengan sifat sabar dan bertolak ansur hingga pernah baginda mendoakan musuh-musuhnya dengan sabdanya: 'ya ALLAH ! Ya Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui maksud dan tujuanku".


n)( Cawangan Bukit bayan)

Baginda juga berpesan supaya memberi makan dan minum kepada binatang dengan sabdanya dalam satu hadis yang maksudnya: "Seorang perempuan telah dimasukkan kedalam neraka keran mengikat seekor kucing, tidak diberinya makan dan tidak pula dilepaskan agar ia mendapat memungut sisa-sisa makanan diatas bumi".


(Cawangan Duyong)

Rasulullah sangat benci kepada orang-orang yang suka memaki dan melaknat sekalipun pada binatang. Hadis diriwayatkan oleh Anas ; seorang lelaki berjalan bersama Rasulullah dengan menunggang binatang.Sekonyong-konyongnya lelaki itu melaknat binatang tunggangannya .Mendengar itu Rasulullah pun bersabda : Wahai hamba ALLAH! janganlah engkau berjalan bersama-sama kami dengan menunggang binatang yang terlaknat". hadis ini menunjukkan bahawa baginda sangat murka kepada orang-orang yang melaknat binatang apatah lagi sesama manusia.




Alhamdulillah, DMPKBK diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk mennziarahi sahabat-sahabat dibeberapa cawangan. Ziarah yang mengeratkan ukhwah serta dapat menanamkan kasih sayang.




(Taman Seri jati)

MUKTAMAR DMPNM KALI KE 40



Muktamar DMPNM kali ke40 yang diadakan pada 17 Mei , bertempat diAr Rahmah telah pun berjalan lancar.Muktamar kali yang ke 40 ini telah dirasmikan oleh Senator YB Mumtaz Md Nawi.
Para tetamu yang turut hadir merupakan wakil dari Parti DAP, Parti Keadilan,Kelab penyokong PAS dan juga badan NGO JIM.



Didalam ucapan perasmian YB Mumtaz Md Nawi turut menyatakan tentang bahawa terdapat lima asas kepimpinanan Islam dalam negara.
- Mestilah mempunyai kumpulan cendiakawan yang menguasai seluruh ilmu.Ilmu perlu dicari kerana ia bersifat berterusan. Ilmu tidak akan padam.Penemuan baru akan ditemui disetiap hari.Anak yang dilahirkan diperdengarkan kalimah tauhid kepadanya , ketika ajal telah hampir sampai kepenghujungnya perlu diperdengarkan kalimah tauhid jua.
-Keadilan seorang Sultan juga turut memainkan peranan yang penting didalam sesebuah negara.
-Amanah para pedagang/korporat
-Nasihat para profesional yang dilihat dari kaca mata Islam bukan dari penilaian Barat.
-Ibadat para ahli ibadah.



DMPKBK mengucapkan tahniah kepada pimpinan muslimat yang dapat mengekalkan jawatan masing-masing tanpa sebarang pertandinganbagi sesi 2009-2011.
Dr Khatijah Jumangat sebagai Ketua Muslimat , Hjh Sophia Hj Ahmad sebagai Timbalan ketua manakala Naib Ketua disandang oleh pn Aziah Md Saad.

Ajk yang telah dilantik Hjh kintan Osman, Hjh Anida Harun, Hjh Jamilah Abd Samad, Ustz Noraini Sidek, Pn Fadzillah Yahya,Pn Hjh Hawa Yakub, Hjh Hasmah Sharif, Pn Rozita Md.saad, Pn Mahani Osman Basir,Pn norfazilah Ismail, Pn Halimah Musip

Diharapkan DNPNM akan bekerja dengan lebih gigih lagi bagi meneruskan agenda besarnya.

Thursday, May 14, 2009

Muslimat Ayer Keroh pula menyusul...




Alhamdulillah, Muslimat Cawangan Ayer keroh mula meneruskan agendanya dengan mengadakan usrah cawangan sejajar dengan program Tarbiyah yang disusun oleh Lajnah Tarbiyah kawasan Bukit katil.



Usrah yang berjalan 2 minggu sekali serta diselangi dengan ziarah-menziarahi sesama insan tanpa mengira kaum. Usrah yang dikendalikan oleh beberapa ajk muslimat kawasan telah mendapat sambutan seramai 12 muslimat Ayer Keroh.



Meskipun terpaksa membawa anak-anak kecil , namun itu tidak pernah menjadi penghalang bagi mereka untuk menyertainya kerana yakinnya mereka bahawa majlis -majlis sebagini adalah jauh lebih mulia
dalam mencari keredhaan ALLAH.

Dikala ramai manusia yang terus terleka dengan godaan dunia terutama yang terlalu asyik dengan menonton TV sehingga telah menjadi kewajipan dalam kehidupan manusia, rancangan yang terlalu banyak hiburan sehinnga menyebabkan kelalaian maka dikala itulah mereka sedang kusyuk mendengar ayat-ayat suci dibacakan , mendengarkan tentang kebesaran tuhan mereka , mereka rasakan satu kemanisan iman serta ikatan ukhwah yang sukar untuk untuk dinyatakan.




Semuga penerusan Tarbiyah akan tetap istiqamah dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.InsyaALLAH.

Sunday, May 10, 2009

SAMBUTAN MERIAH...LENSA DARI DMPBK




Akhirnya, selesai sudah program "Hari Terbuka Pas" anjuran DMPNM serta BPPNM yang diadakan pada 15 JAwal/10 Mei bertempat di HAMAS, Simpang Kemendor,Jasin semalam. Sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjong terutamanya dari ahli PAS sendiri.

Berbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan dihari yang amat bermakna ini.Dari usia PASTI sehingga usia dewasa turut bersama-sama menyertai.


Agak menarik perhatian apabila diacara perasmian , Saudara Lim Swee ,pengerusi dari Kelab Penyokong PAS Negeri Melaka telah berterus terang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju apabila orang bukan Islam memberikan ucapan salam maka orang Islam menjawab 'waalaikummussam'..

Wakil dari penyokong Kelab PAS itu mengharapkan agar dapat diberikan penjelasan yang sebenarnya agar orang-orang bukan Islam terutama ahli dari Kelab Penyokong PAS sendiri dapat tertarik kepada PAS amnya dan kepada ISLAM khasnya.


Dan Tambahnya lagi , orang-orang bukan Islam amat memudahkan memberikan kerjasama terutama dalam kerja-kerja yang mendatangkan kebaikkan. Oleh itu tidak sukar bagi mereka untuk memberikan sumbangan dan contoh yang paling ketara ialah dengan
penjualan tiket "Hari Terbuka PAS" bagai menjual goreng pisang panas.


Juga turut menceriakan lagi majlis ini dengan tetamu dari pusat , Saudari Aiman Athirah yang mewakili Dewan Muslimat Pusat bagi melancarkan kempen "Kita Bersaudara'. Kempen kita bersaudara bertujuan bagi menyatakan bahawa manusia berasal dari keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa. Kemudian dijadikan berbilang bangsa dan suku untuk saling kenal-mengenal .

Turut diundang serta juga Ustaz Minghat Mahmud selaku Lajnah Kebajikan Negeri Melaka bagi pelancaran Dana kebajikan Muslimat bagi mengukuhkan ekonomi Muslimat.


Forum yang diadakan pada sebelah petangnya telah diwakili oleh Saudara Adly Zahari selaku pesuruhjaya1 negeri Melaka..Dr Lo' Lo' ajk Pusat..YB Goh dari DAP dan Saudara Shamsul Iskandar dari PKR. Beberapa persolan yang turut dilontarkan oleh pengerusi, saudara Sofi Wahab selaku YDP Bukit Katil juga merupakan Ketua Penerangan Negeri Melaka.


DMPBK mengucapakan TAHNIAH diatas program yang berjalan dengan lancar. Sudah tentunya , program yang sebegini besar memerlukan kerjasama yang mantap dari DMPNM dan BPPNM. Semuga diberkati buat semua. Insya ALLAH.