HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, May 6, 2009

Sekadar mengaum...Tak bisa mengigit..




Bila hati dah gundah gelana
Angkara diri yang banyak bahana
Semua dibuat serba tak kena
Tak semena-mena...
Orang tak bersalah ditangkapnya..

Alasannya mudah saja
Berdasarkan kesalahan yang DIJANGKA
Esok hari akan berlaku satu malapetaka
Sempena persidangan DUN di Ipoh sana

Kejadian belum berlaku..
Peristiwa belum ketemu..
Tangkapan dibuat dulu..
Macam orang takut dengan hantu...
Mengalahkan TOK BOMOH yang menjaja ilmu palsu...

Nampaknya UMNO , engkau akan terus sengsara
Jalan keluar engkau semakin tersepit jua
Walau apapun tindakan yang engkau ambil kira
Hanya kebodohan engkau yang terserlah cuma
Menunjukkan jiwa engkau sudah terlalu derita
Walaupun engkau cuba tutupi dengan hartabenda negara

Tak cukupkah bukti dengan kalah ..dan kalah lagi
Walaupun engkau menguasai semua peralatan diri
Jangan sangka engkau akan terus menguasai
Kerana kezaliman tetap dibenci dan terus dibenci

Cukuplah!!! Cukuplah!!!
Engkau diibarat orang tua yang sudah tiada gigi
Yang hanya bisa mengaum ..tapi tak dapat menggigit lagi
Rumah kata pergi..Kubur kata mari..
Kenapa engkau masih tak sedar lagi...?????????



Monday, May 4, 2009

POLIGAMI .....MENARIK...tapi...





Sesungguhnya dunia ini berputar. Zaman beredar , masa berlalu. Setiap detik, setiap saat , setiap ketika berbagai peristiwa telah ditemui, berbagai perkara yang telah berlaku, berbagai isu yang telah diperkatakan tidak kurang juga berbagai kes telah diperdebatkan dan pelbagai hal cuba diselesaikan namun perlbagai masalah tidak kurang timbulnya.



Memang sudah lumrahnya ,dari dulu, kini dan selamanya selagi kehidupan berterusan, selagi udara bisa dinikmati, selagi matahari bisa bercahaya , selagi air bisa mengalir, maka selagi itulah terlalu banyak perkara yang menarik perhatian bisa terjadi .

Ramai manusia yang telah memberikan ulasan demi ulasan tentang kejadian demi kejadian berdasarkan kefahaman serta kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh ALLAH bagi siapa yang dikehendakkiNYA serta bagi sesiapa yang mengkehendakkinya.



Apabila demonstrasi diadakan pada November 2008 bagi membantah terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa dari orang-orang bukan Islam , terdapat berbagai-bagai pendapat serta maklumbalas dari orang-orang yang beragama Islam terhadap mereka. Bagi aku sendiri tidak berkecuali dalam mengeluarkan pendapat .. aku optimis bahawa tindakan mereka adalah disebabkan kejahilan mereka terhadap keindahan Islam yang selama ini tertutup serta terlindung dek angkara dibawah pemerintahan UMNO selama 50 tahun.Tidak mustahil satu hari nanti merekalah yang akan bangkit untuk menegakkan hukum hudud.



Amat menarik bagi aku apabila mendengar bahawa sebaik saja YAB Lim Guan Eng menyandang Ketua menteri P.Pinang, maka dia berikrar akan menjejakki pemerintahan Omar Abd Aziz yang terkenal dengan keadilannya semasa pemerintahannya dan aku kira YAB sedang berusaha menunaikan janjinya sebaik mungkin terutama dalam menghadapi permasalahan "miskin tegar ".




Tidak kurang menarik juga apabila kes saudara Nga Ko Meng , setiausaha DAP menerima 35 laporan polis apabila beliau membacakan sepotong ayat suci AL Quran ketika berkempen dipiliharaya kecil di Bukit Gantang lalu dengan kebijaksanaan serta kepantasan hujah-hujah dari Tok guru yang bisa mempertahankan saudara Nga Ko Meng diatas tuduhan liar serta tindakan jahil pehak yang telah membuat laporan polis tersebut. Ternyata beliau mengkagumi ahli-ahli PAS yang setia , sederhana dan terbuka.




Tidak ketinggalan juga bagi ADUN Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong . Beliau dapat menyentuh hati aku apabila begitu menghormati Tuan Guru Nik Aziz dengan mengenakan selendang dalam pertemuannya selama 45 minit dikediaman rasmi Menteri Besar pada 18 April 09 untuk menyatakan terima kasih nya pada Tuan Guru. Tiada mana-mana wanita yang bukan Islam dikenakan syarat untuk memakai tudung apabila ingin bertemu dengan Tuan Guru tapi ini dilakukan oleh ADUN Bukit Lanjan bagi menghormati Tuan Guru sekaligus menghormati Islam berdasarkan akhlak Tuan Guru .



Dan juga amat terpegun seketika apabila YB Hj Wahit Endut menyatakan dalam ceramah nya diMarkas Bukit Katil pada 25 April 09 bahawa ketika dia berkempen didalam pilihanraya kecil diKuala Terengganu terdapat seorang berbangsa cina yang menyatakan bahawa kalau dulu dizaman nabi Muhammad , bapa saudaranya Abu Talib menjaga nabi Muhammad semasa penyebaran Islam bermula maka sekarang dialah yang menjadi seperti Abu Talib yang akan menjaga ugama Islam. Satu ucapan yang tidak pernah dapat disangkakan oleh kita yang berugama Islam sebelum ini tapi hari ini sudah didengari






Dan akhirnya apabila terbaca didalam akhbar Harakah bertarikh 2-5 JamadilAwal/27-30 April 09, ini juga memberikan satu sentuhan dijiwa.

"wanita Mormon alu-alukan poligami"...Siapakah wanita mormon? ..Pengikut Kristian ..
diUtah US, satu tempat yang terkenal dengan Tasik masinnya. Mereka telah menyusun satu kempen besar-besaran bagi menyokong usaha menggalakkan para suami berpologami, walaupun terdapat undang-undang atau peraturan di Amerika mengharamkannya sejak sekian lama.


Kempen ini disertai oleh sekumpulan wanita yang beragama Kristian yang berpendapat bahawa poligami banyak kebaikkannya kepada masyarakat khususnya di Amerika Syarikat. Wanita-wanita ini berpendapat bahawa kerajaan perlu melihat semula pengharaman poligami kerana ia lebih baik dari segi moral mana-mana suami yang mahu berkahwin lebih dari satu daripada melakukan perbuatan sumbang dengan kekasihnya.Wanita-wanita ini yakin bahawa poligami banyak faedahnya, antaranya membela andartu serta menyelamatkan wanita yang terlalu ramai.


Hebat sekali apabila Utah merupakan bandar pertama di Amerika yang bersedia menerima konsep poligami yang telah dilakukan lebih 50 pasangan yang kebanyakkan hidup bahagia, harmoni dan saling hormat-menghormati antara isteri pertama, kedua dan seterusnya.

Begitulah halnya apabila Islam mula dikenali. Setahun kini 4 negeri(kecuali kelantan 19 tahun ) , dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih terlalu awal untuk dipersoalkan tapi bibit -bibit keindahan telah mula berputik.Manusia memusuhi apa yang tidak dikenalinya.Apabila sudah dikenali kebaikkannya pasti akan dicintainya.


Diutah, wanita Kristian sudah mulai nampak akan keindahan poligami .Mereka berani mencabar perlembagaan meskipun perlembagaan itu adalah perlembagaan negara Amerika. bukan saja mereka berhadapan dengan perlembagaan malah mereka berhadapan dengan rakyat mereka yang rata-ratanya penganut Kristian tapi wanita-wanita ini mampu melakukan sesuatu yang baik demi kehidupan cemerlang mereka ketika didunia.



Tentu ditanya ..apakah pendapat aku dalam menghadapi masalah poligami ini. Bagi aku yang kerdil lagi hina ini berpendapat bahawa jodoh pertemuan ditangan ALLAH saw. Selagi tiada pertemuan jodohnya maka tiada siapa yang mampu mengubahnya dan sekiranya ada jodoh pertemuan maka tiada siapa yang dapat menghalangnya. Redhalah dengan penetapan ALLAH. Setiap yang berlaku adalah hikmah yang tersendiri. Walau pun orang sering menyatakan bahawa Isteri pertama yang merelakan akan mendapat payung emas disyurga namun yang penting bagi aku adalah keuntungan dari segi dakwah itu sendiri. Sekiranya poligami ini mendatangkan keuntunggan dari segi dakwah maka semestinya ia berlaku.

Tiada manusia yang sempurna didalam dunia ini. Yang ada hanyalah kelebihan dan kekurangan. Tiada siapa yang boleh mengatakan dirinya adalah terbaik. Tiada mana-mana penulis buku dalam dunia ini yang berani menyatakan bahawa tulisan dia adalah yang terbaik tanpa sebarang keraguan..kecuali AL QURAN yang terang dan jelas menyatakn bahawa ...Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa"(Al Baqarah:2).



Biasalah wanita-wanita akan berkata bahawa " kasihsayangnya serta hartabendanya tidak mahu dikongsi dengan sesiapa"...

Tidak perlu aku komen apa-apa cuma aku ingatkan kasihsayang ALLAH lagi hebat..janji ALLAH, disyurga jauh lebih hebat..Apa yang mahu direbut dengan kemewahan dunia yang diibaratkan dicelup jari dilautan, air yang melekat dijari, itulah dunia manakala lautan itu adalah syurga.



"Nanti suami tak berlaku adil, asyik-asyik bini muda saja" lagi keluh kesah seorang isteri.

Juga aku tak perlu nak komen-komen apa-apa kerana bagi aku manusia akan dibalasi setimpal dengan amalannya. Kalau pihak suami tidak boleh berlaku adil maka sisuamilah yang menerima balasannya apabila sampai masanya. Untuk apa isteri perlu susah hati apa yang tidak diadili oleh sisuami sedangkan ALLAH telah dengan terang dan nyata supaya pihak suami berlaku adil....fikirkanlah tentang hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hambaNYA.


Bukankah wanita itu lebih hebat apabila wanita itu boleh mengawal 9 nafsu dengan berpandukan 1 akal..berbanding dengan lelaki yang ada kalanya tidak boleh mengawal 1 nafsu dengan berpandukan 9 akal..



Sekadar menulis buat peringatan diri..

Tunaikanlah Hak...



"Hak seorang Muslim terhadap muslim yang lainnya itu ada 6 perkara, iaitu jika engkau bertemu dengannya , maka berilah salam kepadanya, jikalau ia mengundangmu maka kabulkan undangannya, jikalau ia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat, jikalau ia bersin kemudian mengucapkan Alhamdulillah, maka tasymitkanlah ia, jikalau ia sakit, tinjaulah ia dan dan jikalau ia meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya.."(Riwayat Muslim)


Alhamdulillah, DMPBK telah berkesempatan untuk menziarahi Pn Fatimah salah seorang ahli PAS diBukit Bayan. Beliau kini dimasukkan kehospital pantai disebabkan kepalanya yang terdapat air.Beliau tidak dapat mengetahui apa yang berlaku disekelilingnya.

Sewaktu beliau sihat, beliau aktif dalam aktiviti jemaah.Semuga ALLAH berikan ketabahan dihatinya diatas ujian ini..

Sunday, May 3, 2009

MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN BUKIT KATIL



Seramai 15 perwakilan dari DMPKBK telah bersama-sama bagi menunaikan kewajipan diMesyuarat Agong PAS Kaw Bukit Katil.Mesyuarat yang telah diadakan di INB Resort pada 3 Mei jam 9.30 pagi berjalan lancar.




Ketua Dewan Muslimat Kawasan Bukit Katil.




Beberapa pemerhati dari muslimat juga turut.







Ayat-ayat AL Quran yang diperdengarkan dari Ustaz Norkhairi Yusof yang juga telah dilantik sebagai ketua urusan ulamak amat menyusuk jiwa.
Tahniah buat ustaz Norkhairi Yusof.




Perasmian dari saudara Mohd Sabu serta tetamu jemputan dari parti DAP dan dari Parti Keadilan lebih menceriakan suasana.






Pengundian juga telah berjalan dengan lancar.



Tahniah buat saudara Sofi Wahab berusia 41 tahun yang telah menang tanpa bertanding bagi menyandang YDP Kawasan Bukit katil sesi 2009-2011.




Tahniah juga buat Saudara Hj Ali syarif serta Saudara Ismail Ahmad yang telah dilantik menjadi TYDP serta NYDP.






Ucapan sulung dari YDP baru .

Tahniah juga buat semua ajk baru yang telah dilantik.










Amanah yang dipikul memamglah berat. Keikhlasan kerana ALLAH dalam menunaikan tugas-tugas dakwah demi menegakkan menegakkan syiar ISLAM pasti mendapat pertolongan dari ALLAH.






Samada lambat atau cepat kemenangan yang akan dicapai, bukanlah urusan kita ,,yang penting usaha yang jitu dari setiap individu. Samada kita memegang sebarang jawatan atau tidak didalam parti , masing-masing tetap mempunyai tugas yang diamanahkan selaku khalifah diatas muka bumi ini.Tanggungjawab yang dipikul adalah sesi seumur hidup.

Tiada istilah sesi dakwah bermusim. Tiada istilah sesi berputus asa.Tiada istilah sesi merajuk. Tiada istilah sesi "melukut ditepi gantang".

Monday, April 27, 2009

Beginilah kehidupan!!!


(Ketua muslimat serta ajk cawangan Ayer Keroh bersama keluarga Allahyarham)

"Mak,ayah kita dah mati ke?" tanya seorang anak yang baru berusia 4 tahun. Dalam keadaan yang terpinga-pinga anak itu hanya memerhatikan saja ayahnya dikapankan. Baru semalam dia dan abangnya bergurau dengan ayahnya.Baru semalam ayahnya membawa keluarganya berjalan-jalan sambil bersantai diluar. Makan ais kerim kegemarannya tapi kenapa hari ini , tiba-tiba dia melihat ayahnya dikapankan dan dibawa pergi.....




Seorang lagi sahabat yang menetap di Air Keroh pergi meninggalkan kita. Allayarham Razali Awang meninggalkan isteri serta 3 orang anak yang berusia 9,7,4 tahun. Tanpa pengetahuan siisteri bahawa suami mengidap penyakit jantung serta kedua2 buah pinggang yang telah rosak yang selama ini cuba dirahsiakan oleh sisuami. Dalam usia 44 tahun, 1JamadilAwal 1430/26 April menghampiri waktu maghrib tiba-tiba sisuami pergi meninggalkannya tanpa disangka-sangkanya.






Tinggal siibu melayani anak-anak yang dalam renggekan. Tiba-tiba suhu badan anak naik.Pertanyaan anak sudah tidak mampu dijawab lagi.Siibu sendiri sering mengalami sesak nafas sehinggakan terpaksa dibantu dengan mesin bagi memudahkan pernafasannya

Beginilah kehidupan....
Bila sampai ajal, semuanya akan berakhir. Gelak ketawa bersama ayah, gurau senda bersama suami , hanya menjadi kenangan yang indah.


Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.AL FATIHAH
Semuga siibu tabah untuk menghadapi ini semua.Kuatkanlah hubungan dengan ALLAH kerana DIA sajalah tempat pengaduan yang hakiki.


Bagaimana pula dengan kita?
Yakinkah kita bahawa esok kita masih hidup lagi?
Apakah persediaan kita pula untuk menemui malam pertama dialam barzah?

Peringatan buat diri...

Saturday, April 25, 2009

SYARAT KEMENANGAN DARI ALLAH



Alhmulillah, Dewan Muslimat PAS Bukit Katil bersama-sama meraikan program menyambut kemenangan prk bersma YB Tuan Hj Wahit Endut malam tadi , 25apr/29RAkhir 1430.




Turut dimeriahkan dengan ucapan aluan dari YDP Kawasan Bukit Katil serta ceramah dari Ustaz Kamarudin Sidek selaku ketua Pemuda Negeri Melaka juga Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.



Walaupun pada perancangan awalnya, YB akan turut diiringi keluarganya menyebabkan ajk DMPKBK telah diarahkan bersedia awal bagi menyambut isteri serta keluarga YB namun akhirnya isteri serta keluarga YB tidak dapat bersama-sama DMPKBK dimalam itu disebabkan isterinya terpaksa pulang lebih awal disebabkan punya tugas diTerengganu..




Ustad Kamarudin lebih banyak menceritakan tentang rasuah serta keburukan akhlak pimpinan UMNO diMelaka yang sememangnya tidak layak untuk memimpin Negeri Melaka namun PM masih mengekalkan Ali Rustam sebagai pengerusi Perhubungan UMNO dan dilantik MT UMNO dan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.



Diantara ucapan YB Wahit Endut yang telah masa selama 1.30 jam menyatakan beberapa syarat untuk menjana kemenangan ialah :




1.Jagn izinkan sama sekali diri kita mencari musuh dan jangan lari dari musuh.
2.Istiqmah dalam perjuangan
3.Jangan putus hubungan dengan ALLAH



Program ditamatkan agak awal kerana terdapat sedikit masalah teknikal.
InsyaALLAH ..ALLAH berkati.

Friday, April 24, 2009

PAS KAW BUKIT KATIL MENERUSKAN AGENDA



Alhamdulillah, PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan agendanya .



Pada 25 April/29R/Akhir 1430, akan diadakan ceramah dipejabat Pas Bukit Katil jam 9.00 malam. Buat pertama kalinya YB Hj Wahit Endut akan menyampaikan ceramahnya disini.


(Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil)

Turut disediakan dengan jamuan nasi beriani yang akan dimasak sendiri oleh cawangan B.Katil.




Yang Berhormat juga akan turut diiringi oleh isteri serta anak-anak..



(Balai Islam Kawasan Bukit katil)

Oleh itu ajk DMPKBK diharap dapat datang awal bagi menyambut kedatangan keluarganya serta menyiapkan hidangan dijamuan tersebut, InsyaALLAH.

Semuga diberkati.

....

Thursday, April 23, 2009

LANGKAH BERMULA....SERTA....ISTIQAMAHLAH!!!



Alhamdulillah, Muslimat Cawangan Kandang telah memulakan Usrah pertama sebaik Mesyuarat Agong Muslimat Kawasan Bukit Katil telah diadakan pada 15 April 09 yang lalu.





Meskipun hanya 7 orang yang dapat hadir bagi memulakan usrah ini, namun telah cukup menunjukkan petanda yang baik bahawa telah ada usaha -usaha yang murni bagi sama-sama menghidupkan kehidupan yang baik demi Syiar Islam.



Masih terdapat beberapa muslimat yang belum dapat hadir diusrah pertama ini disebabkan ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
InsyaALLAH, diharapkan ALLAH memberikan kelapangan serta kemudahan bagi yang Ikhlas ingin bersama-sama program yang sepenting ini.





Memang bilangannya sedikit namun natijahnya besar , apabila mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T. Yang penting istiqamah yang Ikhlas demi kerana ALLAH.

Perjalanan yang jauh , bermula dari langkah pertama.
Titisan-demi titisan air, dapat membelah batu yang keras.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi Bukit..

Pemikiran optimis bahawa ALLAH sentiasa bersama orang yang Ikhlas dalam memperjuangkan agamanya.



Masa yang diambil sekadar 1jam setengah bebanding 336 jam, adalah jauh lebih berharga.

Sekiranya kita tidak disebukkan dengan hal-hal dakwah pasti kita tetap juga akan disebukkan dengan hal-hal lain.

Semuga ALLAH memberi kita kemudahan,kelapangan,kekuatan untuk bersama-sama dalam kebangkitan Islam ini.Meskipun jalan perjuangan ini dipenuhi ranjau dan duri namun ia tetap manis bagi yang berjuang.

"Mengharap menang dalam perjuangan, bagai sipungguk merindu sang bulan,
Pangkalnya jauh , hujungnya belum tiba".

Tuesday, April 21, 2009

"MELUKUT DITEPI GANTANG


Puan Jameah Abd Rahman dan Puan Zaitun Abd Majid dihadapan markas Kandang
(Ketua dan Timbalan Muslimat cawangan kandang)

ZIARAH ??

Bilakah kali terakhir kita menziarahi sahabat-sahabat kita? Mungkin semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas dan mungkin beberapa tahun lalu atau hanya apabila menjelangnya musim piliharaya sahaja?...

Mungkin kesibukkan dalam tugas harian,menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menziarahi sahabat-sahabat kita, yang mungkin sudah semakin jauh dari jemaah akibat merajuk hati.


(Setiausaha muslimat cawangan Kandang)


Mungkin ada yang berkata "hanya kita aja , nak ambil hati sahabat, sedangkan dia tak kisah pun tentang kita".

walauapapun tanggapan kita, INGATLAH bahawa KEIKHLASAN amat penting dalam mencari KEREDHAAN ALLAH. Yang penting jadikanlah diri sendiri "Tak Rebah dikeji,Tak Makan dipuji". Biar pun 1000 cacian mahupun 1000 pujian dari manusia , ia tidak dapat memberikan apa-apa ganjaran buat kita.



Cukuplah ALLAH yang Maha pengasih lagi maha Penyayang sebagai Maha Pembela lagi Maha Pelindung buat hamba-hambanya yang Ikhlas lagi Beriman apatah lagi Bertakwa.


(Ketua muslimat bersama sahabat yang sedang dalam rawatan)


Diceritakan oleh Ust Faisol, terdapat seorang pakcik yang tidak memegang apa-apa jawatan pun didalam jemaah, namun dia sanggup ke PRK Bukit Gantang hanya dengan menaiki motor dari satu perjalanan yang AMAT jauh bagi sama-sama membantu berkempen diBukit Gantang. Satu pengorbanan yang amat besar yang dilakukan oleh pakcik tersebut demi kerana satu KEIKHLASAN dan pastinya merupakan juga satu KEPUASAN diatas sebuah KEYAKINAN yang mantap , bahawa Cukuplah ALLAH sebagai pemberi GANJARAN.

Mungkin juga kita telah mendengar cerita tentang seorang yang mendapat Haji Mabrur diantara ribuan manusia yang mengerjakan Haji dikala itu meskipun dia tidak dapat bersama-sama untuk menunaikan Haji dikala itu kerana wang 300 yang diperuntukkan untuk menunaikan Haji, telah diberikan pada jirannya yang bukan Islam disebabkan mereka kelaparan.


Dan pernah juga terbaca dalam blog( tak ingat, blog yang mana,banyak sangat) tentang Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang sanggup berulang alik kelebuhraya
diatas Pengorbanannya yang sanggup membantu kereta yang kerosakkan tayar satu ketika dulu.
Keihlasannya dalam mengerjakan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan balasan melainkan hanya ingin mencari Keredhaan ILLAHI .


Alhamdulillah, semalam 20 April 2009 , DMPKBK telah diberi kelapangan untuk menziarahi muslimat-muslimat cawangan Kandang dalam usaha untuk menghidupkan usrah cawangan yang agak lama telah ditinggalkan. Satu usaha yang murni demi mengeratkan ukhwah .

Berpandukan dengan silibus yang lebih mantap maka ajk-ajk dmpkbk akan menjadi naqibah dalam usaha untuk menghidupkan usrah-usrah disemua cawangan Kawasan Bukit katil bermula dari minggu ini.


(Ketua Muslimat bersama sahabat yang baru kematian suami pada 1 Apr 09)


Tonggak kepada Gerakan Islam ialah Usrah.Tanpa Usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan tenaga serta tenaga pelapis.Usrah bukanlah satu majlis ilmu semata-mata malah untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan menegakkan Syiar Islam diatas mukabumi ini.

Hanya ALLAH yang mampu memberikan kekuatan untuk kita meneruskan segala usaha-usaha yang murni ini. Ikhlaskanlah hati agar ALLAH memberikan segala ganjaran yang hanya mampu dirasakan oleh mereka yang Ikhlas dalam mencari Keredhaan ALLAH.


(Ketua Muslimat bersama sahabat yang membuka kelas Mengaji )


Tiada ujud istilah
"Aku hanyalah Melukut diTepi Gantang .Biarlah orang yang buat. Ramai lagi yang mampu lakukan. Biar mereka saja yang buat, mereka lagi hebat".

Apabila ucapan itu sering diungkitkan maka sebenarnya tiada siapa yang akan buat.Itulah yang sebenarnya berlaku apabila menuding jari kepada orang lain maka tiada orang yang menghadiri program.


Sebenarnya dalam dunia ini , tiada siapa yang hebat. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan. Tiada siapa yang dilahirkan , terus menjadi Pakar melainkan usaha serta pertolongan dari ALLAH.

Sedangkan dihadapan ALLAH nanti ,setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan.Setiap diri dihargai dan dinilai samada lelaki atau perempuan.Setiap diri adalah Khalifah dimukabumi ini.

Dan pastinya beruntung orang yang banyak menuai diakhirat setelah banyak menanam didunia berbanding orang yang tidak dapat menuai natijah daripada menjadikan dirinya seperti "Melukut ditepi gantang"...

Monday, April 20, 2009

Ijtimak Bulanan Kawasan Bukit Katil



Pas kawasan Bukit Katil, meneruskan agendanya dengan ijtimak bulanan di Markas Paya Dalam kali ke2 pada 19 April/23 RAkhir 1430..Kuliah jam ini bermula jam 9 pagi- 10.30pagi, disampaikan oleh Ustaz Faisol.



Tafsir dari Surah Al Hujurat(Bilik Isteri-isteri Nabi)
Berpandukan buku yang ditulis oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Alhamdulillah, muslimat Bukit Katil dapat sama-sama menghadiri kemajlis yang mulia ini.





Terdiri dari 18 ayat, termasuk golongan Surah-Surah Madiniyyah, diturunkan sesudah surah Al Mujaadillah. Dinamakan Al Hujurat (Bilik Isteri-isteri Nabi) diambil dari perkataan Al Hujurat yang terdapat pada 4 surah ini. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil nabi nabi Muhammad s.a.w yang sedang berada dikamar rumahnya bersama isterinya. Memanggil Nabi dengan cara dan dalam keadaan yang demikian menunujukkan sifat kurang hormatnya kepada beliau dan menganggu ketenteraman beliau.



"Wahai orang-orang yang beriman , janganlah kamu memutuskan sesuatu perkara dihadapan ALLAH dan Rasulnya ( dari apa yang diputuskan oleh ALLAH dan RasulNya) dan bertakwalah kamu semua kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar"(Al hujurat- 1)



......

Diharap agar lebih ramai lagi yang dapat menghadirinya khasnya Muslimin dan Muslimat diKawasan Bukit Katil. Kuliah yang seterusnya pada 17 Mei 2009/22 JamadilAwal 1430.
Bersama-sama kita tingkatkan menimba Ilmu...InsyaALLAH

Kuliah Subuh diMarkas Bukit Katil

Setiap Ahad diadakan kuliah subuh diMarkas Bukit Katil. Alhamdulillah, beberapa ajk muslimat Bukit katil dapat menghadiri . Terdapat beberapa orang ustaz yang akan menyampaikan kuliah secara bergilir-gilir setiap minggu. Kali ini giliran kepada Ustaz yang masih muda, Ustaz Yusra.

Bagi pagi Ahad ini, diantara kupasan Ustaz Yusra ialah tentang bahawa rakyat akan hidup berpandukan pemerintahnya.

Hadis " masyarakat yang tertegak diatas muka bumi ini , semuanya mengikut pemerintah yang memerintah".

Pada zaman Al-walid , rakyat suka menceritakan tentang kemewahan sebab pemerintahnya suka menceritakan tentang kemewahan.

Pada zaman Sulaiman , rakyat suka membicarakan tentang perempuan cantik, berkahwin ramai, bertukar-tukar isteri serta makanan yang hebat-hebat sebab pemerintahnya suka membicarakan tentang itu.

Pada Zaman Omar Abd Aziz, Rakyat membicarakan tentang kebajikan,kerana Umar Abd Aziz, tidak suka membicarakan tentang kemegahan-kemegahan khalifah. Dia lebih suka mengembalikan kemuliaan agama sebagai dizaman moyangnya Saidina umar ibn AL Khattab.
Dia mengajak rakyat supaya kembali berpegang teguh pada syariat.

Ustaz juga mengupas tentang ayat dalam Surah Furqan :30
"Ya Tuhanku, sesungguhnya kaum ku telah meninggalkan Quran ini"

Maksud 'Mahjura" atau meninggalkan Quran @ memulau Al Quran

Mengikut Ibni Taimiyah dan Ibni Qayyim
- Tanpa mengambil faham tentang Al Quran.
- Tanpa mengambil kira hukum-hukum didalam Al Quran.
- Tanpa menjadikan Al Quran sebagai pemutus kehidupan.
- Tanpa menjadikan Al Quran sebagai penawar penyelesaian masalah rohani dan jasmani.

Ada pengajaranya buat semua.

Saturday, April 18, 2009

TULISAN DIATAS SEBUTIR BERAS

MASYAALLAH....Hasil dari tulisan tangan dari Pakistan.
Hanya diatas sebutir beras.


....