HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, February 14, 2009

BICARA SANG ISTERI!!!




Dikeheningan malam ini, kami bersendirian lagi...
Kedenggaran sang Unggas serta cengkerik berdesingan...
Kedengaran dekuran anak-anak dibuai mimpi indah...

Namun...Hati kami tidak pernah dilanda gusar...
Malah...Hati kami tidak pernah merasa gelisah..
Jauh sekali merasa jemu....




Pergilah...pergilah, Wahai para suami...
Berjihad kejalan ALLAH...

Islam perlukan usaha gigih kalian
Islam perlukan titik peluh kalian
Islam perlukan tenaga muda kalian
Islam perlukan pengorbanan kalian
Islam perlukan ILTIZAM dan ISTIQAMAH kalian...

TIDAK...TIDAK akan ujud..lafazan "TIDAK" dari bibir kami...
Dalam langkah mu kejalan ALLAH

Kami relai sepenuh hati...
Kami iringi doa restu....

Usah didengarkan bisikan syaitan...
Yang sering membisikkan....
....Isteri rupawan....anak-anak ....harta simpanan...






Tetapkan IMAN...teguhkan semangat..
kami menanti pulangan kalian....
Dengan seribu harapan...
Dengan penuh keredhaan..





Andainya "keguguran" yang kami dengar...
Penyesalan bukanlah dipihak kami...
Sebaliknya..Kebanggaan pasti terserlah didada...
Kerana...punyai suami yang beriman...
Kerana anak-anak kami punyai ayah yang gagah BERANI
Lantas "SYAHID" dijalan ILLAHI


.......

Thursday, February 12, 2009

SEJARAH AKAN BERULANG




Engkau menjelang tiba...
Dengan tawa riang...
Membawa kenangan lama...
Sejarah akan berulang...


"Pada 6 mei 1964, lebih dari 10,000 rakyat, telah berkumpul diKota Lama kiri, Kuala Kangsar bagi bersama-sama dihari pengkebumian Jenazah Profesor Zulkifli Ahmad serta isterinya, yang meninggal dunia disebabkan satu kemalangan jalan raya berlangar dengan sebuah Land Rover.


walaupun Tuanku Abdul Rahman telah menerangkan di Dewan Parlimen bahawa perlanggaran itu bukannya satu perbuatan khianat namun berbagai tanggapan serta sangkaan yang muncul ketika itu.


Kematian mereka berlaku didalam kesengitan persengketaan politik diatara PAS dan UMNO.Ketika itu bahan kempen pilihanraya 1964 masih belum reda. Prof Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi penggal kedua.

Dato' Profesor Zulkifli Muhammad telah dilahirkan di Kota Lama Kiri Kuala kangsar,Perak pada 22 Mac 1927.(1927-1964)

Beliau bercita-cita melengkapkan dirinya sebagai seorang ulama' dan juga mendalami ilmu-ilmu Barat seperti psikologi, ekonomi, b.Inggeris, Sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah,Undang-Undang Antarabangsa dan Sejarah.

Beliau ditawarkan untuk menjadi mufti oleh kerajaan Perak ketika itu, tetapi ditolaknya kerana itu menyekat jiwa dan fikirannya.

Pada tahun 1954 UMNO malaya telah menawarkan jawatan Setiausaha Agung ,pun beliau menolaknya.

Zulkifli bertanding atas tiket PAS pada tahun 1955.

Pada Muktamar PAS ke 5 , 25 Disember 1956 , beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.

Puluhan ribu orang Melayu berhimpun dirapat-rapat umum ketika beliau berucap.Beliau lebih terkenal dikalangan orang melayu jika dibandingkan denagn Tunku Abd Rahman dan Tun Abdul Razak.

Beliau wakil rakyat yang sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan, samada persidangan itu 1 minggu atau 2 minggu atau sebulan mahupun 2 bulan.

Beliau mencatat sejarah apabila berucap selama 4 jam di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang undang-undang Malaysia.

Beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik pengiktirafan keatas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Ketika Tun Abdul Razak merayu agar Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960, beliau dan ahli-ahli parlimen PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah disalahgunakan demi kepentingan UMNO.

Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen Pas seperti Nik Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan kemudiannya dibawah akta tersebut..."

----------------------------------------------------------------------------------
2..
" Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca dari serangan lelah. Sebenarnya Dr burhanuddin Al helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau telah dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih sembuh.

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.

Penjajahan British menahan beliau kerana penulisannya dalam majalah "Taman Bahagia'
yang membela umat Palestin.

Beliau ditahan British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka agar orang Melayu tidak menyerang gerila kaum Cina yang berjuang didalam hutan kerana menentang British.

Beliau ditahan dibawah ISA pada januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Beliau jatuh uzur dalam tahanan .Pada Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Diantara syaratnya dalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik bakik pada 22 September 1969.

Sebagai seorang Aktivis Dakwah dan Politik, beliau memegang 15 jawatan .

Beliau fasih dalam bahasa-bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Jerman dan Urdu

Beliau bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu Muda(KMM) tahun 1939 dengan tujuan menentang penjajahan British.

Diatas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

Inilah ungkapan pantun pusaka beliau ketika berucap sebagai pemimpin tertinggi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945 dalam rapat umum besar-besaran di Melaka pada Disember 1946.

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, beliau masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Beliau bersetuju menyertai PAS pada Disember 1956.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu mat diterima rakyat, khasnya dikalangan melayu sehingga PAS meraih kejayaan pada tahun 1959.

Diatas kejayaan ini, Parti Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS dibawah pimpinan beliau.Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.
Oleh itu dalam pilihanraya 1964, Suruhnajaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak betanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Beliau menghasilkan beberapa buah politik.

Beliau juga menulis dalam bidang kerohanian dengan tajuk "Tasauf dan Tarikat" 1966.
Buku ini telah diterbitkan oleh sebuah syarikat dibawah H Abdullah bin H Nordin Arrawi..(Bapa kepada Tn Guru Yusuf Rawa dan semesti datuk kepada Dr Ust Mujahid..MASYAALLAH)

Beliau juga anak kelahiran Perak. Nama sebenarnya Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 diChangkat Tualang. (1911-1969)"


Demikanlah diantara sedutan yang sempat aku catitkan bagi dua orang tokoh dalam buku 'TOKOH GERAKAN ISLAM MALAYSIA'..yang ditulis dan disusun oleh Tn Hj Saari Sungib. Terdapat lima orang Tokoh didalamnya..Aku telah membaca buku itu pada tahun terbitannya iaitu Dis 2005. Buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat buat aku. Memang aku telah lupa akan isi kandungannya cuma aku dapat tampalkan 'penanda buku '(book-markers) yang terdapat gambar kelima-lima Tokoh tersebut diBalai Islam Bukit Katil. Memang penanda buku turut disertakan dalam penjualan buku yang hanya benilai RM 5.00 saja tapi nilaian isi kandungnnya dalah ratusan tahun.

Dan... kemelut yang berlaku diPerak pada masa sekarang menyebabkan aku terpanggil untuk mengulangi membacanya. Sejarah tidak pernah menipu. Walaupun, fakta ini tidak pernah disebut semasa aku dibangku sekolah, namun Alhamdulillah dengan adanya hasil- hasil tulisan yang sebegini..kebenaran pasti terserlah jua akhirnya.

Mereka adalah pejuang tetapi kerajaan UMNO- Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf mereka dan pejuang-pejuang seangkatan dengannya sebagai pejuang -pejuang kemerdekaan

Semuga dengan terbitnya buku ini maka hasrat untuk sentiasa memperingati serta menghargai sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh ulung PAS yang telah melalui pelbagai ujian getir dalam membangunkan gerakan Islam, dapat sentiasa menaikkan semangat perjuangan dan pengorbanan bagi para pejuang kebenaran..INSYAALLAH

Semasa aku bersekolah di MGS , Jlan Young ( nama Lama), bersebelahan Masjid Negara , aku sering kemakam Pahlawan serta sering ketugu Negara hasil dari momokan dari fakta yang tidak sebenarnya.

Perak serta Ipoh adalah tempat terakhir aku tinggal sebelum aku terus menetap di Melaka. Medan Kid..Stesyen Keretapi..Mubarak Store..Canning Garden..Taman Cccempaka..masih jelas diingatan..
Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat aku dikurniakan Hidayah. Naqib serta naqibah aku masih ramai disana.



2 X aku jatuh diPerak. Sekali aku jatuh semasa diatas pokok besar (dah lupa buah apa yang nak dipetik) kampung kawan aku, diManong Kuala Kangsar ketika aku ditingkatan 2 tahun 1977 dan sekali aku jatuh cinta dengan Hidayah ALLAH yang Maha Agung lagi Perkasa semasa aku belajar disana..


PERAK
Engkau...sekali lagi mencipta sejarah!!!!
Apakah bukit-Bukit itu....???

Wednesday, February 11, 2009

PERAK!!!ENGKAU MENJADI SAKSI







PERAK..
Engkau mencipta sejarah...
diatas kerakusan pemerintah...
Sebuah rampasan kuasa yang membawa padah...

PERAK
Engkau mencipta sejarah...
Diatas pencabulan penjarah...
Yang tak ambil kisah...
Menafikan undang-undang dengan berbagai helah...
Asalkan matlamatnya terserlah...
Walaupun sebenarnya rakyat dah menyampah...

PERAK
engkau menjadi saksi...
Diatas kerakusan menteri...
Yang terus mencabuli...
terhadap perlembagaan yang dibuat sendiri...
Merampas sesuka hati...
tanpa peduli ...
meskipun rakyat dah benar-benar benci...






PERAK
Lihatlah sendiri...
Bagaimana nanti....
Dikala bukit-bukit masih tegap berdiri...
Tersenyum memerhati...
Bila rakyat akan beri bukti...
Bila tangan-tangan yang mengundi...
Memastikan BN akan kalah lagi....

Sunday, February 8, 2009

TAKZIAH!!!



Alhamdulillah, malam 7 Mac, DMPBK berkesempatan mengadakan bacaan Yasin serta Tahlil dirumah Hjh Fatimah diAir Keroh . Suami Hjh Fatimah , Hj Jabu Khair bin Hj Syukur telah meninggal dunia pada beberapa hari yang lepas. Allahyaraham berusia 69 tahun. Beliau juga merupakan ajk cawangn Air Keroh. Semuga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah.

Sesungguhnya milik yang pasti adalah kematian.
Yang datang tanpa diundang
Tua, muda, miskin dan kaya
Bila sampai ajalnya, tiada tertangguh walaupun sesaat...

Tapi sayang seribu kali sayang..
Manusia terus terleka...
Menzalimi..menindas...menipu..merasuah...merampas...
Padahal yang dikejarinya saban hari adalah sebuah kematian...

Saturday, February 7, 2009

SYABAS!!!!! BUAT SEBUAH KUDETA





Syabas!!! buat ....
kerana berjaya merampas kuasa...
Walaupun tidak sah...
Namun kamu tidak pernah ambil kisah......


Syabas!!! buat ....
kamu Kudeta yang bijak..
dalam mengatur langkah.....
Rancangan mu terlalu cepat
Lebih cepat dari mengarang sebuah sajak....





Syabas buat ....
kerana semakin mara...
mengunungkan dosa-dosa yang ada...
menebalkan titik-titik hitam segala noda...


syabas!!!buat ....
Memang kamu sengaja buat apa yang disuka ...
Supaya rakyat terus huru-hara..
Memang itu yang dipinta..
Agar kamu terus berkuasa...


SYABAS!!! SYABAS!!!!!

Sunday, February 1, 2009

TAHNIAH!!! buat semalam dan TAKZIAH!!! buat hari ini



Alhamdulillah, semalam 1 Feb 09 disebelah pagi,NISA Melaka telah mengadakan kursus Motivasi untuk ajk-ajk NISA Melaka. Program ini telah menjemput khas seorang pakar motivasi juga merupakan seorang Doktor dari K.Lumpur.Sebagaimana remaja-remaja perlu diberi latihan serta tarbiyah maka tidak terkecuali juga bagi ajk-ajak NISA sendiri untuk ditarbiyah dan diberi motivasi. Sesungguhnya kita sentiasa diajar untuk belajar dan mengajar. "Sampaikan dariku walaupun satu ayat". Sesungguhnya pesan memesan diantara satu sama lain untuk kebaikkan merupakan satu amalan yang baik dalam Islam.

Dan syukran juga aku ucapkan diatas jemputan makan tengahari bersama bagi mewakili Muslimat Kawasan Bukit Katil.
Makan tengahari yang telah diadakan disalah sebuah hotel diBanda Hilir sebaik saja tamat kursus walaupun sederhana tapi meriah tambah lagi apabila penceramah jemputan membawa semua anak-anaknya serta suaminya bagi meraikan majlis tersebut.Cuma kali ini aku terlupa nak bawa kamera yang sering aku bawa kemana-mana.

Cuma jalan keBanda Hilir agak sibuk semalam kerana dipenuhi dengan kereta yang mungkin melancung keMelaka. lama sudah aku tidak melalui jalan itu lalu bila aku melaluinya semalam ,aku teringat , sewaktu kecil setiap kali aku balik kampung pasti aku akan bermain diKota Famosa, padang , gelongsor papan dan makan digerai situ. Aku hanya perlu berjalan kaki saja kesana kerana kampung ku Banda Kaba berhampiran sekali disitu.





"Sebelum main gelongsor, tengok ada pisau blade tak kat gelongsor" itulah pesanan sepupu aku setiap kali aku nak bermain gelongsor. Dia takut kalau ada pisau blade yang sengaja dicacakkan digelongsor kayu itu.Sampai hari ini pasti aku tersenyum setiap kali melalui jalan itu kerana teringatkan pesanan sepupu aku itu walaupun kini gelongsor papan dan padang sudah tiada..Dan kini sepupu aku juga telah meninggal dunia ini akibat serangan jantung ketika bermain badminton tahun 2007 walaupun usianya hanya 3 tahun lebih tua dari aku.



Tiba-tiba..Pagi tadi 2 Feb 2009, aku menerima sms bahawa isteri kepada Saudara Amid Manap selaku ahli PAS cawangan Balai Panjang telah meninggal dunia. Aku tidak mengenali dirinya tapi selaku ajk muslimat Kaw b.Katil InsyaALLAH, kami akan menziarahinya. Semuga dicucuri rahmat keatas rohnya. Insya ALLAH.
Al FATIHAH .

.

Saturday, January 31, 2009

USTAZ!!...PERJUANGAN KITA MASIH JAUH......



Alhamdulillah, Semalam dua hari berturut-turut kami berkesempatan untuk menziarahi setiusaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka setelah dikejar kehospital Melaka akibat serangan jantung. Beliau juga menghadapi beberapa penyakit lain juga.Beliau masih lemah lagi dan yang pastinya beliau memerlukan rehat yang banyak.

"Kak..saya ingatkan semalam dah buatkan kenduri untuk saya" katanya kepada ku dengan nada yang agak lemah serta nafas yang agak sesak. Memang sudah kebiasaan baginya untuk mendapat rawatan dihospital cuma mungkin kali ini agak kritikal tambah lagi apabila darah keluar dari mulutnya..

"MasyaALLAH..Jgn cakap macam itu..Perjuangan kita masih jauh..Banyak perkara lagi yang akan kita lakukan..Banyak perkara lagi yang akan kita temui...InsyaALLAH ust akan sembuh dan meneruskan tugas kita lagi"

Beliau hanya tersenyum walaupun sedang menahan kesakitan pada dada dan kaki.
"Kak..nanti tolong sambung blog saya..masih banyak saya nak updateskan.."mintanya pada aku.



Aku tersenyum ..tak tahu apa nak jawab .Blog dmpbk pun , dah orang komen aku kerana syok sendiri macamana aku nak teruskan blog orang yang jauh lebih hebat berbanding aku yang hanya pandai sekadar menulis saja. Cuma aku buat tak kisah diatas penulisan aku kerana yang penting niat ikhlas aku untuk menulis. Orang baca atau tidak baca, bukan urusan aku. Biarlah ALLAH yang menentukan sesiapa yang nak membacanya.Yang penting tulisan-tulisan ini akan menjadi bukti diakhirat kelak selagi tidak ada penipuan serta sebarang pendustaan dalam tulisan aku.Pokoknya bahawa aku perlu ingat bahawa sekiranya berlaku sebarang pendustaan dalam tulisan ini, maka sebenarnya aku telah menipu seramai mana manusia yang melayari internet ini.




"Kak, tolong beri nama-nama ahli -ahli kita yang susah yang perlu diberi zakat." Dia juga menyebut nama yang diminta aku mencari biodatanya.
Aku bersetuju .Aku kagum, dalam keadaannya yang tenat rupa-rupanya masih mengingatkan masalah ummah.

Begitulah sikap orang yang telah mendapat kemanisan iman..dakwahnya tetap berterusan meskipun diri sendiri dalam kesusahan namun kepentingan sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan masih dipedulikan.

Sahabat-sahabat Rasulullah sanggup berkorban segala-galanya kerana mengasihi ALLAH dan Rasulnya. Sehinggakan apabila ditanya "apakah yang tinggal padamu..ya Abu Bakr."
"ALLAH dan Rasulnya"jawab Abu Bakr.

Kami doakan ustaz cepat-cepat sembuh dan sama-sama dapat meneruskan perjuangan ini, meskipun ada orang yang benci..

Friday, January 30, 2009

TAHNIAH !!!DAPAT MENANTU LAGI

( maaf..semua gambar sekadar hiasan)

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah buat Hj Salim bin Hj Tahir , merupakan bekas calon DUN Air Molek 2008 juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil diatas majlis walimah anak lelakinya, Mohd Hilmi pada 4 Safar /31 Januari 2009.



Semuga walimah yang diadakan diKm 16, Kg bukit Nibung, Paya Dalam ,Melaka ini akan berlancar dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

( gambar hiasan)

Bagi yang jauh-jauh,serta turut mendapat jemputan dari Cikgu Salim ..diharapkan sudi hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. InsyaALLAH.

Juga tidak lupa Tahniah kepada Cikgu Yusof Wahab ,kawasan Kota yang turut mendapat mendapat menantu pada hari ini.4 Safar/31 Januari 2009. Cikgu Yusof melangsungkan walimah anak perempuan yang kedua. Majlis diadakan dibatu 4.5, Bukit duyong, Melaka.
Semuga dirahmati dan diberkati semua...

Thursday, January 29, 2009

MENITI WAKTU DIHARI TUA





Semalam...
Ku lihat
Seorang Tua
memegang Tasbih...
berzikir sambil memejamkan mata
Mungkin membilang hari..
Dalam meniti waktu diusia tua...

Sesaat yang berlalu , terlalu berharga...
Ingin digarap dengan jalan -jalan kebaikkan...
Samada semalam..hari ini...dan ...esok...
Agar perginya dengan ketenangan..
Agar perginya dipenuhi bekalan..
Untuk menghadapi hidup yang berkekalan...


Semalam juga...

Ada orang berkata pada ku..
"Ada orang sampaikan salam buat mu"
Lalu aku bertanya "siapa"
Seorang Tua ,jiran sewaktu kecil dan remaja ku diKL...
Lama sudah tidak aku temui...
"Dimana tempat jumpanya"
"DiPub sedang berkaroake"

ALHAMDULILLAH...AKHIRNYA DAPAT JUA TAPI.........

Alhamdulillah, pasangan ibu bapa kepada seorang pelajar diInstitusi Pengajian Tinggi Melaka, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Jun tahun lalu, menerima wang pampasan dari syarikat Insuran.

Paling tidak, sekurang-kurangnya dengan wang pampasan itu dapat meringankan beban bagi keluarga Allahyarham. "Memang menjadi kebiasaan bagi pelajar diInstitusi itu diwajibkan mengambil insurans berkelompok' Menurut pengarah Institusi tersebut.

Walaubagaimana pun yang agak menarik perhatian aku, apabila bapa Allahyarham menyatakan bahawa "Wang pampasan ini akan digunakan untuk membayar kembali pinjaman pendidikan dari Kementerian Pengajian Tinggi anaknya" dan selebihnya akan disimpan"

Apakah ada juga bayaran pinjaman untuk pelajar yang sudah meninggal dunia? Aku tak mahu komen apa-apa kerana aku tak pandai dalam hal itu kerana aku tak pernah meminjam dari mana-mana pehak dalam pembiayaan pelajaran anak-anak.

Cuma kalau ia benar, ianya amat dikesali..Mengapa tidak dihapuskan @ dihalalkan saja pinjaman itu kerana ia melibatkan hal kematian. Dan sekiranya takut kerana kerugian oleh pihak peminjam..maka suka diingatkan bahawa kes kematian dalam belajar amat jarang berlaku..Bukankah seeloknya pendidikan diberi percuma.

Ini juga mengingatkan aku kepada satu peristiwa dimana dikala aku diragut sewaktu melintas jalan dijalan Hang Tuah, sebuah motosikal melintas lalu menarik beg tangan aku. Aku tidak boleh nak buat apa-apa kerana kunci erv aku didalam beg tersebut. Aku hanya dapat memandang saja kearah peragut ..Ketika itu bahawa aku terasa bahawa tak punya apa-apa melainkan ALLAH SWT.

Aku minta pertolongan dengan orang yang tidak aku kenali untuk menghubungi suamiku. Alhamdulillah, rupa-rupanya masih ramai orang yang perihatin yang sanggup menghulurkan bantuan.

Tapi yang amat menyedihkan aku ialah apabila..buat lapuran polis kena bayar rm 2.00. Macamana nak bayar dalam keadaan tiada apa-apa ditangan. Tapi kena bayar juga. Pinjamlah aku rm 2.00 pada orang yang menghantar aku kebalai polis.
Hidup lesen kereta kena bayar lagi. Buat KP pun kena bayar.Nampaknya walaupun kena ragut pun kena bayar juga.
Dua kali kita dizalimi. Kena curi dan kena bayar lagi..

Itulah Malaysia Negara ku cintai..

PRIHATINKAH KITA???




Alhamdulillah walaupun dalam kesuntukkan masa, disebelah petang ..Dewan Muslimat PAS Bukit Katil..berkesempatan untuk menziarahi Pn Maimunah bt Puteh, yang menetap diSungai putat.Beliau mengidap penyakit kencing manis dan kemudian menghadapi masalah buah pinggang. Dan kini sedang menjalani rawatan mencuci buah pinggang. Dalam seminggu sebanyak 3 kali dikenakan mencuci buah pinggang. Buat masa ini beliau mencuci buah pinggang dihospital swasta.Buat permulaan bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu rm 120.00 sekali cuci.Manakala kakinya juga telah telah dipotong 2 tahun yang lepas akibat dari penyakit kencing manisnya itu. Dan kini beliau menggunakan kerusi roda.




Alhamdulillah, beliau mempunyai seorang suami yang tabah, yang menguruskan segala keperluan puan Maimunah. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki tetapi tidak menetap bersama mereka. Sambil menguruskan siisteri, suaminya juga berniaga nasi campur berhampiran rumahnya. melalui perniagaan itulah , dia membiayai rawatan isterinya walaupun masih tidak mencukupi.

Dr Khatijah selaku Ketua Muslimat B.Katil menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang , hasil dari tabung muslimat dan juga sumbangan dari sahabat-sahabat yang perihatin.Semuga dengan sumbangan itu dapat juga mengurangkan sedikit bebanan Pn Maimunah. Mereka amat terharu dengan kedatangan kami.

Semuga ALLAH memberikan ketabahan dihati mereka diatas segala ujian yang diberikan kepada mereka.
InsyaALLAH.

Tuesday, January 27, 2009

SIAPA INSAN PILIHAN?????...........


Beberapa hari terakhir menjelang kesyahidannya, Syeikh Ahmad Yasin telah merasai bahawa dirinya akan menemui syahid yang beliau cita-citakan. "Sebenarnya beliau menyampaikan perkara itu kepada keluarga dirumah, namun beliau tidak memberitahu kepadaku secara langsung, kata Ummu Muhammad, isteri kepada Syeikh Ahmad Yasin ketika mencceritakan saat-saat sebelum peluru berpandu pesawat biadap Zionis Israel itu menghancurkan tubuhnya..


(Gambar...demonstrasi yang diadakan dimasjid Al-Azim melaka , selepas solat Jumaat sempena "Aman Palestin")


Seterusnya ibunda Ummu menceritakan bahawa sehari sebelum kesyahidannya, Syeikh Ahmad Yasin berkata,.." Aku berasa akan menemui syahid...


Pencerobohan tentera Perancis keatas kafilah dagangan Salahuddin Al-Ayyubi begitu menyentuh perasaan beliau.Salahuddin memperlengkapkan angkatan tentera dan mujahidin-mujahidin untuk mengenakan pukulan maut kepada pihak salib Perancis.

Setelah selesai bermesyuarat dengan panglima-panglimanya untuk mencari masa yang sesuai menyerang musuh dan tempat yang strategi, maka keluar mereka pada 17 Rabiul Akhir 583H selepas menunaikan Solat Jumaat dengan diiringi laungan takbir, munajat dan doa umat Islam. Saluhuddin keluar dar Damsyik menuji ke Ra'su Al-ma dan berkhemah disitu.

Salahuddin tidak sabar-sabar lagi untuk memerintahkan kaum muslimin melancarkan serangan jihad dan tidak putus-putus membangkitkan semangat mereka untuk membebaskan Baitul Maqdis.

Bagi pembebasan Kota Baitul Maqdis sebagai urusan yang terlalu besar baginya, malah urusan ini tidak tertanggung oleh gunung dan ganang sekalipun. Beliau diibaratkan seperti ibu yang kehilangan anak, menunggang kudanya dari satu khemah kesatu khemah menggalakkan orang ramai bangkit berjihad, sambil menyeru .."alangkah malang nasib yang menimpa Islam" sambil air matanya mengalir.

Pernah salahuddin tidak menjamah apa-apa makanan dari hari Jumaat hingga Ahad , kecuali sedikit sangat kerana terlalu menumpukan kepada umat Islam di Baitul Maqdis.



Berlakulah pertempuran diHittin, dimana kelebihan umat Islam disitu dapat menguasai sumber air dari Tasik Tabariah.Tentera Salib mengalami kekalahan teruk. Semua musuh terbunuh dan ditawan.Bilangan tentera musuh 10,000 orang.Yang tinggal hanyalah Raja Baitul Maqdis serta saki baki yang mengawalnya dan Raynald ditawan. Tentera Islam sujud syukur kepada ALLAH.

"Bukan tradisi seorang raja membunuh seorang raja"..
Kemudian Raja Baitul Maqdis dan saki bakinya dihantar keDamsyik dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.Berekahirlah pertempuran diHittin.

Salahuddin bergerak ke pelabuhan Akka . Berlaku pada Bulan Jamadil Ula tahun 583H. menawan Tabnin, Jabil, Saida dan Beirut.Mengepung Asqalan dan seterusnya mengepung Baitul Maqdis, tetapi masih belum berjaya kerana pihak musuh mendapat bantuan dari laut. Sementara itu dapat menawan Ar Ramlah, Ad Darum, Ghizzah, Baitullaham dan An-Natrun dan sekali lagi mengepung Baitul Maqdis.



Salahuddin menghantar wakil meminta para penghuninya menyerahkan kota Baitul Maqdis secara aman..dengan menyatakan

"Saya meyakini Al -Quds ialah Baitullah yang suci sebagaimana anda semua meyakininya. Saya tidak pernah bermaksud untuk mencemarkan Baitul Maqdis dengan penderitaan dan kemudaratan akibat kepungan dan serangan."

Pehak musuh berdegil. Belum seminggu berlakunya kepungan, tentera salib menyerah diri dan bersetuju menerima perdamaian.Perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak menghendakki tentera salib meninggalkan Kot Baitul Maqdis dalam tempoh 40hari.Seorang lelaki membayar tebusan 10 Dinar seorang, perempuan 5 Dinar dan kanak-kanak 2 Dinar. Yang tidak mampu membayar menjadi tawanan ....

Perasaan kasihan Salahuddin kepada kaum wanita Salib lebih besar lagi.Dibaitul Maqdis pada masa itu terdapat seorang puteri raja Rome yang menjadi pendita dan menetap disitu untuk beribadat dengan diiringi oleh puluhan khadam dan pengikut.Beliau merupakan seorang yang berharta. Sultan Salahuddin membei jaminan keselamatan pada diri, harta dan pengikutnya.Salahuddin mengiringinya dengan penuh penghormatan sehingga sampai ketempat tahanan suaminya di Kubu Nablus dan memberi kebenaran tinggal bersama suaminya. Turut serta bersama puteri ini sekumpulan wanita yang menangisi malang suami-suami mereka, sambil mengendong anak masing-masing..Suami-suami mereka serta bapa-bapa mereka dikembalikan.
Hari Jumaat 27 Rejab tahun 538H iaitu kebetulan hari Israk , pihak musuh mulai keluar dari kota suci itu.Tindakan Salahuddin ini amat bertepatan dengan ramalan yang dibuat oleh Muhyiddin bin Zakiyuddin, Qadi Damsyik yang meramalkan Salahuddin akan membuka Kota Halab dengan mata pedangnya pada bulan Safar, manakala Kota Baitul Maqdis pula pada Bulan Rejab..


"Bergembiralah......setelah hampir 100 tahun berada ditangan musyirikan...Masjid Al-Aqsa adalah Kiblat Pertama, Masjid Kedua dan Haramain yang ketiga bagi umat Islam.....
Jika tidaklah kerana anda sekelian merupakan orang yang dipilih oleh ALLAH SWT dari kalangan penduduk-penduduk negeri ini masakan IA akan mengkhususkan bagi anda sekelian kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh sebarang tandingan dan tidak dapat diatasi oleh sebarang kemuliaan..



Mudah-mudahan aliran -aliran darah yang anda korbankan menjadi amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan mudah-mudahan IA menganugerahkan kepada anda balasan syurga, tempat tinggal orang-orang bahagia.

Laksanakan kewajipan-kewajipan bersyukur kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengkhususkan anda sekelian dengan nikmat yang besar ini dan memilih anda menjalankan gerak kerja ini, hingga seterusnya."