HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, December 14, 2008

Tamrin Muslimat



ALLHAMDULILLAH..Dewan Muslimat PAS Bukit Katil telah menghadiri tamrin yang telah diadakan dikawasan Bukit katil baru-baru ini. Tamrin yang berlansung selama 2 hari ini,telah memberikan impak yang baik kepada para pesertanya. Semuga pentarbiyahan akan terus berjalan lancar agar dapat melahirkan pejuang-pejuang muslimat yang berjiwa besar.Tarbiyah memainkan peranan yang besar.Ianya bersifat berterusan.Muslimat yang hidupnya ditarbiyah bisa mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.Oleh itu jangan anggap enteng dengan tarbiyah..Manusia mudah terlupa..oleh itu kita dikehendakki hidup dengan pesan memesan .

..."Demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati dengan kesabaran..(AL 'ASHR ..MASA)..

Tak perlu tunggu, sampai kita dapat menggarap semua ilmu baharu nak berdakwah..mungkin masa itu, semua dah terlambat..sampaikanlah walau sepotong ayat..

Tugas kita hanya menyampaikan...Hanya ALLAH yang mampu membuka pintu hati manusia.
Sampaikan dengan kesabaran dan berhimah.Kita akan dipertemukan dengan seribu satu ragam manusia namun apa yang penting..adalah akhlak serta kesabaran..

Pernah Rasulullah ditanya tentang akhlak yang baik...lalu Rasulullah membacakan firman ALLAH: Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf dan berpaling dari orang-orang yang jahil..(Al-A'raf: 199)..."Bergaullah dengan manusia , dengan akhlak yang baik"..

"Tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncang dunia"..

Saturday, December 13, 2008

KEKUATAN DOA SI TERANIAYA


Seorang wanita tua dan miskin dari kalangan Bani Israel bertempat tinggal dialam sebuah rumah buruk berhampiran kawasan istana raja. Setiap hari raja merungut kerana rumah tersebut dianggap mencemarkan pemandangan kawasan pemandangan kawasan persekitaran istana. Lebih lebih lagi bila ada tetamu agung datang berkunjung untuk melihat keindahan istana, raja terasa sangat malu. Sudah berkali-kali raja dan pihak istana memberitahu siwanita tua itu agar memindahkan rumahnya kekawasan lain dan berjanji akan memberi pampasan yang cukup kepadanya. Namun wanita itu tidak mahu berpindah.

"Kalau tetap berdegil juga, robohkan secara paksa". kata raja kepada pegawainya.
"Baik kita tunggu sehingga dia pergi".Kata pegawai memberi cadangan
"baik, kita lihat bila dia pergi"

Suatu hari wanita itu keluar berpergian ketempat yang agak jauh,maka raja memerintahkan para pegawainya agar segera bertindak.Dalam sekelip mata saja rumah wanita tua telah hancur dan tapaknya dibersihkan.Raja merasa sangat lega kerana sudah tidak ada lagi yang mencacatkan pemandangan dikawasan istananya.

Apabila wanita malang itu datang dari keperluannya, dia terkejut besar apabila mendapati rumahnya sudah tiada lagi dan tapaknya pun sudah dibersihkan.Dia sangat sedih dan menangis, kerana tidak punya tempat lain untuk berteduh.

"siapa yang meruntuhkan rumahku?" Tanya wanita itu.
'Orang-orang dari istana raja". jawab orang berada disitu
"MasyaAllah tergamak baginda berbuat sekejam ini".

Dia hanyalah seorang awam yang lemah, tidak punya kekuatan untuk menyatakan bantahan kepada raja.Satu-satunya yang dapat dilakukan adalah membuat pengaduan kepada ALLAH ,Raja dari segala raja yang ada dimuka bumi ini.

Dengan linangan air mata dan hati yang pilu, Dia berdoa dengan khusyuk.."wahai Tuhanku, Wahai pelindung ku. Sekalipun aku pergi , Engkau tetap hadir untuk membantu orang-orang yang lemah dan untuk membela orang-orang teraniaya'.

Hanya itu saja kata-kata yang mampu diucapkan olehnya, kemudian dia duduk diatas tapak rumahnya seperti menunggu sesuatu.

Tidak lama kemudian, raja keluar dari istana bersama para pengawalnya, berjalan dengan sombong melalui tapak rumah yang telah dirobohkan.

"Apa lagi yang kamu tunggu disini?" kata raja kepada perempuan tua itu

"Aku sedang menunggu saat-saat keruntuhan istanamu" jawab perempuan dengan berani

"Apa?..Ha...ha...ha..Engkau jangan mengigau, siapa yang sanggup meruntuhkan istanaku itu?..kata raja

"Tuhan yang Maha Kuasa"

'Ada-ada saja kamu ini". Kata raja sambil memperli

Pada sebelah malamnya, tiba-tiba bangunan-bangunan istana raja runtuh seperti dilanda gempa bumi.Raja dan semua orang yang didalamnya tidak dapat menyelamatkan diri kerana sedang nyenyak tidur, mereka terperangkap dan mati.

Orang ramai datang menyaksikan keruntuhan istana yang berlaku hanya sekelip mata saja.
Diantara mereka ada yang menemukan sekeping kertas berisi beberapa rangkap syair yang berbunyi:

Apakah engkau menghina dan memperli doa?
Padahal engkau tidak tahu keampuhanya
Ia laksana panah malam yang tidak pernah luput
Tapi ada masanya, sedang masa terhad
Kehendak ALLAH telah berlaku seperti yang kamu lihat
Kerajaan dan kekuasaan disisi mu tiada kekal


Semuga ALLAH memelihara kita sekelian dari kejahatan pemerintah yang zalim

Sunday, December 7, 2008

Hari Raya Aidil Adha

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban . Semuga semua usaha yang dilakukan demi syiar Islam mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Blog ini akan bercuti selama 1 minggu.
InsyaALLAH akan beroperasi pada minggu hadapan. 17 Zulhjh..15 Dis.

Selamat bercuti ....

Saturday, December 6, 2008

WANITA DALAM PERUNDANGAN BARAT


sambungan

Prof Dr Ali Abdul Wahid Wafi didalamnya kitabnya halaman 20 telah berkata: "keadaan wanita Perancis amat menyedihkan hingga kezaman akhr-akhir ini, malah hingga sekarang masih tidak terbela sepenuhnya.Mereka disisihkan dari undang-undang sebagai tidak layaknya mendapat sepenuhnya hak sivil".

Dalam undang-undang Civil Perancis (Code Napolean) perkara 217 ada tercatat:

"perempuan yang telah berkahwin , meskipun perkahwinannya diasaskan diatas satu perjuangan pengasingan hakmilik suami isteri, namun begitu tidaklah bererti membolehkan isteri tersebut menghebah atau memberi hartanya atau memindahmilik atau mengadaikanya atau membelikan sebarang harta baru tanpa disertai dengan suaminya didalam kontrak atau persetujuan suami tersebut secara bertulis.

Satu hal yang ketara lagi,apabila seorang perempuan telah berkahwin , maka secara otomatis namanya dan kelurganya hilang, ditukarkan nama baru yang dikenal sebagai Mrs.......(nama suaminya).Dengan kehilangan itu akan hilang namanya sendiri dan nama kelurganya.Semuanya larut dalam nama suaminya.

Thursday, December 4, 2008

Kemana perginya sahabat-sahabat yang pernah sama-sama berjuang???



Apabila aku terbaca diblog Ketua Penerangan Negeri Melaka bertanya " Kemana pergi sahabatku sekelian".Fikiran ku melayang mengimbas kembali satu artikel yang telah diterbitkan pada 1997 oleh sebuah pertubuhan yang turut bertanya " Bila Pemimpin dan penggerak bertanya "Mana Tok Syeikh.

Apabila ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya..Apakah yang paling jauh dari kita?..lalu dijawab oleh anak muridnya dengan perbagai jawapan.Lantas dijawab oleh Imam Ghazali ' Jawaban kamu semua betul' tetapi yang paling jauh dari kita adalah "MASA LALU".Dan apabila ditanya lagi..apakah yang paling dekat dengan kita?..lalu dijawab anak muridnya dengan berbagai jawaban lantas dijawab oleh Imam Ghazali ."jawaban kamu semua betul, tetapi yang paling dekat adalah KEMATIAN.


Mengimbau kenangan silam ,memang satu yang indah.Kenangan lama pasti mengusik jiwa.Itu adalah fitrah manusia namun bagi seorang pejuang ,untuk berjuang,ia mengambil masa yang terlalu panjang.Tribulasi dan mehnah dalam perjuangan silih berganti.Masa lalu sudah semakin jauh. Kematian jua yang semakin hampir.Keihlasan dan Kesabaran adalah gandingan mantap yang tidak boleh dipisahkan. Tak TAK MAKAN DIPUJI, TAK REBAH DIKEJI satu prinsip yang perlu disemati. Tiada istilah merajuk, putus asa dalam keikhlasan perjuangan.Jangan izinkan diri termassuk "Golongan yang Gugur" sebelum kita benar -benar digugurkan.Perjuangn mesti diteruskan samada menang syahid. Usah dikhuatiri dengan segala ugutan dan ancaman ,ia hanyalah sekadar kemuncup dijalanan yang hanya bisa melekat pakaian dihujung kaki saja..Tiada siapa dapat mengubah apa yang telah ditentukan oleh ALLAH keatas diri kita.
Kalau nak senaraikan satu persatu nama sahabat2 semasa dikampus yang sama2 telah berjuang dengan keghairahan dan semangat ,memang terlalu ramai. Tapi bila kita toleh kira & kanan hari ini ,tak ramai yang kita kenal.Malah naqib dan naqibah kita , yang pernah membimbing kita sehingga kita dapat meneruskan perjuangan sehingga hari ini juga sudah tidak kelihatan lagi, mugkin mereka punya urusan yang besar..cuma apa yang mampu kita peringatkan bahawa tugas Dakwah lagi besar. Tugas dakwah sepanjang kehidupan..Tugas mencari kesibukkan dunia , pasti akan tersekat akhirnya..Namun ALHAMDULILLAH kita ucapkan kepada mereka kerana diatas usaha gigih mereka lah , kita masih diatas perjalanan ini.Semuga mereka juga masih juga dalam perjuangan tapi mungkin dengan cara mereka yang mugkin jua diredhai ALLAH.
Dah sampai masanya untuk terus pandang kehadapan.Perjalanan masih jauh. Bak kata bait sebuah nasyid.."Pangkalnya telah jauh, hujungnya belum tiba".
Apa yang penting pada hari ini, adalah untuk melahirkan lebih Amilin dalam jamaah kita. Siapakah Amilin? Jika ditinjau dari perspektif (Asyahid Imam Hassan Al Banna), Amilin adalah ahli-ahli Ikhwan yang berbaiah kerana berjanji setia untuk mendukung , mengamal dan menghayati 10 Rukun Baiah.Sesudah itu Amilin mesti melaksanakan dengan ikhlas dan mengamati 10 Wasiat.
Apa yang kehendaki beliau hanya segolongan Amilin, katanya " akan ku kuasai dunia ini bersama-sama mereka .

Berapakah Amilin yang kita perlukan untuk memenangi kerusi Dimelaka. Apakah mekanisme kritikal untuk melahirkan Amilin? Jika dituruti kaedah Hassan Al-Banna, ianya adalah Dakwah dan Tarbiyah. Oleh itu pastikan Tarbiyah dapat memainkan peranannya.

Cuba lihat apa yang ditulis oleh mantan Ketua Penerangan Selangor yang telah dipecat.Dalam buletin bulanan Daerah gombak 2007 yang bertajuk "PENERANGAN MENJANA PERUBAHAN"

Sebagaimana pesanan Yusof Al Qardhawi..kita mesti faham fiqh as-sunah, iaitu ilmu tentang kemenangan dan sunnah kekalahan. Satu prinsip yang boleh kita guna pakai adalah 'Prinsip pareto" atau 20/80 Rule.Prinsip ini menyatakan sebab dan punca yang kecil peratusannya menatijahkan hasil yang besar peratusannya.Nisbahnya adalah 20/80.

Teras prinsip ini dalam gerakerja kita adalah : 80% prestasi kerja PAs dihasilkan oleh 20% ahli-ahli aktif dan penggeraknya.Kita mesti mengenal pasti 20% dikalangan ahli PAS Melaka sebagai Amilin untuk menang dalam pilihan Raya 13 nanti..

Dan Alhamdulillah hari ini penulis yang menulis satu persoalan .. "Bila pemimpin dan penggerak bertanya 'Mana Tok Sheikh" dalam tahun 1997 telah pun diamanahkan menjadi YB pada hari ini genap dalam masa 11 tahun dari hasil penulisanya maka tidak mustahil juga apabila penulis yang bertanya "Kemana pergi sahabatku sekelian" pada 4 Disember 2008 juga turut akan menjadi YB dalam 11 tahun yang akan datang,ya! tahun 2020.(Maaf, bulan Dis ini kita tolak, cuma tinggal beberapa hari saja lagi.)
Pada ALLAH kita bertawakal.
'

Cuti sempena Hari Raya Korban.

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Korban.Semuga mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.InsyaALLAH

MEREKA PERLUKAN BANTUAN


Sambungan..

Kedengaran azan berkumandang.
" Kak, saya solat dulu". Ujar T yang keresahan dari tadi.
Aku mengangguk tanda setuju.Ibunya terus menyatakan permasalahan yang mereka alami sekarang.Aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik saja. Biarlah ibunya mencurahkan segala perasaan hatinya telah tersimpan sekian lama. Aku terkedu. Apa yang boleh aku lakukan dalam keadaan segenting. T berhajat untuk memasukkan adiknya kepusat perlindungan yang "Islamik".

"Ustazah..boleh datang rumah makcik tak?..jumpa anak makcik itu". Ujar ibunya lagi
Aku sedikit resah kerana gelaran ustazah yang diberi padaku cukup mendebarkan hati aku..Aku lulusan Elektrikal. Tak layak digelar ustazah.Aku merenung tepat wajah seorang ibu yang penuh sayu itu.Aku tahu, dia meletakkan harapan yang tinggi padaku.

Aku termenung seketika. Kerumahnya bermakna aku terpaksa mengambil selama 1 jam kesana.Atas dasar ukhwah akhirnya aku bersetuju kerumahnya. Dia begitu gembira sekali. Sekonyong-konyong T telah berada disisi ibunya. T juga turut gembira diatas keputusan ku. Jam menunjukkan 2 petang. Aku minta kebenaran untuk pulang dulu.Aku berjanji esoknya aku akan kesana.

Esoknya aku menghubungi seorang sahabat untuk membantu aku. Kebetulan sahabat aku itu tinggal satu daerah dengan T dan sahabat aku seorang yang berkarier dan memang berhadapn dengan anak-anak remaja.Mudahlah bagi aku untuk berurusan dengannya.
Dirumahnya ibu serta adik beradik T semua berada dirumah. T masih dikedainya dipekan.T seorang peniaga telepon bimbit.Sebentar kemudian T juga telah turut bersama-sama kami.

Keempat-empat adik perempuan T, duduk didalam bilik.Mereka segan untuk keluar duduk diruang tamu bersama kami, lalu aku dan sahabatku masuk kedalam bertemu dengan adik-adiknya.Kami memperkenalkan diri. kami berbual seketika.Memang pada mulanya, mereka berasa agak janggal tapi lama-kelamaan mereka juga turut mesra dengan kami.

Lalu kami simpulkan bahawa sebenarnya..jiwa remaja jiwa yang mudah memberontak. Mereka inginkan perhatian dari ibu dan ayah.Ayahnya mengalami penyakit saraf yang menyukarkan dia untuk berurusan dengan dunia luar. Ibunya terpaksa meluangkan masa untuk ayahnya.Jadi adik T terpaksa menghabiskan banyak masa dirumah saja. Sedangkan kakak-kakanya nya berpeluang untuk belajar diluar sana. Itulah diantara sebab mengapa adik perempuan T rasa amat bosan.

"Kak..bolehkah kita masukkan dia kepusat perlindungan Riadhatus Sakinah"?.. T bertanya lagi. Memang aku yang beritahu pada T tentang pusat perlindungan itu.T mahu adiknya tinggal dipusat perlindungan luar dari neg M. Aku teragak-agak kerana aku agak adiknya juga akan lari dari pusat perlindungan itu nanti. Sebenarnya adik T mahu tinggal bersama ibu saudaranya luar dari neg M. Dia kepingin kasih sayang. Dia tahu ibu saudaranya sayangkan dia.Dia yakin ibu saudaranya akan mejaga dia dengan baik dan dia juga ingin bekerja disana.

Hampir 1 jam aku dirumahnya. Sebelum pulang aku menghadiahkan majalah NUR kepada T. Didalam majalah itu terpapar kisah tentang "Pusat Perlindungan Riadhaus Sakinah"
Aku ingin T menurut kehendak adiknya untuk tinggal dirumah ibu saudaranya. Mungkin disana dia lebih bahagia. Dia hanya mendambakan sebuah kasih sayang yang tak mampu diberi oleh ibu dan ayahnya diatas penyakit yang mereka alami.

Dan kini adiknya berada dirumah ibu saudaranya.Ada juga aku bertanyakan tentang adiknya melalui T.Dan memang dia gembira disana.

Semalam aku terbaca sebuah cerpen didalam akhbar Wasilah..Cerpen yang melibatkan Pusat perlindungan Riadahtus Sakinah..Mengesahkan kehidupan yang dilalui oleh salah seorang dari remaja yang menetap diRiadahtus Sakinah .Memang aku pun pernah kesana .Aku pernah bersama-sama meraikan mereka. Mereka adalah remaja-remaja yang baik .Kebanyakkan mereka tidak bersalah. Cuma mereka adalah mangsa keadaan.Lalu aku teringatkan adik T serta keluarganya.

Aku juga teringatkan tentang adik Sufiah Yusuf yang telah melacurkan dirinya demi menyara kehidupanya tapi kini telah mula mengerjakan kerja-kerja amal. InsyALLAH..semuga dia akan teruskan kerja-kerja amalnya. ALLAH Maha Pengasih lagi Penyanyang pada hambanya.Pintu taubat sentiasa terbuka.Hidayah dari ALLAH. Hati milik ALLAH..Aku teringat kata-kata "Presiden PAS" ketika mengadakan konvensyen Tarbiah tempoh hari...ada mereka-mereka yang menjadi insan pilihan semasa zaman jahiliyah nya..maka dia juga akan menjadi insan terpilih apabila telah diberi hidayah.InsyaALLAH.
"Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami semua..memang kami hamba yang lemah" AMIN

Tuesday, December 2, 2008

MEREKA PERLUKAN BANTUAN! Kasihanilah mereka..



SKETSA KEHIDUPAN (PERTAMA)

"Assalamualaikum..Itu kak M kah?" Terdengar satu suara anak muda dari telepon bimbit aku.
"Mua'laikum mussalam..Ya..ini kak M..Kenapa?" Aku menjawab sambil meletakkan cawan diatas meja. Maklumkan aku sedang bersarapan pagi ketika itu.
"Kak..saya T..saya ada hal penting untuk berjumpa akak. Bila akak ada free?"..Aku terkejut. "Siapa pula yang nak berjumpa dengan aku..aku ada melakukan kesalahan apa-apakah sampai penting pula" ..bisik hatiku sendirian.

"Dik..nanti dulu..akak nak tanya..siapa adik ni? dari mana adik dapat no telepon akak dan kenapa nak jumpa akak?. Aku bertanya kehairanan.
"Maaflah kak..ust N yang bagi saya no telepon ini. Dia minta saya hubungi akak.Dia minta akak bantu saya.Boleh saya datang kerumah akak..rumah akak dimana ..senang ke nak pergi kerumah akak.? Aku tergamam lagi. Nampaknya ini kali kedua ustaz N meminta aku mebantunya lagi..Aku cuba tenangkan hati.

"Tapi dik..kenapa sampai nak datang jumpa akak..akak buka ustazah..akak x ilmu apa-apa yang boleh akan berikan pada adik".. Memang aku rasa tak layak apabila aku diberi kepercayaan yang sebegitu.Memang aku tak punyai ilmu yang boleh aku curahkan pada sesiapa.

" Tak pa kak..ustaz itu kata ..akak boleh bantu saya..saya nak jumpa akak sekarang".
Aku terkedu seketika. "Ya ALLAH..bantulah aku kerana aku tak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolonganMU". Bisik hati kecilku.

"Adik kat mana sekarang?..Mula timbul sifat kasihan dihatiku.
"Saya di M.T. saya boleh kerumah akak atau kemana-mana tempat yang sesuai, yang senang akak jumpa saya".

"Betul-betulke adik nak jumpa akak ini".Aku inginkan kepastian.

"Betul kak". Beria-ia dia meletakkan satu pengharapan.

"InsyaALLAH..kita berjumpa ditaman permainan, tengah bandar.Senang untuk kita kesana ..tapi adik nak datang dengan siapa?" aku inginkan kepastian kerana aku tak mahu dia datang bersendirian.Dia seorang anak muda .

"Tak pa kak..saya datang dengan emak saya..Pukul berapa akak tunggu disana" katanya dengan nada yang ceria.Aku tahu dia gembira dengan keputusan aku.
"Pukul 12 "..Kataku sambil menghabiskan sisa-sisa sarapan yang masih tinggal.

Jam 12 tengahari aku sampai kepadang permainan..kelihatan seorang anak muda serta seorang wanita yang aku kira telah menjangkau keusia lima puluhan. Mereka berdiri dibawah teduhan pondok dipadang permainan yang terdapat disitu. Lantas aku memberikan salam dengan harapan aku tidak tersalah orang.

Ternyata memang merekalah orang yang kepingin bertemu dengan aku. Ibunya kelihatan sugul.Aku memperkenalkan diri.Namun aku tidak selesa dengan keadaan dipondok berkenaan.Agak kotor lalu aku mengajak mereka kemasjid berhampiran.Mereka bersetuju.

Dimasjid,terdapat bangku yang disediakan dibawah pokok untuk berteduh. Kami berbual panjang disitu.Suasana diperkarangan masjid yang memang terkenal itu, amat menyamankan sekali. Tanpa segan silu ibunya menceritakan permasalahan yang sedang mereka hadapi.
Salah seorang anak perempuannya yang sedang meningkat remaja sering lari dari rumah. Itulah yang merisaukan mereka.Setiap kali anaknya lari dari rumah, maka setiap kali itulah mereka terpaksa mencari walaupun sampai malam hari. Aku lihat T juga kelihatan sugul.

"Kak, saya akan pukul dia apabila dia degil". T bersuara perlahan. Aku berbangga kerana dia seorang abang yang bertanggungjawab.

"Kak ..kalau kahwinkan dia, saya takut dia terniaya.Umurnya baru belasan tahun.Dan adik saya itu seorang yang lurus.Dia mudah percaya pada laki-laki yang mana dia jumpa". T kecewa dengan sikap adiknya. Aku tahu dia sudah letih melayan keranah adiknya itu.Dari raut wajahnya tampak seribu penyesalan.

"Kak..adakah tempat yang akak tahu, yang boleh dihantar ...mcm pusat perlindungan anak-anak remaja". Sambung T lagi.

Tiba-tiba Azan Zohor berkumandang....

Bersambung...

Monday, December 1, 2008

WANITA dalam perundangan Barat


Sambungan...

Didalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805 diharuskan seseorang menjual isterinya. Undang-undang tersebut telah menetapkan harga minima bagi seseorang wanita ialah 6 pence.Pernah berlaku disuatu masa selepas undang-undang itu digantikan, seorang Inggeris dalam tahun 1931 telah menjual isterinya dengan harga 500 paun. Peristiwa ini telah sampai kemahkamah. Peguam lelaki tersebut didalam pembelaanya telah menyebut bahawa lelaki itu tidak bersalah kerana ternyata wujud undang-undang Inggeris yang mengharuskannya disuatu masa yang baru itu.

Pendakwa telah berhujah dengan mengatakan , walaupun sebenarnya undang-undang itu telah dimansuhkan didalam tahun 1805.Akhirnya lelaki tadi telah didenda dengan 10 tahun penjara.

Didalam majalah "Tamadun Islam" pada tahun 1916 ada memuatkan kisah seorang Itali yang menjualkan isterinya kepada seorang lelaki dengan bayaran beransur-ansur.Apabila pembeli tersebut kemudiannya enggan menjelas baki harga perempuan tersebut, maka berlakulah pergaduhan yang menyebabkan pembeli itu terbunuh.

Apabila berlaku revolusi Perancis peristiharan mengharamkan penindasan terhadap wanita. Undang -undang sivil Perancis ketika itu bahawa wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya.Tidak boleh menjual beli dan membuat kontrak tanpa keizinan penjaganya.hal tersebut berlanjutan sehingga tahun 1938.

berambung...

GOLONGAN YANG GUGUR...


Sambungan...(Kaab ibn Malik)

Apabila berita Rasulullah berangkat pulang dari Tabuk sampai kepada aku maka aku segera berdukacita dan teringat hendak mencari alasan yang dusta bagi mengelakkan kemarahan Rasulullah S.A.W..
Aku pun meminta pertolongan dari keluarga aku yang mempunyai fikiran yang matang.Apabila dikatakan yang Rasulullah telah hampir tiba'kebatilan' itu pun hilang dan aku meyakini yang aku tidak akan terlepas dari kemarahan Baginda kecuali bercakap benar.
Oleh itu aku kumpulkan segenap dayaku untuk bercakap benar. Rasulullah tiba diMadinah diwaktu pagi dan memang sudah menjadi kebiasaan Baginda singgah dimasjid dan solat sunat dan kemudian duduk untuk dirujuk oleh orang ramai...

bersambung...

Sunday, November 30, 2008

DPPKBKATIL..kenapa blog 5 hari X update

Aslkm....Kenapa dah 5 hari tiada apa -apa berita dalam blog? Kata hari itu dah baik dari pengsan...Takkan nak pengsan lagi..Ambillah masa 10 minit saja nak update setiap hari..."Rebutlah peluang semasa sihat" Masa terus berlari..INSYAALLAH..ALLAH bersama kita. Pohonlah kepadaNYA agar dimudahkan urusan dan diberi kekuatan..Hanya DIA yang mampu mengubah segala galanya. Tulislah..selagi boleh menulis asalkan penulisan itu demi syiar ISLAM..ALLAH akan bantu dari berbagai arah.. Bila ditanya oleh Imam Al GHazali kepada anak muridnya..."APakah yang paling hampir dengan kita?...jawabnya........

Maaf!!! sekadar ingat mengingati...Apakah yang paling jauh dengan kita?.....

GOLONGAN YANG GUGUR....

Sambungan...

Kata Kaab:-

Rasulullah keluar berperang (Tabuk) ketika hasil tanaman sedang masak di Madinah dan ketika orang ramai lebih suka berehat (keadaan cuaca) .Rasulullah S.A.W membuat persediaan dan orang ramai juga membuat persediaan.Sedang aku keluar rumah setiap hari tanpa membuat persediaan; aku berkata kepada diriku sendiri:

Kalau aku mahu , aku mampu membuat persediaan.Aku melambat-lambatkan persediaan sedangkan orang lain bersungguh-sungguh berusaha. Akhirnya rasulullah dan orang lain telahpun bersedia tetapi aku masih belum.Aku menyatakan kepada diriku sendiri , aku akan membuat persediaan dalam masa sehari atau dua dan berangkat mendapatkan Rasulullah...Oleh itu aku keluar dari rumah untuk mencari persediaan , sedang angkatan Rasulullah telah pun berangkat.

Walau bagaimanapun aku tidak memperolehi persediaan apa-apa.Besoknya aku keluar lagi dan tidak juga memperolehi persediaan. Keadaan ini berterusan sehingga angkatan perang berangkat jauh dan masa bagi aku tidak ada lagi. Oleh itu aku berazam untuk mendapatkan mereka.Sepatutnya aku telah mendapatkan mereka tetapi malangnya aku tidak buat.

Aku berasa dukacita kerana boleh dituduh munafik atau menjadi seorang yang lemah yang diberi kemaafan oleh ALLAH dari ikut serta berperang. .Rasulullah tidak memperkatakan sesuatu tentang aku sehingga Baginda tiba diTabuk.Semasa Baginda dikelilingin oleh orang ramai di Tabuk, Baginda mengatakan : Apakah yang dibuat oleh Kaab ibn Malik?..Jawab seorang lelaki dari Bani Salamah : Wahai Rasulullah , dia berehat dengan isterinya, " Muaz bin Jabal lantas mengatakan kepadanya: Alangkah buruknya kata-kata engkau ..Demi ALLAH , wahai Rasulullah , Kami tidak pernah mendengar dri Kaab kecuali kebaikkan. Rasulullah S.A.W tidak berkata apa-apa.."..

Bersambung