HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, April 16, 2012


PERANAN SOSIAL WANITA      
Peranan sosial wanita sangat penting sebagai sebagian dari masyarakat. Para wanita sebelumnya tidak memperhatikan sama sekali masalah ini dan tidak menganggapnya penting. 
Mereka bahkan tidak menganggap adanya peranan sosial wanita bahkan untuk urusan yang umum sekalipun yang kini diwacanakan secara luas.. Oleh kerananya dari sisi ini tidak ada perbedaan sedikit pun antara lelaki dan wanita. Bahkan terkadang para wanita lebih bersemangat dan punya pandangan yang lebih cemerlang berkaitan masalah-masalah sosial dan negara. Semua masalah itu dinilai punya hubungan erat dengan 
mereka. 
Islam memandang wanita dan lelaki, bahkan semua makhluk ciptaan Allah dengan sudut pandang yang realistik, bersandarkan pada fitrah, alami dan punya keperluan yang hakiki. Yakni Islam tidak mengharapkan sesuatu dari seseorang melebihi kemampuan dan apa yang telah diberikan kepadanya. 
Sesungguhnya Islam dibangun dari kenyataan dan kelogisan.Sayangnya para wanita di sepanjang sejarah selalu dizalimi karena mereka tidak mengetahui nilai dan kedudukan sejati wanita. Masyarakat tidak melindungi pribadi hakiki seorang wanita seperti yang diinginkan Islam. 
Mereka malah mendorong wanita ke arah kemewahan, dandanan yang tidak berguna dan mengubahnya sebagai sebuah alat konsumerisme. Ini sebenarnya merupakan kejahatan dan kezaliman paling besar terhadap wanita. Perbuatan ini jelas bertujuan membuat wanita melupakan cita-cita dan tujuannya meraih kesempurnaan dengan menyibukkannya dengan hal-hal remeh dan rendah. Namun Islam secara logis menilai wanita dengan realistik, berdasarkan fitrah, alami dan keperluan-keperluan sejatinya. Hukum ilahi diturunkan sesuai dengan berbagai macam keinginan dan keperluan.

Saturday, April 14, 2012




Alhamdulillah, lega rasanya sebaik saja Mesyuarat Agong DMPKBK tamat pada jam 6 petang tadi. Lega kerana ianya berjalan lancar meskupun agak terlewat dari masa yang di tetapkan.

Bukan mudah untuk menguruskan sesuatu program lebih-lebih lagi program yang melibatkan ramai peserta. Banyak perkara yang perlu di teliti dan di ambil kira bagi memastikan program berjalan lancar.

Tambah  merumitkan apabila di saat -saat akhir persiapan, tiba-tiba timbul masalah yang tidak di sangka-sangka.

"Kak , tolong datang awal sikit. bawa gambar sekali. Gambar  dah hilang" tiba-tiba  terima sms dari adik Miz . Jam menunujukkan 1.30 tengahari. Adik  miz sedikit panik dalam persiapan terakhir montaj yang akan di tayangkan. Siapa yang tak panik, apabila kita cuba melakukan sesuatu yang terbaik lain pula jadinya.

Panik juga  di buatnya , apabila tiba-tiba gambar  yang akan di tayang dalam persembahan montaj hilang sedangkan  program akan bermula tidak sampai 1 jam lagi. 

"Maaflah kak , gambar-gambar ajk yang nak di tayangkan pun dah hilang".tak sempat nak masukkan balik" .akak ada lagi gambar-gambar lain,yang mana boleh, kita masuk aja." nada adik Miz agak kecewa. 

"Tak palah, nak buat macamana. Dah nak hilang. Tunjuk apa yang ada ajalah"

"Asalammualai'kum,Dr ana tengah jalan ke Ar Rahmah. Nak cepat. Miz beritahu gambar-gambar montaj dah hilang . Ana nak tolong dia sekarang. Dr tolong pergi rumah ana, ambil buku lapuran , ana dah tertinggal, nak cepat ini", Su pun nak ikut sekali. tapi ana tak dapat tunggu dia, so Dr tolong ambil dia sekali. Su tunggu kat surau" Begitulah bila ALLAH nak uji sikit, pun dah kelam kabut

Begitulah  meskipun adakalanya kita telah bersedia awal tapi banyak perkara yang berlaku yang lebih menyedarkan kita  supaya kita lebih berhati-hati di lain waktu.

"Anti mesti tolong akak malam ini jugak" ,jam telah menunjukkan hampir 12 malam.
"Apa dia kak?" seperti biasa   adik Miz sentiasa bersedia untuk membantu.

'Tiba-tiba printer akak rosak. Akak mesti cetak 45 mukasurat malam ini juga sebab besok akak mesti photostat dan binding. Ada tujuh buku laporan yang dah cetak separuh.Lagi separuh tak dapat .Akak ingat yang 7 buah ini akan nak print ori dan colour. Boleh beri pada VIP. Cantik dan kemas sikit. Akak ingat semua cover buku laporan nak print warna. Tapi tak dapt pulak.Nak print colour kat kedai mahal lah.Lusa Mesyuarat Agong, mesti  siapkan  buku lapuran sebelum mesyuarat Agong,, pada hal printer ini baru beli tak sampai 1 bulan pun",. Kedengaran satu suara rayuan

"Ok, tak pa. Akak emel semua pada saya, saya akan tolong printkan ,esok boleh terus hantar kedai photostat.Jawab Miz rengkas.
Nampaknya Miz pula yang mengambilalih tugas. Esoknya pagi-pagi subuh terpaksa berlari sekejap ke rumah Miz sebaik sebelum Miz keluar bekerja.Terangkan apa yang perlu di buat.Jenuh juga Miz nak photostat mengikut bilangan yang di kehendakki .Semuanya gara-gara printer rosak.


 Kebetulan  ,2 hari sebelum program  ketika sedang mencetak data-data buku program, tiba-tiba printer pula rosak. Arahan menunjukkan  kehabisan dakwat sedangkan dakwat nya masih  jelas penuh dan tiba-tiba data-data  pula tak boleh nak di simpan dalam PC. Semuanya membuatkan keadaan yang agak kelamkabut. 
Hanya ALLAH lah  tempat meminta  pertolongan supaya di permudahkan segala urusan, agar program berjalan lancar. 

Alhamdulillah ada sahabat-sahabat terutama adik Miz yang sentiasa bersedia untuk membantu walaupun di saat-saat akhir yang agak mencemaskan.

TAHNIAH PADA DMPBKATIL kerana telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agong DMPBK buat kali ke 8 bertempat di Maahad Ar Rahmah pada 14 Apriljam 3 petang.

Terima kasih kepada saudara Mohd sofi Abd Wahab yang telah merasmikan Mesyuarat Agong Muslimat kali ke 8 pada 14 April 2012.


Dan yang pastinya banyak nya tanggungjawab yang perlu di laksanakan pada hari-hari yang mendatang.

"Ya, ALLAH , jadikanlah kami tentera MU,kerana tentera MU pasti akan menang.Jadikanlah Kami dari golongan MU, kerana hanya golongan Mu yang akan jaya.Jadikan lah kami kekasih MU,kerana para kekasih MU tidak akan pernah merasa takut dan susah."


Thursday, April 5, 2012

SEMOGA CEPAT SEMBUH , USTAZ BERAHIM


 Jam menunjukkan hampir 6 petang. Namun Ustaz Ibrahim masih tidak kelihatan . Muslimat masih setia menunggu di luar walaupun telah empat puluh minit berlalu.

Beberapa kali muslimat cuba menghubungi Ustaz Ibrahim tapi jawapannya hampa. Telepon terus berdering tanpa jawapan. Apakah ustaz Ibrahim telah terlupa dengan janjinya untuk menemui muslimat B.Baru pada jam 5 petang.Hati muslimat berkata-kata.

Lantas muslimat cuba menghubungi saudara Md Nor, rakan seperjuangan  Ustaz Berahim. 

" Tunggu sekejap, mungkin Uztaz Ibrahim  dalam perjalanan. " Saudara  Md Nor cuba memberikan sedikit kelesaan kepada 6 muslimat yang sedang menunggu ustaz Ibrahim .

Sebentar lagi En Md Nor sampai . Muslimat sedang lega. Masa terus berjalan. Terasa rugi masa terus berlalu tanpa membuat sesuatu.

 "Bebarapa kali , saya cuba hubungi Ustaz Berahim , tak jawab pun", saudara  Md Nor dah mula resah. 
Muslimat masih setia menunggu. Saudara  Md Nor mencapai motornya lalu pergi meninggalkan muslimat.

Sebentar lagi saudara md Nor datang sekali lagi. Dia cuba menghubungi Ustaz Ibrahim lagi dengan telepon yang ada di tangannya. . Saudara Md Nor tinggalkan muslimat sekali lagi.


"Nampaknya Ustaz Ibrahim tak datang, jadi kita kena buat rancangan lain supaya kita dapat menafaatkan masa petang ini." muslimat terpaksa pelan B pula.

"Ustaz Berahim ada kat hospital sekarang, Dia mungkin di tahan wad sebab dia kena ghout dan ada kencing manis", tiba-tiba saudara muncul dengan motornya buat kali ketiga.
 Muslimat tahu betapa resahnya saudara Md Nor ketika itu. Maklumlah saudara Md. Nor serta Ustaz Berahim telah berjanji , bersetuju untuk bertemu muslimat B.baru serta Musai pada petang itu.

Muslimat berpandangan sesama sendiri. Tidak di sangka sama sekali , bahawa pertemuan buat kali pertama itu gagal apabila Ustaz Berahim terpaksa pergi ke hospital kerana kesakitan yang di alaminya pada petang itu.

Muslimat juga tahu betapa risaunya Ustaz Berahim apabila dia tidak dapat menunaikan janjinya pada petang semalam.

Muslimat terus mengambil pelan B, dengan menziarahi 3 buah rumah sahabat yang berhampiran di situ dengan harapan agar sahabat-sahabat ini juga akan bersama-sama muslimat B.Baru untuk meneruskan kerja-kerja turun padang apabila di arahkan nanti.

Muslimat mendoakan semoga Ustaz Berahim cepat sembuh dan di berikan kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja Islam di kala usia sudah ke penghujung,insyaALLAH.





Wednesday, April 4, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU PADA 13 MEI

 

 

Seekor ibu ayam masih setia mengeram  dalam cuaca hujan atau pun panas meskipun telur-telurnya telah turut terbakar apabila lalang-lalang serta semak samun di sekelilingnya telah terbakar.

Hak ibumu terhadap mu hendaklah anda ketahui. Dia mengandungkan dan memberimu makanan ketika tiada seorang pun yang melakukannya. Menjagamu dengan pendengaran , penglihatan, tangan dan kakinya serta  seluruh anggota badannya dengan penuh perasaan kasih sayang . Dia menanggung kesakitan , derita dan kesusahan ketika mengandungkan mu sehingga lahirlah anda di muka bumi ini.
 Dia sanggup melihat anda kenyamg ketika dia lapar, memberimu pakaian walaupun dirinya tak berpakaian, menegukkan minuman sementara dia kehausan, menaungimu walaupun dia tidak di naungi apa-apa pun, memberikan kenikmatan kepadamu dengan penderitaan baginya, menidurkanmu dalam pangkuannya sementara semalaman penuh, matanya tidak di pejamkan., perutnya menjadi tempat alas untukmu, pangkuannya tempat perlindungan mu, air susunya menjadi minuman bagi mu dan dirinya menjadi pelindung bagimu. Sanggup berada di tengah panas atau sejuk demi keranamu.
 Maka bersyukurlah kepadanya sesuai dengan kebaikannya kepadamu. .  
Namun anda tidak mampu mensyukurinya kecuali dengan pertolongan dan kurniaan daripada ALLAH..

(Ali Zainal Abidin)


SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Sunday, April 1, 2012

Alhamdulillah, seramai 7 muslimat Kawasan Bukit Katil telah dapat bersama-sama menyumbangkan tenaga bagi memastikan kemenangan  dalam PRU 13 nanti. Gabungan di antara beberapa muslimat Dun Bachang serta Muslimat Bukit Beruang telah berjaya mengedarkan risalah dalam program turun padang semalam. Beberapa lokaliti  di Bukit Beruang telah pun berjalan lancar semalam meskipun dalam cuaca hujan yang renyai-renyai.

Walaupun kajian mengatakan bahawa 3 negeri akan tetap kekal di tangan BN, iaitu Melaka, Johor dan Pahang namun itulah bukanlah penghalang untuk muslimat bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu akan berpihak kepada PR.

Lambat laun Kebenaran itu pasti akan terserlah. 

"Ya ALLAH, Jadikanlah Detik pertama hari kami sebagai kebaikan, Pertengahanya sebagai kemenangan dan penghujungnya sebagai kejayaan.
Kami berlindung kepada MU dari sebuah hari yang di mulai dengan kengerian, di tengahi dengan putus asa dan di akhiri dengan lara."
Amin