HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, July 2, 2009

MENCUNGKIL BAKAT BARU PELAJAR YANG LEMAH.


Kebiasaannya guru-guru lebih berminat untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi pelajar-pelajar yang bijak bagi memudahkan urusan memandangkan pelajar-pelajar yang bijik ini mudah diajar .Dengan itu guru tidak perlu bersusah payah untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut dan mengambil masa yang agak sengkat apabila dilatih.



Tetapi bagaimana pula kali ini apabila guru-guru Sekolah Rendah Ar Rahmat Solok Gaung mengambil inisiatif yang lebih dengan mencungkil bakat-bakat pelajar-pelajar yang lemah. Tentu ini mengambil kira sikap kesabaran serta ketekunan peranan yang dimainksn oleh guru-guru disekolah tersebut.



Dengan itu, pagi tadi satu persembahan telah diadakan sewaktu perhimpunan bagi meyakinkan pelajar-pelajar yang agak lemah ini bahawa guru-guru mereka amat perihatin terhadap mereka.Pelajar-pelajar ini diajar untuk menghargai diri sendiri supaya mereka tahu bahawa diri juga berkepentingan. Mereka diajar untuk lebih meyakini diri sendiri serta lebih tekun untuk berusaha.


Syabas..diucapkan buat guru-guru Ar Rahmat, solok Gaung , Melaka.



JASA GURU TETAP DIKENANG
WALAU DIRI TELAH LAMA MENGHILANG
ILMU YANG DIAJAR TETAP DIJULANG
BUAT BEKALAN HIDUP CEMERLANG

Wednesday, July 1, 2009

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN...



Setelah hampir 5 tahun menunggu , akhirnya penantiannya berakhir jua dengan kelahiran "Mutawali As Syakrawi" yang hari ini telah genap berusia sebulan . Betapa bersyukurnya pasangan Saudara Nazri Ariffin serta isteri Roziana Aidawati diatas kelahiran cahayamata lelaki sulung nya setelah beberapa tahun sabar menanti.



DMPBK mengucapkan tahniah diatas mendapat cahayamata sulung pada 8 Jamadil Akhir 1430 /2 Jun 2009 , buat Timbalan ketua Pemuda Bukit Katil.

Semuga menjadi anak yang soleh dan akan menjadi pejuang yang akan meneruskan pejuangan ISLAM.InsyaALLAH

Sunday, June 28, 2009

APABILA MANUSIA JADI BINATANG



Hina besi kerana karat, hina buah kerana ulat, hina manusia kerana biadap.
Sebijak-bijak manusia, adakalanya apabila hidup tidak berpandukan ilmu, akal dan iman
ia akan menjadi manusia yang lebih hina dari binatang.

Malu merupakan kunci segala kebaikan. Apabila sifat malu sudah tidak ada lagi didalam diri manusia, maka manusia sudah tidak punyai benting lagi untuk mencegah dirinya dari perbuatan hina dan buruk malah sudah jatuh jauh dari taraf binatang.

Orang yang tidak malu, akan lakukan segala keburukan sesuka hatinya oleh kerana tiada sesiapa yang dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.

Begitulah apa yang telah berlaku disekeliling kita. Samada kita sedar atau tidak atau buat-buat tidak sedar bahawa terdapat segolongan manusia yang telah sengaja menjadikan diri mereka seperti binatang.




Pendedahan yang dibuat oleh salah sebuah majalah terkenal diMalaysia yang dengan terang dan nyata menunjukkan bahawa terdapat spesies Darwinisme yang berjantina jantan yang telah bermaharajalela mengadakan "PESTA BOGEL" buat kedua kalinya disebuah Kelab ditengah bandar raya Kuala Lumpur.


Planet baru ini , yang ditemui di Kuala Lumpur cuba menghidupkan spesies Darwinisme kembali kehabitat asal tanpa memakai seurat benang kerana ingin merasai bagaimana menjadi haiwan .

Seperti yang diketahui umum bahawa Darwin yang lahir diEngland membawa hipotesis bahawa evolusi manusia berasal dari beruk, gorila,cimpazi,orang utan, babun ...
Penerbitan "Origin of Species" atau asal Usul Species yang telah ditulis oleh Darwin pada tahun 1859, masih lagi disambut oleh oleh jutaan peminatnya diseluruh dunia.

Maka spesies Darwinisme ini yang jenis jantan dan betina , berebut-rebut untuk berbogel dan bertelentang dimana.-mana saja mereka suka tak kira samada dijalan raya, dipantai , padang atu kelab. Dengan bertujuan untuk berasa secara alamiah dan fizikal bagaimana rasanya kembali kehabitat asal mereka menjadi gorila, beruk dan sewaktu denganya.




Dan apa yang paling malang sekali apabila perayaan ini turut disambut dinegara Malaysia yang dikatakan dianjurkan oleh VVIP dari Kedah.

Perbuatan mereka yang sangat keji lagi menjijikkan ini amatlah tersangat hina diibaratkan seperti seorang Asli karnivor yang berbogel sambil melapah daging manusia.
Mereka berpesta sesuka hati , malah lebih teruk dari binatang..Gambar-gambar curi yang ditunjukkan sumgguh amat menggelikan.

Apakah pesta ini akan berterusan tanpa bantahan dari pihak yang berkuasa?

Bukankah kaum Nabi Nuh telah diazab dengan banjir yang besar..Bukankah Kaum LUT telah dilingkupkan bersama-sama bandarnya .Bukankah kaum Ad telah dibinasakan, Bukankah kaum Thamud telah dihancurkan, bukankah kaum Firaun telah dilemaskan, bukankah kaum Saba telah dibalasi.....

Nabi Lut berkata kepada kaumnya " patutkah kamu melakukan perbuatan keji , yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan bahkan kamu ini adalah kaum yang melampui batas....(Al A'araf:80-82)

Apabila kebiadapan telah sampai kekemuncaknya, tunggulah malapetaka.

"Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi,ketika matahari terbit. Maka kami jadikan negeri kaum LUT itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada dimuka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang dikenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkan. dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibanasakan itu, terletak dijalan yang tetap (dilalui orang)( Al Hijr:73-76).

Thursday, June 25, 2009

SYUKUR...SELAMAT SAMPAI



Alhamdulillah, akhirnya , selamat sampai keMelaka dengan menaiki dari Kota bahru setelah 3 hari , 2 wakil dmpbk telah begitu gigih membantu dalam usaha untuk memastikan bahawa Manek Urai tidak akan terurai.
Untuk terus memastikan bahawa Manek Urai tetap terikat rapat bulat ditali tangsinya yang bisa menjadi kalung yang tergantung dileher dan dekat dihati sipemakainya.

2 muslimat bukanlah satu jumlah yang besar namun apabila 2 muslimat mempunyai jiwa yang besar, ia mampu mengubah suasana.

Langkah seribu dimulai dengan langkah pertama. Tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia.

Semuga segala keihlasan dalam usaha murni ini akan diberkati oleh ALLAH yang Maha Esa dan menjadi diantara sebab akhirnya kemenangan adalah milik kita. InsyaALLAH....

REJAB..SYAABAN...RAMADHAN



Rejab menjelang lagi dan hari ini 3 Rejab. Seperti biasa ramai yang berpuasa di bulan Rejab, puasalah tanpa mengkhususkan apa-apa dan sebagainya melainkan ada dalil jelas dari Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam.

Puasa bisa mendekatkan seseorang hamba kepada ALLAH Tabaraka wa Ta'ala.Ia bisa menjadikan seseorang itu layak diperkenankan doa dan diterima amalannya.



Menjelang Rejab, bermakna tibanya Syaaban dan pastinya kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan.

Kesemua bulan adalah bulan-bulan ALLAH.Kesemua bulan adalah bulan umat ini.Ia adalah bulan bagi umat yang dapat memanfaatkannya.

"Ya ALLAH ...Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Monday, June 22, 2009

SELAMAT BERANGKAT MENERUSKAN PERJUANGAN


23Jun

Alhamdulillah. dengan berbekalkan azam dan semangat yang kental, malam tadi 2 Muslmat Bukit Katil telah pun selamat sampai keSungai Sok pagi ini. Bertolak dari Tampin, menaiki keretapi jam 10.45 malam. Pengalaman yang indah bagi mereka setelah berpuluh tahun tidak mengembara dengan keretapi.

Walaupun mengikut jadual, dikehendakki 4 muslimat dari Bukit Katil untuk menyertai membantu di Manek Urai, namun disaat terakhir hanya 2 muslimat saja yang dapat pergi keMnek Urai disebabkan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan.Permasalahan yang tidak pernah selesai.

SELAMAT SAMPAI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DISANA DENGAN AMANAH. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Dimana saja kita pergi, kita tetap berpijak dibumi ALLAH , berbumbungkan langit ALLAH .Selagi itu beban amanah yang dipikul tetap tergalas dibahu kita.

......PASTIKAN MANEK URAI TIDAK AKAN TERURAI...ISYAALLAH.

MEREKA PERLU DIBANTU




"Saya sangat kesal dengan sikap orang Islam. Mereka pandang hina pada orang macam saya. Tengok mereka bagi katil pun dah buruk, saya dah bakar.Tak boleh pakai.Kalau nak bagi pun , biarlah elok sikit."
keluhan yang keluar dari saudara baru yang baru menetap diBukit Katil.Kami hanya mendengar saja keluhan hati mereka.

"Ada juga yang bagi kami makanan dah basi, kenapa teruk sangat". Kami ini bukanlah hina sangat. Tapi kenapa orang Islam memandang kami hina. Saya dulu, ada pangkat tapi saya lari kesini bersama keluarga semata-mata kerana kami hendak selamatkan akidah kami. Kami cintakan Islam."
sekali lagi dia , selaku yang seorang ayah yang dikurniakan 7 orang anak , meluahkan perasaan hatinya. Kami terkedu seketika. Kami datang berniat baik menziarahi bagi mengeratkan persaudaraan sesama Islam.

"kenapa asyik-asyik nak ambil gambar. Nak buat apa gambar-gambar itu." suara nya mula meninggi...
" Minta maaf, bukan maksud untuk marah pada awak semua. saya tahu ,ustaz Zainal (ajk kaw B.Katil) dah banyak bantu saya. Memang orang PAS akan bantu saya. Saya hanya cakap pada orang-orang sekeliling saja. Ada yang marah bila kami anak-beranak pakai tudung.Suruh buka tudung.Patutnya dia yang ajar kami suruh pakai tudung."
Suaranya sudah agak meninggi. Mungkin sedang cuba menahan perasaan.

Begitulah diantara keluhan yang didengari sebaik saja kami menziarahi diantara rumah yang dmpbk senaraikan dalam program ziarah mingguan. Kami menerangkan tujuan kedatangan kami yang agak ramai apabila dibandingkan sebelum ini, hanya seorang atau dua orang muslimat saja yang menziarahi mereka dalam sesuatu masa.

Bersama sedikit sumbangan dalam bentuk wang juga sedikit makanan asas yang dapat kami sediakan. Meskipun tak mampu untuk menyumbangkan banyak namun itulah diantara usaha kami untuk meneruskan dakwah ini.

Walaupun kami menerima kritikan yang agak keras dari saudara baru ,itu bukan menjadi sebab untuk menghalang dakwah kami. Kami akan terus mengeratkan ukhuwah ini.

Banyak perkara yang perlu dibantu kerana mereka masih terlalu baru didalam mengenali Islam. Buat masa terdekat ini, pendekatan yang terbaik adalah dengan menyantuni mereka dengan akhlak yang mulia.

"Minta maaf-maaf banyak-banyak ustazah. Saya langsung tak marahkan ustazah tadi.Saya tahu ustazah banyak tolong saya" kata-kata terakhir yang sempat diluahkan sebaik saja aku menaiki van untuk pulang.

" InsyaALLAH , manusia sentiasa diuji dan kita akan menemui banyak perkara lagi selepas ini".
Kataku sambil tersenyum kerana gelaran ustazah yang diberikan itu agak meremangkan bulu roma kerana gelaran ustazah tak layak bagi orang seperti aku.

Friday, June 19, 2009

MENGAPA MESTI TERPEDAYA???

















Mengapa mesti terpedaya
Dengan Media durjana...
Yang memang tugasannya...
Membuat porak peranda...

Tak perlu salahkan mereka...
Kerana itu tugas asasinya ..
dari dulu..kini..dan selamanya

Lantas
Tepuklah tangan didada ...
Tanyalah iman untuk berbicara...
Mengapa mesti terpedaya juga...
Setelah bertahun-tahun boikot Media Meloya

...........

Thursday, June 18, 2009

JOM! KITA KEMANEK URAI..



Bahang suasana pilhan raya kecil DUN manek Urai makin terasa.Marilah sama-sama kita berkempen habis-habisan bagi memastikan bahawa Manek Urai tetap milik PAS.Kemungkinan pertembungan yang sengit akan berlaku diManek Urai memandangkan pengundi melayu 99%.



Kontijen Melaka akan mula turun pada 19 Jun sehinga kehari mengundi mengundi 14 julai.DMPBK juga tidak ketinggalan untuk bertugas disana bermula pada 23 hingga 25 Jun diSungai Sok .



Petugas-petugas yang hadir mestilah mempunyai komitmen yang tinggi, patuh dan bersedia menerima arahan walaupun kurang pengalaman.

TERUSKAN BEKERJA ...




Alhamdulillah, DMPKBKatil masih diberi kesempatan untuk menziarahi muslimat-muslimat cawangan. Dan kami meneruskan dicwangan Paya Dalam.Semuga pertemuan -pertemuan ini akan membuahkan natijah yang besar demi ISLAM yang tercinta.

Ramai juga yang mengambil kesempatan diatas penziarahan ini untuk bertanyakan tentang kerajaan perpaduan yang sedang digembar gemburkan oleh media BN yang sengaja mengambil kesempatan demi kepentingan mereka sendiri.



Kami bersikap tunggu dan lihat sendiri apa yang akan disampaikan oleh para pemimpin PAS tanpa mahu memberikan sebarang kenyataan.
Kita sedang diuji dan sememangnya kebijaksanaan jugalah memainkan peranan yang penting dalam menanggani hal ini.

Apa yang penting kita diperingkat cawangan teruskan bekerja walaupun sedikit tetapi istiqamah dalam meneruskan agenda dan mencari keredhaan Illahi. Janganlah kita turut terpengaruh dengan media-media yang sememangnya bertujuan jahat.

Lihat apa yang ditulis oleh Allayarham Ustaz Fathi Yakan ,yang baru meninggalkan kita dengan buku-buku ilmuannya. Dalam buku nya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat"..Rasulullah S.A.W. telah meramalkan cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh para Mu'min dan mujahidin dijalan ALLAH S.W.T.. beliau bersabda

'Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah;
1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci kepadanya
3) kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

"Orang yang paling berat dicuba ialah para nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu'

"Sesungguhnya ALLAH Subhanallah Wata'ala apabila mengasihi satu kaum , dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan) barangsiapa yang rela dengan cubaan itu itu maka mereka mendapat keredhaanNYA. Barang siapa yang benci ( marah) maka baginya kemurkaan ALLAH S.W.T

"Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan jalan keNeraka dihampiri oleh keghairahan
syahwat"

Fitnah dan kesusahan silih berganti. Oleh itu setiap para Da'ei perlulah berhati-hati dan sentiasa bersiap sedia.

Monday, June 15, 2009

HUBUNGAN LANGSUNG DENGAN INDIVIDU



Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam , menyeru berbuat baik dan melarang mereka berbuat yang tidak baik adalah kewajipan dalam agama Islam.

Maka kita sebagai warga , yang berada dalam lingkungan medan Islam seharusnya tegak membawa tugas itu memikulnya dengan segala kesungguhan , mengerahkan tenaga serta waktu dan pemikiran kita dan inilah tugas para Da'i.



Firman ALLAH
" dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dari seorang , yang mengajak Ummat manusia kejalan ALLAH dan beramal saleh dan berkata : sesungguhnya saya termasuk golongan kaum muslimin" (Al Fusilat: ayat 33)

Pengertian yang sebenar tentang tugas beramal dalam Islam , seharusnya mendarah daging dalam pemikiran kita.Mengajak manusia mengerjakan sesuatu yang dnamakan PENGORBANAN.



"Iman itu bukan angan-angan dan juga bukan perhiasan tetapi iman itu adalah sesuatu yang menetap dihati, dan dibenarkan dengan amal."


Dengan itu, DMPKBKatil meneruskan agendanya dengan menziarah beberapa muslimat dicawangan Bukit Baru dalam usaha menghidupkan usrah dicawangan tersebut dalam memenuhi target Kawasan Bukit Katil sekaligus dalam melaksanakan amanah besar yang dipikul.

Amal dalam Islam merupakan usaha yang bertujuan merombak masyarakat jahiliyyah dalam segala seginya kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan.



Marilah sama-sama kita membersihkan jiwa, melepaskan jiwa dari penyakit-penyakit dan penyelewengan.Marilah sama-sama bermuhasabah , saling nasihat-menasihati dalam menegakkan kebenaran dan bersabar dalam mengajak ummat kejalan ALLAH dan berjuang menegakkan agamaNya.


"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjuang dan bersabar diantara kamu dan agar Kami menyatakan baik-buruknya halehwal kamu"
(Surah Muhammad: Ayat 31)

...

Saturday, June 13, 2009

LAHIR...MENDERITA...MATI



'Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu maka pasti kamu akan menemuinNya" (Al Insyiqaq :6)

Terdapat sebuah kisah tentang penguasa Persia, Zemire, yang memerintahkan para ilmuwan Persia agar menuliskan untuknya sejarah anak manusia. Tulisan itu diharapkan menjadi pelita dan dapat menerangi dengan hikmah ketika raja itu berkuasa dan memperolehi pelajaran masa lalu. Kenikmatan ALLAH dan teladan diantara peristiwa-peristiwa yang terjadi, sehingga hukumnya menjadi sempurna dan hikmahnya bermakna.

Setelah 20 tahun berlalu , dia menjadi penguasa negeri itu, para ilmuwan datang kepadanya dengan membawa satu iringan yang terdiri dari 12 ekor unta. Setiap unta memikul beban berisi lima ratus juz @jilid buku sejarah anak manusia.

Ketika raja itu rasa tidak mampu membacanya, dia memerintahkan para ilmuwan tersebut untuk meringkaskan buku-buku ensiklopedia ini.Setelah selang beberapa waktu, mereka kembali lagi kepadanya dengan membawa buku yang diangkut dengan 3 ekor unta. Sekali lagi raja itu meminta agar diringkskan lagi.

Setelah berlalu 10 tahun, para ilmuwan itu datang lagi dengan membawa buku yang dipikul oleh seekor unta. Namun, hal itu pun masih dirasa berat oleh raja yang sudah tua dan menjadi lemah. maka dia meminta yang lebih ringkas lagi.

Pada akhirnya, datanglah kepadanya seorang ilmuwan yang masih hidup diantara kelompok ilmuwan yang masih hidup diantara kelompok ilmuwan dan ahli sejarah tadi membawa sebuah buku tebal yang dipikul oleh seekor keldai. Akan tetapi raja Zemire telah berbaring diatas tempat tidur menjelang kematian.

Maka dengan keletihan yang menyesakkan dada , raja berkata ' Aku akan segera mati sebelum tahu sejarah anak manusia". Ilmuwan itu yang telah mempelajari ringkasan hikmah dengan susah payah didunia ini berkata " Tuanku, aku telah meringkaskan untuk mu sejarah mereka dengan 3 kata sahaja...iaitu: Lahir ..menderita..mati."