HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, June 18, 2009

TERUSKAN BEKERJA ...




Alhamdulillah, DMPKBKatil masih diberi kesempatan untuk menziarahi muslimat-muslimat cawangan. Dan kami meneruskan dicwangan Paya Dalam.Semuga pertemuan -pertemuan ini akan membuahkan natijah yang besar demi ISLAM yang tercinta.

Ramai juga yang mengambil kesempatan diatas penziarahan ini untuk bertanyakan tentang kerajaan perpaduan yang sedang digembar gemburkan oleh media BN yang sengaja mengambil kesempatan demi kepentingan mereka sendiri.



Kami bersikap tunggu dan lihat sendiri apa yang akan disampaikan oleh para pemimpin PAS tanpa mahu memberikan sebarang kenyataan.
Kita sedang diuji dan sememangnya kebijaksanaan jugalah memainkan peranan yang penting dalam menanggani hal ini.

Apa yang penting kita diperingkat cawangan teruskan bekerja walaupun sedikit tetapi istiqamah dalam meneruskan agenda dan mencari keredhaan Illahi. Janganlah kita turut terpengaruh dengan media-media yang sememangnya bertujuan jahat.

Lihat apa yang ditulis oleh Allayarham Ustaz Fathi Yakan ,yang baru meninggalkan kita dengan buku-buku ilmuannya. Dalam buku nya yang bertajuk "Bahtera Penyelamat"..Rasulullah S.A.W. telah meramalkan cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh para Mu'min dan mujahidin dijalan ALLAH S.W.T.. beliau bersabda

'Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah;
1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci kepadanya
3) kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

"Orang yang paling berat dicuba ialah para nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu'

"Sesungguhnya ALLAH Subhanallah Wata'ala apabila mengasihi satu kaum , dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan) barangsiapa yang rela dengan cubaan itu itu maka mereka mendapat keredhaanNYA. Barang siapa yang benci ( marah) maka baginya kemurkaan ALLAH S.W.T

"Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan jalan keNeraka dihampiri oleh keghairahan
syahwat"

Fitnah dan kesusahan silih berganti. Oleh itu setiap para Da'ei perlulah berhati-hati dan sentiasa bersiap sedia.

No comments: