HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, March 8, 2009

SEKADAR GAMBAR DARI KAMERA MUSLIMAT BUKIT KATIL



Dari Bukit Katil jam 10 pagi









Dibaca satu persatu KP...Melengahkan masa..

Dibaca satu persatu KP...Melengahkan masa.

Diselongkar beg-beg walaupun pergi sekadar ingin mendaulatkan BAHASA



Padahal perjuangan ini adalah untuk
anak serta cucu cicit mereka juga. Siapa tahu sebelum tidur, mereka menangis kerana mereka diantara penghalangnya dan pastinya anak serta cucu cicit mereka mengutuk mereka kembali..'"Alasan kerana tugas"' .biarlah anak-anak serta cucu cicit mereka yang menghukumnya....





DiLRT..



Perbincangan seketika






Didalam LRT




Kewajipan solat tetap ditunaikan walau apa keadaan sekalipun.


Sesudah solat mula berhimpun keluar




Anak kecil tidak ketinggalan kerana mereka adalah mangsa keadaan. Mereka yang sedang menghadapi keadaan disekolah...



Pemandangan dari Pasar Seni.Perhimpunan menuju keMasjid Negara



Tetapi berpatah balik apabila dikepung dan disembah asid dan tembakan




Helikopter berkeliaran



Memang terasa mata dan hidung terlalu amat perit..Lebih perit dari Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007



Ramai yang telah lari kebawah daya bumi...



Orang ramai mencari tempat teduh..








keadaan kembali tenang...





Setelah disembur





Berkumpul balik...diarah segera masuk kemasjid..














Ucapan dibuat...














Pengalaman dari anak muda-anak muda yang berjiwa besar..
Tembakan peluru hampir tepat kemuka mereka didalam kawasan Masjid Negara tanpa mereka sedari..Dengan kuasa ALLAH tiba-tiba mereka tersedar lalu mengelak dan peluru tersasar..

Tembakan juga terus tersasar keJam masjid....

PECAHHHH.....PRANG....



Apabila dalam keadaan yang kelam kabut...mata-mata sudah amat perit..dan ..hidung teramat sakit ...air mineral dalam botol kecil amat sedikit ...sebaik sahaja dituang untuk dicuci muka tiba-tiba banyak tangan yang turut menghulur disebelah bawah sehinggakan tidak sempat untuk air menitik ketanah...







Namun...mereka tidak serik...Mereka tidak bersalah .. mereka hanya sekadar memperjuangkan BAHASA ...



Memperjuangkan BAHASA MELAYU , BAHASA IBUNDA yang tercinta...

Wednesday, March 4, 2009

POKOK MENJADI SAKSI




Abdullah bin Umar pernah mengikut Nabi Muhammad pergi mengembara. Semasa dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan seorang Arab Dusun.

"Saudara mahu kemana?" tanya Nabi Muhammad kepada Arab Dusun itu.

"Saya hendak balik ke kampung saya", jawab Arab Dusun itu.

"Saudara mahu sesuatu yang baik?" tanya Rasulullah lagi

"Apa dia?' tanya Arab Dusun itu semula bagi mendapat penjelasan.

"Saudara jadi saksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada sekutu baginya.saudara juga jadi saksi Muhammad adalah hamba dan utusan ALLAH", jelas Nabi Muhammad.

"Engkau ada saksi yang menyatakan apa yang engkau cakapkan itu benar?, tanya Arab Dusun itu.





"Ya , Pokok itu," jawab Nabi Muhammad

Lalu Nabi Muhammad memanggil pokok yang tumbuh dipinggir kolam yang ada disitu.pokok itu berguling-guling datang menuju kearah Rasulullah .Apabila tiba berhampiran dengan Nabi Muhammad , pokok itu kembali menjadi tegak.

Nabi Muhammad meminta pokok itu menjadi saksi ,beliau adalah utusan ALLAH. Beliau mengulang permintaannya sebanyak 3 kali. Lalu pokok itu menjadi saksi , Nabi Muhammad adalah benar-benar utusan ALLAH.Kemudian pokok itu berguling-guling ketempat asalnya.

Biar saya balik berjumpa ahli keluarga saya dahulu",ujar Arab Dusun itu.




"Jika ahli keluarga saya mahu ikut bersama-samaku menganut agama Islam, kami akan datang bersama-samaku berjumpa dengan engkau. tetapi jika mereka tidak mahu, saya tetap akan bertemu dengan engkau. Saya akan mengikut engkau," jelas Arab Dusun itu kepada Nabi Muhammad.





....

Kali ini...Jangan takut-takut...Gegarkan saja tanah...
Biar mereka jatuh kelembah...
Tersembam dibumi merekah...
Tertimbus dibumi bertuah...
Menjadi punah ranah..


Dan

Pastikan
Tumbuhnya benih bercambah
Diatas penimbusan manusia penjarah...

Lalu
Menjadi POHON RENDANG yang membawa berkah...
Yang bisa menaungi MUSAFIR dibumi yang indah..
Yang pastinya...sedang dalam perjalanan pulang ... bertemu ALLAH......


...Sedutan dari Puisi. "Bukit Oh Bukit"

......

ZIARAHILAH !!!!



ALHAMDULILLAH....











Petang tadi Muslimat serta pengarah NISA Negeri Melaka dapat meluangkan sedikit masa bagi menziarahi mereka yang kurang bernasib baik dibeberapa tempat disekitar Kawasan Bukit Katil.




Semuga dengan kedatangan kami , terasa terhiburlah sedikt hati mereka tambah-tambah lagi







yang kini tinggal keseorangan dalam menjalani kehidupan meniti diusia emas.




Tidak dapat dinafikan bahawa betapa sunyinya mereka, tambah-tambah lagi yang tinggal bersendirian kerana belum pernah mendirikan rumah tangga.



Semuga ALLAH tetap memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini .INSYAALLAH..

Tuesday, March 3, 2009

ISTERI IDEAL LAGI MITHALI?????




Isteri Mithali idaman suami
itulah yang dicari-cari
Cita-cita suami terlalu tinggi
selagi tak jumpa tetap dicari...

Isteri Mithali terus dijejakki
Walau dimana ingin dimilikki
Selagi tak dapat , pencarian tidak berhenti
Meskipun jauh tidak dipeduli
Asalkan dapat apa yang dihajati....

Isteri Mithali tetap diburu
walau akhlak sisuami masih tak menentu
Entah bila akan ketemu
sisuami tetap setia menunggu...



Akhirnya, sisuami terasa hampa
Penantian sudah terlalu lama
Lenguh, letih datang menimpa
Namun..isteri Mithali tak kunjung tiba...

Lalu sisuami bermunajat
Kepada ALLAH dipohon hajat
Kepada yang esa doa dipanjat
setiap masa setiap saat

Setiap doa ada balasan
Sisuami kini diberi kekuatan
Al Quran mula jadi tatapan
Itulah zikir bacaan harian
menemui sisuami akan jawapan...




Lalu...Sisuami tersenyum sendiri
Hajat dihati terlalu tinggi
Masakan dapat Isteri Ideal lagi Mithali
Akhlak sendiri tak ikut nabi....

Sisuami berazam menukar wajah
Ingin berhijrah meskipun susah
Ingin hidup berlandaskan Sunnah
Ingin hidup mencontohi Rasulullah
Biar sukar...tetap diredah...

Sifat RAJA dibuang sudah
Sifat EGOISME dilapah-lapah
Sifat sombong dimamah-mamah
Sifat TAKABUR dihancur musnah
Terasa...syaitan menyungkur kalah...

Sunnah Rasulullah contohan harian
Hulurkan tangan , ringankan beban
Setakat membuat air secawan bukanlah kesalahan
Setakat menggosok sehelai baju bukanlah bebanan
Setakat menjahit satu koyakan bukanlah kesiksaan
Semua yang dilakukan ada ganjaran
Buat manusia yang bernama Insan
Tiada beza lelaki dan perempuan
Kerana Islam agama Keindahan
Sudah tiada masa untuk pertikaian...

Sisuami kini sudahlah perasan
Semua kehendak takkan dipenuhkan
Sengaja ALLAH jadikan ujian
Untuk menentukan hari pembalasan
Untuk menentukan siapa yang benar-benar beriman...



Sifat TAWADHUK menjelmalah sudah
Menasihati isteri secara hikmah
Tanpa mengenal penat dan lelah
Agar yang bengkok tidak terus patah
Agar yang keras kan bisa lemah...

Baru terasa diri itu rendah
Baru layak digelar khalifah
Baru dihormati sebagai ketua rumah
Baru nampak keadilan ISLAM terserlah
Baru kelihatan semuanya indah
Baru tahu semuanya mudah
Apabila hati yang keras dapat dipatah...



Dan Akhirnya...sisuami bertekad kini
Walau seribu ujian diberi
Kerenah Isteri sanggup dihadapi
Tatap sabar menahan diri
Tetap redha walau apa pun terjadi
Agar melepasi cubaan yang diuji

YA!!!YA!!!!
Yang masih terselit , jauh dihujung lubuk hati
Ingin memilikki Isteri Ideal lagi Mithali
Yang pastinya bukan dibumi
Tapi...nun jauh disyurga abadi
Bidadari yang bermata jeli....


APAKAH ITU AKAN DIMILIKKI????

Monday, March 2, 2009

KEM KEPIMPINAN PELAJAR MAAHAD AR RAHMAH DAN AN NURIAH



Tahniah buat sekolah Maahad Ar Rahmah dari Bukit Lintang serta sekolah An Nuriah dari Sg Udang kerana telah berjaya mengadakan kursus Motivasi Kem kepimpinan Remaja Islam serta Pengurusan Organisasi Sistematik bagi pelajar pelajar nya. Seramai 100 pelajar telah menghadiri kursus yang berjalan selama 3 hari 2 malam bertempat diTaman Botanikal Ayer Keroh Melaka bermula pada 27 Mac hingga 1 mac .




" Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, merekalah orang yang beruntung" (Ali imran:104)

Kerjasama dalam satu pasukan memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesuatu organasasi. Sikap Penumpuan,Pengorbanan , Keikhlasan, Rapi , Teratur, Ketaatan dan kepatuhan perlu ada bagi setiap individu bagi menjamin kejayaan organisasi.



Tiada dokumentasi..lambat bertindak..Hadiri mesyuarat tanpa idea/pendapat..ketua menjadi pak turut..bendahari tidak berfungsi..ambil alih tugas orang lain..pegang jawatan untuk kemegahan adalah diantara sebab gagalnya sesebuah organisasi..



Jalan dakwah :Jalan para Ambiya
Dakwah tanggungjawab seorang muslim. "serulah kejalan tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.." kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang dipimpin oleh wahyu dan petunjuk ILLAHI. Apabila manusia lari dari kepimpinan ILLAHI maka timbullah terlalu banyak krisis, keruntuhan masyarakat..rasuah..dadah..kezaliman..pengelapan harta benda..penipuan
..

Sedikit dari catitan diatas merupakan sebahagian dari apa yang telah disampaikan kepada pelajar-pelajar dikem motivasi tersebut. Dengan amat berbesar hati maka didoakan agar akan lahir kepimpinan –kepimpinan yang dapat memikul amanah-amanah ini . Insya ALLAH.


Masyarakat Islam telah bermula..
Asasnya telah menjadi nyata..
Dibangunkan oleh pemudi pemuda..
Melalui dakwah merata-rata…..






Tunggulah masa dan ketikanya..
Tenaga-tenaga itu sedang bekerja..
Mengantikan restu yang ada..
Yang telah merosakkan kehidupan manusia
…..

Sunday, March 1, 2009

Jom Turun Ramai-Ramai!!!



Alhamdulillah..puas hati aku dapat edarkan risalah "mansuhkan PPSMI" ..HIMPUNAN 100,000 rakyat pada 7 Mac ini.tak kira mana aku pergi , keklinik kah, ke kedai makan ke, kekedai runcit ke, kestesyen minyak ke..pasti aku aku hulurkan seorang demi seorang .Tak kira diworkshop ke..yang pakai baju askar kah, yang pakai tai ke, yang tengah hantar roti pun aku hulurkan..Biarlah mereka dapat maklumat yang sebenarnya kerana kebanyakkan dari mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.Tersenyum aku apabila ramai yang bersetuju dengan pemansuhan itu..Ya..MANSUHKAN Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. PPSMI membunuh masa depan Bahasa melayu dan secara tak langsung ianya juga menghina bahasa melayu.






Jangan lupa 7 mac jam 2 petang didepan Istana negara, KL
Turun ramai-ramai!!!!

Jom Turun Ramai-Ramai!!!

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil

Wednesday, February 25, 2009

SYUKRAN BUAT SANG SUAMI...



Sang isteri mengucapkan terima kasih yang amat sangat serta tidak terhingga kepada sang suami diatas kesudian sang suami menghadiahkan sebuah komputer riba kepada sang isteri.Sisteri amat berbesar hati sebaik saja menerima pemberian yang amat bermakna buatnya.Memang tanpa komputer peribadi agak sukar siisteri menjalankan amanah-amanah yang telah dipikulnya selama ini.Bagi siisteri tanpa sebuah komputer riba memang banyak urusan-urusan yang melibatkan kerja-kerja luar agak terbengkalai, malah adakalanya terpaksa menyewa komputer dicybercafe bagi melicinkan kerja-kerja. Dengan itu siisteri berdoa agar ALLAH akan memberikan ganjaran yang setimpal buat sisuami diatas hadiahnya itu walaupun sisuami tahu bahawa siisteri memang sebuk dalam urusan-urusan hariannya..malah ada kalanya ditinggalkan..




Dan mungkin sisuami akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik dari pemberiannya kepada siisteri .Hanya ALLAH yang bisa menentukannya...
...Syukran Jazilan buat sang suami...

Thursday, February 19, 2009

BUKIT OH BUKIT!!!!



Bukit....Oh....Bukit
INGAT...
Jangan izinkan samasekali dirimu ditarah..
Oleh penjarah-penjarah bertauliah...
Yang sudah mabuk tidak tentu arah...
Bak kata Hishamudin Rais "Hanturaya nak hisap darah"...

Bukit....Oh...Bukit
Sedar..
Jangan izinkan samasekali dirimu ditarah...
Oleh penjenayah-penjenayah...
Yang semakin hari semakin parah...

Sebab..
Kalau engkau turut rebah...
Pasti bala bertambah-tambah...

Bukit....Oh....Bukit
Walaubagaimanapun..

Andaikata mereka terus juga menjarah...
Diatas badanmu mereka terus menarah...

Maka ..
Kali ini...Jangan takut-takut...Gegarkan saja tanah...
Biar mereka jatuh kelembah...
Tersembam dibumi merekah...
Tertimbus dibumi bertuah...
Menjadi punah ranah..


Dan

Pastikan...
Tumbuhnya benih bercambah..
Diatas penimbusan manusia penjarah...

Lalu..
Menjadi POHON RENDANG yang membawa berkah...
Yang bisa menaungi MUSAFIR dibumi yang indah..
Yang pastinya...sedang dalam perjalanan pulang ... bertemu ALLAH



Didekasi..
Buat pengundi-pengundi...
Bukit Gantang
Bukit Selambau
Bukit Lanjan

ha...ha..
tak lupa juga..buat
Bukit Katil yang pasti akan mencipta sejarah
bagi Bukit Baru.INSYAALLAH
...

Tuesday, February 17, 2009

BUKIT KATIL...MENGORAK LANGKAH...



ALHAMDULILLAH....PAS Kawasan serta Dewan Muslimat Kawasan Bukit Katil akan bersama-sama mengorak langkah bagi memastikan bahawa syiar Islam akan terus tertegak dimuka bumi ALLAH ini. Sekali lagi kelas cambah fikiran diantara semua ajk kawasan telah diadakan selama satu hari bertempat disalah sebuah hotel diBandar Hilir baru-baru ini.Semuga Takwim kali ini akan lebih memberikan kesan demi menjayakan satu perjuangan samada dalam satu matlamat jangkamasa pendek atau matlamat jangkamasa panjang.

Yang pentingnya, hasil dari perbincangan itu dapat memberikan suntikan bagi setiap lajnah-lajnah yang terlibat bagi menjayakan perancangan yang telah dibuat bersama. Ini memerlukan penglibatan oleh semua ajk serta pengorbanan serta kesungguhan bagi menghasilkan natijah yang diinginkan.

Tugas-tugas ini merupakan satu amanah yang mesti dipikul. Ianya satu tugas yang perlu diambil tindakan secara serius yang pastinya bukan hanya menjadi satu kertas kerja yang tersusun didalam fail semata-mata. Ianya bukanlah sekadar satu teori ..yang mana apabila sampai tempoh ..maka satu teori lain yang dikemukakan.

Setiap diri bertanggungjawab diatas amanah ini..Tidak ujud istilah bahawa aku ini.. "Melukut ditepi gantang"... atau ..tak palah ! ramai orang lain lagi yang boleh buat..."Rebutlah peluang serta ruang sebab apabila kita menghalang maka ditakuti ianya terus hilang"...maka rugilah kita...kerana masa yang pergi tak mungkin akan kembali lagi..Hidup ini hanya sekali...Tiada istilah cuba-cuba...ISLAM menyarankan agar membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

Semuga kita terus bersama-sama dapat membentuk acuan yang ISLAM kehendakki samada kita dapat melihat hasilnya atau tidak. Memang bukan kita yang mulakan dan bukan kita yang mengakhirinya...ia berterusan.."Muafakat membawa berkat". Jadilah insan yang sentiasa bantu-membantu , bersatu padu serta tolong menolong dalam kesejahteraan hidup.



Sama-samalah kita menyedarkan diri kita bahawa dalam hal bekerjsama untuk kebaikkan maka apabila paha kanan dicubit maka peha kiri juga terasa sakit..

Usahlah dibiarkan walaupun seorang sahabat yang terasa dirinya dianiaya dikala bersama-sama. Jangan biarkan hanya seorang sahabat saja yang menyusunkan kerusi tanpa prihatin dari sahabat-sahabat yang lain. Mungkin ini dianggap remeh tapi didalam Islam tiada yang remeh . Semua pekerjaan yang dilakukan walaupun sebesar zara pun akan dicatit juga.Dan yang pastinya..siapa yang melakukan akan mendapat pahala..dan tidakkah kita mahu merebut pahala ..dan yang tentu paling membahagiakan bukan saja kerja yang dilakukan bersama-sama dapat mengambil masa yang sedikit malah setiap semua mendapat ganjaran pahala bersama. Cuma pastikan kerja itu kerana ALLAH bukan terpaksa atau manusia.

Semuga usaha yang dilakukan walaupun kecil mendapat keberkatan dari ALLAH lantas diberinya kemenangan dunia dan akhirat..INSYAALLAH..

Kami orang Islam...
Memikul amanah besar...
Ilmu ..Iman...Amal...
Merangkai satu gagasan.

Dipelusuk dunia..dimayapada..
Islam berkembang ..menentang badai..
Tiada beza sesama kita..
Disisi ALLAH nilainya taqwa..
..

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI.....


(maaf..gambar hiasan)

Alhmdulillah, DMPNM telah memberikan hasil kutipan wang yang berjumlah RM 3.5 ribu kepada saudara Hj Mohd Sabu yang telah menyampaikan ceramah berkenaan "Selamatkan Palestin" pada 17 Feb bertempat di Permatang Pasir.Dr Khatijah Jumangat selaku Ketua Muslimat Negeri Melaka sendiri telah menyerahkan sumbangan kepada saudara Haji Mohd Sabu dimalam tersebut.

Begitu juga dari Kawasan-kawasan serta Dewan-dewan yang lain yang juga telah memberikan sumbangan hasil kutipan dari derma orang ramai. Kutipan juga telah dibuat dari orang-ramai yang telah bersama-sama menghadiri ceramah tersebut.
Semuga kutipan-kutipan ini dapat membantu rakyat Palestin yang sedang bergelumang dengan serangan yang begitu getir sekali.INSYAALLAH

Hadis Rasulullah,
"Seseorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh membiarkan dia dianiaya oleh orang lain.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya ALLAH menyempurnakan hajatnya.Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim didunia ini maka ALLAh akan melepaskan kesusasahannya pada hari akhirat kelak"

..