....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012
BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)
Monday, October 20, 2008
KERAJAAN ISLAM MELAKA
Ada sebuah berita menyatakan bahawa pada tahun 1276M ( abad ke13, ertinya bersamaan dengan masa hidupnya, sultan Pasai yang Pertama (Al Malikus Salleh, ) sudah ada sultan yang pertama dinegeri Melaka iaitu Sultan Muhammad shah. Tersebut dalam berita itu bahawa baginda memerintah tidak lama.Dan sesudah baginda wafat, barulah datang Sidi Abda Aziz, ulama dari Jeddah membawa agama Islam.
Sunday, October 19, 2008
Bila Lanun solat berjemaah...
Pelik! Setahu aku lanun memang jahat(gangster) .Perompak,Penyamun..menganggu,mengacau..dengan mata yang tutup sebelah..tapi bila aku terbaca dalam siasah, lanun pun boleh solat berjemaah dengan anak-anak Kapal Melati 5.Anak-anak kapal yang ditawan dibenarkan berpuasa dan solat dalam keadaan yang selesa.Dan juga dibenarkan tidur dengan selesa.Rupa-rupanya meskipun dalam melakukan rompakan masih ingatkan ALLAH. Jadi kalau ingatkan Allah, mengapa nak jadi lanun?. Seorang lanun memberitahu, tujuan mereka merompak kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyara hidup kumpulan mereka.Nampaknya lanun ini kaya raya. Setakat dengan MISC saja , mereka telah mendapat RM 6.4 juta. Itu baru 1 kapal.Belum dikira lagi 68 kapal yang telah diserang dan 26 kapal telah berjaya dirampas.Entah-entah lanun itu merompak untuk membantu orang-orang yang kebuluran ditempat mereka(Aku agak aja.maaf ..kalau salah). "Matlamat tidak menghalalkan cara"..Yang salah tetap salah. Walau apa kebaikan yang ingin dilakukan, mesti dengan cara yang dibenarkan oleh ISLAM. Tidak ada istilah "ISA"..Menangkap orang "Ikut suka Aku"..Walaupun kononnya demi keselamatan dalam Negari..namun buktikan kesalahan bagi yang disyakki dimahkamah. Lanun pun boleh beri orang-orang tawanan untuk berpuasa dan bersolat..berjemaah lagi.. tapi bagaimana dengan tahanan ISA? mudahkan mereka nak bersolat..apa lagi berjemaah dalam solat.Diberitahu pula ..makanan yang diberi seperti makanan anjing ..Nampaknya lanun-lanun International pun masih ada perasaan untuk menghormati orang tawanan berbanding dengan orang yang berkuasa didalam penahanan ISA diMalaysia..
Saturday, October 18, 2008
HAKIKAT PENGABDIAN
Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu berkata: " Ya Rasulullah..aku mencintaimu"
Kemudian Nabi S.A.W menjawab: Persiapkanlah untuk merahsiakan kefakiranmu"
Seorang yang lain juga datang kepada baginda, lalu berkata: " Aku cinta kepada ALLAH s.w.t". Lalu nabi S.A.W memperingatinya: " Janganlah kau perlihatkan bahawa duka nestapa menimpamu'

Monday, August 25, 2008
PERMATANG PAUH
Ya ALLAH ..Ya Tuhanku,
Berikanlah Kekuatan,
Mudahkanlah Urusan,
Lapangkanlah Perasaan,
Hulurkanlah Bantuan pada para pejuang yang adakalanya hampir kelemasan
apabila dihimpit asakkan demi asakkan.
Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Hancurkanlah Kebatilan,
Robohkanlah Kezaliman,
Hapuskanlah Kerakusan,
Leraikanlah Ketamakkan dari musuh-musuhmu yang ketandusan serta kegersangan dari keimanan.
Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Tegakkanlah Kebenaran,
Serlahkanlah Kemenangan,
Pancarkanlah Keadilan diatas KEIKHLASAN dan KETELUSAN serta PENGORBANAN para pejuang
yang sentiasa meraih KEREDHAAN serta KERAHMATAN dalam perjalanan menuju kepenghujung kehidupan dan yang pastinya dalam perjalanan pulang kedunia yang berkekalan..

IBU...PERANAN SEBAGAI PENDIDIK GENERASI AKAN DATANG
Kata-kata penyair Arab- Ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anak, sememangnya telah terbukti sekian lama. pendidikan yang bermula dari saat anak itu dikandung sehinggalah dewasa , berjalan secara terus sama ada si ibu itu sendiri menyedarinya atau tidak. Zainab Al Ghazali berulang-ulang kali menekankan kepentingan serta keperluan untuk wanita bergelar ibu menjalankan tugas mendidik generasi akan datang yang bakal bergelar pejuang agama ALLAH yang sejati atau Jundullah. Beliau mengatakan:
'Tugas dan tanggungjawab wanita adalah untuk melahirkan pejuang, mempersiapkan para mujahid,mendidik ulamak, menyediakan suri-suri rumah dengan asas keutamaan dan akhlaq yang tinggi, mempunyai iman yang sebenarnya dan nilai-nilai yang mulia,ketinggian cita cita dan kesediaan berkorban , menyumbang, memberi serta tokoh yang kreatif dan adil'..

Monday, August 11, 2008
TUJUH KALIMAT
Sabda Rasulullah S.A.W
Ertinya:
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, dia dipandang mulia disisi Allah S.W.T"
1. Mengucap BISMILLAH pada setiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap ALHAMDULILLAH pada setiap selesai pekerjaan.
3.Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap pada sesuatu perbuatan.
4.Mengucap INSYA'ALLAH jika merencana buat sesuatu dihari esok.
5.Mengucap LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
6.Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.
7.Mengucap LAILAHAILLAALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Sunday, August 10, 2008
RAHMATULLIL 'ALAMIN'
Saudara/saudari
Bayangkan betapa makmurnya suasana ketika Islam berada dipuncak kegemilangannya! Sesungguhnya pernah wujudnya diatas muka bumi yang gersang ini , satu gagasan Ummah Rabbani yang bercirikan satu cara hidup Muslim yang sejahtera, yang membuktikan betapa Islam adalah sememangnya 'RAHMATULIL 'ALAMIN'.
Prof DR Yusof Qaradhawi menulis dalam bukunya MALAMIN AL MUJTAMA' AL MUSLIM ALI NANSYUDUHU ( Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan)
'Masyarakat Islam adalah berbeza berbanding dari masyarakat-masyarakat yang lain.Ia adalah masyarakat unggul dari segi kandungan serta ciri-cirinya. Ia adalah masyarakat Rabbani(berteraskan nilai Illahi) , kemanusiaan(humanity), berakhlak dan seimbang. Umat Islam dituntut menegakkan masyarakat ini sehingga mereka dapat mendaulatkan agama mereka serta menjiwainya dan hidup dibawah naungan kehidupan Islam yang sempurna.Lantaran itu, kehidupan mereka akan dipandu oleh akidah Islam, dipimpin oleh pemikiran Islam, dihiasi oleh adab kesopanan Islam. dikuasai oleh nilai-nilai Islam, diperintah oleh perundangan Islam dan dibimbing segala aktiviti ekonomi, kesenian dan politik menurut ajaran-ajaran Islam.
Sayang seribu kali sayang, segala keindahan ini dicemari oleh sifat-sifat rakus manusia yang tamak haloba. Kuasa yang diamanahkan keatasnya diselewengkan. Kezaliman..kerakusan..fitnah yang berleluasa semakin sudah kekemuncaknya.Hilang sudah neraca pertimbangannya.Seolah-olah kematian itu tiada didalam diari kehidupannya. Seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya.seolah-olah tiada hari pembalasan bagi mereka.
Tunggu!!! Tunggu lah saat dan ketikanya. Tenaga-tenaga yang akan mengembalikan kedaulatan Islam sedang bekerja. Pasti...Mengantikan restu yang ada, yang telah merosakkan kehidupan manusia.
"Ya Allah"
Berikanlah kekuatan....Mudahkan urusan..
Hulurkan bantuan.......Lapangkan perasaan
Hancurkan Kezaliman...Hapuskan kebatilan..
Tegakkan Kebenaran
Agar terpancar ...KEADILAN

Monday, August 4, 2008
CEPATLAH !!!PAKATAN RAKYAT
Debat sudah...
Muzakarah pun sudah
Muqabalah sudah
Berbalah pun sudah
Satu Malaysia dah ikuti
Satu dunia turut memerhati
Perbincangan hangat berhari-hari
Sehinggakan kes adik Sharlinie entah kemana pergi
Tapi hasilnya???
Harga minyak tetap melambung tinggi
Harga barang semakin tinggi
Tak ada apa-apa perubahan pun lagi
buat rakyat sakit hati
"Cepat-cepatlah" PAKATAN RAKYAT...engkau galang ganti
Kami dah tak boleh sabar menanti
kalau hari -hari begini
Mana duit nak dicekau lagi
"UMNO" engkau memang dah tak relevan dari dulu sampai la ni!!!

Istimewanya menjadi wanita
Wanita adalah ibu
Ada kalanya menjadi saudara
Juga menjadi kekasih
Malah anak perempuan juga
Tidak dinafikan sebagai isteri
Dengan wanita... lahirnya lelaki dan wanita
Dan yang paling istimewa
"Wanita adalah Pendidik Ummah"
Sunday, September 9, 2007
RENUNGAN
RENUNGAN
Lebih baik memelihara apa yang ada ditangan kita daripada mengejar apa yang ada ditangan orang lain dan jika tidak dapat memilikki apa yang kita sukai maka kita harus menyukai apa yang kita milikki.
Lebih baik memelihara apa yang ada ditangan kita daripada mengejar apa yang ada ditangan orang lain dan jika tidak dapat memilikki apa yang kita sukai maka kita harus menyukai apa yang kita milikki.
Wednesday, September 5, 2007
RENUNGAN
RENUNGAN BERSAMA BUAT SAHABAT
Kebaikkan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara.
1. Percakapan
2.Diam
3.Pandangan
4. Gerak
1.Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati ALLAH adalah sia-sia.
2.Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran ALLAH adalah leka.
3.Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai
4.Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong .
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan
1.Percakapanya sebagai Zikir
2.Diamnya sebagai tafakur
3.Pandanganya sebagai iktibar
4.Geraknya sebagai perhambaan

Dan
daripada lisan serta tanganya manusia mendapat kesejahteraan.
Kata-kata hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah.
Monday, September 3, 2007
ZAINAB BT JASHH
ZAINAB BINTI JAHSH
1.Nama sebenarnya Barra telah ditukarkan oleh Rasulullah S.A.W setelah memeluk Islam.
2.Sepupu kepada Rasulullah S.A.W
3.Pada 3 H telah berkahwin dengan Zaid Haritha iaitu hamba Rasulullah yang telah dibebaskan dan merupakan anak angkat Rasulullah.
4. Perkahwinannya tidak berapa disukai oleh keluarganya kerana Zaid merupakan bekas hamba.Tetapi Rasulullah berharap dengan perkahwinan ini maka dapat menghapuskan anggapan lama yang merugikan iatu membanggakan keturunan kerana ALLAH sukakan Ketaqwaan dan Kebaikkan.
5.Zainab bersetuju demi kepatuhan kepada Rasulullah.
6.Zainab seorang yang berperangai kasar dan biadap yang menyebabkan Zaid tidak dapat menahan perangai Zainab dan hendak menceraikan Zainab.
7.Lalu turun Surah Al Ahzab : 36 & 37.supaya orang mukmin tidak keberatan untuk mengahwini bekas isteri anak angkat mereka.
8. Rasulullah menghantar pinangan kepada Zainab setelah habis iddahnya setelah beristikhara.
9. Rasulullah mengadakan walimah yang hebat sehingga ada sahabat yang duduk sehingga lewat malam tanpa sebab dan ini menyusahkan nabi .
10.Lalu turun surah Al Ahzab : 53

11.Nikahnya mempunyai beberapa keistimewaan kerana nikahnya dilakukan oleh ALLAH dan wahyunya diturunkan kerananya untuk dibaca oleh semua umat Islam.Oleh kerana nikahnya diatas perintah ALLAH, maka tiada mahar untuknya dan ALLAH menjaminnya bagi pihak Rasulullah S.A.W
12.S. Aisyah berkata " Disisi Rasulullah , hanya Zainab yang setanding denganku disegi kemuliaan dan kehormatan ". Rasulullah S.a.w selalu bertemunya dengan kasih sayang dan kemesraan.
13.Zainab juga cuba membuktikan bahawa' Aisyah' tidak layak mendapat kedudukan yang telah diberikan oleh RasulullahS.A.W. Aisyah hanya berdiam diri dan merenung wajah Rasulullah S.A.W. apabila Zainab menamatkan ucapanya Aisyah pun mengambil kesempatan untuk berucap dengan penuh keyakinan sehingga zainab tidak dapat memberi jawapan . Rasulullah S.A.W berkata " Kenapa tidak? Lagi pun dia adalah anak Abu bakar"
14.Ummu Salamah berkata "Zainab seorang yang cantik dan Rasulullah S.A.W. selalu datang padanya. Dia seorang yang soleh, selalu berpuasa, bersembahyang diwaktu malam dan membelanjakan semua hartanya kepada orang miskin dan yang memerlukan.
15. Sai. Aisyah berkata " Aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih alim . soleh, benar , pemurah, dermawan atau beramal demi keredhaan ALLAH selain Zainab . Dia agak lekas marah tapi segera bertaubat. Kesolehannyan dan ketakwaannya agak tinggi."
16. Suatu ketika sedang Rasulullah sedang membahagi2 harta kepada muhajirin dan Zainab telah berkata sesuatu yang kasar kepada Rasulullah , Umar terus mencelanya tetapi Rasulullah berkata " Jangan berkata apa-apa kerana dia amat takut kepada ALLAH (addaha) Lalu sahabat bertanya apa itu Addaha? Rasulullah menjawab " Rendah hati dalam sembahyang, berdoa memohon kepada ALLAH"
17. Rasulullah sangat mencintainya dan selalu duduk bersamanya dan selalu menikmati madu bersamanya sehinggakan ada isteri2 nabi yang mencemburuinya.
18. Apabila Zainab meninggal dunia , orang-orang miskin dan anak-anak yatim berasa amat sedih dan bimbang. Dia sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada dan murah hati. Dia menyara hidupnya dengan usahanya sendiri dan kemudian membelanjakan semua dijalan ALLAH.
19.Sai.Umar telah menetapkan wang saraannya sebanyak 12 ribu dirham , tetapi apabila diterimanya buat pertama kalinya, dia membahagikan semua kepada orang miskin.
20. Zainab meninggal dunia pada 20 H. SAid. Umar menyembahyangkan jenazahnya dan dikebumikan di Jannat al-Baqi
21. Rasulullah menyatakan bahawa bahawa Zainab mempunyai tangan yang paling panjang yang bermaksud suka bersedekah.
22. Zainab merupakan kawan 'Aisyah" yang kedua diminati oleh Rasulullah.
23. Zainab seorang yang pintar dan bercakap begitu berani dihadapan Rasulullah. Aisyah pernah menyangkalnya tetapi Rasulullah melarang dan menyuruh Aisyah diam. Pernah Aisyah memarahi Zainab dengan berkata " semoga ALLAh menghina mukamu kerana kau menolak hadiah". Rasuilullah sangat marah dan tidak menziarahi Aisyah selama sebulan.
24. Pernah Rasulullah meminta Zainab meminjamkan salah satu daripada untanya tetapi Zainab berkata " Kenapakah aku mesti meminjamkan untaku pada seorang yahudi"? lalu Rasulullah sangat sedih dan tidak menziarahinya selama 3 bulan.
25. Zainab pandai dalam kerja kraftangan. Dia mengawet dan menyamak kulit. Pandai membaiki kasut. Semua benda yang dibuatnya dijual dan duit itu disedekahkan pada fakir miskin.
26. Apabila Zainab jatuh sakit , hanya isteri Rasulullah sahaja dibenarkan merawatnya.Zainab telah menyediakan kain kapannya sendiri tetapi apabila Sai. Umar telah menyediakan kain kapan untuk Zainab maka kain kapannya telah disedekahkan. Ketika itu matahari sedang memancar terik lalu Said. Umar memerintahkan agar sebuah langit langit yang besar dibentangkan direntangkan dikuburnya ketika penggalian sedang dilakukan.
.....
.....
Subscribe to:
Posts (Atom)