HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, December 8, 2011

WANITA SEJATI

Rasulullah Saw menyatakan 
"Semulia-mulia wanita ahli syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, lalu Fatimah binti Muhhamad, kemudian Maryam puteri Imran dan seterusnya Asiah binti Muhazim, isteri Fir'aun"

Di jazirah Arab, orang-orang Arab pernah hidup dalam zaman yang amat kelam lebih dari zaman-zaman mana pun, dan melalui tahapan paling rendah di banding tahapan sejarah mana pun. Negeri mereka gersang, segersang dan sekeras kalbu mereka sendiri. Jiwa mereka di ancam ketakutan dan  tidak kepastian kerana bentuk kehidupan yang amat mengelisahkan, tanpa pepohonan yang menyemarakkan bumi, tanpa iman yang menyinari jiwa, tanpa ilmu yang membimbing akal. 
Tidak ada yang bisa di lihat di dalam masyarakat nya melainkan berhala-berhala yang di sembah, perang yang di tradisikan , darah yang halal di tumpahkan..Tidak ada kehidupan yang di lindungi, tiada suara orang-orang yang tertindas di dengari dan tidak ada keamanan bagi kalbu yang lemah dan memerlukan pertolongan.
Dalam jurang kesesatan dan kegelapan tersebut lalu lahirlah di sana  Muhammad Saw, di rumah yang paling di hormati,paling di muliakan dan paling di segani oleh masyarakat.
Seorang pemuda yang tampan lagi gagah, paling luhur lagi terhormat jalur nasabnya. ALLAH berkehendak untuk mendidik , mempersiapkan, dan menjadikan Nabi Muhammad layak memangku risalah dan menyampaikan amanat yang besar.

 Khadijah bt Khuwailid, adalah seorang wanita kaya , terpandang dan di hormati di Mekah. Penduduk Mekah menggelarnya dengan Al-Thahirah yang bermaksud wanita suci. ALLAH menjalankan kehendaknya dengan mengerakkan hati Khadijah untuk mencintai Rasulullah, manusia agung lagi suci, lalu tertegaklah sebuah bangunan rumah tangga , taman kebahagiaan apabila disemarakkan dengan cinta dan di perkukuhkan dengan keikhlasan.

 Khadijah wanita pertama yang beriman kepada risalah besar yang di bawa oleh Rasulullah , membenarkan dakwahnya, mendermakan harta dan kekayaan yang melimpah luah ke jalan ALLAH SWT. Bersama melalui suka duka , menanggung siksa akibat dari asakan demi asakan  dari kaum Quraish. 
Wanita suci ini,  tidak pernah bercerai dari diri Rasulullah hatta sehingga kewafatannya, tidak ada wanita yang mampu menggantikan kedudukanya dalam diri Rasulullah. Ketika Rasulullah tersinggung dengan kecemburuaan yang di tunjukkan oleh Aisyah, Rasulullah menyatakan
"ALLAH tidak memberiku ganti yang lebih baik dari Khadijah. Dia adalah ibu rumah tangga,pengasuh keluarga, beriman saat orang lain mendustakan, menyerahkan seluruh hartanya kepada ku saat semua orang memboikot ku, dan darinya aku memperolehi seorang anak lelaki yang tidak ku perolehi dari wanita lain."

 Taktala Rasulullah dalam ketakutan dan kegerunan ketika turunya wahyu pertama , di basahi peluh serta dilanda kegigilan, maka isterinya lah yang menyelimutinya., mendengar dengan penuh perhatian lantas memeluknya seraya berkata
" ALLAH akan memelihara kita. ALLAH tidak akan menyusahkan engkau selama-lamanya kerana engkaulha orang yang tidak memutuskan silaturrahim yang bercakap benar, yang menanggung kesusahan (tabah) , yang melayani tetamu(dengan baik) dan pembela kebenaran.

Ungkapan yang indah, bagi mententeramkan jiwa si suami, lalu membawa bertemu Waraqah bin naufal yang berpengetahuan tinggi mengenai agama nasrani.


NADI AZWAAJ, suatu nama yang jarang di dengari sebelum ini, meskipun pernah di tubuhkan 10 tahun yang lalu di bawah pimpinan Ketua Muslimat Pn Hjh Jamilah Ibrahim , DMPP.
Dan kini nama ini muncul kembali bagi meneruskan objektif yang ingin di capai setelah agak lama tenggelam.
Nadi Azwaaj yang di antara salah satu tujuan penubuhannya adalah bagi memberi kesedaran  bahawa isteri-isteri setiap pemimpin menjadi sumber inspirasi bagi si suami meneruskan kerja-kerja dakwah yang berat ini, di samping mendedahkan kepada para-para isteri bahawa suami suami mereka adalah pejuang-pejuang kebenaran yang memerlukan kata-kata semangat dari para isteri itu sendiri bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
Dia juga bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama isteri-isteri kepimpinan serta mendedahkan diri kepada kefahaman-kefahaman isu-isu semasa yang semakin panas sekarang.





No comments: