HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, April 11, 2010

BERSEDIAKAH KITA???


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Muslimat kali ke 6, telah pun berjalan lancar semalam. 26 Rabiulakhir 1431/11 April 2010.
Mesyuarat Agung ke 6 ini telah di rasmikan oleh Saudara Sofi Wahab selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Katil bertempat di Pasti Jaya Insan pada jam 3 petang.

"Yang penting sekarang, kita tukar aja kerajaan yang ada sekarang. Tak guna nak desak-desak. Kerajaan yang ada sudah terlalu kritikal. Kita memerlukan komitmen yang jitu dari semua pihak terutama muslimat sendiri," itulah di antara ucapan yang di ucapkan sewaktu perasmian semalam.

Dan sememangnya sudah tidak di nafikan bahawa memang untuk menukar kerajaan ini , sudah menjadi satu kewajipan bagi rakyat yang rindukan keadilan lagi kedamaian.

"Statistik kelahiran anak luar nikah dan gejala pembuangan anak amat mengerunkan. Berdasarkan kepada laporan jabatan Pendaftaran Negara( JPN) melaporkan 257,000 sijil kelahiran di daftarkan tanpa catatan nama bapa.
Bermakna secara purata 2,500 kes anak luar nikah di rekodkan setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari dan ini juga bermakna setiap anak luar nikah di lahirkan setiap 17 minit 17 saat, manakala di Melaka pula gejala membuang anak semakin membarah dengan seramai 407 anak dibuang dari 2005-2009 . Bermakna setiap sehari lahir seorang anak di luar nikah, " itulah dia antara bunyi catatan usul yang di bacakan oleh Puan Mahani Osman selaku Timbalan Ketua Muslimat Kawasan Bukit Katil.


Apa nak jadi dengan rakyat di Negara Malaysia. Mencintai Tanah Air adalah fitrah manusia. Tempat yang di lahirkan serta di besarkan mempunyai nostalgia yang indah buat seseorang .
Tapi memang agak malang apabila suasana dalam Negara Malaysia yang di cintai ini di penuhi dengan segala kemaksiatan dari segala sudut. Sebut apa kemaksiatan yang tidak ada di Malaysia. Susah juga untuk memikirkannya .Semuanya ada.
Tidak di nafikan ada pihak yang meletakkan segala kesilapan ini di punggak bahu ibubapa tapi sebenarnya sedarkah kita bahawa ibubapa terpaksa mengikut rentak kerajaan yang terlalu korup ini dengan terpaksa berlumba-lumba mencari kewangan yang lebih demi untuk menampong segala perbelanjaan anak-anak sehinggakan anak-anak terabai di rumah.

Ibubapa menjadi mangsa keadaan akibat dari segala kos perbelanjaan yang tinggi.
Kalau untuk pendidikan saja sudah menelan beribu-ribu malahan puluhan ribu untuk membayar pengajian terutama di Pusat Pengajian Tinggi. Belum lagi di kira yang lain.

Dan bagaimana pula apabila di rumah anak-anak terpaksa berhadapan dengan rancangan-rancangan TV yang berunsur khurafat serta hiburan yang melampui. Sehinggakan anak-anak tidak dapat membezakan yang batil dan yang hak. Manakala ibubapa pula amat kesuntukan masa untuk bersama-sama anak-anak di sebabkan terpaksa berlumba-lumba di luar sana.

Dan walau apapun kita sebagai seorang hamba memikul amanah yang berat. untuk mencegah mungkar dan menyeru kepada yang makruf. Bercakap memang mudah tapi untuk melaksanakan agak payah.Oleh itu untuk merubah ianya memerlukan komitmen yang dari semua pihak yang cintakan keadilan. Ianya memerlukan kekuatan dalamam dari setiap individu. "Perjalanan yang jauh memerlukan langkah yang pertama"....

Tanpa kekuatan diri , keyakinan serta pergantungan kepada ALLAH s.w.t sukar untuk melakukannya.
As Syahid Hassan Al Banna berkata " Ramai orang boleh berkata-kata, tapi sedikit dari itu yang boleh buat kerja..Ramai orang yang boleh buat kerja, tapi sedikit sahaja dari itu yang boleh berjihad.." kerana ianya memerlukan pengorbanan masa, harta , tenaga dan tidak terkecuali JIWARAGA

No comments: