HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, December 11, 2009

DIDIKLAH ANAK DARI KECIL



Alhamdulillah..kelas hafazan serta fardhu ain yang dianjurkan oleh Lujnah pendidikan kawasan Bukit katil, yang diketuai oleh c cikgu Rosli sebagai ketua Lujnah pendidikan serta dibantu oleh cikgu Ropisah telah berjalan lancar.



Sehingga hari ini seramai 36 anak-anak telah menyertai kelas hafazan tersebut.
Seorang Ustaz serta seorang ustazah yang telah dilantik bagi mengajar kelas tersebut.
Meskipun masa yang diambil selama 2 minggu ,adalah masa yang terlalu sengkat namun ianya merupakan satu usaha yang murni bagi mendekatkan diri anak-anak kepada AL Quran. Dengan hanya bayaran cuma RM 15.00, ilmu yang anak-anak dapat adalah jauh lebih mahal.


Ibu-ibu yang mengikuti dihari pertama

Semuga berjalan lancar dan diberkati ALLAH.

Thursday, December 10, 2009

MENCARI KEBAHAGIAN SERTA KEPUASAN



Diantara banyak hal yang membuat orang mukmin itu senang adalah perasaan bahawa kebaikan , kasih sayang dan ampunan ALLAH itu sangat dekat padanya.

Diantara tonggak-tonggak yang menyokong kebahagiaan dan ketenangan jiwa adalah kesedaran bahawa Tuhan yang menyayangi ,Mengampuni dan Memaafkan orang yang memohon maaf.Justeru, bergembiralah dengan rahmat ALLAh yang luasnya meliputi langit dan bumi.

"ALLAH lebih menyanyangi hamba-Nya daripada seorang ibu kepada anaknya."

Gemar membuat baik terhadap sesama insan merupakan satu anugerah ILLAHI , dan satu pemberian yang penuh berkat dari ALLAH.

Ibnu Abbas berkata " dalam diriku ada 3 keistimewaan:
Tidaklah hujan turun kebumi kecuali aku akan memuji ALLAH dan bergembira denganya.
Tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kepada ALLAH walaupun aku tidak terlibat dengan perkara yang diputuskan.
Dan tidaklah aku mengetahui satu ayat sahaja dari kitab ALLAH , kecuali aku inginkan orang lain juga mengetahui apa yang aku ketahui.

Ini merupakan satu pandangan yang berbentuk kecintaan untuk berbuat baik terhadap sesama insan, satu bentuk penyebaran nilai-nilai keutamaan di antara mereka, satu usaha untuk menyelamatkan hati mereka dan satunasihat untuk semua makhluk.

Seorang pujangga bermadah
"Tidak perlu lah hujan yang hanya turun dilinkunganku, tetapi tidak menyebar di seluruh negara"


Ramai wanita yang lebih suka menetap dirumah, duduk bersuka ria bersama keluarga, menonton tv. Dikerumuni oleh anak-anak serta suami, dilimpahi wang ringgit, tiada apa yang perlu difikirkan terhadap orang lain. Mungkin sudah cukup syurga baginya disitu.

Namun masih ramai wanita yang ingin melakukan kebaikan sebanyak mungkin , yang ingin mengajak seramai mungkin wanita-waniat lain agar bersama-sama masuk syurga yang dihajati.
Dan yang pastinya DMPKK meneruskan agendanya untuk terus berbakti dengan caranya yang tersendiri...
Semuga dirahmati, InsyaALLAH...

Monday, December 7, 2009

KARNIVAL BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah, dengan cuaca yang amat mendamaikan , karnival telah berjalan lancar selama 3 hari dikawasan Bukit katil. Meski pun sebelum dari berlansungnya Kanival ini, hujan turun mencurah-curah tetapi Alhamdulillah, Maha Suci ALLAH, sepanjang perjalanan karnival, cuaca sungguh menyamankan. . Beberapa acara telah disediakan oleh pehak penganjur, diantaranya acara mini sukan bagi kanak-kanak, mari mewarna ,rawatan percuma,acara menganyam daun ketupat, motor lambat,bowling padang, pecah rangkaian belon,golf,an pasangan bahagia. TYDP Kawasan Bukit Katil juga telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada anak-anak yang menang. Karnival diakhiri dengan ceramah yang menarik ramai para pendengar. Tahniah diucapkan kepada ajk-ajk upu Bukit katil yang telah bertungkus lumus menganjurkan karnival ini. Ini bukanlah satu usaha yang mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan yang jitu. Semuga program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan walaubagaimanapun ianya memerlukan pengorbanan untuk mendapatkan dana. Seperti yang telah sedia maklum bahawasSegala-galanya memerlukan wang tapi wang bukan segala-galanya. Semuga diberkati ALLAH.InsyaALLAH Semuga diberkati ALLAH


Saturday, December 5, 2009

SUKAN KANAK-KANAK & RAWATAN DARUL SYIFAQ DIKARNIVAL

Alhmdulillah, karnival bermula dengan acara sukan kanak-kanak dan rawatan Darul Syifaq. Seawal pagi kanak-kanak telah bersedia bagi acara sukan .

Friday, December 4, 2009

PERSIAPAN KANIVAL BERMULA

Sebelah malam..Nasyid dari kumpulan ZIKR

Wednesday, December 2, 2009

JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI

Apakah yang sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini?

Selalukah kita bertanya pada diri sendiri?

1.Siapakah yang menciptakan diriku ini?
2.Untuk apakah aku diciptakan diatas muka bumi ini
3.Bagaimanakah caranya untuk memenuhi tujuan utama penciptaanku?
4.Kemanakah aku selepas kematianku?

Friday, November 27, 2009

BERHATI-HATILAH WALAUPUN REMEH



"Kak, macamana ya..kalau anak saya dapat hadiah?" tanya Ija kepada Umairah.Ija merupakan seorang guru Tadika .

"Hadiah apa" Umairah inginkan kepastian. Umairah merupakan sahabat baik Ija

"Hadiah pelajar terbaik" jawab Ija sambil merenung kewajah Umairah

"Anak anti belajar didalam kelas anti"?Umairah inginkan kepastian

"Ya" jawab Ija sambil menyusun buku-buku diatas meja

"Anti nak akak jawab secara peribadi" Umairah memandang tepat kearah Ija. Ija mendiamkan diri.

"Terus terang akak cakap, kalau anak akak belajar didalam kelas akak sendiri, akak tidak akan melantik dia sebagai pelajar terbaik" Umairah cuba berterus terang.

"Tapi...itu hak dia. Anak saya memang pandai. Bukan saya saja nak bagi dia hadiah.Dia rajin belajar" suara Ija agak meninggi. Mungkin tersinggung dengan jawapan Umairah tadi.



Umairah tersenyum. Sudah lumrah seorang ibu , berbangga diatas kejayaan anak-anaknya.

"Tadi anti tanya akak, jadi akak jawab secara peribadi. Itu jawapan akak.Bukan akak suruhanti ikut cakap akak". Umairah cuba menenangkan Ija

"Tapi kak..kenapa akak tak setuju..biarlah dia dapat hadiah" Ija tidak berpuas hati dengan jawapan Umairah tadi.

"Memang kita tahu anak kita pandai dan rajin dan layak dapat hadiah, cuma kebetulan apabila dia berada didalam kelas yang kita mengajar dan dia mendapat hadiah terbaik maka ada persoalan disana". Umairah cuba nak menjelaskan sesuatu kepad Ija.

" Tapi kak..saya jujur" Ija masih mepertahankan pendapatnya

" Ila, kita tahu, kita memang jujur. Kita tahu tanggungjawab kita..tapi orang diluar sana tak tahu. Mereka akan berkata-kata, 'memamglah anak dia dapat, emak dia ajar...Mesti emak dia beritahu soalanlah tu..Baik hantar tadika lain...'
Ija...jangan beri ruangan pada sebarang fitnah..".Umairah cuba terangkan sesuatu meskipun ada kalanya keadaan sebegini memamg sukar untuk difahami.

"Biarlah apa mereka nak cakap, yang penting kita tak buat macam itu" Ija masih berkeras

"Ija, akak pun tak kesah.Tapi bagi akak apabila sesuatu tugas telah dipertanggungjwabkan keatas kita maka ia merupakan satu amanah. Jadi akak akan menganggap tadika ini kepunyaan akak.
Jadi akak akan menjaga imej tadika ini agar tetap diberi kepercayaan oleh ibubpa diluar sana untuk mendidik anak-anak mereka. Kita ingin menarik seramai mungkin bukan kerana wang semata-mata tapi dakwah itu sendiri.Ini lah peluang untuk mereka belajar tentang Islam sewaktu kecil..tak kiralah kat tadika Islam mana-mana..
Biarlah kita beri hadiah-hadiah itu kepada anak-anak mereka yang berhak daripada kita utamakan anak-anak kita". Umairah cuba memperjelaskan

Ija membatu seketika. Ija termenung jauh. mungkin sedang memikirkan sesuatu.

" Maaf,terpulang pada anti. Sebagai seorang guru tadika , anti berhak keatas pendapat anti sendiri. Tapi bila anti tanya akak, akak jawab secara peribadi. Biarlah kalau anak-anak kita pandai pun, nanti tahun depan guru-guru disekolah akan beri dia hadiah. ALLAH pasti membalas diatas kejujuran kita". sekali lagi Umairah menenangkan Ija. Ija masih tetap mendiamkan diri.Umairah membiarkan Ija bermain dengan perasaannya sendiri.

Adakalanya walaupun sesuatu perkara itu dianggap remeh namun kita berhadapan dengan hati-hati manusia.Walaupun kita rasa kita jujur, namun itu tidak pernah menghalang untuk menimbulkan sebarang fitnah.Selagi boleh dielak maka seeloknya elaklah sebarang fitnah. Syaitan tidak pernah berhenti dari menjalankan tugasnya.

Pernah ketika Rasulullah berjalan dengan isterinya didalam gelap lalu bertembung dengan sahabat, lalu Rasulullah menyatakn bahawa itu adalah isterinya meskipun sahabat itu tidak mempersoalkannya. Namun Rasulullah tetap berhati-hati dengan hati-hati manusia yang sentiasa dipengaruhi oleh syaitan yang mengalir didalam badan sebagaimana mengalirnya darah..

Tindakan TGNA amatlah dipuji. Ianya tetap akan disanjung meskipun kita sudah tiada lagi. InsyaALLAH

Tuesday, November 24, 2009

15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda "apabila umatku telah membuat 15 perkara ini maka bala akan turun kepada mereka ,iaitu

1. Apabila harta negara hanya diedar pada orang tertentu saja..
2. Apabila amanah itu dijadikan satu sumber keuntungan....
3 Zakat dijadikan hutang..
4 Suami menurut kehendak isteri..
5. Anak derhaka terhadap ibunya..
6. sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya..
7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya..
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid..
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka..
10. Khamar ( arak) sudah diminum dimerata tempat..
11. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya..
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki..
13. Para artis disanjung-sanjung..
14. Muzik banyak dimainkan..
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat)

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh jadi makhluk lain.

Saturday, November 14, 2009

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND



Selamat jalan kepada anak-anak tahun 4,5 dan 6 dari sekolah Rendah Ar Rahmat, Solok Gaung, Melaka sempena gadakan lawatan sehari ke Cameron Highland pada 14 November.



Turut mengiringi beberapa orang guru.




Semuga mendapat menafaat dari lawatan sehari itu.



Semuga program berjalan lancar dan selamat disepanjang program., InsyaALLAH

Wednesday, November 11, 2009

YANG DAH MANTAP..DIMANTAPKAN LAGI



Satu program yang dinamakan "MANTAP" akan diadakan bagi memantapkan lagi apa yang sudah dimantapkan bagi memastikan tercapainya segala visi dan Misi.

Dengan itu, DMPNM akan menganjurkan satu Program MANTAP dalam strategi menyusun kerjakerja yang kemas dan tersusun.





Bak Kata YDP Kaw Bukit Katil dalam blognya
"Sekarang mari kita susun saf kita umpama batu bata yang menyokong antara satu sama lain membina suatu binaan yang kukuh dan tidak mampu diganggu gugat serta diruntuhkan musuh luar dan dalam".

Mari kita bebaskan rakyat Malaysia dari belenggu pemikiran jahilliyah, kehidupan mementingkan madiyah, matlamat hidup yang caca marba dan meminggirkan Islam.



Mari kita bina satu masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada Islam, Keadilan, Demokrasi, toleransi, kerjasama dan telus. Bukan masyarakat yang mengenepikan agama, bersifat perkauman, penting diri, tiada matlamat hidup, tidak menghiraukan isu sekeliling, penakut dan pengecut, taat membabi buta dan tiada harga diri,

Mari kita robohkan rangkaian yang memijak Islam, rangkaian penindas dan penzalim yang bongkak dan mabuk kuasa."

Dengan ini dewan muslimat meneruskan agenda yang telah dirancangkan.

PROGRAM MANTAP yang melibatkan semua muslimat negeri melaka akan diadakan pada
14 November...Sabtu...AN-Nuriah, Sg Udang.


Diharapkan semua muslimat Melaka dapat menghadirkan diri bagi menjayakan prgram ini yang amat bermakna ini.
INSYAALLAH

Sunday, November 8, 2009

SETELAH KEMELUT SELESAI...

Alhamdulillah..semuga kemelut yang berlaku ini selesai dengan erti kata yang sebenar.

Maka yang penting , teruskanlah tugas-tugas kita , yang telah diamanahkan .

Ikhlaskan hati kerana ALLAH tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa.

Jadikan diri 'Tak makan dipuji, Tak rebah dikeji'.

Tinggalkan apa yang dilarang ALLAH sama sekali. Buatlah apa yang disuruh ALLAH mengikut kemampuan sendiri,pasti kita akan dipelihara dan mendapat keberkatan dari NYA.

Bagi sesiapa yang tak ikhlas dan ada kepentingan diri, lambat laun dia akan terkeluar juga dengan sendirinya dari gerakan Islam ini.

Friday, November 6, 2009

KITA TIADA PILIHAN...SELAMAT BERSEMINAR

ADAKALANYA KITA RASA SESUATU PERKARA ITU BURUK UNTUK KITA, TAPI IANYA BAIK DISISI ALLAH S.W.T.

BANYAK PERKARA BURUK YANG KITA TIDAK SUKA BERLAKU, TELAH PUN BERLAKU SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK.

DAN YANG PASTINYA KITA AKAN DIPERTEMUKAN LAGI DENGAN BANYAK PERKARA SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK.

KITA TIADA PILIHAN...

NAMUN YANG PASTINYA ISLAM TETAP AKAN UTUH DIATAS PERJALANANNYA IBARAT KERETAPI YANG DIPANDU OLEH PEMANDU YANG TERANG MATANYA , BERJALAN TERUS DIATAS LANDASANNYA YANG LURUS.
KERETAPI YANG HANYA BERHENTI SEKETIKA DIPERHENTIAN UNTUK MENURUN DAN MENAIKKAN PENUMPANG MELALUI PINTU YANG BANYAK TANPA BERNOMBOR.

KEMUDIAN PERJALANAN DITERUSKAN KEMBALI SEHINGGA SAMPAI KEMATLAMAT TUJUAN.


" KEBIJAKSANAAN BISA MENJANA KEMENANGAN"

SELAMAT BERSEMINAR.....