uslimat PAS Bukit Katil
....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012
BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)
Tuesday, January 27, 2009
Saturday, January 17, 2009
KENAPA TINGGALKAN BUKIT UHUD????
Perjalanan dari Bukit Katil menuju keKuala Terengganu pada 11 jan 2009, jam 12 malam ,memang amat indah sekali. Bertekad dengan satu keikhlasan serta keazaman demi menegakkan kebenaran adalah satu kebahagiaan. 8 jam yang dilalui terasa sekejap sahaja. Namun mungkin perlu lebih-lebih berhati-hati kerana memandu didinihari agak merbahaya sekiranya mengantuk tidak dapat dikawal. Itulah juga yang terjadi keatas perjalanan kami. Namun mungkin berkat doa menyebabkan kami terhindar dari malapetaka.Alhamdulillah.

Muslimat yang dijangka seramai 5 orang, akhirnya menjadi 4 orang saja , apabila seorang menarik diri diatas sebab-sebab peribadi disaat -saat akhir .Memang agak sukar untuk meninggalkan anak-anak dirumah yang sedang bersekolah, apatah lagi untuk meninggalkan suami dirumah untuk menguruskan anak-anak..Tidak semua suami dapat memahami apa itu perjuangan didalam Islam. Maaf,.. mungkin juga tidak memahami apa yang dikatakan mencintai ALLAH dan RasulNYa melebihi dari segala-galanya.Namun seperti yang selalu disarankan oleh Islam bahawa tugas dakwah adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua.Tiada pengecualian. Berjuang ertinya terkorban.Perjuangan memerlukan pengorbanan yang besar.Berserah kepada ALLAH ...Manakala seramai 12 muslimin Kaw B.katil yang juga turut serta , bersama-sama bertugas bagi membantu sahabat-sahabat di Kuala Terengganu.

Ketibaan kami disambut dengan satu perancangan yang telah tersusun rapi samada dari pehak JPN Melaka mahupun pehak Terengganu.Dua Penginapan telah disiapkan untuk muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, Muslimat ditempat berhampiran pantai yang menderu desiran ombaknya.walaupun 4 hari saja kami disana ,namun ia telah memberi pengertian yang terlalu besar buat kami.

Kami bertugas mengikut arahan yang telah ditetapkan. Hari pertama bertugas membantu mengempen dari rumah kerumah agak membimbangkan sedikit kerana loghat pendatang Melaka berbeza dengan Penduduk tempatan.Namun seperti yang selalu diyakini, hati manusia dibawah penguasaan ALLAH. Berdoa serta berharap, bekalan yang paling mantap ketika itu. Alhamdulillah, penduduk tempatan memberikan kerjasama.Kami cuba menembusi rumah-rumah pekerja dijabatan kerajaan yang mana rumah-rumah ini agak sukar ditembusi oleh penduduk-penduduk tempatan. Memang pertolongan ALLAH itu hampir. Tugasan berjalan dengan lancar sepanjang hari. Alhamdulillah..Kelihatan terlalu ramai polis berkeliaran disitu.Sehinggakan apabila kami singgah minum dikedai , kami rasakan seperti disekeliling kami dipenuhi dengan polis..Banyak kemah-kemah polis yang didirikan disana. Namun , kami tidak kisahkan itu semua. Kami bertugas kerana ALLAH..cukuplah ALLAH menjaga kami..Kebetulan terdapat kursus motivasi untuk pelatih-pelatih ditempat yang kami berkempen.Sebelah petang kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama menikmati keindahan ciptaan Illahi dipesisiran pantai
Solat berjemaah diwaktu subuh, membaca Al Mathurat serta doa-doa dipagi hari memang amat mendamaikan .Ini lah peluang yang kami ambil apabila dapat bersama-sama diwaktu-waktu yang sesingkat ini.Seterusnya kami terus kelaut, untuk menghayati betapa ,besarnya nikmat ciptaan Ilahi. Pasti setiap kali aku kelaut, maka aku mencelupkan jari aku kelaut lalu aku tenung air yang berada dijari sambil hati kecilku aku berkata-kata " Kenapakah manusia sanggup membunuh, menzalimi dan melakukan segala kemaksiatan didunia semata-mata untuk merebut kenikmatan dunia yang terlalu amat sedikit , ibarat air dijari jika dibandingkan dengan nikmat akhirat yang diibaratkan seluas lautan yang luas itu.
Hari kedua jadual tugasan seperti biasa, untuk berkempen namun manusia merancang ALLAH juga merancang, disebelah pagi , kami ditugaskan untuk bersama-sama membacakan Surah Yasin bagi kematian salah seorang ibu guru pasti disitu. Apabila ajal telah tiba, maka tiada siapa yang dapat menahannya walau sesaat jua..Sehebat mana pun kita ..pasti tidak dapat menembus langit dan pasti tidak dapat menembus bumi...

Selepas bersama-sama berdoa dan memberikan sedikit sumbangan , kami terpaksa meninggalkan majlis tersebut , kami harus menyelesaikan beberapa tugas lagi kerana kalau terleka mungkin kami kerugian.Rupa-rupanya setelah kami berada diluar, baru kami sedari muslimin dari Melaka juga ada dipersekitaran situ. Kami teruskan tugas untuk berkempen sebelum waktu zohor masuk. Kewajipan lebih banyak dari waktu.

Sebelah petang kami meneruskan tugas...tapi agak malang kali ini kerana setiap rumah yang kami pergi , tidak dapat kami temui tuannya kerana menurut kanak-kanak yang berkeliaran disitu bahawa kebanyakkan dari mereka seadang bekerja dipejabat dan berniaga.

Lalu petang itu kami sempat kemuara sungai berhampiran. Disitu kami berjumpa dengan petugas-petugas wanita KEADILAN sedang berkumpul. Mereka menetap dikawasan tersebut malangnya pada hari tersebut cermin kereta kepada wakil ketua wanita KEADILAN telah dipecahkan..

Kami singgah lagi kelaut .Kali ini aku dan N berdua cuba nak bermain air dilaut walaupun telah diberi amaran oleh Kak R , jangan masuk kedalam air. . Bahaya...Ombak agak tinggi.Namun aku dan adik N , sempat bermain air walaupun dalam kebimbangan. Inilah peluang yang ada sebab aku tak pasti bila kami akan datang lagi kepantai cendering (Pandak)ini. Sebaik saja kami naik kepantai tiba-tiba kak R bising sebab sebelah kasutnya telah hilang. Apa yang menghairankan aku ialah ..macamana kasut yang dipegang nya sendiri boleh hilang sedangkan dia tak cecah air pun.....Aku tersenyum mengusik kak R...."Nampaknya tempat duduk yang akak sangka selamat pun..masih tak selamat"...Kak R ketawa mendengar sindirin aku sedangkan dari tadi mulutnya becok menghalang kami untuk bermain air...
Hari ketiga merupakan hari terakhir bagi kami diDUN Batuk Baru ini.kami dijangka bertolak jam 12 malam nanti. Seperti biasa kami bertugas mengikut arahan.Kali ini kami mendaki rumah pangsa 5 tingkat. Penghuni terdiri dari mereka-mereka yang telah dirobohkan rumah mereka.Satu ketika dulu mereka menetap dikawasan berhampiran pantai yang kami tinggal. Tapi telah dirobohkan dengan alasan bahawa kawasan itu akan dibangunkan serta dimajukan.Akan dijadikan tempat peranginan, dan akan didirikan resort-resort..Tapi sehingga hari kawasan itu masih terbiar dan tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa perlu berhati-hati apabila berjalan kaki dikawasan tersebut kerana dikhuatiri terpijak tahi lembu.
Penghuni rumah pangsa itu ,bolehlah dikategorikan sebagai rakyat yang miskin. Mereka perlu dibantu..Terdapat sepasang suami isteri yang tua ditingkat 5. Suaminya sedang sakit, baru saja menjalani pembedahan dihospital. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana, dia perlu turun dan naik ketingkat 5 itu apabila kehospital. Ada juga ibu tunggal yang 3 anak perempuan turut menjadi ibu tunggal. Ada juga yang penghuni yang bisu ( Tak pasti samada dia saja buat2 bisu kerana malas nak melayani kami)
Terdapat juga yang tidak mahu membuka pintu. Tapi yang paling menakutkan kami , apabila salah seorang penghuni lelaki yang keluar dengan hanya memakai tuala mandi yang pendek.Sungguh menggerikan kami. Tapi kami terpaksa juga berkempen padanya diluar rumah sahaja...dia memberikan kerjasama.Dia tinggal diKL dan balik kesitu kerana nak mengundi .Dia akan balik ke KL sebaik saja dapat duit seperti yang telah dijanjikan...(mengikut sahabat aku yang tinggal..masa hari jumaat, Dr Lo Lo memberikan bantuan dikawasan tersebut, dia menyamar sebagai orang buta.).Kasihan dia kerana tidak berjiwa merdeka.
Sebelah petang kami membaca Yasin dan berdoa bermunajat ramai-ramai. Itulah senjata yang ada pada kami dengan meletak harapan yang tinggi kepada Illahi.Kami mendapat tahu terlalu banyak sogokan wang diberikan oleh BN kepada para pengundi.ALLAH Maha Mengetahui.
"Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukanlah segala-galanya" itulah Kata- kata yang sering diulang-ulang oleh pengarah JPN Melaka semasa di Melaka.
Seterusnya jam 5.30 ptg , kami kebandar ditemani 2 muslimin Melaka untuk membeli kasut kak R, untuk mengantikan kasut yang telah hilang semalam.Dengan hanya berselipar jepun, Kak R masuk Ke kedai Batik, N Alfa. Muslimin berhajat membeli baju isteri yang ditinggalkan. Kami kelosong membeli keropok dan akhirnya keMydin,mencari kasut kak R. Diwaktu itulah , kami nampak macam-macam ragam manusia dikala itu. Ramai orang dibandar. Kami sempat membaca bahan-bahan kempen dijalanan. Jalan raya dikawal oleh polis-polis. Seolah -olah nampak seperti sibuk tapi sebenarnya waktu itu adalah waktu pekerja pulang dari pejabat.
Malam itu rancangan untuk bertolak ke Melaka jam 12 malam ditunda kerana bila diamat-amati, agak merbahaya. Cadangan ditunda esok selepas subuh..Pelaja-pelajar yang sama menetap dirumah yang kami tinggal,mengajak kami keceramah Anwar Ibrahim , yang diadakan berdekatan disitu. Lalu aku menelepon muslimin Bukit Katil untuk menghantar muslimat yang seramai 8 orang itu..Mereka bersetuju.
Ceramah tamat jam 12 malam. Terdapat 4 penceramah pada malam tersebut. Aku lihat kesemua muslimin Melaka juga turut berada disana. Dua kali trip. Pertama menghantar kami dulu, kemudian ambil muslimin pula...
Esok khamis jam 8 pagi kami bertolak balik kemelaka. Kak R tidak balik bersama kami..Dia akan balik dihari mengundi bersama suaminya yang akan datang hari jumaat.
" Mas, nak tahu tak?"tiba-tiba Hj R bertanya selaku pemandu pagi itu.
"Pasal apa pula "? suspen juga kami yang mendengar dalam Unser itu. Muslimat Bukit Katil berempat termasuk SU Muslimat Negeri Melaka ketika itu.
"Kasihan Ketua pengarah kita (secara gurauan) kena marah malam tadi" ujar H R lagi.
Kami terpinga-pinga.."kenapa pula"..aku dah tak sabar nak tahu.
" Apa lagi...sebab tingalkan Bukit Uhud lah"...
"Bukit Uhud" Kami tak faham.
Rupa-rupanya , muslimin Bukit katil diarahkan menjaga Pos Keselamatan sehingga pagi. Penting takut dicerobohi oleh pehak musuh .Dua hari yang berlalu , muslimin menjaga sehingga 4 pagi. Tapi malam ceramah itu , pos keselamatn telah dibiarkan kosong kerana mendengar ceramah.Tapi sebaik ceramah tamat , mereka bertugas kembali.Mereka tinggalkan Pos Keselamatan hanya setakat 2 jam sahaja. Niat mereka semata-mata untuk mendapat sedikit ilmu dari ceramah tersebut.Bukannya harta benda..Tapi masa kosong itulah rondaan pula dibuat.
Aku tersenyum sendirian. Nampaknya kalau macam itu lagaknya..susahlah Melaka nak menang..(Maaf...Muslimin Bukit katil..sekadar menulis...banyak perkara yang perlu dipelajari dalam pengalaman ini..Berani untuk gagal... untuk mencipta kejayaan di Melaka... "Pengalaman adalah guru terbaik"

Walau bagaimana pun "Tahniah " buat semua. Akhirnya Kemenangan bertandang jua setelah sekian lama dirindui..Kebatilan pasti akan hancur apabila tiba masa dan ketikanya. "Jalan keluar yang tidak ada jalan keluar adalah kesabaran"..
Natijah dari kesabaran pasti kejayaan , kalau tidak didunia ganjarannya pasti diakhirat jua...
Syukran juga diucapkan buat muslimat Chandering yang telah menyantuni kami dengan baik sekali.Sikap yang gigih serta bertungkus lumus demi kebenaran , amat kami sanjungi. Walaupun mereka terpaksa membawa anak kecil dengan susah payah untuk menyusun satu kerja yang teratur, amat dihargai.
Ukhti Ros..Mak Long..sahabat-sahabat yang ditemui serta makcik -makcik yang menyediakan hidangan untuk kami, kami amat hargai. Hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.Keikhlasan kamu semua adalah menjadi salah satu menyumbang kepada kemenangan.InsyaALLAH , mungkin kita akan dipertemukan lagi 10 tahun yang akan datang.
Aku berharap Pantai Pandak( Cendering) serta tempat yang aku tinggalkan juga akan turut berubah..Berubah dari banyak segi. Semuga dengan kemenangan ini akan menjadikan tempat itu indah , dengan sistem perparitan yang tersusun serta sistem pembuangan sampah yang teratur dikawasan rumah disitu.Biarlah segala-galanya akan menjadi indah..ALLAH itu indah dan DIA sukakan keindahan...Mungkin itu akan mengambil masa yang agak lama..namun langkah pertama perlu diambil dari sekarang..
Walau pun pihak pemerintah cuba lakukan untuk menindas rakyat demi menjaga kepentingan mereka , namun kuasa masih ada ditangan kita. Kuasa mengundi dan kuasa untuk memohon kepada Pemilik sebenar alam ini.
Imbaslah kembali ketika mana Nabi Musa berhadapan, dikepung dengan tentera Firaun yang zalim manakala dibelakang adalah laut maka dengan tongkat nabi Musa lalu terbelahlah laut, maka selamatlah Nabi Musa dan pengikut nya yang beriman untuk merentasi air yang bersifat lembut tapi telah menenggelamkan Firaun dengan seganas-ganasnya dengan air juga , yang bersifat lembut.
Renungan aku setiap hari dipantai yang berombak itu , memberikan pengajaran yang terlalu bermakna bagi aku. Air meskipun bersifat lembut rupanya memainkan peranan yang besar , menjadi jundullah sebagai bicara ALLAH dalam menegakkan agama ALLAH ini. Setiap kali aku berdiri ditebing , maka setiap kali itulah aku dapati tebing itu turut berubah.
"Air yang menitis dapat membelah batu bukan kerana kerasnya batu tapi kerana seringnya menitik"..Air dimana segala-galanya bermula...Air yang bersifat lembut rupa-rupanya penuh ketegasan ...

Sunday, January 11, 2009
APA YANG KAMI PERLUKAN!!!!

Kami perlukan Tentera...bukan sekadar airmata

Kami perlukan senjata...bukan sekadar kata-kata

Kami perlukan jentera...bukan sekadar budi bicara

kami perlukan makanan...bukannya permainan

kami perlukan ubat-ubatan ...bukannya perjanjian

Namun..walaupun kami tak punya apa-apa
kami berbangga punyai ...batu-batu kutipan dijalanan..

untuk mencapai jalan-jalan kemenangan...

Jihad saja jalan penyelesaian

Dalam menuju kemenangan @ kesyahidan.
Thursday, January 8, 2009
TERUSKAN PERJUANGAN!!!

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat berangkat kepada pejuang-pejuang demonstrasi dan semuga diberkati ALLAH buat mereka yang baru sahaja bertolak untuk mengadakan demontrasi dikedutaan Amerika.Anjuran dari PAS Kaw B.Katil..
Sebaik saja sampai ke KL , mereka akan bersolat dimasjid Lembaga Tembaga Haji dan seterusnya berkumpul depan kedutaan Amerika.
Dari Bukit Katil mereka menaiki bas yang ditaja oleh seorang taukeh minyak juga merupakan ajk kawasan Bukit Katil.Hanya ALLAH jua yang membalas akan membalas segala kebaikkan yang dilakukan.
Dari Bukit Katil ke Kuala Lumpur...
Kedutaan Amerika ingin ditempur
Menyatakan protes terhadap Israel yang jahat menggempur..
APAKAH AKU YANG TERLUPA???

Aku baru saja balik dari Jabatan Pendaftaran Negara. Kad pengenalan aku hilang.Dah puas aku mencarinya tapi tak tahu kemana perginya. Kali terakhir aku gunakan semasa aku mendaftar masuk kesyarikat T kerana ada tempahan kuih.Aku hulurkan pada 'Jaga'. Bila balik aku ambil balik tapi aku tak ingat mana aku letakkan sehinggalah aku tidak kuasa mencarinya. Aku anggap tercicir.
Hanya beberapa hari saja lagi aku akan keTerengganu, InsyaALLAH. Jadi kalau tidak ada kad pengenalan, susahlah juga.Kalau ditahan dimana-mana, sebab aku seorang, nanti sahabat-sahabat lain juga terganggu. Aku pun telepon sana-sini, bertanyakan kalau-kalau ada sahabat2 yang berpengalaman dalam hal kehilangan KP. Nampaknya tiada pula. Tapi mereka main agak-agak bayaran denda dalam RM30..Aku pun lega dengar rm 30, tapi dalam hati teragak-agak juga sebab susah juga nak mempercayai jabatan kerajaan ini..macam syarikat komunikasi ..bila promosi..bukan main lembut lagi tapi bila bil sampai,MASYAALLAH ..tingginya bayaran. Oleh itu aku pun bawa lebih sikit duit ..
Jam 11 pagi tadi aku ke JPJ dulu. Hidupkan cukai jalan. Baru mati .Susah juga kalau tidak hidupkan 'roadtax', takut kena tahan .Duit lagi keluar. Aku cek pula lesen memandu aku..16 Jan ini pula mati..Nanti kena tahan macam tahun lepas didepan Hamas, Jasin ..sebab tak perasan,genap sebulan tarikh dah mati.Terpaksa masuk mahkamah Jasin. Itu pengalaman pertama. Hakim kata denda RM1000, tapi sebab hakim minta aku buat rayuan maka dia turunkan RM80. Sahabat-sahabat bertanya kenapa masa ditahan polis itu, tak pujuk... lepaskan sebab ini kesalahan pertama. Aku kata..tidak perlu, yang salah tetap salah.
Sampai diJPN, aku yang termanggu-manggu mencari arah. Ini kali kedua aku berurusan diJPN.Kali pertama aku menguruskan hal paspot anak aku. Paspot dibahagian lain.Kali ini aku kebahagian kad pengenalan. Dulu semuanya berurusan di bandar Melaka.Sekarang sudah berpindah kebanggunan baru, di Air Keroh.Mudah juga untuk aku kerana berhampiran dengan rumah aku.
(gambar hiasan)Aku terpaksa bertanya kepada dua orang dimana untuk mendapatkan no giliran.Orang pertama tunjuk aku salah tempat.Orang kedua baru betul. Sebelah mesin ada tempat pertanyaan lalu aku bertanya kepada yang bertugas , apa perlu aku bawa bila KP hilang. Dia tanya aku "dah berpa kali hilang"..Aku kata "pertama kali".
"Untuk kali pertama denda RM110. Kali kedua dendanya RM 210..Kali ke3 dendanya RM310"Kata petugas itu. Aku tergaman sekejap .Banyak juga dendanya.Alhamdulillah aku bawa duit lebih..
" Ada bawa duit kah?..Kalau ada duit, dah terus boleh buat sekarang..Kata petugas itu lagi. Aku mengangguk .Dia hulurkan no giliran 1079..
Sementara aku duduk menunggu giliran , aku membaca buku. Tiba-tiba cina tua lelaki yang duduk sebelah aku bertanyakan dimana tempat nak ambil gambar. Aku kira umurnya dalam 70an. Malangnya aku pun tak tahu. Aku ambil KP yang dia tunjukkan pada aku.KP lama yang belum ditukar tapi dah terbelah belakangnya.Maknanya dah terbelah dua depan dan belakang, macam biskut yang ada krim ditengah-tengahnya yang boleh dikopek..Sempat juga aku berborak dengannya.Dia ceria, mungkin ada orang yang boleh berborak denganya.
Giliran aku pula tiba kaunter no 9. Aku katakan KP hilang. Dia minta no KP lalu cek dikomputer.
"Bayar RM210.00" katanya selamba. Berderau darah aku. "Kenapa" aku amat terperanjat.
"Dah 2 kali hilang"..katanya lagi. Aku tergamam . Termenung sekejap.
"Bila pula aku hilang yang pertama dulu"..Hati aku mula curiga.
"O.k..cik letakkan jari kanan diatas imbasan " suruhnya.
Aku masih lagi terperanjat memikirkan bila pula hilang yang pertama.
" Nanti dulu..duit saya tidak cukup sekarang" tapi hati aku masih lagi tertanya-tanya...
"KP saya tak pernah hilang...agaknya masa kena ragut dulukah?"..Aku teringat dulu aku memang pernah kena ragut dijalan Munsyi ketika nak melintas jalan.
"Memang, kalau kena ragut pun dinggap hilang" ujarnya lagi.
"Hai! kalau kena ragut pun dianggap hilang..susahlah." kataku
" Tak pa..biar saya balik dulu, nanti saya datang lagi.
"Lebih baik cik buat imbasan jari dulu, nanti cepat dapat KP. Hari ini juga boleh dapat." Minta petugas itu.
"Aku mengikut saja macam orang bodoh"..hati tetap bekata-kata.
Balik, aku cari surat lapuran polis bila aku diragut. Tarikh aku diragut sama dengan tarikh hari ini, 8 January 2004.
Petang, sekali lagi aku keJPN. Aku minta tarikh aku hilang KP pada kali pertama itu. Tarikhnya lapuran kehilangan 6 Disember 2003. Telah pun dbuat denda RM30.
Aku termanggu-manggu. Macam mana , kalau betul-betul pernah hilang KP tidak mungkin , aku tak ingat.Banyak perkara yang aku masih ingat sehingga masa aku kejadian 13 Mei 69, masa itu aku berusia 6 tahun lebih, aku masih ingat trak FRU meronda didepan rumah aku diBangsar, kebetulan memang rumah aku berhadapan jalan raya.Aku sedang berlari-lari diluar rumah..terdengar teriakan "Masuk..Masuk" dari corong trak.Aku nampak askar-askar yang berkeliaran.
Susah juga nak masuk akal, macamana aku sendiri tak tahu bila KP aku hilang buat kali 1 pada 6 Disember 2003.
Apakah ianya ada berkaitan dengan Pilihanraya 2004...
Tuesday, January 6, 2009
KUALA TERENGGANU, KAMI DATANG,SAHUT CABARANMU

Alhamdulillah,Semalam aku sibuk berurusan dengan hal anak-anak yang mula bersekolah. Seorang disekolah di Ar Rahmat( sekolah rendah), manakala dua orang masuk kesekolah Ar Rahmah (Menengah).Aku sibuk mengambil gambar dihari pertama persekolahan termasuk gambar-gambar diPASTI tapi tak dapat nak siarkan disini sebab komputer riba boleh digunakan hanya pada hari sabtu dan ahad saja.Seronok apabila melihat ramai yang mendaftar disekolah berkenaan.
Aku yang kebetulan duduk berdekatan dengan pengasas sekolah tersebut , sempat berbual seketika dengannya.Aku amat mengkaguminya kerana dia hanya lah seorang 'jaga' disebuah jabatan satu ketika dulu, tapi seorang yang berjiwa besar mampu mengasaskan dua buah sekolah. MASYAALLAH..Memang dia amat gembira sebab katanya " dulu nak dapatkan 20 pelajar dalam satu kelas pun susah.Sekarang Alhmdulillah, dah ramai yang sedar tentang pentingnya agama dalam kehidupan seseorang." Aku mengangguk tanda setuju. Terdapat juga pelajar-pelajar yang datang luar dari negeri melaka. 2 orang anak kepada jiran2 aku pun turut berminat untuk menghantar kesana.
Setelah keadaan agak reda, aku balik lalu singgah minum dikedai Bilal, YDP Kaw B.Katil.Dari beberapa hari yang lepas sibuk YDP bertanyakan tentang muslimat yang akan bertugas keTerengganu. Aku tersenyum, tak dapat nak berikan kepastian yang pasti. Sudah ramai yang aku dah tanyakan tapi semua tidak dapat memberikan keputusan , paling tidak pun mereka kata " anak sekolah"
.."Hai, bukan nak orang B.Katil saja tapi Kawasan Bukit Katil,4 DUN..takkan 5 orang pun susah:..tiba-tiba YDP agak tinggi sedikit suaranya. Seperti biasa , aku tersenyum saja.."Nantilah ana cari lagi"..
"Bukannya nak 50 orang, 5 orang saja" sms dari NYDP pula selaku Ketua Pengarah keTerengganu.
Tiba-tiba NYDP Kaw B.katil pun turut singgah dikedai makan Bilal. Panjanglah perbualan mereka berdua. Aku tak dapat dengar dengan jelas perbualan mereka tapi semakin lama semakin rancak..."Apa lagi kalau bukan hal Terengganu" bisik hati kecil aku....
"Ini pukul 12 tghr ini nak bertolak keTerengganu" .Tiba-tiba terdengar jelas suara YDP. Memang betullah tekaan aku.Mereka sedang menceritakan hal Terengganu.
Pagi ini, aku lalu dihadapan kedainya memang tutup sungguh. Rupa-rupanya isterinya juga turut bersama pergi. Patutlah kedainya tutup.Kedainya jarang tutup kecuali sambutan hari Raya dan hal-hal yang teramat penting saja.Alhamdulillah, mereka amat gigih.

Alhamdulillah,akhirnya kami 5 muslimat dari Kaw Bukit Katil akan tiba jua bagi menyahut cabaranmu, wahai Kuala Trengganu.
InsyaALLAH kami akan sampai bagi bersama-sama membantumu...Mungkin agak lewat sedikit tapi itulah dalam perancangannya. Pastinya aku amat berterima kasih pada suamiku kerana mengizinkan aku turut serta dalam prk kali ini setelah aku terlepas beberapa prk yang lalu. Ini lah merupakan pengalaman pertama aku dalam menghadapi prk luar dari negeri Melaka.

InsyaALLAH..Kali ini aku akan jejakki lagi keKuala Terengganu .Kali terakhir aku keTerengganu 11 tahun yang lalu.
Tahun 1997 aku keCheneh mengikuti program "memperkasakan diri".Tempat yang amat menarik bagiku dengan suasana hutannya.Disana aku serta sahabat-sahabat diberikan beberapa aktiviti menarik. Kami berkumpulan. Kami diberikan kompas lalu dicampak dihutan.. carilah penyelesaian sendiri.
Walaupun dikumpulan aku itu terdiri dari Doktor, akitek, akauntan,pensyarah dan guru namun apabila bersama , baru kami tahu masing-masing punyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. lalu dengan berjemaah kita mampu lengkap-melengkapi diantara satu sama lain.MASYAALLAH.

Bila sampai ketasik yang besar..hari hampir gelap. Tak lama lagi azan akan berkumandang..Untuk berpatah balik, amatlah tidak mungkin...jadi terpaksa lah melayari tasik .Ditasik yang ada hanya tayar-tayar dan tali dan dayung. Fikir-fikir apa nak buat dalam masa yang terlalu singkap .Salah ikat maknanya terbuka ikatan ditengah tasik..Lambat bermakna gelap. Beranikah kami dalam keadaan yang gelap itu, diatas tasik yang dalam itu.
Memang manusia ini hebat..bila terdesak semua jadi pandai. Semua boleh buat. Bila dilanda Tsunami, tiba-tiba boleh lari berpuluh km tanpa disedari.Idea datang mencurah-curah. Memang menakutkan disaat itu. Rasanya macam susah nak selamat..namun pergantungan kepada ALLAH secara mutlak dapat melegakan perasaan.meletakkan harapan kepada ALLAH setelah berusaha amat memberikan kesan dijiwa.Alhamdulillah , Kami selamat sampai walaupun hari gelap.Cemas, takut,gembira , seronok, itulah perasaan yang bercampur baur.

Dari pokok yang tinggi,dibawah amat curam, terjun dengan badan yang diikat tali, untuk sampai kedaratan..tidaklah semudah yang disangka. Masa itulah baru aku tahu bahawa tidak semua lelaki itu berani. Setelah kumpulan muslimat habis menuruni...dari jauh kami melihat, terdapat muslimin yang rupa-rupanya takut. Dua , tiga kali acah-acah nak terjun tapi tak jadi-jadi juga .Acah lagi ..Oh..Oh ..tak jadi terjun juga. Aku tersenyum simpul melihat gelagat mereka.
Dan macam-macam lagi yang kena buat dan akhirnya masuk lubang kecil sekali didalam tanah. Itu menunjukan episod terakhir kehidupan manusia didunia... Mati masuk dalam tanah.
"Mas, masuk dulu, Mas kecil, senang sikit".Pinta sahabat-sahabat ku. "O..O.. anti ingat ana tak tahu, antum semua takut, kot-kot dalam itu ada ular, ana lah kena dulu"...gurau aku, memang kami biasa bergurau. Mereka tertawa...
Banyak program yang dilakukan selama 3 hari disana..Tidak mungkin aku lupakan. Namun semua dah berlalu.
Dah kini kami akan datang lagi keTerengganu..InsyaALLAH , tapi dalam situasi yang berbeza..situasi dalam menghadapi dunia realiti masakan sama dunia teori...Saat yang benar-benar menguji ..teruji dan diuji, yang benar-benar teruja..lalu merasa apabila berhadapan dengan ragam manusia..Masa aku bekerja dahulu, aku sering berkata " Lebih mudah berurusan dengan alat mesin yang banyak dari berurusan dengan seorang manusia."
InsyALLAH, Kuala Terengganu, Kini kami akan datang lagi.
Doakan perjalanan kami dan dimudahkan segala urusan...
Saturday, January 3, 2009
KECACATAN YANG DISYUKURI

Semalam kami berdua mewakili Dewan Muslimat PAS Bukit Katil menziarahi ibu kepada seorang sahabat yang sedang sakit diward ICU.Ibunya lumpuh sekarang.Matanya hanya memandang keatas.Hanya sedikit saja mata hitam kelihatan.Aku turut bersedih dengan apa yang berlaku. Lehernya ditebuk bagi memudahkan pernafasan. Apa yang dapat aku katakan lagi selain dari hanya dapat bersimpati dengannya.Aku mengusap kepalanya.Aku hanya dapat membaca ayat-ayat pendek apa yang mampu aku baca.Aku tak pandai seperti seorang ustazah kerana aku bukan ustazah.Aku hanya seorang yang berpendidikan sekular cuma apa yang ada pada aku hanya sekeping hati yang ikhlas untuk aku persembahkan pada ALLAH SWT nanti.Aku terus mengusap rambutnya yang telah beruban itu.
Tiba-tiba aku lihat matanya dibuka besar , kelihatan juga mata hitam bertambah besar.Tapi cuma memandang keatas saja. Doktor mengatakan bahawa dia boleh mendengar tapi tidak mampu nak buat apa-apa.Dia tak boleh bergerak.Dikepalanya ada darah beku.Aku terus mengusap rambutnya,mungkin dia selesa dengan usapan itu. Aku kira dia tahu akan kehadiran aku disitu.
Lalu aku teringat kembali peristiwa ketika aku terjatuh dari motor.Peristiwa yang berlaku pada 3 tahun lalu,3 Januari 2006. Ketika aku sedang menghantar kuih bersama anak perempuanku. Peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidup aku.
Seperti biasa , sebelum subuh aku yeng ditemani anak perempuan aku untuk menghantar kuih kebeberapa buih kedai.Tapi selalunya aku naik van untuk menghantar kuih tapi pagi itu, kami menaikki motor. Sebaik saja kami mengisi minyak motor diEsso Semabok, dalam perjalanan kekedai. ......aku tak boleh nak cerita sebab aku tak tahu apa yang berlaku. Cuma anak aku beritahu bahawa kami terjatuh diatas jalanraya besar yang tiada orang lain ketika itu melainkan kami berdua. Anak aku berkata bahawa aku tercampak jauh.Alhamdulillah sebuah van kilang menghampiri memberikan pertolongan,mereka menghubungi ambulan.Yang peliknya aku berjalan seperti biasa menaikki ambulan tanpa aku sedari apa yang berlaku.Anak aku agak panik kerana dahi aku tercucuk batu, dagu aku ditembusi batu dan gigi aku patah.Tapi aku berjalan seperti tiada apa yang berlaku.
Dihospital aku nampak orang sekeliling aku tapi mereka tidak mengendahkan aku. Aku dengar suami aku sedang menghubungi Dr Zainal dalam keadaan yang panik tapi aku masih termangu-mangu dengan apa yang terjadi dan tertanya-tanya.Aku rasakan aku sihat tapi kenapa aku dihospital.Aku hairan lagi termangu-mangu. Aku seperti berada dialam lain.Aku tidak merasai sebarang kesakitan malah aku tidak nampak setitis darah pun ditudung dan dibaju aku.

Orang sekeliling masih tidak mengendahkan aku.Mungkin mereka rasa aku pengsan .Badan aku tidak boleh bergerak.Kemudian aku terasa seseorang kejutkan aku. Kali ini aku benar-benar tersedar. Dr Zainal yang memang aku kenali, kelihatan cemas. Dia seorang pakar bius. Dialah yang suami aku hubungi pagi tadi.. "Kak, saya nak bius akak.Kami nak jahit ditempat yang luka' Ujar Dr Zainal agak cemas. Aku memandang kewajah nya, tanpa merasakan apa-apa pun. Aku hairan kenapa mereka begitu cemas.
"Kak, Selawat banyak-banyak ya kak..Suruh Dr zainal. Aku tersenyum sedikit.Memang berselawat adalah zikir harianku. Masa aku diatas motor tadi pun aku sedang berselawat.Lepas itu aku tak tahu apa yang berlaku.Aku cuma ingat bahawa aku mengisi minyak motor di ESSO sedangkan tempat aku jatuh 500m dari ESSO.
Petang aku dimasukkan diwad,. tapi aku masih pelik lagi apabila aku dapat melihat sahabat-sahabat yang ada disekelilingku tapi kenapa mereka semua seolah-olah buat tak tahu saja dengan aku. Mereka rasakan aku tidak sedar tapi aku dengar perbualan mereka. Aku bertanya pada diri.."dialam mana aku sekarang". Kenapa mereka tidak sedar dengan kehadiran aku bersama mereka.Apa yang sebenarnya terjadi.
Dr Suria serta Dr Jaafar sahabat baik aku juga turut berada disebelah. Aku tahu mereka sibuk tapi mereka datang juga menziarahi aku.
"Itulah siapa suruh Mas jual kuih" Dr Su bentak suami aku. Suami aku diam saja.
"Kasihan mas, dia selalu nak bermanja dengan akak, tapi akak selalu tak dapat nak layan." Simpati Dr Suria pada aku.
Aku dengar perbualan itu, tapi mereka tidak tahu.Aku hanya pemdamkan saja. Kadang-kadang sahabat-sahabat suka juga bergurau " Hai ..baik-baik dah kerja dalam aircond..pi duk jual kuih ..buat apa"..Aku selalu tersenyum dengan sindiran itu. Memang mereka suka bergurau dengan aku. Namun bagi aku, mendapat mendapat kemanisan iman, kepuasaan serta ketenangan adalah lebih berharga.Itulah yang dicari oleh ramai manusia.
Sebelah malamnya baru aku betul-betul tersedar dan dapat berbual-bual dengan sahabat-sahabat. Aku seperti biasa sedangkan mereka memandang aku penuh dengan simpati.
Esok nya pagi-pagi aku kebilik air.Aku melihat cermin..."Ya ALLAH, teruknya muka aku"'' itulah ucapan yang pertama keluar sebaik aku melihat cermin..Terperanjat betul aku.Baru aku tahu bahawa muka aku begitu bengkak dan teruk sekali.
Patutlah mereka amat bersimpati dengan aku.
Dahi aku berjahit.Dagu aku ditembusi batu sehinggakan air yang dicuci dari mulut boleh menembusi keluar melalui dagu. Bawah hidung mengalami luka yang amat parah.Sehinggakan perlu dijahit sebanyak 2 kali. Gigi aku patah. Dalam mulut aku berjahit diatas bahagian atas dan bawah.Sedangkan aku tak nampak setitik darah pun walaupun anak aku mengatakan bahawa darah terlalu banyak ditudungku. Aku sendiri tak pasti apa yang sebenarnya yang berlaku.Patutlah sahabat-sahabat yang menziarahi aku , ada yang tidak dapat mengenali wajah aku, tapi aku tetap bersyukur kerana aku tidak mengalami sebarang kesakitan walaupun anak aku mengatakan bahawa aku tercampak jauh padahal tidak dilanggari oleh sesiapa.
Dalam k

eadaan cuma kami berdua saja diatas jalan raya dan motor yang dibawanya tidaklah laju , kami terjatuh.Anak aku tidak mengalami sebarang kecederaan. Lalu aku teringatkan apakah dosa yang telah lakukan sehinggakan aku jadi begini. Tiba-tiba aku teringat kesilapan yang aku lakukan pada petang hari sebelum kejadian.Ianya berkaitan dengan muka. Betapa aku pasrah dengan pembalasan yang begitu cepat terhadap diriku,namun aku bersyukur kerana aku tidak mengalami sebarang kecederaan ditempat lain melainkan muka saja,.hatta tidak merasa sakit walau sedikit pun.Malah aku seperti tiada pengalaman jatuh dari motor. Doktor yang memeriksa aku , berkali-kali bertanyakan betulkah aku tidak mengalami sebarang kesakitan. Aku mengangkat tangan , mengangkat kaki cuba membuktikan pada Doktor. Badan aku tidak merasakan sebarang kesakitan hinggalah kehari ini. Akhirnya Doktor mengizinkan aku keluar dari hospital.
Esoknya pada 4 Januari sahabat-sahabat datang menghadiahkan sebiji kek, sempena hari lahir aku.Ukhwah yang terjalin melebihi ukhwah adik beradik .Itulah kelebihan hidup berjemaah . Bagi aku mereka adalah sahabat-sahabt ku dunia dan akhirat. mereka tidak pernah meninggalkan aku bersendirian.Ada yang setiap datang bawakan aku makanan yang hancur agar aku dapat makan dengan selesa.
Aku pasrah diatas kesilapan aku namun aku syukuri atas apa yang berlaku. Aku dapat rasakan seperti hidup dialam lain walaupun sekejap . Aku bukan bermimpi, sebab aku tahu apa yang berlaku disekelilingku malah aku boleh mendengar perbualan mereka cuma aku tak boleh nak berbuat apa-apa. Dan mereka juga tidak pedulikan aku disitu kerana mereka sangka aku pengsan.Mungkin Selawat zikir harianku juga dapat membantu aku ketika itu...aku sendiri tak pasti.

Bila kami menziarahi ibu kepada sahabat aku ini, maka aku teringatkan apa yang telah aku alami. Mungkin dia seperti ingin menyatakan sesuatu tapi tak mampu.
Hanya gerakan matanya seolah-olah ingin menyatakan sesuatu tapi tak tahu apa...
Bila aku berjumpa Dr Suria, aku nyatakan apa yang aku dengar dalam perbualan. Dia hanya tersenyum simpul.Mungkin malu juga...
Alhamdulillah, aku tetap bersyukur kepada ALLAH SWT, walaupun muka aku cacat sehingga hari ini namun aku aku punyai pengalaman yang penuh bererti. Insya ALLAH
GURU YANG TERBAIK ADALAH PENGALAMAN YANG DILALUI..
BILA DIDATANGI TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG

" Asalamua'laikum,Kak , jom kita keAsahan sekarang".kedengaran suara halus ditelepon bimbit aku.Aku kenal itu suara siti, salah seorang ajk muslimat Kawasan Bukit Katil.
" Mua'laikummusalam..kenapa? ada apa?" tanya aku yang kehairanan.
" Akak tak terima sms dari Dr Khatijahkah?" tanya siti dengan suara yang agak gementar..
"Tidak pun" aku menjawab dengan penuh yakin.
"Kak, Emak Selamat meninggal dunia , pukul 2.30 petang" siti berterus terang
"Innalillahiwainnailaihiraji'uun". kataku dengan terkejut
"Kak, kalau nak ikut, saya ambil kakak sekarang juga.Akak siap cepat" pelawa siti padaku dengan tergesa-gesa.
"e...e...nanti..tak..tak boleh sekarang...akak sedang buat kuih tempahan. Petang ini tuan dia nak datang ambil"...aku menjawab dengan keadaan yang serba salah.
"Oh..ya ke..kalau macam itu saya dan suami saya pergi dulu".Ujar siti
Aku terus terkedu seketika. Lepas itu cepat-cepat aku melihat telepon bimbit aku.Ternyata aku ada menerima sms tentang berita kematian , cuma aku yang tak perasaan sebab sebuk dengan kuih tempahanku..
Pada 29 Zulhijjah /27 Dis 2008 aku baru terima sms jam 12.19 tengahari yang mengatakan bahawa bapa kepada saudara Selamat Aman yang merupakan setiausaha Kwasan B.Katil telah meninggal dunia .
Pada 31 Disember aku menerima sms dari saudara Selamat Aman yang meminta aku memberikan 5 nama muslimat kawasan Bukit Katil yang akan bertugas keTerengganu.
Manakala pada 2 january/5 Muharam1430H aku menerima lagi sms yang menyatakan tentang kematian ibunya pada jam 2.30 petang pula.

Aku termanggu seketika. Betapa getirnya saudara selamat serta adik-beradiknya untuk menghadapi kenyataan itu. Dalam keadaan kesibukkan untuk bersama-sama PRkecil Kuala Trengganu, tetap diuji dengan ujian seberat ini.
Orang selalu berkata " Dalam dunia ini semua benda boleh dicari kecuali emakbapak".. Memang ada benarnya. Ibu dan Bapa adalah permata yang paling berharga buat anak-anak.
Namun kehendak ALLAH, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kematian satu kepastian, tanpa sebarang keraguan. Apabila ibu dan ayah diambil nyawanya dalam selang 6 hari saja, mugkin jarang berlaku. Kesedihan kehilangan ayah masih belum hilang , ditambahi lagi kesedihan kehilangan ibu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Buat keluarga saudara Selamat ,diharapkan dapat bersabar..Ini adalah fitrah kehidupan..LAHIR...HIDUP...MATI..
Aku termenung lagi..teringat aku dalam posting yang lalu, tentang takziah aku kepada saudara Selamat Aman atas kematian bapanya.Aku sertakan gambar diposting itu. Gurauan Prof Hamirdin yang bertanya pada aku, "kenapa gambar itu ramai jenazahnya"..Rupa-rupanya 2 orang dalam satu keluaraga (ibu dan ayah) akan meninggalkan dunia ini dalam selang 6 hari saja.
Mungkin mayat-mayat yang lain itu mewakili aku atau sahabat-sahabat terdekat atau sesiapa saja yang aku kenali. Tiada siapa yang tahu.Bila dan dimana?..Apa yang akan dibawa? Sudahkah aku bersedia dengan 3 perkara ini?
Doa dari anak2 yang saleh'
Sedekah jariah yang aku lakukan
Ilmu yang aku menafaatkan
Adakah kubur aku luas..seluas mata memandang @ dihimpit batu-batuan @ ular.....
Adakah kubur aku terang seterang -terangnya @ gelap dihimpit siksaan
Bagaimana dengan azab diakhirat sana...
Dan ada seribu persoalan lagi...
Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas kedua ibu dan ayah saudara Selamat.InsyaALLAH.

Sabda Rasulullah " Orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati MATI"...Al-Fatihah.
Thursday, January 1, 2009
DEDIKASI BUAT SEORANG GURU

GURU..
SALAM PERJUANGAN ucapan diberi...
Buat pejuang yang dihormati...
Walaupun tidak pernah minta dipuji...
Namun jasamu,ku sanjung tinggi...
Karangan bukumu, aku amati....
Lebih bernilai dari intan baiduri...
Ku susuni dengan begitu rapi...
Pasti ku sudahi baca, disuatu hari nanti...
Buat bekalan dihari-hari yang menanti...
Meskipun dikala itu engkau sudah tiada lagi.
Beruntunglah engkau dialam abadi...
Kerana peninggalanmu masih dihayati.

GURU..
Dari United Kindom ke Universiti Teknologi..
Dari Pemimpin Organisasi ke Reformasi..
Dari Perunding Agensi keTahanan Dalam Negeri..
Dari Juru Perunding keKemunting ..
Dari seorang ahli dah jadi YB..
Namun semangat JUANGMU tidak pernah berhenti.

Syukurku setiap hari..
Kepada Pencipta yang tuhan yang satu...
Walau hari silih berganti...
Namun, gelaran GURU tetap terpaku.
MENJANA KEMENANGAN MELAKA
"Kemenangan bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan kemenangan"
Itulah diantara petikan ucapan dari Dr Zulkifli Ahmad sempena seminar pilihanraya anjuran JPN negeri Melaka baru-baru ini.
Satu ucapan yang menarik untuk difikirkan bersama oleh semua tahap kepimpinan samaada dari peringkat cawangan , kawasan dan seterusnya peringkat negeri Melaka.
PAS bukanlah satu pertubuhan parti politik semata-mata bahkan juga merupakan satu organasasi Islam yang mempunyai matlamat yang jelas yakni untuk menegakkan syariat diatas bersumberkan Al Quran dan As Sunnah diatas muka bumi ini dan sudah pastinya untuk memcapai matlamat yang besar ini, ia memerlukan kepada satu lonjakan anjakan paradigma yang cukup besar.
PAS negeri Melaka masih belum mendudukki sebarang kerusi .Ramai juga yang berkata " bila PAS Melaka menang maka disitulah akan bermulanya permulaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat keatas Malaysia. Mungkin itu hanya satu ungkapan gurauan, namun kadangkala gurauan ada benarnya.Sejarah akan berulang. Tiada ada kezaliman yang berkekalan lama.Sifat sombong dari pemerintah yang sentiasa menolak Al-Quran amat dibenci oleh ALLAH kerana kesombongan hanya layak bagi ALLAH.Pemerintah yang tidak meletakkan Al-Quran ditempat yang sebenarnya adalah satu kezaliman. "Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan".(Al-Anam:21, Yusuf:23, Al-Qasas:37)..Pasti ALLAH menukarkannya kepada kaum yang lebih baik untuk memerintah. Itu janji ALLAH yang tidak ada siapa dapat menafinya.
Adalah mudah bagi ALLAH untuk melakukan perubahan dalam sekelip mata kerana hati manusia adalah milik ALLAH.FirmanNYA "..dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) .Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka.Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( Al-Anfal:63).
Namun ALLAH tetap sengaja menguji ummatnya.Ujian yang silih berganti untuk memastikan bahawa adakah kita benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan agamaNYA atau sekadar ucapan ditepi bibir.
Lihatlah dikala kita hampir berputus asa diatas segala penipuan-penipuan serta segala kezaliman-kezaliman oleh parti pemerintah dan akhirnya kita terpaksa memboikot pilihanraya Batu Talam, dan berkat doa seorang guru yang benar-banar ikhlas dengan deraian air mata yang berjujusan untuk memastikan kemenangan dan Alhamdulillah akhirnya pada PR12 , 5 negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat..Sesuatu yang berlaku diluar jangkauan fikiran manusia, orang kata "terkejut beruk".Itulah kegembiraan yang paling nyata yang mengembalikan semangat untuk meneruskan perjuangan.
Marilah kita mengimbau kembali kepada sirah Rasulullah dikala Rasulullah dikeji , dihina ,dibaling batu, terseksa di Taif dan sememangnya sebagai manusia biasa Rasululah turut kecewa dengan umatnya yang menolak seruannya dan berkat doa Rasululluah ..akhirnya Rasulullah diberikan kegembiraan dengan peristiwa Israk Mikraj. Kegembiraan yang memberikan semangat untuk Rasulullah meneruskan perjuangan yang suci lagi murni ini.
Lihatlah juga ketika Nabi Ibrahim telah pun meletakkan pisau dileher nabi Ismail untuk disembelih atas arahan ALLAH SWT lalu turun wahyu untuk ditukarkan kepada seekor kibas. Itulah kegembiraan yang nyata bagi Nabi Ibrahim apabila anak kesayanganya Nabi Ismail bebas dari penyembelihan dikala menghadapi perasaan untuk menyembelih anaknya sendiri..Lihatlah betapa ALLAH menguji keikhlasan hamba-hambanya yang benar-benar ingin kepada Syiar Islam sehingga peringkat yang terlalu kritikal.
Dan juga sering disebut-sebut " Melaka ini kecil..PAS susah nak menang, sebab kerajaan Melaka senang nak pantau dalam negeri yang kecil. Pemerintah senang nak kawal". Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa ungkapan itu tidak relevan..Meletakkan kesilapan pada orang lain adalah menunjukkan kelemahan pada diri sendiri. Menuding jari pada orang lain juga adalah menunjukkan kekurangan pada diri sendiri.Sedangkan kalau diamat-amati bahawa sahabat yang terbaik adalah diri sendiri. Guru yang terbaik adalah pengalaman yang dilalui.
Kejayaan yang hakiki datangnya dari pemimpin yang berilmu, berjiwa besar lagi berani. Pemimpin yang bijaksana untuk menguruskan pengurusan dalam sesebuah organasasi.Pemimpin yang peka lagi prihatin dengan apa yang ada disekelilingnya yang pandai menyesuaikan diri mengikut peredaran zaman.. Pemimpin yang bertaqwa lagi amanah.
" Sesungguhnya ALLAH sukakan mu'min yang pakar"(Al muhtarif)
Rasanya seperti sukar untuk memperolehinya ciri-ciri pemimpin yang sebegini namun apa yang penting adalah pergantungan kepada ALLAH SWT untuk diberikan autoriti ini semua. Itulah kelebihan yang ada ada pada kita.Meletakkan ALLAH sebagai tempat pergantungan
"ALLAHlah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu lihat, kemudian DIA bersemayam diatas 'Arsy dan menundukkan matahari da bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan..ALLAH mengatur segala urusan.." (Ar Rad:2)
Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan Ciri-ciri pemimpin dan penggerak yang mampu membawa perubahan diantaranya adalah
-Kekuatan iman dan amal agar dapat memastikn peningkatan akhlaq dan terus mengekalkan kesegaran hubungan dengan ALLAH.
-Kekuatan ilmu dan fikrah pula diperlukan agar ia mampu mengintegrasikan fikrah yan didukungnya kedalam masyarakat secara yang benar-benar berkesan.
-Mempunyai visi
-keupayaan mengurus
-Eksekutif yang berkesan yang berani membuat sebarang keputusan.
-komunikator yang berkesan, mampu menjadi PRO yang berkesan.
"Sesungguhnya ALLAH itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan cekap"(Bukhari , Muslim)
Dan akhirnya, peranan media juga amat penting dalam menjana kemenangan negeri Melaka.
Bak kata Dr Zulkifli ahmad "Jangan takut untuk engage" tapi jangan engage kerana takut"
Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan kerana amanah ini amat berat sehinggakan gunung ganang pun tak sanggup nak memikulnya.Dia memerlukan kerjasama pemimpin dan pengerak dari semua peringkat.
"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan islah dengan segala kesungguhanku.Dan tidak ada taufik dan bagiku melainkan dengan (pertolongan) ALLAH. Hanya kepada aLLAH aku bertawakkal dan hanya kepadaNYA aku kembali."
DMPBKATIL
TAHNIAH!!!
Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada adik Anisah binti Mohammad Ali, diatas kejayaanya mendapat 8A didalam peperiksaan PMR. Adik Anisah merupakan anak sulung kepada Puan Fatimah Hj Wahit yang merupakan Ketua Lajnah Penerangan Dmpbk manakala bapanya Hj Mohd Ali merupakan Naib Ketua Kawasan Bukit Katil. Adik Anisah belajar di Sekolah Menengah Intergrasi Selandar, Jasin ,Melaka. Satu pencapaian yang amat baik.InsyaALLAH semuga menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
Anisah pernah mengalami kecederaan dikaki dan terpaksa bercuti melebihi sebulan untuk merawat penyakitnya disaat-saat peperiksaan PMR menjelang tiba namun atas usaha gigihnya yang telah bersiap sedia lebih awal lagi, Alhamdulillah, dia berjaya dengan cemerlang..TAHNIAH adik Anisah.

Subscribe to:
Posts (Atom)