HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, November 20, 2012


Apakah akan masih ada lagi warga emas yang akan mengais barang-barang terbuang di tong sampah sekiranya Pakatan Rakyat di beri  mandat untuk  memerintah Malaysia.?

Kelihatan seorang warga emas yang berusia 82 tahun sedang menyelongkar barang-barang buangan untuk di kumpulkan lalu di jual.

"Nek , Asalamua'laikum....tak ada anak-anak ke"? penulis cuba mendekati nenek tua yang sedang asyik mnyelongkar barang buangan di salah satu pasaraya di Duyong semalam. Ini kali kedua penulis terserempak dengan warga emas itu di tempat yang sama'

" Ala..jangan sebutlah pasal anak-anak. Buat sakit hati aja" jawab nenek yang terkejut dengan sapaan penulis. Kelihatan nenek itu , agak terkejut dengan sapaan penulis yang tidak di sangka-sangka itu.

"Nek nak buat apa ini. Nek tak da anak-anak ke? selagi lagi penulis bertanya menyebabkan nenek itu memandang tepat  ke wajah penulis sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

" Sudahlah..macam-macam ..anak baik. menantu pulak jahat..tak guna" nada marahnya semakin tinggi. Penulis hanya terkedu kerana penulis   tahu bahawa dia seorang nenek yang masih waras.

"Umur nenek berapa?? penulis cuba bertanya lagi. Kelihatan  seorang pekerja pasaraya tersebut, terus menimbunkan sampah-sampah yang sudah tidak di perlukan lagi sambil tersenyum kearah penulis. Mungkin itu sudah menjadi satu  pandangan biasa baginya .

"Nek , umur 82" jawabnya tanpa menunjukkan sedikit penyesalan pun terhadap kerja yang sedang di lakukan itu. Mungkin dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan berbanding orang-orang yang mencuri atau orang-orang yang malas bekerja.

"Tapi nenek masih kuat dan sihat" penulis cuba bandingkan dengan ibunnya sendiri, yang berusia 80 tahun , tapi telah  menggunakan kerusi roda untuk berjalan.

"Alhamdulillah. ALLAH beri". Jawabnya tersenyum dengan satu kepuasan.

"Nek tinggal di mana" penulis bertanya lagi sebelum meninggalkan nenek tua memandangkan ada beberapa urusan lagi yang perlu di selesaikan.
.
"Nek tinggal kat semabok, belakang ESSO" jawabnya rengkas

Penulis menghulurkan sedikit sumbangan sebelum meinggalkan nenek tersebut dengan harapan bila keluar dari pasaraya nanti. boleh menghantar nenek itu balik kerumahnya tapi malang sekali sebaik keluar dari pasaraya nenek itu sudah pergi dari situ.





No comments: