HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, December 14, 2012

TURUN PADANG


DMPKBK turun padang menemui rakyat dalam sesi penerangan bukan sahaj untuk membicarakan tentang dunia malah mengubah dunia.


 Tarikh PRU 13 masih menjadi teka teki.  Bak kata YB Azmin , dalam ceramah nya sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diadakan di Melaka pada 8 Disember 2012, "sebenarnya BN takut dengan bayang-bayang dia sendiri"

Dan apabila membaca apa yang di tulis oleh saudara Hishamudin Rais di dalam kolum rencana akbar yang menyatakan bahawa tarikh PRU 13 akan di tentukan oleh bomoh yang di impot khas dari Chennai, India.

Walau apa pun , Kuasa Rakyat adalah Kuasa Keramat. 
Hidup adalah "Aqidah dan Jihad" .Kunci doktrin Islam adalah seperti Tauhid, Syahadah, Jihad, Ijtihad. .Islam yang sejati adalah Islam yang memihak kepada rakyat, membela kaum tertindas,, dinamis,progresif dan revolusiner.

Dan apabila di baca tulisan yang di tulis oleh Ali Shariati, dalam pusaran analisis sosialnya , Shariati melihat bahawa sejarah sosial manusia bergerak dalam dua tahap iaitu Kutub Qabil((Penguasa) dan Kutub Habil.(Kelas yang di kuasai yang tertindas).
"Taktala ALLAH menawarkan amanah kepada semua cipitaannya, semua tidak sanggup memikulnya kecuali manusia dan akhirnya manusia yang lah yg memikul amanah dan apakah sebenarnya amanah yang di bawa manusia itu ?
Shariati menafsirkan amanah tersebut sebagai kehendak bebas manusia (man's free will). Dengan kehendak itu manusia unggul atas semua makhluk..Ia adalah satu-satunya yang mampu menghadapi sifat naluriahnya. Hanya manusia yang mampu memberontak terhadap fitrah kejadiannya..
 Bahkan , ia bisa membangkang terhadap keperluan-keperluan ruhani mahupun jasmani  serta melawan ketentuan -ketentuan kebajikan.
Ia dapat berbuat sesuai dengan akal fikirannya atau bertentang dengannya.
Ia bebas , apakah ia ingin menjadi orang baik atau menjadi orang jahat, apakah ia ingin menyerupai lumpur atau menyerupai ALLAH."

Ketegangan dua dimensi dalam diri manusia membuatnya harus terus-menerus "berperang" dalam dirinya.Ia harus memilih antara  dua deteminan.Kemampuan memilih didapat manusia dari kehendak bebasnya.

Manusia adalah kehendak bebas dan bertanggung jawab. Ia adalah kehendak yang harus memilih.
Manusia  adalah jalan, pejalan dan perjalanan .Ia harus melakukan hijrah tanpa henti dari unsur tanah liat dirinya kepada unsur ketuhanan dirinya.
Gabungan kedua hal yang kontradiktif tersebut menimbulkan perjuangan dan gerakan yang menghasilkan sintesis penyempurnaan.

Al Quran , sebagai menyentuh tiga wajah kekuasaan dengan memperkenalkan simbol-simbol khas manifestasi Qabil . 
Ada tiga istilah yang melukiskan sifat tiga wajah kekuasaan tersebut, yaitu mala" (yang serakah dan kejam) , mutraf (yang rakus dan bermewah-mewahan) dan rahib (kependetaan ) .

Kekuasaan Politik di simbolkan dengan tokoh Firaun. Kekuasaan ekonomi di lambangkan dengan tokoh Karun dan Kekuasaan Religius di lambangkan dengan  tokoh Balaam Bauri. .Ketiganya merupakan manifestasi terunggul dari Qabil.

Dmpkbk yakin bahawa hujung sejarah masyarakat adalah kembalinya Islam sistem Habil. Namun, kembalinya Islam sistem Habil itu tidak terjadi dengan sendirinya. Perlu kepada perancangan teratur untuk menegakkan sistem Habil .


Thursday, December 6, 2012

WANITA BERDAYA NEGARA SEJAHTERA

"Biarlah ..Najib yang sebagai  Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan memegang jawatan Menteri Wanita,  kita berharap sangat budgetnya pada kali ini,  budget yang ada belas kasihan pada orang perempuan .. kasilah peruntukkan yang tinggi pada  wanita tapi malangnya budgetnya, untuk orang perempuan menurun..yang menaikmya di beri pada Rosmah saja,
Dulu tahun lepas . budget tidak ada untuk PERMATA. 

Tahun ini ada untuk PERMATA . Najib hanya kasi RM 50 juta sahaja untuk wanita seluruh Malaysia.
Bagilah peruntukan lebih sikt untuk wanita..manakala cuba kita  bandingkan dengan belanjawaan Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sebanyak 5 bilion, untuk menaikkan taraf wanita..Wanita UMNO sudah tidak boleh di harapkan untuk membela wanita Malaysia". Demikianlah di antara ucapan penuh semangat dari Puan Zuraidah Kamarudin dalam program   Pelancaran Agenda Wanita Maaysia Peringkat Negeri Melaka  yang diadakan di Balai Islam Paya Dalam , pada 4 Disember lalu.


Dengan di barisi oleh YB Siti Maria, YB Chong Eng dan YB Zuraidah, Program ini telah mendapat sambutan ramai dari muslimat Neg Melaka.
Turut hadir juga Pesuruhjaya Negeri Melaka


Di antara Agenda wanita Pakatan Rakyat

1. Caruman RM 600   daripada kerajaan Pakatan Rakyat
2. Caruman Khas minimum Rm 120 daripada suami
3. Perlindungan kesihatan dan Ekonomi
4.Tabung bantuan Musibah
5.Tabung simpanan Hari Tua


 DASAR PENDIDIKAN - CELIK DAN CERDIK
 KELANSUNGAN KESIHATAN & HIDUP BERKUALITI
  KESEJAHTERAAN SOSIAL
 PENDEMOKRASIAN POLITI
 PEMBERDAYAAN & PENGUATKUASAANUNDANG-UNDANG