HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, May 27, 2012

ALHAMDULILLAH, DMPKBK mengucapkanTahniah  kepada Saudara Rosli serta Pn Fauziah diatas perkahwinan anak sulong kesayangan mereka, adik Atikah yang masih lagi menuntut.

Majlis walimah yang  sederhana ini ,di adakan pada tarikh 27 Mei bersamaan 5 Rejab 1433 di Kandang, Melaka

Semuga walimah ini di rahmati dan diberkati.insyaALLAH


"Pernikahan Sayyidina Ali dan Fatimah Az Zahrah di laksanakan dengan cara yang paling sedrehana sekali. Mahar Sayyidina Ali adalah hasil dari baju besi yang di jual dengan harga 480 dirham.Baginda kemudian membahagi-bahagikan wang tersebut untuk di belanjakan , 66 dirham untuk membeli perkakas rumahtangga, 160 dirham untuk membeli minyak wangi, 160 dirham untuk membeli pakaian dan 96 dirham lagi di serahkan kepada ummu Salamah untuk membeli keperluan lain.

Rasulullah memerintahkan Bilal untuk membeli minyak wangi manakala untuk membeli dan memilih pakaian di tugaskan kepada Abu Bakar dan Ammar bin Yasir. Maka di belilah jubah  dengan harga 7 dirham, baldu hitam buatan khaibar, katil yang di buat dari daun kurma, dua buah tilam buatan Mesir, bantal yang di perbuat dari kulit, langsir nipis yang di buat dari bulu binatang, penggiling gandum, bekas dari tembaga untuk mencuci pakaian, bekas air kecil,kotak kayu tempat mendinginkan air, besen untuk berwuduk,tikar dari kulit dan kain abaah.
Manakala persiapan Sayyidina Ali untuk keperluan rumahtanggnya sangat sedikit, iaitu sebuah bilik tidur dengan lantai yang di lapisi pasir halus dan dinding di buat dari papan, bantal dari kulit biri-biri, tuala yang di gantung di dinding dan sebuah tempat air.

Tuesday, May 22, 2012

Selamat datang, Ya Rajab

Rajab adalah nama sungai di Syurga. Airnya lebih putih dari air susu dan lebih manis dari madu.Sesiapa berpuasa satu hari pada bulan Rajab, ia pasti meneguk air sungai tersebut.

Imam Ja'far Shadiq meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda  "Bulan Rajab adalah bulan permintaan ampun umatku. Kerana itu mintalah ampunan di bulan ini sebanyak mungkin, kerana ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

 Bulan Rajab di namakan Ashabb, kerana rahmat ALLAH tercurah atas umatku di bulan ini. Perbanyakkan membaca " aku memohon ampun kepada ALLAH dan bertaubat kepada NYA"

Bulan Rajab memilikki keutamaan tak terhingga. Di kisahkan jika seseorang tidak mampu untuk melakukan puasa, hendaknya ia membaca tasbih seperti berikut 100 kali, sehingga dia akan mendapatkan pahala puasa pada bulan ini.

"Mahasuci Tuhan yang Maha Agung. Mahasuci Zat yang segala kalimat tasbih tidak layak keuali untukNya.Mahasuci Zat Maha Mulia dan Dermawan. Mahasuci Zat Kemuliaan yang hanya layak di sandang NYA"

"Kecewalah orang yang menghampiri selain-MU.
Merugilah orang-orang yang menghadap selain MU.
 Musnahlah orang-orang yag mengharap selain MU.
 Miskinlah orang-orang yang menncari selain kurnia MU.
 Pintu Mu terbuka bagi para perindu.
Kebaikan MU tercurah bagi para pemohon-MU.
 Anugerah-MU tersedia bagi para pengharap-MU.
 Rezeki-MU terus terhampar meski bagi para pembangkang-MU
 Kasih sayang -MU terus meliputi meski bagi para musuh-MU.
Kebiasaan-Mu adalah berbuat baik kepada mereka yang berperilaku bagi para penentang.
Cara-Mu adalah membiarkan pelanggar.
Ya ALLAH, anigerahkanlah kepada kami hidayah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Berikalah kami semangat orang-orang yang bersemangat.
Jangan KAU jadikan kami pelupa yang di jauhkan (dari pintu-MU) Ampunilah kami di hari pembalasan





Monday, May 7, 2012




 Turut di lancarkan "Pelancaran AMEERAH & BRIGED MUSLIMAT," peringkat negeri Melaka yang bertujuan untuk menjaga saf kepimpinan muslimat khususnya dan wanita amnya denagn  Ameerah juga turut. Dengan bertemakan Epal Hijau, Menerajui perubahan Generasi Baru, Bridget Muslimat ini, di naik taraf menjadi sebuah JABATAN BRIGED MUSIMAT yang khusus kepada kerja-kerja keselamatan.



Sempena dengan bulan kelahiran Sayidah Fatimah Az Zahrah, 20 Jamadil Akhir, moga muslimat-muslimat Melaka akan terus berusaha untuk terus menegakkan kebenaran.Semuga ianya terus memberi semangat dan kekuatan untuk muslimat semuanya.


 Sayidah Fatimah Az Zahrah yang  limpahan anugerah ilmu dan pengetahuan al-Qur'an yang tak terbatas. Jiwa dan ruhnya manifestasi dari ilmu-ilmu al-Qur'an. Saat menyampaikan pidato pertamanya di masjid pasca wafatnya Rasulullah, Fatimah mengingatkan poin ini bahwa al-Qur'an adalah peninggalan Nabi serta janji antara manusia dan Allah Swt. Ia berkata,"Allah Swt telah mengikat janji di antara kalian sejak lama dan merupakan peninggalan berharga untuk kalian." Sayidah Fatimah dengan ungkapan lain kepada umat Islam saat ini mengingatkam bahwa al-Qur'an tidak mengandung kebatilan dan menyalahi hakikat. Cahaya al-Qur'an meliputi segala sesuatu serta memberikan cahaya kepada yang lain. Hujah dan argumentasi kitab suci ini dapat dimanfaatkan oleh semua orang dan setiap manusia meraih pengetahuan serta hidayah dari al-Qur'an sesuai dengan kapasiti mereka.



Terkait keagungan al-Qur'an, Sayidah Fatimah berkata,"Kitab suci al-Qur'an sangat agung, jika seseorang benar-benar mengikuti kitab suci ini dan mengamalkan setiap ajarannya maka ia akan sampai pada derajat tinggi kesempurnaan sehingga orang lain akan merasa iri." Di perkataan lainnya, Sayidah Fatimah menyebut al-Qur'an sebagai sumber dari ilmu dan hukum Ilahi. Dalam pandangan beliau, membaca al-Qur'an ditujukan untuk memahami ajarannya dan mengamalkannya. Beliau berkata,"Jika seorang muslim benar-benar mengikuti al-Qur'an maka ia akan sangat berbahagia serta dituntun menuju jalan keselamatan." Oleh karena itulah, Sayidah Fatimah pasca wafatnya Rasulullah mengingatkan umat Islam soal peranan utama al-Qur'an untuk menghindari perselisihan di antara mereka.

sayidah Fatimah berkata," Mengapa kalian menuju kesesatan, sedangkan di antara kalian terdapat al-Qur'an ? Ajaran al-Qur'an sangat jelas dan hukum-hukumnya pun kokoh. Tanda-tanda hidayah al-Qur'an trasnperen dan peringatannya pun jelas. Apakah kalian condong kepada al-Qur'an, atau apakah kalian mencari penengah selain kitab suci ini ? Sayidah Fatimah selain mengagungkan al-Qur'an dalam setiap ucapannya, juga beliau merupakan manifestasi dari ajaran tinggi kitab suci ini. Sejak masih kanak-kanak, Sayidah Fatimah sudah terbiasa dengan al-Qur'an karena beliau tumbuh besar di rumah wahyu.
 Kedekatan beliau dengan al-Qur'an terlihat jelas dari wasiat yang ditinggalkannya kepada Sayyidina  Ali  yang memintanya untuk membaca al-Qur'an bagi dirinya menjelang kematian hingga setelahnya.

Tak hanya untuk dirinya, Sayidah Fatimah juga membesarkan anak-anaknya dalam lindungan al-Qur'an.  Di riwayat lain disebutkan, suatu hari Sayyidina Ali  tiba di rumah dan mendengar Fatimah tengah melantunkan ayat yang baru saja diturunkan kepada Rasulullah. Ali dengan heran bertanya, bagaimana kamu mengetahui ayat ini ? Fatimah menjawab, anakku Hasan yang membacakan bagiku ayat yang baru turun kepada ayahku ini. Sayidah Fatimah selain kepada keluarganya, juga mengajarkan pembantu beliau, Fidhah untuk senantiasa dekat dengan al-Qur'an. Kedekatan ini dapat disaksikan dengan sikap Fidhah yang kemudian tidak berkata-kata kecuali dengan menggunakan ayat al-Qur'an.



TAHNIAH BUAT DMPNM

Thursday, May 3, 2012

Aku bertekad terus maju ke hadapan
Walau maut menghalang di jalanan
Mati bukanlah noda yang mencernakan 
Bagi seorang berdarah pahlawan
Bila di sertai niat ikhlas berkorban
Untuk berjuang membela kebenaran

Ku serahkan segenap jiwa dan raga
Dalam perang suci membela agama
Lebih baik mati daripada hidup hina
Jika masih hidup aku tidak kecewa
Dan jika aku tidak akan tercela
Alangkah hina hidup di bawah kaki durhaka

(Sayyidina Husein)

MELAKAR SEJARAH




 "Umi, orang nak ikut tau, datang rumah orang dulu, tidur sini, hari sabtu kita naik keretapi' ,siang-siang lagi suara anak sulong aku dah mengingatkan aku bahawa dia ingin menyertai 'BERSIH 3'.


 Aku terdiam seketika. Bersetuju tidak , tidak bersetuju pun tidak.Aku teringatkan dua anak kecil itu. Biasalah orang Melaka, mengelar diri sendiri dengan perkataan 'orang' apabila bercakap bersama keluarga sendiri.





Sebenarnya , dari awal-awal lagi aku bercita-cita untuk bersama-sama dengan kak Kintan serta Muslimat lain dari Melaka. Mudah untuk bergerak tanpa anak kecil. Aku tahu dalam situasi yang sebegini, amat bahaya untuk membawa anak-anak kecil.

Pengalaman tertangkap dalam kepungan trak Fru, terhidu gas dalam perhimpunan "ISA",menaiki Black Maria berhampiran Masjid Negara, Di tahan sehingga malam di Cheras, Berlari-lari,dan di kejar di Masjid Jamek ketika 'BERSIH 1.0', terkena semburan air dan terus berlari, menyorok di dalam ATM. 


Terkepung di Kg Baru di tahan polis lelaki dan wanita berderetan, di tanya soalan demi soalan,macam penjenayah, di geledah beg bagaikan tak bermaruah, di ambil gambar berkali-kali bagaikan artis popular bersama kak kintan, kak limah dan K.Sopiah semasa di BERSIH 2.0.

 Semuanya menjadi pengalaman yang indah .Tidak mungkin berulang lagi .

 Tapi kali ini untuk membawa 2 anak kecil, agak payah. Ragam anak-anak kecil terutama dalam himpunan  ratusan ribu manusia memang bukan nya mudah.
" Kat mana sekarang? Pergi jalan Sultan tak"? Jam 10 pagi Kak Kintan menelepon aku.Kami baru saja turun dari keretapi. Perjalanan agak lancar, tiada penahanan. Sekadar kelihatan polis seperti dalam barisan .Kami berbual seketika sambil memesan jaga diri masing-masing . Banyak kemungkinan yang akan berlaku.
Untuk BANTAH demi BERUBAH memang lah  PAYAH terutama bagi pemerintah yang sudah terlalu banyak makan RASUAH.


Rancangan untuk ke Masjid Negara di batalkan , sebaik saja aku mendapat tahu ,bahawa suami aku serta sahabat-sahabat dari Bukit Katil telah pun menunggu di Central Market. Central market adalah tempat aku membeli ikan serta sayur-sayuran ketika aku kecil dahulu. Dapat aku bayangkan bagaimana kedudukan pasar itu ketika itu. Dimana letak lobak masinnya, di mana letak telur masinnya, di mana letak ikan peda rebusnya., kegemaran aku.

Jam 10.30 kami telah sampai  di Central market. 
YDP Bukit Katil menyapa.Dia bersama  anak lelakinya.
Beberapa muslimin Bukit katil telah ada di situ termasuk suami aku. 

"Kenapa pakai baju hitam"seorang tua berbangsa cina bertanya kepada geng-geng Bukit katil yang semuanya memakai baju hitam.Mungkin dia sedikit pelik di dalam kesibukan rakyat memakai baju kuning , ada segelintir yang ke sana ke mari dengan baju hitamnya. Biasalah geng Bukit Katil menongkah arus,mungkin ada strategi tersendiri. Seorang demi seorang yang menegur apatah lagi yang dari Kawasan Bukit Katil.Begitu juga dari NGO lain.

Alhamdulillah, anak-anak kecil yang di bawa tidak banyak meragam.Suasana bagaikan pesta. Anak-anak kecil yang baru berusia setahun lebih dan dua tahun lebih, lebih banyak bermain, berlari tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.Memang aku telah membaca beberapa pesanan , di antara nya melarang membawa anak-anak yang di bawah 12 tahun di dalam perhimpunan BERSIH 3 ini.


Tapi kami bawa juga, kami datang demi masa depan mereka. Gambar-gambar yang di ambil akan membuktikan kepada mereka apabila mereka dewasa nanti. Menjadi satu catatan sejarah buat mereka.



"Ummi nak ikut atau nak tolong jaga anak-anak saya kat sini",tiba-tiba menantu aku bersuara. Dari riak wajahnya aku tahu sebenarnya dia mahu aku tolong menjaga keselamatan anak-anaknya di situ.



Muslimin Bukit Katil termasuk suami aku , sudah tidak nampak kelibat lagi. Masing-masing sudah buat hal masing-masing. 2 anak lelaki aku juga masing-masing sudah hilang bersama kawan masing-masing.Semuanya bersemangat sekali.

Akhirnya jam 1.45  petang, tinggal aku bersama 3 orang anak perempuan serta 2 orang cucu, mewakili muslimat Bukit Katil di Central Market. Anak-anak kecil bermain dengan belon pemberian dari seseorang . Kami tak pasti siapa orang itu tapi dia di kalangan polis yang mengelilingi kami di situ.

Aku cuba menghubungi muslimat-muslimat Melaka, tapi tak dapat di hubungi. Manusia bertali arus. Lautan manusia dengan berbagai irama. Kami menjadi penunggu setia di situ sambil mengambil gambar serta merakam ribuan manusia yang berlalu dengan aman. Sampai aku kehabisan bateri tapi lautan manusia menjurus tanpa henti.Aku tak tahu berapa lama deretan manusia akan berhenti.


"Jom..jom" anak kecil itu mengajak  untuk bersama-sama lautan manusia itu. Mungkin anak kecil itu rasakan bagaikan satu pesta yang meriah baginya. Anak kecil itu meniru-niru gaya -gaya manusia yang berjalan di situ tanpa mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

 "Umi nak pergi, yang lain tinggal sini, jangan pergi mana-mana sampai umi datang balik" aku cuba juga untuk pergi .

"Hei..hei ..orang nak ikut, orang pun nak ikut ,kita pergi semua", anak-anak  aku merayu. Aku batalkan rancangan aku. Kami terus terleka dengan keletah anak kecil itu.

"Dah kena tembak" kedengaran suara  dari telepon anak aku.Tiba-tiba belon anak kecil juga turut meletup di situ. memeranjatkan orang ramai yang ada di situ.
"Ha..ha ..sana dah kena tembak, sini pun kena tembak" aku bergurau dengan cucu aku yang kelihatan sedikit pucat apabila belon nya meletup.Beberapa kumpulan yang ada di situ termasuk polis yang di situ memandang ke arah aku.Memang kami duduk bersebelahan dengan polis-polis yang memenuhi di ruangan di situ.





Tiba-tiba kami lihat dalam lima atau enam  orang polis berlari- lari datang dari satu arah, mencacau mendapatkan air untuk mencuci muka. Kelihatan mereka  kepenatan.  . Mungkin mereka juga turut terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya.

"Kak, bawa anak-anak kecil ini ke Masjid Negara. Sini tak selamat.Asap ini bahaya", tiba-tiba seorang polis mengarah kami. Kami sudah terhidu sedikit bau gas dan kami mula nampak asap sudah berada di belakang bangunan Central Market.

"Kak, ikut jalan ini, dekat sikit nak ke Masjid Negara" seorang polis muda menunjukkan arah.Kami berlalu meninggalkan Central Market tanpa mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.


Sebaik sampai ke masjid Negara, azan Asar berkumandang.Ketika itu orang hanya boleh di bilang dengan jari.Masih belum ramai. Sebaik menunaikan solat, kami berkeliaran di dalam Masjid. 

Sempat juga aku tunjukkan pada anak-anakku , Sekolah MGS yang bersebelahan Masjid Negara. Itulah tangga belakang yang sering aku gunakan sebaik sampai kesekolah.  Di sekolah itulah yang aku belajar satu ketika dahulu.Sudah menjadi kebiasaan aku berjalan kaki untuk ke pasar ,apabila membeli apa-apa barang keperluan di dalam ujikaji di kelas. Memang aku berminat di dalam bidang sains. 

Hari ini, kelihatan ramai polis berkumpul di kaki tangga yang aku sering naik suatu ketika dulu. Mereka berhimpun di situ. Tiba-tiba hampir jam 5 ptg , polis menutup laluan di depan masjid negara . Semua kenderaan yang lalu di hadapan Masjid Negara terpaksa berpatah balik. Setiap kali kenderaan berpatah balik. polis-polis yang berhimpun di situ akan bersorak beramai-ramai.

Yang pastinya ,kelihatan hanyalah truck-truck polis yang melepasi jalan itu, semakin lama semakin banyak bilangannya.
 Tak tahulah siapa yang akan menjadi mangsa pada kali ini, meskipun jam telah hampir 5 petang.

Aku teringatkan , suami, anak-anak lelaki ku, menantu , orang-orang Melaka dan semua yang masih berada di sana.Cuba  membayangkan  apa yang sedang berlaku. Cuma doa yang dapat di panjatkan dalam saat segenting itu.

Esokya, kedengaran salah seorang anak sahabat kawasan Bukit Katil, tertangkap manakaka anak-anak kecil itu,   berbangga melihat gambar ayahnya yang bertindak berani meskipun risikonya tinggi. 
TAHNIAH BUAT KITA SEMUA.

DUDUK -BANTAH
BERDIRI -BANTAH
BERLARI-BANTAH
BERKEJAR-BANTAH
DI KEJAR-BANTAH
MENDAKI-BANTAH
TENGGELAM -BANTAH
BAYI-BANTAH
BUDAK-BANTAH
DEWASA-BANTAH
WARGA EMAS-BANTAH
PEREMPUAN-BANTAH
LELAKI-BANTAH


DALAM KAMPUNG-BANTAH
DALAM BANDAR-BANTAH
DALAM NEGARA- BANTAH
LUAR NEGARA-BANTAH
 MELAYU-BANTAH
CINA- BANTAH
INDIA-BANTAH
MAMAK-BANTAH
SIKH-BANTAH


BANTAH TETAP BANTAH
WALAU TERMUNTAH-MUNTAH
WALAU BADAN DI BELASAH
WALAU BERDARAH
WALAU PARAH
SEHINGGA MEREKA MENGALAH
AKHIRNYA BERUBAH
DAN PASTINYA INDAH
APABILA KEBENARAN TERSERLAH
WALAUPUN BERGELUMANG  SAAT-SAAT YANG PAYAH
DEMI MELAKAR SEJARAH


mas


"Daku hairan kepada orang yang hanya memikirkan perutnya (makanannya) namun dia tidak memikirkan akalnya. Kemudian menjauhkan apa yang mengganggu perutnya, namun dia membiarkan sesuatu yang dapat menjerumuskannya (Ke dalam neraka)

"Jika kamu inginkan sesuatu keperluan maka carilah ia melalui ahlinya.Lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau, "wahai cucu Rasulullah! siapakah yang di maksudkan ahli itu?". Beliau menjawab , "iaitu orang yang kisahnya di sebut oleh ALLAH di dalam Al Quran, ketika ALLAH berfirman,"sesungguhnya yang boleh mengambil pelajaran hanyalah Ulul al-Bab (orang yang berakal)

(Sayyidina Hasan)