HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, July 25, 2011

ZIARAH KEIKHLASAN VS ZIARAH RASUAH

Pakaian yang nak di edarkan
sebagai sunbangan


bukan sekadar menderita dengan
penyakitmalah bebanan hidup.
"Macammana ini, boleh beri pinjaman PTPTN untuk belajar tapi dengan syarat ,bila kerja nanti , terus kena potong RM 368.00 sebulan.Kalau macam ini teruk lah, nak bayar duit hutang belajar, nak kahwin, nak bayar duit rumah, nak bayar duit kereta...teruklah....belum apa-apa dah suruh bayar hutang belajar", rungut seorang anak muda kepada ibunya sebaik pinjaman PTPTN di luluskan dengan bersyarat.

"Ha..ha ..tahu tak pa...lepas ini, bila ada buat "BERSIH-3.." pergi lagi, jangan tak pergi.. Tengok berapa ramai anak-anak muda masa "BERSIH-2". Dia orang tak takut..berani macamana ramai polis pun , mereka tak takut. Mereka tak peduli. berkawat , berduri, bergari, berlori...
Awak ingat anak-anak muda itu nak pergi saja-saja aja. Dengan kena sembur,kena asap, kena pukul, kena tendang. ha..saja-saja nak pergi. Tak da sapa yang suruh tapi sebab geram punya pasal,hal-hal macam inilah, belum apa-pa  dah sebut pasal bayar hutang bila kerja...
Dah.. Dah ..jangan cakap banyak lagi....lepas ini, kalau jadi "BERSIH lagi" pergi lagi..duduk depan sekali. jangan nak takut-takut..lagi kita takut, lagi kena buli aja. Paling teruk pun , bila duduk depan, bila dah sampai ajal  kita mati", jawapan tegas dari seorang ibu yang turut marah dengan bebanan yang di pikul saban hari.
Baju baju  yang turut   di edarkan.

"Mati?" tiba-tiba si anak muda  terkebil-kebil walaupun dah merasa pedihnya hadiah semburan air dan pemedih mata di BERSIH tempoh hari.

" Ala...Cakap aja mati, kalau ALLAH kata  belum ajal.. tak mati..pun ...kita bagai nak gak..cari duit bayar harga barang yang melambung, harga pelajaran anak-anak, nak tanggung makan minum, semua dah naik harga...Dia ada sedap nak tunggu cincin harga 24 juta....tidur hotel ratusan  ribu semalam, ..anak tunang klaim duit rakyat..beg tangan 360 ribu...Belanja sana..belanja sini,,,.apa dia ingat rakyat ini boleh di bodoh-bodohkan lagi. 

Dah..dah..mak dah tua..engkau yang nak hidup bina masa depan..tukar aja kerajaan. ..biar Pakatan Rakyat perintah pulak", si ibu masih tetap bertegas , kemuncak kemarahannya sudah tidak boleh di tahan-tahan lagi.

"Orang ingat nak kerja aja, belajar out kampus aja. Tak payah nak fikir pasal beban hutang bila dah kerja nanti', si anak masih resah dengan realiti masa depannya.

"Dah..dah...jangan nak meraban...belajar...ambil PTPTN itu. Bukan duit dia, duit rakyat. Nanti Pakatan Rakyat perintah..semua dah hapus..tak da hutang-hutang," si ibu tetap dengan pendiriannya.

"Agak-agak bila Pakatan Rakyat dapat ambil alih" si anak pun dah tak sabar. Nampak keceriangan di wajahnya.

"Jangan takut....secepat mungkin ..dengan syarat ..  anak-anak muda mesti  berani tampil depan,  berkorban"..ingatkan kawan-kawan daftar undi", si ibu memberikan semangat .

"Betullah .."si anak merenung masa hadapan yang masih jauh...

Begitulah di antara sungutan yang dapat di dengari dari rakyat yang amat menderita dengan harga barang serta bil elektrik dan air yang perlu di tanggung sekarang.

Bagaimana pula bagi mereka-mereka yang kesihatan mereka terjejas. Untuk membeli pampers saja sudah terlalu mahal.

Oleh itu Dmpbkatil meneruskan agenda dengan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka-mereka  yang menderita dengan meneruskan ziarah di cawangan petang tadi dengan harapan yang besar agar Pakatan Rakyat akan menang pada PRU 13. Banyak cara yang di lakukan oleh BN untuk menipu, tapi PAS tetap yakin bahawa pertolongan ALLAH ada di mana-mana untuk membantu dari berbagai sudut mengikut kemampuan masing-masing mengikut rentak yang di sertai dengan keikhlasan.

Pemberian sekadar yang mampu tapi cukup memberi erti bahawa rakyat terlalu menderita sekarang. Meskipun mereka mendapat bayaran pampasan atau pun bayaran dari kebajikan bulanan, namun ianya tidak berbaloi apabila di bandingkan dengan harga barangan yang semakin melambung tinggi.
 Lambat laun BN akan jatuh juga  kerana kesombongan serta kezaliman yang telah di lakukan di atas kerakusan tangan-tangannya sendiri.








Sunday, July 24, 2011

TERUS BERUSAHA

Dmpbk meneruskan agendanya dengan menziarahi muslimat-muslimat di cawangan Musai, DUN Bukit Baru semalam. 
Pertemuan serta ziarah kebeberapa buah rumah, yang di adakan ini dapat memberikan suntikan baru buat ahli-ahli cawangan yang sentiasa menantikan kedatangan ajk terutama Ketua Muslimat Bukit Katil bagi sama-sama memastikan kejayaan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi PRU 13 yang akan tiba bila-bila masa saja lagi.

Semoga ALLAH memberkati segala usaha-usaha yang murni ini, dan memberikan kemenangan di atas keikhlasan dengan segala pengorbanan yang di lakukan. insya ALLAH

Friday, July 22, 2011

BANTAHAN

"Wahai manusia! Bulan ALLAH telah mendatangi kalian dengan membawa berkah, rahmat dan ampunan.Inilah sebaik-baik bulan di sisi ALLAH. Hari-hari di bulan ini adalah hari-hari yang paling utama! malam-malam di bulan ini adalah malam-malam yang paling utama!....Kalian telah di undang unuk menghadiri jamuan ALLAH di bulan ini.
Di bulan ini kalian di jadikan orang-orang yang berhak mendapatkan kurnia ALLAH. Nafas-nafas kalian di Bulan ini adalah tasbih, tidur kalian adalah ibadah, setiap amalan kalian di terima dan doa kalian di kabulkan. Orang-orang yang celaka adalah orang yang terhalang dari ampunan ALLAH pada bulan yang Agung ini."
 
"Wahai manusia! sesiapa memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, kelak ia akan melintasi shirath (dengan mudah) , ketika semua kaki tergelincir pada waktu itu."

 Dalam kesibukan umat Islam terutamanya di negeri Melaka ghairah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak beberapa hari saja lagi, yang mana  yang pintu-pintu syurganya terbuka luas tapi rupa-rupanya sungguh amat malang sekali  apabila  kerajaan negeri Melaka begitu biadap  tanpa mengambil kira perasaan umat Islam terutama di negeri Melaka,  sanggup untuk melanjutkan masa operasi Pusat Hiburan sehingga jam 3.00 pagi.



Ketika kerajaan Kedah mengambil keputusan menghadkan pusat hiburan hanya untuk orang Bukan Islam pada bulan Ramadhan ini kerajaan Melaka dengan berani bertindak meluluskan perlanjutan masa operasi pusat hiburan di Melaka.

Oleh itu rakyat Melaka mesti bangkit , berani  untuk bersama-sama membantah  tindakan kerajaan negeri Melaka yang biadap kepada Islam dan sekali gus mengantikan   kerajaan PR yang lebih ikhlas melaksanakan Islam.
 
Muslimat PAS Bukit katil juga tidak ketinggalan bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan yang biadap itu , berkumpul secara aman selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit katil tengahari tadi. insyaALLAH.






Wednesday, July 20, 2011

JUTAAN VS SATU


JUTAAN anak muda
berlari-lari..merintangi belantan
Gusar dalam keresahan
memikirkan masa hadapan 
terhimpit dek bebanan....


Seorang isteri menteri
tersenyum sendiri
di ulit mimpi di ranjang sepi
memikir untungnya diri
Bakal menyematkan cincin JUTAAN di jari...

Mas

Sunday, July 17, 2011

ZIARAH WARGA EMAS

Lajnah kebajikan DMPBK meneruskan khidmatnya dengan menziarahi warga Emas .
Petang tadi ,Ketua lajnah kebajikan serta ajk  termasuk Ketua Muslimat menziarahi ibu kepada SU DMPBK, Masturah Hassan yang tidak sehat  setelah selamat kembali dari menunaikan umrah pada bulan Jun Lepas.

Che Kiah Hj Bakar, berusia 77 tahun, kini agak sukar berjalan , lebih banyak bergerak dengan kerusi roda. Semuga cepat sembuh. insyaALLAH.

MUSLIMAT TURUN PADANG


 Alhamdulillah, DMPBK telah turut bersama-sama dalam program "turun Padang"  anjuran DMPNM yang telah di adakan di DUN Bukit Baru, pada 16 Julai ., semalam.







Program yang telah melibatkan beberapa cawangan ini, telah mendapat kerjasama yang baik dari semua  Muslimat Negeri Melaka.







Semuga program akan terus berjalan lancar dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.






Program yang bertujuan untuk mengenali masyarakat dengan lebih dekat lagi ini, telah  mendapat kerjasama yang bagus dari masyarakat.





TAHNIAH! buat Muslimat-muslimat yang telah berusaha gigih bagi memastikan kemenangan Melaka berada di tangan Pakatan Rakyat di PRU 13.

 Keikhlasan Kekentalan jiwa, perngorbanan serta istiqomah merupakan kekuatan muslimat PAS yang tidak ada galang gantinya.
Mereka-mereka telah  meletakkan satu keyakinan yang pasti bahawa janji ALLAH adalahah benar .
ALLAHUAKBAR!

Monday, July 11, 2011

Puisi buat ALLAhyarham Baharudin

Puisi ,
Buat saudara Allahyarham Baharudin.
(sempena BERSIH: 2)

Kami tidak mengenali mu
Siapa kamu ,dari mana kamu
tapi kami tahu
datangmu  dan tujumu..

Engkau menjadi mangsa kekejaman
Kerakusan Insan berjiwa kebinatangan
Memang mati adalah satu kepastian
Namun , mati mu dalam sanjungan.
Mungkin itu adalah sebuah impian
yang begitu lama engkau idamkan
Dengan  penuh keikhlasan...


Dalam jutaan kehadiran 
Engkau insan pilihan
Usia  emas bukannya alasan
untuk menjadi wira PERJUANGAN
untuk di lakarkan satu KEBANGGAAN
Menjadi sebutan sepanjang ZAMAN
Buat kami yang di TINGGALKAN...
.





Al Fatihah
Mas.
10 Syakban 1432/12 Julai 2011




MUNGKIN , KAMI YANG BELUM CUKUP BERANI

Dengan semangat yang berkobar-kobar ,kami bertolak pada 6 Syakban./ 8 Julai , Jumaat pada pada jam 5.30 petang dari Melaka. 
Pada Jam  6.57 petang kami terkandas di TOL Sg Besi. Kenderaan bersusun panjang kiri dan kanan . Kelihatan ramai penumpang yang keluar dari kereta masing-masing kerana kepanasan, tak kurang juga ke tandas. Terdapat kereta yang rosak di letakkan di bahu jalan mungkin sudah kepanasan enjinya dan sudah semestinya yang paling ketara adalah SB2, yang merayau -rayau mencari mana-mana kereta yang di syakki untuk ditahan .


"Bayangkan kalau di akhirat , kita beratur sebegini menunggu giliran untuk di hisab", tiba-tiba aku membuka cerita tentang keadaan hidup sesudah mati sekadar tazkirah sebelum kita betul-betul mati dan pemergian kita pun belum tahu apa yang akan berlaku.

"Tak tahu lah macammana keadaan kita masa itu " kak Limah menjawab di ikuti juga   suara kak Piah dan kak Kintan tanda setuju.

"Kalau keadaan macamana kita tak sabar, macamana kita nak menghadapi keadaan yang lebih getir di sana?" aku menyambung lagi sebagai muhasabah diri.

 Alhamdulillah, jam 9.20 kami melepasi sekatan. Melepasi sekatan polis bagaikan melepasi satu bala yang besar.

Walaubagaimanapun kami  merasakan sekatan itu tidak lah terlalu lama meskipun hampir 3 jam kami terkandas di dalam.
InsyaALLAH mungkin berkat doa dari ustaz,ustazah serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kemudahan , kekuatan di antara satu sama lain. Turut kelihatan beberapa buah kereta yang sedang di tahan . Sahabat-sahabat mulai telepon serta  sms dari bebarapa tempat bertanyakan di mana kami berada.

"Apasal yang awak nak ikut TOL sg Besi, ikutlah jalan lain kalau nak ke Kg Baru lagi senang". makluman dari  seorang sahabat yang telah pun sampai ke Kuang  ,                                         meskipun sebenarnya mereka bertolak lebih lambat dari kami. Jalan terus dari Melaka ini, nampaknya lebih mudah untuk ke Kg Baru.

Alhamdulillah, melepasi sekatan Polis seperti melalui sekatan  hantu yang sering di momok-momok sewaktu kecil.
Kereta berjalan lancar, laju tiada gangguan , kenderaan boleh di bilang dengan jari. mana taknya , semua kenderaan masih jauh di TOL Sg Besi sana.

Akhirnya jam 10 malam kami tiba di Kg Baru tanpa mana-mana sekatan lagi.

"Hei !..Hari itu kata, tiap-tiap hari ada polis sekat jalan, kepung kat Kg Baru, tadi kita orang lalu  kat sini,tak ada pun sekatan". Aku bertanya        kepada kakak aku yang sudah 40 tahun menetap di situ. Dia menetap di tanah  

 persendirian yang telah di warisi oleh kelurga suaminya sejak hampir 100 tahun yang lalu.

"Adalah , memang ada..ntah malam ini tak da pulak. tak tahulah asal" kakak aku pun turut  hairan. Alhamdulillah, kami   tidur di tempat yang selesa cuma ada  yang tidak dapat melelapkan mata.


7 Syakban 1432/ 9 Julai 2011

 Tiba-tiba jam 7 pagi kami dikejutkan dengan bunyi helikopter yang sedang berlegar-legar. Rasanya seperti di atas kepala aja. Aku sempat menjengah dari tingkat atas rumah yang kami dudukki. Memang macam itu lah perangai BN, cuba nak menakutkan orang ramai terutama orang-orang di  Kg Baru.

Jam 10 pagi kami keluar menuju ke LRT. Sebaik kami menghampiri simpang ke LRT , kelihatan ramai polis yang sedang berdiri memerhati kami dari  jauh.

"Jom ikut jalan lain..ada polis itu,"kak Limah mengajak kami mengikut jalan lain.

"Tak apa..kita tak bawak apa-apa pun, cuma makanan  serta  beg tangan aja, mereka tak boleh tangkap kita" aku begitu yakin sambil berjalan terus menuju jalan ke LRT.
Bukan aku tak hendak mengikut jalan lain, sebenarnya aku pun tak tahu jalan lain yang nak menuju ke LRT selain dari jalan yang kami lalui sekarang.

"Nanti dulu..nak pergi mana"? tiba-tiba seorang polis lelaki menahan kami.

Kami diam dan memandang tepat kearah beberapa polis lelaki yang tercegat dekat simpang.

"Tengok IC" pinta polis tersebut. Kami   memberikan IC kami tanpa mempersoalkan apa-apa pun

"Tengok beg ..dalam  ada apa"?, pinta seorang polis lagi yang aku kira agak tinggi sedikit pangkatnya.Kami menunjukkan dengan harapan kami agar kami di benarkan meneruskan perjalanan.

"Tak ada apa-apa...tapi tolong kedepan sana berjumpa dengan Che Puan", arah seorang polis. Kami akur seperti orang bodoh.

Dalam beberapa meter di hadapan , simpang yang lain , terdapat beberapa orang polis lagi termasuk 3 orang polis wanita.

"Tolong duduk..awak semua nak kemana" tanya polis wanita tersebut manakala seorang polis lelaki mencatit nama kami di atas sebuah  buku yang kosong, yang masih tidak tercatit apa-apa di atasnya. Aku tersenyum. Itulah di antara tektik mereka untuk menakut-nakutkan kami .

"Jalan -jalan makan  angin dan  jalan-jalan cari masjid" aku menjawab selamba di hadapan 10 orang polis yang mengelilingi kami.Mereka semua terdiam.

"Awak semua dari Melaka..Pergi rumah siapa dekat sini"? polis wanita yang bernama Kamariah meneruskan pertanyaan.

"Rumah kakak", aku berterus terang aja.

"Nak pergi mana", polis wanita itu  bertanya lagi.

"Nak pergi cari makan" kak Piah pula menjawab.

'Tak payah cari makan hari ini..tak guna " polis lelaki pula mencelah. Dia kelihatan agak garang.

" Nak pergi shopping kat Jusco " kak Piah sambung lagi.

"Makcik ..tahu tak hari ini  semua kedai tutup. Jusco pun tutup . Pergi besok aja. Baik makcik duduk rumah tengok TV lebih baik. Tak payah keluar hari ini", Polis lelaki itu mulai bersuara tinggi.

"Hai . ini pemberita ke"..dari tadi asyik ambil gambar" aku tanya satu soalan bodoh setelah dia sibuk mengambil gambar kami dari pelbagai sudut.Sekejap kekanan , sekejap ke kiri.Sekejap ke depan, sekejap kebelakang.

" Dah chek barang-barang ..ada apa-apa? Polis wanita yang bergelar che Puan itu bertanya kepada polis yang memeriksa beg kami tadi.

" Kami cek , takut kalau ada parang ke , senjata ke" polis wanita itu memberitahu tanpa kami bertanya apa-apa.

Kami mengerling. Tidak terlintas langsung di kepala otak kami bahawa yang di carinya merupakan  senjata melainkan baju berwarna kuning. Apakah orang seperti kami di anggap penjenayah .

"Dengan baik,sekarang kami bebaskan kamu semua tapi tolong bersurai  dan balik rumah . Sekarang ini tempat larangan. Jangan sampai kami tangkap kamu lagi sekali  . Nanti kami akan cekup kamu masuk dalam lori dan bawa ke PULAPOL, Semarak . Kamu akan di penjarakan selama 2 minggu. Balik rumah kakak,  tak guna kamu pergi mana-mana . Semua tempat telah di kepung" polis wanita itu cuba mengugut kami.

 Kami jalan selamba berpatah balik tanpa mahu mengeruhkan suasana.Kami tahu dalam situasi BN sedang meroyan sekarang, lebih baik berdiam diri dan mencari pelan B pula.

Kami berpatah balik. Kak Kintan sebuk menelepon, apa yang perlu kami buat sekarang. Kami berbincang seketika. Di simpang lain, kami nampak polis sedang menunggu mangsa lain.
Jalan ke  LRT telah di kepung. Kami berhenti  di hadapan rumah kakak aku.. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta mewah. 

"Kak, tak boleh jalan macam ini, memang senang dia tangkap. Akak tunggu orang masuk masjid, bila orang keluar ramai-ramai, kita pun keluar. Mereka susah nak tangkap bila ramai-ramai' , ujar budak muda yang berkereta mewah itu. Kami akur, mungkin ada kebenarannya .Dia telah memerhatikan kami, sejak kami ditahan  lagi.

Sedang kami mencari jalan lain , bagaimana untuk melepasi ke stadium, tiba-tiba datang seorang pemuda . Tanpa segan-silu ,dia mengatakan dia sedang kepenatan, jalan telah di kepong dan mencari tempat untuk tumpang duduk. Aku dan kak Kintan mengerling di antara satu sama lain. Apakah ini SB yang mengikuti kami dari tadi.

Kakak serta abang ipar aku tidak keberatan untuk mengizinkan dia duduk bersama kami. Kami berempat angkat kaki, masuk di dalam rumah kerana meragui tetamu yang tanpa di undang itu. Tambahan pula rumah kakak aku juga telah memasang baner yang membantah tentang perbadanan Kg Baru yang kesnya masih belum selesai.

Jam hampir 1.30 tengahari. Pemuda tadi masih berbual bersama abang ipar aku . Dia rancak berbual seolah-olah dia terlupa tentang rancangan asalnya .
Kami semakin resah. Jalan keluar masih buntu. Rasanya macam nak terbang aja keluar dari Kg Baru.Aku mundar-mandir keluar rumah.

 Telah mula kelihatan ramai anak-anak muda yang mula mundar-mandir menuju ke Masjid Kg baru. Mereka melalui jalan di hadapan kami. Tiba-tiba mereka berhenti. Polis telah menghalang mereka di hadapan.Mereka berpatah balik,  dan sebentar kemudian kelihatan beberapa orang polis  cuba mengejar mereka.
Di hadapan simpang pula  kelihatan beberapa anak muda yang telah di sumbatkan kedalam lori polis. Lori berpatah kebelakang dan menyumbatkan lagi anak-anak muda yang di syakki. Polis turut mundar-mandir di sepanjang jalan , mencari-mencari dan terus mencari mangsa lagi. Yang pastinya Masjid di kawal ketat.

9 Julai 2011/7 Syakban 1432, Kg Baru yang begitu sinomin dengan aku semasa  aku kecil dan  di bangku sekolah lagi. Dari banyak rumah Tradisional yang telah bertukar ke rumah banglo.
Perintah berkurung pada 13 Mei 1969 masih menghantui aku dan hari ini sekali lagi   Kg Baru bagai di kenakan perintah berkurung. Terkenal dengan Bas Sri Jaya dengan no 6 dan 8 serta bas mininya bernombor 20. Chow Kit laluan rasmi .

Tarikh ini,jalannya menjadi lengang- selengang nya. Jalan yang sentiasa sibuk, dipenuhi dengan kedai jualan di sepanjang jalan bagaikan di langgar garuda. Sepi dan sunyi. Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di atas jalan raya, itu pun boleh di bilang dengan jari.

" Ada satu surau kat sini, kat mana itu..apa nama nya.?, tiba-tiba tanya seorang polis bertanya pada kami  yang kebetulan berdiri di pagar rumah kakak aku.

Kakak aku berterus terang mengarahkan polis yang bertanya itu.. Kalau polis itu bertanya pada aku, pasti aku suruh dia cari sendiri.Tak tahu lah berapa ramai lagi yang akan di tangkapnyan di surau itu. Polis serta pasukan bermotor yang memakai jaket hijau sentiasa berpusing-pusing , mundar-mandir.

Datang pulak jiran kakak aku, mengatakan bahawa polis bertanya padanya, siapa punya kereta yang ada banyak bersusun di jalanraya termasuk kereta kami .

Sebentar kemudian kami menerima sms bahawa 130 orang telah di tangkap di kg Baru....

BN semakin mengarok, semakin terok. 


Jam 2 , pemuda yang rancak berbual tadi, meninggalkan kami. Kami masih tak dapat bergerak kemana-mana.

"Itulah Mas, kalau kita ikut jalan lain tadi tentu kita dah lepas" kak Limah  meluahkan perasaan nya. 

"Sebelum ini, bila di tahan , cek barang-barang , tak ada apa-apa barang yang di syakki, kita lepas. Boleh jalan-jalan lagi. Ambil gambar sana-sini. Boleh pergi masjid. Boleh pergi mana-mana..tak da hal pun..itu sebab saya tak kisah tadi",aku menjawab dengan nada yang turut kesal apa yang berlaku.

"Tak berbaloi datang, kalau tak dapat sama-sama berhimpun. Kalau kena tangkap masa itu puasa hati jugak" kak Piah  turut meluahkan perasaannya.

"Hari ini memang kita semua telah terkepong..kita tak da pilihan, tak pa..mungkin lain kali kita tak boleh masuk bandar lagi, kita terus datang dari mana-mana, naik kenderaan awam.Tak boleh buat cara ini lagi. Mati kutu kita" aku cuba sedapkan hati sedangkan di dalam hati , hanya ALLAH yang tahu.

Deringan serta sms bertalu-talu buat kami berempat. Suami  dan anak-anak serta menantu semua di situasi yang berbeza. Semua sahabat-sahabat menyatakan di mana mereka sekarang, yang pastinya semua ada kepungan polis. 

"Dah kena sembur dengan pemedih mata" di antara sms yang di terima dari anak dari KL Central.

"300 orang dah di tangkap" mereka sms lagi. 

Kami hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Memang kami galad sewaktu sahabat-sahabat serta anak-anak muda kami  di simbahi dengan air pemedih mata serta bom asap, kami di hidangkan dengan makanan yang lazat oleh tuan rumah.

Jam 4-30 kami pulang. Masih terdapat road block di mana-mana. 

"Kak, tahu tak Hj Rahim dah kena tangkap" siti menelepon aku dari Melaka jam 5.59 petang sewaktu kami dalam perjalanan pulang.

 Aku terkejut.Patutlah bila aku sms isterinya, bertanyakan tentang pemedih mata di sana, dia tak jawab lagi. Mungkin keadaan sudah agak tegang di KL Central ketika itu.

Kali terakhir jam 2.46 pm  isterinya sms aku bahawa Anwar, izah,ust  Hadi, Tian Chua berarak kat sini (KL Central)

Aku sms isterinya supaya tenang. Malam mereka pasti keluar.
Semuga di permudahkan ALLAH. Bukan senang nak rasa naik black Maria dan jadi orang tahanan.
Bagaimana resahnya orang yang di tahanan berpagar ,macam itu jugalah resahnya orang yang menjadi tahanan di rumah. Kerana mereka ingin  terus berjuang seperti mana orang yang telah mati syahid ingin terus mati syahid 100 kali lagi.
(Maaf..orang UMNO tak akan dapat rasa ini.)

Kak Kintan turut menelepon isterinya supaya tenang dan memastikan ada orang yang dapat mengikutnya apabila suaminya di bebaskan.

Sebaik kami sampai di Melaka jam 6.30 petang,aku menerima sms lagi bahawa ada orang yang meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kami terkedu. 

"Al Fatihah, Sdr Baharudin (suami Ketua keadilan wanita PKR cbg Swangsa) meninggal dunia akibat sesak nafas dalam himpunan td. Boleh ziarah di NO 9-0-4 , blok Camar, Jln AU 3/8" ...di antara sms yang aku terima pada jam 9 malam.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. 

UMNO, engkau bolehlah ketawa lebau walaupun pada hakikatnya hambau. Memang engkau dah melampau.
Tunggulah masanya ,Engkau akan merasau dan mencacau.




Mungkin, sebenarnya kami yang belum cukup berani
untuk berhadapan dengan situasi sebegini
Sepatutnya kami terus berlari
Biar berkali-kali di tahani polisi.

Ya, sepatutnya kami perlu bawa sekuntum bunga wangi
tanda kedatangan kami adalah suci
Bukan berniat memusuhi
sebaliknya untuk mencari kebenaran sejati...





Puisi ,
Buat saudara Allahyarham Baharudin.
Kami tidak mengenali mu
Siapa kamu ,dari mana kamu
tapi kami tahu
datangmu  dan tujumu..

Engkau menjadi mangsa kekejaman
Kerakusan Insan berjiwa kebinatangan
Memang mati adalah satu kepastian
Namun , mati mu dalam sanjungan.
Mungkin itu adalah sebuah impian
yang begitu lama engkau idamkan
Dengan  penuh keikhlasan...

Dalam jutaan kehadiran 
Engkau insan pilihan
Usia  emas bukannya alasan
untuk menjadi wira PERJUANGAN
Buat kami yang di tinggalkan

Al Fatihah
Mas.










Thursday, July 7, 2011

HAI! TAKKAN TAK PERASAN

GELI  HATI KAWAN SEKETIKA
APABILA MEMBACA MARINA MEMBELA
KATA BAPAKNYA  TIDAK SETERUK MANA 
BILA DI BANDING DENGAN NAJIB LIDAH BERBISA

SUKA  KAWAN NAK INGATKAN
KEPADA ANAK BAPAK YANG TAKKAN TAK  PERASAN
TINDAKAN NAJIB PELENGKAP  LANJUTAN
ANGKARA  SIBAPAK  YANG PUNYA TINDAKAN

Wednesday, July 6, 2011

APA ADA PADA T SHIRT KUNING

Seawal pagi para-para isteri telah berada di luar pagar IPD Jasin. Senyuman yang membayangkan keceriaan , kerana suami-suami mereka akan di bebaskan pada sebelah pagi hari ini. 

Mungkin 3 hari, merupakan masa yang cukup lama bagi seorang isteri yang tidak biasa di tingalkan, tapi bagi isteri-isteri para pejuang, itu adalah sunnah perjuangan.


 "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." ( Al Baqarah-286)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan (saja) mengatakan : kami telah beriman", sedang mereka tidak di uji lagi?"

Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang orang-orang yang dusta"( AL Ankabuut:2-3)



Penantian bagi isteri-isteri


penantian seorang ibu



penantian bagi sahabat-sahabat seperjuangan
 UMNO bisa tersenyum lebar dengan tangkapan yang tidak sah ini, namun sayang sekali senyumannya  bagaikan fatamorgana di padang pasir.

Kesalahan kerana t shirt berwarna kuning. Tak masuk dek akal.
Menceroboh di premis persendirian satu kesalahan.

Tuesday, July 5, 2011

SIBUKNYA MUSLIMAT

 "Assalammualaikum...M, kat mana sekarang"? kedengaran suara kak R di hujung telepon.

"Kedai lah. mana lagi",  seperti biasa jam 6 petang, M masih berada di kedai.

"Siapa ada kat kedai M sekarang" tanya  Kak R sedikit cemas

"Ada cikgu Z dan pak Mat tengah minum" M  jawab bersahaja.

"Hj J  ke..Cikgu Y  ke ada tak?" kak R mengharap

"Mana ada...apasal kak.? M sedikit kehairanan

"Kalau nampak dioarang, beritahu banner belum pasang lagi ini. dah pukul berapa ..tak pasang-pasang lagi" nada kak R mula tinggi.

"Akak kat mana sekarang? buat apa ?" M mula hairan

"Akak kat tempat Hi-Tea ini, Musai..tengah hidang makanan" kak R menjawab deras

"Akak dengan siapa"? M masih tak puas hati nak bertanya

"Kalau saya datang sekarang , tolong boleh tak"?  M menawar diri

"Dengan kak Y..dua orang aja" ..tak pa , awak datang pukul 7 aja, boleh terus makan",  jawab kak R ringkas.

M sedikit kehairanan kerana  kad yang di jual, sepatutnya bertarikh 10 Julai tapi terlepas pandang di atas kelalaian sebab dah di pinda ke 5 julai 2011.

Begitulah sebuknya kak R bersama kak Y , ajk Muslimat B.katil dalam menyiapkan hidangan Jamuan Pakatan Rakyat yang diadakan di kampung Musai,DUN Bukit Baru  tadi.

Mereka berdua telah berada awal di sana bagi memastikan jamuan  berjalan lancar. Alhamdulillah.

Monday, July 4, 2011

HORMATILAH SIKIT UNDANG-UNDANG SENDIRI

"
"Kita buat program dalam kawasan kita, seminar pun dalam bangunan kita,ahli-ahli yang datang anak bini kita, tapi polis masuk juga tangkap kita.Tak ada penjenayah. Tak senjata .Polis masuk jugak nak tangkap kita dan  rampas baju tshirt aja ,. apalah polis..lansung tak profesional . dia gari pulak", begitulah marahnya Dr Hatta dalam sessi ceramah malam tadi di Bukit katil mempertkaikan tangkapan yang di buat ketas 17 tahanan ahli PAS Jasin yang kini di tahan reman selama 3 hari.

Sebelum tamat, sempat juga Dr Hatta mendilemaksikan sebuah sajak yang tak tahu siapa pengarangnya. 

ANTARA MUNAFIK DAN ORANG-ORANG MUKMIN

Turut bersama Ketua muslimat Melaka

Juga Wanita KEADILAN
 Mahkamah Ayer Keroh sebentar tadi membenarkan permohonan untuk tahanan reman selama 3 hari ke atas kesemua 17 orang Pejuang kita dari Jasin.


Kepada isteri-isteri  yang suaminya telah di tahan, di harap dapat bersabar dengan sedikit  ujian yang di berikan. 

Penangkapan ini pasti menambahkan lagi semangat para-para suami  mereka untuk mencegah kemungkaran pemimpin yang begitu berleluasa sehingga menganggap "dunia ini ana yang punya"

 "Dan mereka berkata, : kami telah beriman kepada ALLAH dan Rasul dan kami mentaati (keduanya), kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang beriman.

Dan apabila mereka di panggil  kepada ALLAH dan RasulNya agar menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang.
Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan ) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh.

Apakah (ketidak datangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana )mereka ragu-ragu ataukah (kerana) takut kalau-kalau ALLAH dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka.  Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim."
(AN NUUR 47-50)


sejurus selesai perbicaraan
Katakanlah: Taatlah kepada ALLAH dan Rasul: dan jika kau berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul itu adalah apa yang di bebankan kepadanya,dan kewajiban kamu sekelian adalah semata-mata apa yang di bebankan kepadamu.
Dan jika kamu taat kepadaNya nescaya kamu mendapat petunjuk. dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan ( amanat ALLAH) dengan terang.
Dan ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa  di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum kamu berkuasa dan sungguh dia telah meneguhkan bagi mereka agama yang telah di redhainya untuk mereka,dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentiasa.Mereka tetap menyembah-Ku  dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku.
Dan barangsiapa yang tetap kafir sesudah (janji) itu , maka itulah orang-orang yang fasik"
(AN-NUUR: 54-55)

Sunday, July 3, 2011

BANYAKNYA TUGAS

Dia seorang suami mithali. Kemana saja dia, pergi, pasti isterinya akan di bawa sekali. Dia menguruskan rumah tangganya termasuklah memasak makanan harian untuk santapan isteri dan anak-anaknya.
Begitulah setianya seorang suami, saudara Jamaludin yang kini sentiasa memastikan isteri nya akan sentiasa riang meskipun isterinya telah mula hilang penglihatan sejak 3 tahun kebelakangan ini akibat dari kerosakkan retina matanya.
Dulu penglihatan matanya  isterinya normal sama seperti orang lain, tapi lama-kelamaan pandangan nya semakin kabur dan kini langsung tidak boleh melihat lagi.
Dmpbk turut bersimpati denganya ,  memberikan kata-kata semangat serta sedikit sumbangan dalam sesi ziarah kami beberapa buah rumah  ke cawangan Bukit lintang, semalam.










Sempat juga kami singgah ke warung Wanita KEADILAN, di Air Molek sempena proram mereka yang "WANITA JELAJAH KAMPUNG"(WAJAH). Sebaik kami sampai, WANITA KEADILAN sedang mengedarkan sumbangan kepada beberapa buah rumah di persekitaranya.


Alhamdulillah, dapat juga menjamah rezeki yang di sediakan.
Bersamaa WANITA KEADILAN MELAKA.