HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, March 29, 2009

Muslimat Bukit Katil menyahut cabaran keBukit Gantang

Dari Bukit Katil keBukit Gantang, seramai 3 muslimat Kawasan bertugas selama 5 hari bagi membantu kempen disana.Mereka bertolak , pada jam 10 29 Mac 2009.
Semuga dengan kedatangan mereka yang penuh keikhlasan dapat juga menyumbang kepada kemenangan yang jitu.



Seramai 12 muslimin juga , turut serta dalam tugasan tersebut.
Banyak perkara yang boleh dilakukan,dalam masa 5 hari disana bagi menjayakan kemenangan.



Kali ini aku tidak dapat menyertai bersama-sama mereka disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.



Agar kalian semua mendapat perlindungan serta kerahmatan dari ALLAH diatas usaha kalian yang ikhlas ini.






ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR......ALLAHUAKBAR

PERJUANGAN MASIH JAUH






Selamat berangkat bagi cawangan Bukit katil dan Bukit Bayan ke Penamaan Calon di Bukit Gantang pada malam 28 Mac 2009. Semuga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari ALLAH diatas sgala keikhlasan dalam menegakkan syiar ALLAH ini. Selamat pergi dan Kembali...insya ALLAH.




Mesyuarat Agung cawangan




Alhamdulillah, Mesyuarat agung bagi cawangan Sg Putat ,bertarikh 26 Mac 2009, telah pun berjalan lancar. Perlantikan baru telah pun dibuat bagi sessi 2009-2011. Beberapa muka baru telah ditampilkan. Ketua cawangan masih dikekalkan kepada Tuan hj Ali Syariff manakala ketua muslimat Sg Putat Puan Fatimah Jonet. Semuga Allah berkati dan dapat meneruskan kerja-kerja yang dirancang dengan lebih teratur.Perasmi jemputan Tuan Hj Selamat Aman selaku setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.






Saturday, March 28, 2009

Ingatkan pergi berkempen..Rupa-rupanya ....





Senyap-senyap aja, Ketua DMPKBKatil Dr khatijah Jumangat pergi kePerak 2 minggu lepas...ingatkan pergi berkempen ....rupa-rupa pergi merisek dengan orang Perak. Anaknya yang kedua, Kazman Al Hafiz , yang masih menuntut di UIA ditunangkan dengan pilihan hati dari Negeri Perak...Tahniah diucapkan..Jangan lupa jemput ...dihari Walimah nanti...Insya ALLAH.


MALAM PERTAMA....




Malam pertama tidur dihospital,memang agak meresahkan.Debaran hati sukar untuk diperlahankan.Gelisah serta resah disamping mengharap pertolongan ALLAH, itulah kekuatan yang mampu memberikan sebuah keyakinan bagi menghadapi segala ujian .

Semuanya bermula apabila sesak nafas aku masih tidak berkurang bermula dari 25 Feb 09.Penyakit asma aku berulang lagi setelah hampir 2 tahun aku tidak dihinggapinya. .Ubat yang dimakan seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan...aku kehairanan.

"Tolong buat air teh O malam ini" itulah pesanan YDP Kaw Bukit Katil, bagi jamuan sempena ceramah Saudara Mahfuz Omar yang diadakan pada 1 Mac 09 bertempat dibalai Islam Bukit katil..Seperti biasa aku bersetuju .

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak, aku terus kedapur untuk menyediakan air minuman bagi jamuan tersebut . Sebaik saja aku sempat membancuh setengah dari teh O tersebut, tiba-tiba aku terasa sesak nafas aku berulang. Aku cuba gagahi untuk menyiapkan air teh O tersebut namun aku kira sudah tidak dapat menahan lagi..

Pernafasan aku sudah semakin payah. Aku hanya mampu menundukkan kepala bagi memudahkan sedikit pernafasan aku..sedangkan air yang sedang dibancuh masih belum siap. Lalu aku meminta anak lelaki aku, membawa aku keklinik yang berhampiran untuk menyedut gas. Itulah kelazimannya yang berlaku apabila penyakit asma aku menyerang.

"Ban...ban...cuh...teh O lagi itu .Letak gu...gula.." aku sudah sukar untuk bercakap ketika didalam kereta.
"Ting...tingg....galkan ummi diklinik, awak ba...ba...lik, hantar air kemarkas dulu".
Anak lelaki aku bersetuju. Sebaik saja aku diberi gas , dia pun meninggalkan aku untuk menghantar air kemarkas.
Aku berpuas hati kerana tanggungjawab aku telah terlaksana. ..cuma aku terlupa untuk memesannya bahawa air teh O itu telah dimasukkan separuh gula didalamnya...

Lebih kurang 1 jam kemudian, anak lelaki aku datang untuk membawa aku pulang.Alhamdulillah pernafasan aku telah lega .

"Ummi...orang dah hantar air kat markas. Orang suruh pakcik H masukkan gula dalamnya," anak aku memberitahu aku.

Aku terdiam seketika kerana aku tahu pastinya SU kerja itu akan meletakkan gula dengan banyak didalam air teh O tersebut tanpa mengetahui bahawa separuh gula telah pun aku masukkan kedalamnya sebelumnya.

Sebaik saja sampai kerumah, aku pun terus berehat lalu tertidur. Hanya anak lelaki aku saja yang pergi keceramah itu.

Besoknya aku mendapat tahu bahawa ramai yang komen kerana air teh O itu terlalu manis, sehinggakan aku dengar saudara Mahfuz Omar terpaksa minta air kosong kerana teh O terlalu manis.Aku tersenyum sendirian, biasalah orang lelaki..agaknya tidak merasa dahulu air teh O itu, sebelum tambah gula lagi.

Sejak hari itu , aku rasakan pernafasan aku agak sempit tapi aku buat tak layan aja sehinggalah aku dan keluarga aku turut serta rombongan Kawasan Bukit Katil didalam demonstrasi mansuhkan PPSMI diKuala Lumpur pada 7 Mac 09.

Akhirnya pada 14 Mac, aku rasakan pernafasan aku sudah semakin sempit meskipun sudah 2 klinik ,aku pergi untuk dapatkan rawatan. Aku kira , gas pemedih mata serta air asid yang dihidu semasa demonstrasi PPSMI juga diantara sebab mengapa pernafsan aku semakin sempit.. Akhirnya malam itu , suami aku yang merasa amat susah hati melihat keadaan aku yang sebegitu lalu mengesyorkan aku untuk dibawa kehospital. Aku bersetuju.

Aku terpaksa ditahan kerana ada masalah lain lagi. Terkilan juga aku kerana tidak dapat bersama-sama dengan Ustaz Harun Din yang dijadualkan programnya pada esoknya, 15 Mac bertempat diSolok Gaung.

Aku ditahan dihospital selama 5 hari. Pada 19 Mac aku dibenarkan keluar. Sebenarnya pada 16 hb Mac hingga 20 Mac 09 , Kaw Bukit Katil dijadualkan untuk bertugas di Bukit gantang bagi PRK kecil.Aku diantara 4 muslimat yang akan menyertainya.
Walaubagaimanapun tarikh itu ditunda pada 28 Mac atas beberapa sebab tertentu.(namun masih tidak pasti , samada aku dapat pergi @ tidak disebabkan kesihatan yang masih belum mengizinkan meskipun Bukit Gantang telah benar-benar mengamit hati aku)

Tiba-tiba pada 25 Mac , suami aku dihubungi oleh Doktor dari hospital agar aku dikehendakki tinggal dihospital selama 2 hari bagi menjalani beberapa pemeriksaan lagi. Aku dikehendakki datang pada petang itu juga.

Sekali lagi aku terkilan kerana , pada sebelah paginya aku dan anak-anak semua dah berjanji untuk keceramah diPaya Dalam pada malam 25 Mac itu.penceramah Hj salim Tahir..Ust kamarudin Sidek dan YB Yusmadi dari balik Pulau..Sekali lagi kami aku tidak dapat menyertainya.

Akhirnya ..ALHAMDULILLAH, MAHA SUCI ALLAH ..aku dibenarkan keluar dari hospital pada 26 Mac 2009..setelah aku didapati bebas dari penyakit yang merbahaya..Aku benar-benar bersyukur pada ALLAH diatas perlindungNYA. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG. Aku masih ingin meneruskan kerja-kerja dakwah ini.Aku masih ingin menulis diblog ini setelah 2 minggu aku tidak melayarinya...

Bersyukur aku, selama 7 hari dihospital, ianya memberikan aku sedikit kerehatan. Paling tidak pun, makanan siap telah tersedia. Walaubagaimana pun yang paling menariknya kerana aku berkesempatan untuk menghabiskan membaca 3 buah buku..Buku "Malam pertama dialam kubur". Buku " Cinta seorang gadis kepada ALLAH" (Rabiahtul Adawiyah) Buku "Cekal dan Tabah (Rasulullah)..




Malam pertama , dihari kelahiran...tiada siapa pun mampu menceritakan tentangnya...
Malam pertama dihari pernikahan...ramai yang berpengalaman dan bisa menceritakan
Malam pertama diAlam Kubur...tiada siapa yang mampu bangkit untuk menceritakan...

Dan pastinya , setiap kali pernafasan terganggu dan menjadi semakin sempit lalu perkara pertama yang diingati adalah KEMATIAN..

Malam pertama dialam kubur.....KUBURAN BISA MENJADI TAMAN SURGA @ PARIT NERAKA.

'Wahai orang tua yang telah bongkok punggung dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama?
wahai pemuda gagah yang bergelumang harta dan sejuta asa,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama 2 wajah;
Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam surga berikutnya,
Atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya..."





TERAPI KERASNYA HATI

Membaca Al Quran dan Dzikrullah
Merendahkan diri dan menangis dihadapan ALLAH
menghadiri majlis-majlis ilmu yang berisi mau,idhah dan dzikir
Mengingat kematian
Menyaksikan sakaratul Maut
ziarah kubur
(petikan dari buku "Malam Pertama diAlam Kubur" Syaikh Muhammad bin Husain Ya'qub)

Tuesday, March 10, 2009

Ya Rasulullah!!! Kami Merindui..Mu


(sekadar gambar hiasan)


Baginda seorang yang gagah berani, tangkas perwira,pahlawan dan sastria, maju dan tak kenal gentar.Tidak segan menghadapi bahaya walaupun kematian berdiri didepannya, sabar ditimpa bala bencana.Diwaktu peperangan sengit, Baginda yang paling dekat dengan musuh. Tidak mementingkan dunia.Pakaiannya hanya sekadar yang perlu, lebihnya untuk sahabatnya.

Hidupnya sederhana, makanannya sekadar kenyang, hamparannya daripada rumput berjalin, pernah menderita lapar kerana tak ada yang akan dimasak.ketika meninggal , tidak meninggalkan wang sedinar atau sedirham pun.Peninggalanya hanyalah sebuah senjata, seekor kuda tunggang dan tanah yang telah disedekahkan. Sahabat-sahabatnya hidup didalam kekayaan kerana harta rampasan, apabila negeri sekeliling telah ditakluk tapi rumah Baginda tinggal kosong daripada perhiasan dan berhari-hari kekurangan makanan. Pernah Saidina Umar, air matanya berlinang: Mengapa begini Ya Rasululullah! kunci Masyrik dan maghrib telah berpegang ditangan tuan".
Baginda menjawab ." aku Nabi , bukan Kaisar!'

Baginda tidak meninggalkan kekayaan harta benda, kerana harta benda akan habis namun baginda meninggalkan kekayaan jiwa, yang seluas langit dan bumi.

Baginda tahu benar harga diri, kuat kemahuan , teguh hati, tidak pernah mentakhirkan pekerjaan hari ini sampai esok, tidak suka bergurau senda yang tidak berfaedah, tidak takut ditimpa kemiskinan atau kekurangan.


Dermawan dari mega yang mendung akan menjatuhkan hujan, lebih murah dari angin sepoi bahasa.Tidak pernah orang yang datang meminta pertolongan pulang dengan tangan kosong.kalau tidak ada , dia janjikan akan memberi dimana ada.
Baginda memberikan derma kepada orang lain , laksana pemberian raja-raja, sehinggakan dirinya dan rumahtangganya sendiri tidak ketinggalan sisanya.Dia berikan anugerah sebagai pemberian Kisra dan Qaishar, pada hal dia hidup dirumah kekurangan makanan.



Tidak pernah mengherdik hambanya..Kata Anas "sepuluh tahun lamanya saya bekerja dirumahnya, tidak pernah mengherdik saya. Kalau ada pekerjaan yang saya kerjakan , tidak pernah Baginda bertanya kenapa dan kalau ada pekerjaan yang tidak saya kerjakan , tidak pernah Baginda berkata mengapa saya tidak melakukannya.



Kata Aisyah: "Rasulullah itu apabila tinggal dirumahnya, sangat lemah lembut, suka tersenyum dan tertawa.
Lembut terhadap anak dan cucunya., .Tidak pernah berkata yang tidak baik, majlisnya majlis petunjuk dan ilmu, rumahnya rumah kebaikan malu dan budi, tidak ada orang yang membicarakan aib orang lain disana.


kalau datang orang yang kasar, beliau terima dengan sabar. kalau ada bicara yang tidak disetujuinya, dialihkan bicaranya kepada yang lain.kalau orang membicarakan akhirat, baginda ikut bicara pula. Dibicarakan pasal makan dan minum, Baginda bicara pula, dibicarkan orang hal dunia, Baginda ikut bicara pula, tetapi semuanya dibawa kepada agama.

Berkali-kali baginda mempertunjukkan mukjizatnya, tetapi sentiasa dialas dengan perkataan bahawanya mukjizat yang demikian bukan dari kuat kuasanya melainkan dari keizinan ALLAH jua.


Beliau adalah manusia paling lapang dada.,paling halus perasaan, paling pemurah dalam pegaulan.Beliau mengembirakan sahabat-sahabatnya, bergaul dan bermesra dengan dengan anak-anak muda , duduk bersama mereka, mendatangi undangan dari orang merdeka dan budak laki-laki dan wanita atau oran-orang miskin.Baginda menjenguk orang-orang sakit sekalipun jauh tempatnya.


Rasulullah saw sangat halus perasaanya,pengasihani, ketara benar pada beliau perasaan manusia kemanusiaan, perasaan halus yang paling tinggi dan indah.



Diantaranya bahawa Anjaasyah yang mengiring wanita.Kerana suaranya merdu, bila ia menyanyi, unta akan berjalan lebih cepat sehingga menyulitkan wanita (kerana tidak biasa berjalan cepat). lalu Nabi bersabda kepadnya.."Hai Anjaasyah, perlahan-perlahan saja dengan wanita-wanita itu..


Dirumah, Baginda adalah manusia biasa sebagaimana yang dikatakan oleh Aisyah r.a."Beliau menjahit bajunya, memerah susu kambing, mengurus dirinya, menembel pakaiannya, membersihkan terompahnya dan sebagainya.D


Demikianlah jawapan Aisyah r.a setiap ditanya orang apa saja yang dilakukan Rasulullah saw dirumahnya.

Berkata Aisyah r.a.."Beliau mengerjakan setiap pekerjaan isteri beliau, tetapi bila datang waktu solat, beliau keluar untuk solat.


'Adalah Rasulullah selunak-lunak manusia, sepemurah-pemurah manusia, banyak ketawa dan senyum."

"Yang terbaik diantara kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya,dan saya adalah orang yang terbaik terhadp isteriku"

'Tidak pernah Rasulullah saw mencela makanan, bila Beliau suka, beliau makan dan bila beliau tidak menyukainya, beliau tinggalkannya".

"Bayarlah upah buruhmu sebelum kering peluhnya".

Sunday, March 8, 2009

SEKADAR GAMBAR DARI KAMERA MUSLIMAT BUKIT KATIL



Dari Bukit Katil jam 10 pagi









Dibaca satu persatu KP...Melengahkan masa..

Dibaca satu persatu KP...Melengahkan masa.

Diselongkar beg-beg walaupun pergi sekadar ingin mendaulatkan BAHASA



Padahal perjuangan ini adalah untuk
anak serta cucu cicit mereka juga. Siapa tahu sebelum tidur, mereka menangis kerana mereka diantara penghalangnya dan pastinya anak serta cucu cicit mereka mengutuk mereka kembali..'"Alasan kerana tugas"' .biarlah anak-anak serta cucu cicit mereka yang menghukumnya....





DiLRT..



Perbincangan seketika






Didalam LRT




Kewajipan solat tetap ditunaikan walau apa keadaan sekalipun.


Sesudah solat mula berhimpun keluar




Anak kecil tidak ketinggalan kerana mereka adalah mangsa keadaan. Mereka yang sedang menghadapi keadaan disekolah...



Pemandangan dari Pasar Seni.Perhimpunan menuju keMasjid Negara



Tetapi berpatah balik apabila dikepung dan disembah asid dan tembakan




Helikopter berkeliaran



Memang terasa mata dan hidung terlalu amat perit..Lebih perit dari Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007



Ramai yang telah lari kebawah daya bumi...



Orang ramai mencari tempat teduh..








keadaan kembali tenang...





Setelah disembur





Berkumpul balik...diarah segera masuk kemasjid..














Ucapan dibuat...














Pengalaman dari anak muda-anak muda yang berjiwa besar..
Tembakan peluru hampir tepat kemuka mereka didalam kawasan Masjid Negara tanpa mereka sedari..Dengan kuasa ALLAH tiba-tiba mereka tersedar lalu mengelak dan peluru tersasar..

Tembakan juga terus tersasar keJam masjid....

PECAHHHH.....PRANG....



Apabila dalam keadaan yang kelam kabut...mata-mata sudah amat perit..dan ..hidung teramat sakit ...air mineral dalam botol kecil amat sedikit ...sebaik sahaja dituang untuk dicuci muka tiba-tiba banyak tangan yang turut menghulur disebelah bawah sehinggakan tidak sempat untuk air menitik ketanah...







Namun...mereka tidak serik...Mereka tidak bersalah .. mereka hanya sekadar memperjuangkan BAHASA ...



Memperjuangkan BAHASA MELAYU , BAHASA IBUNDA yang tercinta...