HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, February 25, 2009

SYUKRAN BUAT SANG SUAMI...



Sang isteri mengucapkan terima kasih yang amat sangat serta tidak terhingga kepada sang suami diatas kesudian sang suami menghadiahkan sebuah komputer riba kepada sang isteri.Sisteri amat berbesar hati sebaik saja menerima pemberian yang amat bermakna buatnya.Memang tanpa komputer peribadi agak sukar siisteri menjalankan amanah-amanah yang telah dipikulnya selama ini.Bagi siisteri tanpa sebuah komputer riba memang banyak urusan-urusan yang melibatkan kerja-kerja luar agak terbengkalai, malah adakalanya terpaksa menyewa komputer dicybercafe bagi melicinkan kerja-kerja. Dengan itu siisteri berdoa agar ALLAH akan memberikan ganjaran yang setimpal buat sisuami diatas hadiahnya itu walaupun sisuami tahu bahawa siisteri memang sebuk dalam urusan-urusan hariannya..malah ada kalanya ditinggalkan..




Dan mungkin sisuami akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik dari pemberiannya kepada siisteri .Hanya ALLAH yang bisa menentukannya...
...Syukran Jazilan buat sang suami...

Thursday, February 19, 2009

BUKIT OH BUKIT!!!!



Bukit....Oh....Bukit
INGAT...
Jangan izinkan samasekali dirimu ditarah..
Oleh penjarah-penjarah bertauliah...
Yang sudah mabuk tidak tentu arah...
Bak kata Hishamudin Rais "Hanturaya nak hisap darah"...

Bukit....Oh...Bukit
Sedar..
Jangan izinkan samasekali dirimu ditarah...
Oleh penjenayah-penjenayah...
Yang semakin hari semakin parah...

Sebab..
Kalau engkau turut rebah...
Pasti bala bertambah-tambah...

Bukit....Oh....Bukit
Walaubagaimanapun..

Andaikata mereka terus juga menjarah...
Diatas badanmu mereka terus menarah...

Maka ..
Kali ini...Jangan takut-takut...Gegarkan saja tanah...
Biar mereka jatuh kelembah...
Tersembam dibumi merekah...
Tertimbus dibumi bertuah...
Menjadi punah ranah..


Dan

Pastikan...
Tumbuhnya benih bercambah..
Diatas penimbusan manusia penjarah...

Lalu..
Menjadi POHON RENDANG yang membawa berkah...
Yang bisa menaungi MUSAFIR dibumi yang indah..
Yang pastinya...sedang dalam perjalanan pulang ... bertemu ALLAH



Didekasi..
Buat pengundi-pengundi...
Bukit Gantang
Bukit Selambau
Bukit Lanjan

ha...ha..
tak lupa juga..buat
Bukit Katil yang pasti akan mencipta sejarah
bagi Bukit Baru.INSYAALLAH
...

Tuesday, February 17, 2009

BUKIT KATIL...MENGORAK LANGKAH...



ALHAMDULILLAH....PAS Kawasan serta Dewan Muslimat Kawasan Bukit Katil akan bersama-sama mengorak langkah bagi memastikan bahawa syiar Islam akan terus tertegak dimuka bumi ALLAH ini. Sekali lagi kelas cambah fikiran diantara semua ajk kawasan telah diadakan selama satu hari bertempat disalah sebuah hotel diBandar Hilir baru-baru ini.Semuga Takwim kali ini akan lebih memberikan kesan demi menjayakan satu perjuangan samada dalam satu matlamat jangkamasa pendek atau matlamat jangkamasa panjang.

Yang pentingnya, hasil dari perbincangan itu dapat memberikan suntikan bagi setiap lajnah-lajnah yang terlibat bagi menjayakan perancangan yang telah dibuat bersama. Ini memerlukan penglibatan oleh semua ajk serta pengorbanan serta kesungguhan bagi menghasilkan natijah yang diinginkan.

Tugas-tugas ini merupakan satu amanah yang mesti dipikul. Ianya satu tugas yang perlu diambil tindakan secara serius yang pastinya bukan hanya menjadi satu kertas kerja yang tersusun didalam fail semata-mata. Ianya bukanlah sekadar satu teori ..yang mana apabila sampai tempoh ..maka satu teori lain yang dikemukakan.

Setiap diri bertanggungjawab diatas amanah ini..Tidak ujud istilah bahawa aku ini.. "Melukut ditepi gantang"... atau ..tak palah ! ramai orang lain lagi yang boleh buat..."Rebutlah peluang serta ruang sebab apabila kita menghalang maka ditakuti ianya terus hilang"...maka rugilah kita...kerana masa yang pergi tak mungkin akan kembali lagi..Hidup ini hanya sekali...Tiada istilah cuba-cuba...ISLAM menyarankan agar membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

Semuga kita terus bersama-sama dapat membentuk acuan yang ISLAM kehendakki samada kita dapat melihat hasilnya atau tidak. Memang bukan kita yang mulakan dan bukan kita yang mengakhirinya...ia berterusan.."Muafakat membawa berkat". Jadilah insan yang sentiasa bantu-membantu , bersatu padu serta tolong menolong dalam kesejahteraan hidup.



Sama-samalah kita menyedarkan diri kita bahawa dalam hal bekerjsama untuk kebaikkan maka apabila paha kanan dicubit maka peha kiri juga terasa sakit..

Usahlah dibiarkan walaupun seorang sahabat yang terasa dirinya dianiaya dikala bersama-sama. Jangan biarkan hanya seorang sahabat saja yang menyusunkan kerusi tanpa prihatin dari sahabat-sahabat yang lain. Mungkin ini dianggap remeh tapi didalam Islam tiada yang remeh . Semua pekerjaan yang dilakukan walaupun sebesar zara pun akan dicatit juga.Dan yang pastinya..siapa yang melakukan akan mendapat pahala..dan tidakkah kita mahu merebut pahala ..dan yang tentu paling membahagiakan bukan saja kerja yang dilakukan bersama-sama dapat mengambil masa yang sedikit malah setiap semua mendapat ganjaran pahala bersama. Cuma pastikan kerja itu kerana ALLAH bukan terpaksa atau manusia.

Semuga usaha yang dilakukan walaupun kecil mendapat keberkatan dari ALLAH lantas diberinya kemenangan dunia dan akhirat..INSYAALLAH..

Kami orang Islam...
Memikul amanah besar...
Ilmu ..Iman...Amal...
Merangkai satu gagasan.

Dipelusuk dunia..dimayapada..
Islam berkembang ..menentang badai..
Tiada beza sesama kita..
Disisi ALLAH nilainya taqwa..
..

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI.....


(maaf..gambar hiasan)

Alhmdulillah, DMPNM telah memberikan hasil kutipan wang yang berjumlah RM 3.5 ribu kepada saudara Hj Mohd Sabu yang telah menyampaikan ceramah berkenaan "Selamatkan Palestin" pada 17 Feb bertempat di Permatang Pasir.Dr Khatijah Jumangat selaku Ketua Muslimat Negeri Melaka sendiri telah menyerahkan sumbangan kepada saudara Haji Mohd Sabu dimalam tersebut.

Begitu juga dari Kawasan-kawasan serta Dewan-dewan yang lain yang juga telah memberikan sumbangan hasil kutipan dari derma orang ramai. Kutipan juga telah dibuat dari orang-ramai yang telah bersama-sama menghadiri ceramah tersebut.
Semuga kutipan-kutipan ini dapat membantu rakyat Palestin yang sedang bergelumang dengan serangan yang begitu getir sekali.INSYAALLAH

Hadis Rasulullah,
"Seseorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh membiarkan dia dianiaya oleh orang lain.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya ALLAH menyempurnakan hajatnya.Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim didunia ini maka ALLAh akan melepaskan kesusasahannya pada hari akhirat kelak"

..

Saturday, February 14, 2009

BICARA SANG ISTERI!!!




Dikeheningan malam ini, kami bersendirian lagi...
Kedenggaran sang Unggas serta cengkerik berdesingan...
Kedengaran dekuran anak-anak dibuai mimpi indah...

Namun...Hati kami tidak pernah dilanda gusar...
Malah...Hati kami tidak pernah merasa gelisah..
Jauh sekali merasa jemu....




Pergilah...pergilah, Wahai para suami...
Berjihad kejalan ALLAH...

Islam perlukan usaha gigih kalian
Islam perlukan titik peluh kalian
Islam perlukan tenaga muda kalian
Islam perlukan pengorbanan kalian
Islam perlukan ILTIZAM dan ISTIQAMAH kalian...

TIDAK...TIDAK akan ujud..lafazan "TIDAK" dari bibir kami...
Dalam langkah mu kejalan ALLAH

Kami relai sepenuh hati...
Kami iringi doa restu....

Usah didengarkan bisikan syaitan...
Yang sering membisikkan....
....Isteri rupawan....anak-anak ....harta simpanan...






Tetapkan IMAN...teguhkan semangat..
kami menanti pulangan kalian....
Dengan seribu harapan...
Dengan penuh keredhaan..





Andainya "keguguran" yang kami dengar...
Penyesalan bukanlah dipihak kami...
Sebaliknya..Kebanggaan pasti terserlah didada...
Kerana...punyai suami yang beriman...
Kerana anak-anak kami punyai ayah yang gagah BERANI
Lantas "SYAHID" dijalan ILLAHI


.......

Thursday, February 12, 2009

SEJARAH AKAN BERULANG




Engkau menjelang tiba...
Dengan tawa riang...
Membawa kenangan lama...
Sejarah akan berulang...


"Pada 6 mei 1964, lebih dari 10,000 rakyat, telah berkumpul diKota Lama kiri, Kuala Kangsar bagi bersama-sama dihari pengkebumian Jenazah Profesor Zulkifli Ahmad serta isterinya, yang meninggal dunia disebabkan satu kemalangan jalan raya berlangar dengan sebuah Land Rover.


walaupun Tuanku Abdul Rahman telah menerangkan di Dewan Parlimen bahawa perlanggaran itu bukannya satu perbuatan khianat namun berbagai tanggapan serta sangkaan yang muncul ketika itu.


Kematian mereka berlaku didalam kesengitan persengketaan politik diatara PAS dan UMNO.Ketika itu bahan kempen pilihanraya 1964 masih belum reda. Prof Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi penggal kedua.

Dato' Profesor Zulkifli Muhammad telah dilahirkan di Kota Lama Kiri Kuala kangsar,Perak pada 22 Mac 1927.(1927-1964)

Beliau bercita-cita melengkapkan dirinya sebagai seorang ulama' dan juga mendalami ilmu-ilmu Barat seperti psikologi, ekonomi, b.Inggeris, Sains, Biologi, Kurikulum, Falsafah,Undang-Undang Antarabangsa dan Sejarah.

Beliau ditawarkan untuk menjadi mufti oleh kerajaan Perak ketika itu, tetapi ditolaknya kerana itu menyekat jiwa dan fikirannya.

Pada tahun 1954 UMNO malaya telah menawarkan jawatan Setiausaha Agung ,pun beliau menolaknya.

Zulkifli bertanding atas tiket PAS pada tahun 1955.

Pada Muktamar PAS ke 5 , 25 Disember 1956 , beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.

Puluhan ribu orang Melayu berhimpun dirapat-rapat umum ketika beliau berucap.Beliau lebih terkenal dikalangan orang melayu jika dibandingkan denagn Tunku Abd Rahman dan Tun Abdul Razak.

Beliau wakil rakyat yang sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan, samada persidangan itu 1 minggu atau 2 minggu atau sebulan mahupun 2 bulan.

Beliau mencatat sejarah apabila berucap selama 4 jam di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang undang-undang Malaysia.

Beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik pengiktirafan keatas negara Israel kerana kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

Ketika Tun Abdul Razak merayu agar Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960, beliau dan ahli-ahli parlimen PAS memberi amaran bahawa akta seumpama itu amat mudah disalahgunakan demi kepentingan UMNO.

Ternyata amaran tersebut menjadi kenyataan apabila ribuan aktivis politik pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen Pas seperti Nik Abdullah Arshad dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sendiri ditahan kemudiannya dibawah akta tersebut..."

----------------------------------------------------------------------------------
2..
" Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca dari serangan lelah. Sebenarnya Dr burhanuddin Al helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau telah dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih sembuh.

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.

Penjajahan British menahan beliau kerana penulisannya dalam majalah "Taman Bahagia'
yang membela umat Palestin.

Beliau ditahan British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka agar orang Melayu tidak menyerang gerila kaum Cina yang berjuang didalam hutan kerana menentang British.

Beliau ditahan dibawah ISA pada januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Beliau jatuh uzur dalam tahanan .Pada Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Diantara syaratnya dalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik bakik pada 22 September 1969.

Sebagai seorang Aktivis Dakwah dan Politik, beliau memegang 15 jawatan .

Beliau fasih dalam bahasa-bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Jerman dan Urdu

Beliau bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu Muda(KMM) tahun 1939 dengan tujuan menentang penjajahan British.

Diatas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

Inilah ungkapan pantun pusaka beliau ketika berucap sebagai pemimpin tertinggi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945 dalam rapat umum besar-besaran di Melaka pada Disember 1946.

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, beliau masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Beliau bersetuju menyertai PAS pada Disember 1956.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu mat diterima rakyat, khasnya dikalangan melayu sehingga PAS meraih kejayaan pada tahun 1959.

Diatas kejayaan ini, Parti Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS dibawah pimpinan beliau.Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.
Oleh itu dalam pilihanraya 1964, Suruhnajaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak betanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Beliau menghasilkan beberapa buah politik.

Beliau juga menulis dalam bidang kerohanian dengan tajuk "Tasauf dan Tarikat" 1966.
Buku ini telah diterbitkan oleh sebuah syarikat dibawah H Abdullah bin H Nordin Arrawi..(Bapa kepada Tn Guru Yusuf Rawa dan semesti datuk kepada Dr Ust Mujahid..MASYAALLAH)

Beliau juga anak kelahiran Perak. Nama sebenarnya Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor, dilahirkan pada 28 Ogos 1911 diChangkat Tualang. (1911-1969)"


Demikanlah diantara sedutan yang sempat aku catitkan bagi dua orang tokoh dalam buku 'TOKOH GERAKAN ISLAM MALAYSIA'..yang ditulis dan disusun oleh Tn Hj Saari Sungib. Terdapat lima orang Tokoh didalamnya..Aku telah membaca buku itu pada tahun terbitannya iaitu Dis 2005. Buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat buat aku. Memang aku telah lupa akan isi kandungannya cuma aku dapat tampalkan 'penanda buku '(book-markers) yang terdapat gambar kelima-lima Tokoh tersebut diBalai Islam Bukit Katil. Memang penanda buku turut disertakan dalam penjualan buku yang hanya benilai RM 5.00 saja tapi nilaian isi kandungnnya dalah ratusan tahun.

Dan... kemelut yang berlaku diPerak pada masa sekarang menyebabkan aku terpanggil untuk mengulangi membacanya. Sejarah tidak pernah menipu. Walaupun, fakta ini tidak pernah disebut semasa aku dibangku sekolah, namun Alhamdulillah dengan adanya hasil- hasil tulisan yang sebegini..kebenaran pasti terserlah jua akhirnya.

Mereka adalah pejuang tetapi kerajaan UMNO- Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf mereka dan pejuang-pejuang seangkatan dengannya sebagai pejuang -pejuang kemerdekaan

Semuga dengan terbitnya buku ini maka hasrat untuk sentiasa memperingati serta menghargai sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh ulung PAS yang telah melalui pelbagai ujian getir dalam membangunkan gerakan Islam, dapat sentiasa menaikkan semangat perjuangan dan pengorbanan bagi para pejuang kebenaran..INSYAALLAH

Semasa aku bersekolah di MGS , Jlan Young ( nama Lama), bersebelahan Masjid Negara , aku sering kemakam Pahlawan serta sering ketugu Negara hasil dari momokan dari fakta yang tidak sebenarnya.

Perak serta Ipoh adalah tempat terakhir aku tinggal sebelum aku terus menetap di Melaka. Medan Kid..Stesyen Keretapi..Mubarak Store..Canning Garden..Taman Cccempaka..masih jelas diingatan..
Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat aku dikurniakan Hidayah. Naqib serta naqibah aku masih ramai disana.



2 X aku jatuh diPerak. Sekali aku jatuh semasa diatas pokok besar (dah lupa buah apa yang nak dipetik) kampung kawan aku, diManong Kuala Kangsar ketika aku ditingkatan 2 tahun 1977 dan sekali aku jatuh cinta dengan Hidayah ALLAH yang Maha Agung lagi Perkasa semasa aku belajar disana..


PERAK
Engkau...sekali lagi mencipta sejarah!!!!
Apakah bukit-Bukit itu....???

Wednesday, February 11, 2009

PERAK!!!ENGKAU MENJADI SAKSI







PERAK..
Engkau mencipta sejarah...
diatas kerakusan pemerintah...
Sebuah rampasan kuasa yang membawa padah...

PERAK
Engkau mencipta sejarah...
Diatas pencabulan penjarah...
Yang tak ambil kisah...
Menafikan undang-undang dengan berbagai helah...
Asalkan matlamatnya terserlah...
Walaupun sebenarnya rakyat dah menyampah...

PERAK
engkau menjadi saksi...
Diatas kerakusan menteri...
Yang terus mencabuli...
terhadap perlembagaan yang dibuat sendiri...
Merampas sesuka hati...
tanpa peduli ...
meskipun rakyat dah benar-benar benci...






PERAK
Lihatlah sendiri...
Bagaimana nanti....
Dikala bukit-bukit masih tegap berdiri...
Tersenyum memerhati...
Bila rakyat akan beri bukti...
Bila tangan-tangan yang mengundi...
Memastikan BN akan kalah lagi....

Sunday, February 8, 2009

TAKZIAH!!!



Alhamdulillah, malam 7 Mac, DMPBK berkesempatan mengadakan bacaan Yasin serta Tahlil dirumah Hjh Fatimah diAir Keroh . Suami Hjh Fatimah , Hj Jabu Khair bin Hj Syukur telah meninggal dunia pada beberapa hari yang lepas. Allahyaraham berusia 69 tahun. Beliau juga merupakan ajk cawangn Air Keroh. Semuga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah.

Sesungguhnya milik yang pasti adalah kematian.
Yang datang tanpa diundang
Tua, muda, miskin dan kaya
Bila sampai ajalnya, tiada tertangguh walaupun sesaat...

Tapi sayang seribu kali sayang..
Manusia terus terleka...
Menzalimi..menindas...menipu..merasuah...merampas...
Padahal yang dikejarinya saban hari adalah sebuah kematian...

Saturday, February 7, 2009

SYABAS!!!!! BUAT SEBUAH KUDETA





Syabas!!! buat ....
kerana berjaya merampas kuasa...
Walaupun tidak sah...
Namun kamu tidak pernah ambil kisah......


Syabas!!! buat ....
kamu Kudeta yang bijak..
dalam mengatur langkah.....
Rancangan mu terlalu cepat
Lebih cepat dari mengarang sebuah sajak....





Syabas buat ....
kerana semakin mara...
mengunungkan dosa-dosa yang ada...
menebalkan titik-titik hitam segala noda...


syabas!!!buat ....
Memang kamu sengaja buat apa yang disuka ...
Supaya rakyat terus huru-hara..
Memang itu yang dipinta..
Agar kamu terus berkuasa...


SYABAS!!! SYABAS!!!!!

Sunday, February 1, 2009

TAHNIAH!!! buat semalam dan TAKZIAH!!! buat hari ini



Alhamdulillah, semalam 1 Feb 09 disebelah pagi,NISA Melaka telah mengadakan kursus Motivasi untuk ajk-ajk NISA Melaka. Program ini telah menjemput khas seorang pakar motivasi juga merupakan seorang Doktor dari K.Lumpur.Sebagaimana remaja-remaja perlu diberi latihan serta tarbiyah maka tidak terkecuali juga bagi ajk-ajak NISA sendiri untuk ditarbiyah dan diberi motivasi. Sesungguhnya kita sentiasa diajar untuk belajar dan mengajar. "Sampaikan dariku walaupun satu ayat". Sesungguhnya pesan memesan diantara satu sama lain untuk kebaikkan merupakan satu amalan yang baik dalam Islam.

Dan syukran juga aku ucapkan diatas jemputan makan tengahari bersama bagi mewakili Muslimat Kawasan Bukit Katil.
Makan tengahari yang telah diadakan disalah sebuah hotel diBanda Hilir sebaik saja tamat kursus walaupun sederhana tapi meriah tambah lagi apabila penceramah jemputan membawa semua anak-anaknya serta suaminya bagi meraikan majlis tersebut.Cuma kali ini aku terlupa nak bawa kamera yang sering aku bawa kemana-mana.

Cuma jalan keBanda Hilir agak sibuk semalam kerana dipenuhi dengan kereta yang mungkin melancung keMelaka. lama sudah aku tidak melalui jalan itu lalu bila aku melaluinya semalam ,aku teringat , sewaktu kecil setiap kali aku balik kampung pasti aku akan bermain diKota Famosa, padang , gelongsor papan dan makan digerai situ. Aku hanya perlu berjalan kaki saja kesana kerana kampung ku Banda Kaba berhampiran sekali disitu.





"Sebelum main gelongsor, tengok ada pisau blade tak kat gelongsor" itulah pesanan sepupu aku setiap kali aku nak bermain gelongsor. Dia takut kalau ada pisau blade yang sengaja dicacakkan digelongsor kayu itu.Sampai hari ini pasti aku tersenyum setiap kali melalui jalan itu kerana teringatkan pesanan sepupu aku itu walaupun kini gelongsor papan dan padang sudah tiada..Dan kini sepupu aku juga telah meninggal dunia ini akibat serangan jantung ketika bermain badminton tahun 2007 walaupun usianya hanya 3 tahun lebih tua dari aku.



Tiba-tiba..Pagi tadi 2 Feb 2009, aku menerima sms bahawa isteri kepada Saudara Amid Manap selaku ahli PAS cawangan Balai Panjang telah meninggal dunia. Aku tidak mengenali dirinya tapi selaku ajk muslimat Kaw b.Katil InsyaALLAH, kami akan menziarahinya. Semuga dicucuri rahmat keatas rohnya. Insya ALLAH.
Al FATIHAH .

.