HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, November 30, 2008

DPPKBKATIL..kenapa blog 5 hari X update

Aslkm....Kenapa dah 5 hari tiada apa -apa berita dalam blog? Kata hari itu dah baik dari pengsan...Takkan nak pengsan lagi..Ambillah masa 10 minit saja nak update setiap hari..."Rebutlah peluang semasa sihat" Masa terus berlari..INSYAALLAH..ALLAH bersama kita. Pohonlah kepadaNYA agar dimudahkan urusan dan diberi kekuatan..Hanya DIA yang mampu mengubah segala galanya. Tulislah..selagi boleh menulis asalkan penulisan itu demi syiar ISLAM..ALLAH akan bantu dari berbagai arah.. Bila ditanya oleh Imam Al GHazali kepada anak muridnya..."APakah yang paling hampir dengan kita?...jawabnya........

Maaf!!! sekadar ingat mengingati...Apakah yang paling jauh dengan kita?.....

GOLONGAN YANG GUGUR....

Sambungan...

Kata Kaab:-

Rasulullah keluar berperang (Tabuk) ketika hasil tanaman sedang masak di Madinah dan ketika orang ramai lebih suka berehat (keadaan cuaca) .Rasulullah S.A.W membuat persediaan dan orang ramai juga membuat persediaan.Sedang aku keluar rumah setiap hari tanpa membuat persediaan; aku berkata kepada diriku sendiri:

Kalau aku mahu , aku mampu membuat persediaan.Aku melambat-lambatkan persediaan sedangkan orang lain bersungguh-sungguh berusaha. Akhirnya rasulullah dan orang lain telahpun bersedia tetapi aku masih belum.Aku menyatakan kepada diriku sendiri , aku akan membuat persediaan dalam masa sehari atau dua dan berangkat mendapatkan Rasulullah...Oleh itu aku keluar dari rumah untuk mencari persediaan , sedang angkatan Rasulullah telah pun berangkat.

Walau bagaimanapun aku tidak memperolehi persediaan apa-apa.Besoknya aku keluar lagi dan tidak juga memperolehi persediaan. Keadaan ini berterusan sehingga angkatan perang berangkat jauh dan masa bagi aku tidak ada lagi. Oleh itu aku berazam untuk mendapatkan mereka.Sepatutnya aku telah mendapatkan mereka tetapi malangnya aku tidak buat.

Aku berasa dukacita kerana boleh dituduh munafik atau menjadi seorang yang lemah yang diberi kemaafan oleh ALLAH dari ikut serta berperang. .Rasulullah tidak memperkatakan sesuatu tentang aku sehingga Baginda tiba diTabuk.Semasa Baginda dikelilingin oleh orang ramai di Tabuk, Baginda mengatakan : Apakah yang dibuat oleh Kaab ibn Malik?..Jawab seorang lelaki dari Bani Salamah : Wahai Rasulullah , dia berehat dengan isterinya, " Muaz bin Jabal lantas mengatakan kepadanya: Alangkah buruknya kata-kata engkau ..Demi ALLAH , wahai Rasulullah , Kami tidak pernah mendengar dri Kaab kecuali kebaikkan. Rasulullah S.A.W tidak berkata apa-apa.."..

Bersambung

GOLONGAN YANG GUGUR....


Sambungan...

Marilah sama-sama kita imbas sedikit seerah tentang mereka2 yang telah dipulau oleh Rasulullah S.A.W.

Tiga orang yang tidak menyertai perang "Tabuk" telah dipulau oleh Rasulullah dan juga oleh seluruh orang Islam. peristiwa ini diceritakan oleh Ibn Hisham didalam kitab seerahnya seperti berikut:

"orang-orang munafik tidak ikut serta didalam perang Tabuk.Demikian juga tiga orang dari orang Islam iaitu Kaab ibn Malik, Murarah ibn Ar-Rabi'dan hilal ibn Umayyah.Rasulullah setibanya di Madinah menyatakan kepad para sahabatnya ' Sekali-kali jangan kamu bercakap dengan salah seorang dari yang bertiga itu".

Bersambung...

.......

TAHNIAH!!!


Ucapan tahniah buat NISA Melaka diatas kejayaannya mengadakan kursus 'Bagaimana untuk membuat blog'..

Alhamdulillah! kursus ini telah mendapat kerjasama dari beberapa pelajar serta surirumah. Walaupun kursus ini hanya mengambil 2 jam saja bagi satu sesi, namun telah memberi kesan yang baik bagi para peserta.
InsayALLAH..semuga NISA dapat mengadakan aktiviti-aktiviti yang seterusnya..sekali gus dapat menuju kearah kembalinya Syiar Islam seperti yang dicita-citakan.INSYAALLAH.
Apa yang penting , melalui usaha yang sedikit ini, tetapi diatas keikhlasan dan ketelusan , maka pasti ALLAH mengurniakan Keberkatan denganmudah dapat memahamkan setiap peserta yang hadir..

Friday, November 28, 2008

GOLONGAN YANG GUGUR



Tahun 2008 adalah tahun yang amat menarik. Pada awal tahun berlaku perubahan yang besar kepada lanskap negara.Tsunami tempatan ini adalah luahan perasaan terpendam rakyat yang telah sampai kekemuncaknya hingga berani menempa perubahan.Hasilnya sebuah harapan.

Para pencinta dan penyokong Harakah Islamiyah hendaklah menyedari bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang sangat besar dan cita-cita yang sangat mulia.Kejayaan sesebuah gerakan Islam membentuk ahli-ahlinya yang memahami Islam dan MANHAJ GERAKAN yang jelas dan syari' oleh pimpinan yang berkeahlian, berilmu lagi beramal,adalah lebih utama (Afdhal) dari memilikki keperluan-keperluan yang bersifat kebendaan tetapi ketandusan dalam bimbingan dan petunjuk Rabbani.

Tetapi sayang seribu kali sayang..tidak semua penyokong harakah Islamiyah ini dapat meneruskan agenda yang besar ini.Gejala 'keguguran' dari jalan dakwah adalah merupakan gejala umum, besar dan berulang-ulang.

Seorang yang mengkaji sejarah pergerakan Islam dimana-mana jua negeri dan diperingakat apa jua akan bertemu dengan nama-namanya anggota yang cukup cergas, bekerja dan bertanggung-jawab tetapi ternyata kemudian nama itu hilang begitu saja..

Ada diantara mereka itu yang meninggalkan dakwah tetapi tidak meninggalkan Islam...Ada pula yang meninggalkan kedua-dua sekali. Ada yang meninggalkan jamaah ..
Dan yang pastinya apabila berlaku begini maka bermaksud juga..gugurnya para al'amilin dan para du'at dari medan perjuangan .

Walauapapun.......bersambung
InsyaALLAH.

TAHNIAH MENDAPAT MENANTU






(MAAF..gambar tentera diatas bukan gambar mjlis pernikahan Pn Rubiah tetapi anak sulung kepada SU muslimat Kaw.B.Katil.)

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Pn Rubiah Muhammad serta Sau Abd Ghani diatas majlis pernikahan anaknya Normaya, anak yang ke3 dari 12 orang anak . Pernikahan yang berlangsung pada 29 November/1 Zulhijjah..Pn Rubiah merupakan salah seorang dari ajk muslimat Kaw.Bukit Katil..semuga ramai sahabat2 dapat menghadirkan diri bagi sama-sama meraikan majlis ini.Eratkan ukhwah sesama kita..Tanpa ikatan ukhwah yang erat sukar untuk kita meneruskan agenda kita yang seterusnya..."Tanpa sedikit tiada semua.. Tanpa kesedaran tiada pembaharuan...tanpa ukhwah......".INSYAALLAH..Semuga ALLAH berkati serta rahmati..

.....

Thursday, November 27, 2008

WANITA






Sambungan.....
Wanita dalam Perundangan Greek
Wanita dalam Perundangan Romawi

Wanita dalam perundangan Yahudi

Dalam kitab agama yahudi perkara 7-12 ada menjelaskan
Maksudnya:
"seorang bapa yang susah hidupnya boleh menjual anak perempuannya bersama dengan kumpulan hamba bagi mengatasi kemiskinan"

Dalam kitab suci agama yahudi yang dikenali dengan nama "Talmud" ada tercatat:
"tidak boleh seorang perempuan yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati bahawa suaminya telah melakukan hubungan sex dengan perempuan lain walaupun didalam rumah mereka sendiri.Dimuka yang sama dalam kitab Talmud itu juga didapati begini maksudnya.:
"Lelaki yahudi boleh melakukan apa sahaja kepada isterinya , ia boleh menikmatinya seperti dia menikmati seketul daging yang dibeli dipasar samada dengan merendam, membakar atau apa saja yang digemarinya atau melemparkannya sahaja".

Prof Dr Mustafa Assibaie didalam kitabnya yang tersebut tadi, halaman 19 ada menyebut: "Anak-anak perempuan Yahudi tidak boleh mendapat sebarang pesaka daripada harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit , emas, perak jika ada dikalangan keluarganya lelaki, meskipun emas perak yang ditinggalkan itu berpikul-pikul".

Jika hartabrnda yang ditinggalkan itu hartabenda tetap seperti tanah, rumah dan sebagainya , maka perempuan -perempuan itu tidak boleh menerima pesaka, cuma boleh menerima belanja hidup dari lelaki yang menguasai pusaka itu.

Didalam kitab Taurat pula terdapat begini maksudnya:

"Wanita-wanita adalah lebih bahaya atau lebih bala daripada lelaki. sejahat-jahat lelaki ada sekurang-kurannya seorang yang 'baik' dari satu ribu orang, sedangkan bagi perempuan tidak akan terwujud perkara seperti itu"..

Bersmbung...

TAHNIAH !!!


(Gambar menunjukkan Tn Hj Ali Syariff menjadi juruacara bagi program HALWA DUN AIR.MOLEK) .

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan TAHNIAH! kepada Ketua Tarbiyah Kawasan Bukit Katil, Tuan Hj Ali Syarif yang telah baru dilantik pada 26 Nov 2008, menggantikan Ustaz Mazlan Berahim yang telah pun meletakkan jawatan.

Tarbiyah memainkan peranan yang besar dalam mendidik jemaah demi

1.Mengasaskan fahaman yang jelas tentang permasalahan keimanan bagi pembentukan dan pembinaan aqidah yang sahih.

2.Mengasas kefahaman yang tepat terhadap Al- Quran dan As-Sunnah bagi membina sikap yang betul terhadap sumber panduan sebenar dalam Islam.

3.Memberi pandangan umum berkenaan sistem akhlaq Islam bagi menekankan peri pentingnya membentuk diri dan kehidupan dengan akhlaq yang mulia.

4. Membentuk kefahaman yang menyeluruh tentang Islam sebagai satu cara hidup bagi membolehkan penghayatan pengertian 'Ibadah yang sebenar dalam kehidupan.

5. Mengasaskan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam kehidupan bagi meningkatkan rasa tnggungjawab terhadap masyarakat.

Dan pastinya penegakkan Negara Malaysia yang berlandaskan 'SYARIAH'.(Kunci Kebahagiaan Ummah)

"Sesungguhnya masyarakat Islam adalah berbeza berbanding dari masyarakat-masyarakat yang lain.Ia adalah masyarakat unggul dari segi kandungan serta ciri-cirinya.Ia adalah masyarakat Rabbani (berteraskan nilai Ilahi) , kemanusiaan(humanity), berakhlak dan seimbang.Umat Islam dituntut menegakkan masyarakat ini sehingga mereka dapat mendaulatkan agama serta menjiwainya dan hidup dibawah naungan kehidupan Islam yang sempurna. Lantaran itu, kehidupan mereka dipandu oleh akidah Islam, dipimpin oleh pemikiran Islam, disucikan oleh ibadat Islam, dipimpin oleh pemikiran Islam, dihiasi oleh adab kesopanan Islam,dikuasai oleh nilai-nilai Islam, diperintah oleh perundangan Islam dan dibimbing segala aktiviti ekonomi,kesenian dan politiknya menurut ajaran Islam."

Ayuh! Marilah bersama-sama kita Ke Arah Penegakan Syariah..agar kita selamat dunia dan akhirat....INSYAALLAH

TAHNIAH




Alhamdulillah..Blog DPPBKatil telah diupdate semula setelah beberapa lama terhenti.Begitu juga dengan blog DMPBKatil, yang turut terhenti seketika. Alhamdulillah..kini diteruskan kembali bagi sama-sama mencipta masa depan yang gemilang.

Firman Allah.."sesungguhnya orang-orang yang mengatakan "Tuhan kami adalah ALLAH, kemudian mereka Istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka(dengan mengatakan) 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu.Kamilah pelindung-pelindung mu dalam kehidupan dunia dan akhirat, didalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) didalamnya apa yang kamu minta" (Fussilat:30-31)

Marilah kita bersama-sama menegakkan kebenaran dan keadilan kerana perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan membolehkan kita mendapat Al-Falah dengan izin ALLAH dan dalam masa yang sama juga kita dituntut untuk berjuang untuk menghapuskan kebatilan dan kezaliman.

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan"
(Al-An'am:21)

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan"
(Yusuf:23)

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan"
(Al-Qasas:37)

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan islah dengan segala kesungguhanku.Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan pertolongan ALLAH.Hanya kepada ALLAH aku bertawakkal dan hanya kepadaNYA lah aku kembali."
(Hud:88)
"Dan janganlah cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain ALLAH kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan'
(Hud :113)

Marilah kita bersama-sama MENGGARAP ERTI PERJUANGAN....

Tuesday, November 25, 2008

WANITA





WANITA DALAM PERUNDANGAN GREEK

Dalam sejarah ketamadun manusia, tamadun greek adalah dianggap suatu tahap tamadun yang boleh dibanggakan buat zaman ini.Namun begitu wanita ketika itu , dikurung didalam rumah , tidak diberi peluang langsung untuk belajar .Dia dihina dan dianggap khadam yang najis.(menurut Pfof Dr Mustapa Assibaie)
Wanita juga boleh dibeli seperti barang dagangan . Tidak mempunyai apa2 hak untuk membantah.Malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum, tempat tinggal dan pakaian.
Dikemuncak tamadun Greek pula, wanita dijadikan alatuntuk memuaskan nafsu lelaki, model-model perempuan bogel dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang akhirnya tamadun Greek turut runtuh bersama-samanya.

WANITA DALAM PERUNDANGAN ROMAWI

Wanita dalam perundanagan Rome adalah lebih menyedihkan.Dimasa muda remajanya, wanita dikongkong dibawah kekuasaan penjaganya sama ada bapa atau datuknya atau sebagainya , yang diistilahkan dengan "PeterFamilies".
Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan,malah boleh menghalau wanita itu keluar rumah atau menjualnya tanpa pembelaan undang-undang untuk mereka.Lebih dari itu , hak hidup bagi seorang wanita boleh ditentukan oleh penjaganya. demikian menurut Prof Dr Ali Abdul Wahid Wafi .
Sesudah berkahwin wanita berubah dari bapanya kepada suaminya dan terputuslah hubungan keluargaannya yang asal. Suami pula berhak mengisikan tempat yang telah dikosongkan oleh bapanya, dalam tindak tanduk terhadap wanita itu. Demikian ditegaskan oleh V.Girad dalam bukunya "Droit Romain",halaman 180.
Keadaan yang menyedihkan kaum wanita itu cuba diselamatkan dizaman Justinian (yang mati pada 565M) dengan suatu undang-undang yang dikenali dengan "Justinian law" tetapi tidak berjaya mengubahkan keadaan kecuali dalam beberapa hal sahaj.
Sebelum "Justianian Law" itu ada suatu undang-undang yang dikenal dengan istilah undang-undang 12.
Dalam undang-undang tersebut disentuh tentang kelayakan mendapat hak sivil.
kelayakan tersebut hendaklah dengan 3 syarat:
1.Cukup Umur
2.Siuman akal
3.lelaki
Jelaslah disini bahawa ketika ini berada dalam keadaan yang menyedihkan..

Bersambung

Saturday, November 22, 2008

MENGISI KEMENANGAN,MELESTARI KEBAJIKAN



Dewan Muslimat Bukit Katil mengambil langkah memenuhi tema Dewan Muslimat Pusat iaitu "Mengisi kemenangan,melestari kebajikan"..Sumbangan tidak dihadkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja malah akan disumbangkan kepada yang memerlukan apabila diperlukan..

Friday, November 21, 2008

KELAB AULAD





InsyaALLAH .
.
DMPKBKatil akan meneruskan kembali program setelah beberapa bulan dihentikan yang disebabkan beberapa kesibukan .Kelab ini terbuka kepada sesiapa saja yang tinggal dikawasan Bukit Katil.Meliputi Dun Bachang..Dun Air Molek..Dun Air Keroh dan Dun Bukit Baru.

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk

MATLAMAT
-Melahirkan anak-anak yang memilikki asas fardhu ain dan memilikki sahsiah soleh dan solehah dan mampu melakukan amal-amal soleh wal musleh yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

OBJEKTIF
-Membina keperibadiaan anak-anak yang memahami asas-asas Islam dalam kehidupan seharian.
-Membina keperibadiaan anak-anak yang bersesuaian dengan tuntutan akhlak dalam Islam
-Memupuk dan melatih potensi anak-anak untuk memenuhi tuntutan beramal soleh wal musleh.
-Membina dan melatih anak-anak mempunyai pandangan benar terhadap tanggungjawab pada peringkat pra baligh.

SASARAN
Terbuka pada anak-anak yang berumur 7 hinnga 12 tahun sahaja.
Tahap pertama : Anak-anak yang berusia 7 hingga 9 tahun
Tahap kedua : Anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun

Alhamdulillah, setakat ini kelab ini telah diadakan
-Taman Rama-Rama
-Lapangan terbang , Batu berendam
-Balai Cerap Al Khawarizmi
-Taman Merak
-Balai Bomba
-Taman Reakrasi, Air Keroh
-Wet World , Shah Alam
-Kilang Roti Gardenia, Shah Alam
-EDI, Durian Tunggal
-Air Terjun , Sagil

InsyaALLAH, semuga dengan usaha kita yang sedikit ini, akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH..

Tuesday, November 18, 2008

BERSABAR MENAHAN GANGGUAN

Suatu ketika, Abu Utsman Al-Hiriy diajak makan oleh seorang yang sengaja ingin mengujinya.Maka ketika sampai dirumahnya. orang itu berkata "tak ada urusan ku dengan mu"..Mendengar itu, Abu Ustman segera pulang. Tetapi, belum begitu jauh ia melangkah , sipemilik rumah memanggilnya kembali. Dan kembalilah ia. Namun ketika sampai didepan rumahnya, orang itu berkata lagi : "Hai ustaz , pulanglah." Dan dia pun melangkah untuk pulang, sedangkan sipemilik rumah membiarkannya pergi sebentar, lalu memanggilnya kembali, untuk kali ketiga. Abu Usman menurut saja,dan kembali mendatangi orang itu.Ketika sampai didepan pintunya, orang itu berkata:"Aku tak punya waktu untukmu" Dan sekali lagi Abu Usman melangkah pulang, tetapi orang itu memanggilnya lagi. Begitulah seterusnya,berulangkali dia melakukan Abu Utsman sebegitu tetapi Abu Utsman tidak sedikit pun menampakkan kekesalan dihatinya.Sampai akhirnya, sipemilik rumah bersimpuh dibawah kedua kaki Abu Utsman, seraya berkata:' Wahai Ustaz, sesungguhnya aku ingin menguji kesabaranmu.Betapa mulianya akhlakmu:. Maka berkatalah Abu Utsman :" Sesungguhnya yang anda lihat dariku itu, tak lebih dari perangai seekor anjing. apabila dipanggil , ia segera datang dan apbila dibentak , ia pun terdiam."

Wednesday, November 12, 2008

KENAPA ISLAM DIMUSUHI

Lanjutan dari pertanyaan "mana suara pemimpin PAS" . Saya ingin memberikan sedikit respons..

Bagi saya bukan mereka tidak mahu bersuara tapi mungkin malas nak layan disebabkan sepatutnya dalam 50 tahun pemerintahan BN yang mengaku beragama ISLAM , demonstrasi seperti ini tidak lagi berlaku diMalaysia. Malangnya diatas ketidaketahuan (kejahilan) mereka diatas keindahan ISLAM yang merangkupi segenap kehidupan, dari segi akhlak,adab budaya,nilai-nilai kemanusiaan, ekonomi,harta,hiburan,kesenian serta undang-undang lalu bantahan diatas fatwa ini diadakan. Lalu siapakah yang perlu dipersalahkan? Apabila Keindahan serta kecantikan ISLAM yang sebenar tidak dapat diterjemahkan diMalaysia lalu ia dimusuhi.. Kenapa terjadi begini? Mari kita imbas kembali bersama-sama.

Kita ambil 50 tahun terutama 22tahun dibawah pemerintahan BN yang berperdana menterikan seorang yang digelar Tun Mahathir Muhammad. Sepatutnya natijah dari 22 tahun dibawah pemerintahannya yang mengaku Malaysia sebuah negara Islam, maka Kesyumulan ,keharmoniaan serta ketenangan ISLAM dapat dirasakan mulai sekarang.Tapi sayang , seribu kali sayang..apabia Tun Mahathir berkuasa menguasai undang-undang sehinggakan begitu berani mencaci serta memburuk-buruk imej terhadap ISLAM .Sebenarnya tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah membahayakan diri orang lain.

1. Langkah pertama Mahathir memusnahkan kehakiman dan sistem keadilan Malaysia bagi kepentingan politik beliau adalah memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas atas beberapa tuduhan palsu . Antaranya mendakwa Tun Salleh Abas cuba "mengemukakan undang-undang ISLAM dan cuba untuk mentafsirkan semula undang-undang sekular mengikut undang-undang ISLAM.

2. Antara lain, tuduhan keatas Tun Salleh adalah seperti berikut:
*" ...Kamu telah membuat rujukan khas terhadap peranan pentafsiran hakim-hakim dan kamu telah menganjurkan penerimaan sistem perundangan ISLAM..."
* " Kamu telah menangguhkan secara sine die (tanpa memberikan sebarang tarikh perbicaraan) kes Teo Eng Huat lawan kadhi Pasir Mas, Kelantan dan seorang lain ( Rayuan NO 220,1986) yang melibatkan isu pemilihan agama oleh seorang kanak-kanak bawah umur.

3.Menyekat ulama' memberi ilmu dimasjid dan disurau.(telah disenaraikan nama2 mereka seramai 12 orang)

4."Negara akan menjadi huru hara sekiranya undang-undang ISLAM dilaksanakan (kenyataan Najib Razak, 20 April 1983 kepada para wartawan)

5..."Jika kita mempunyai undang2 ISLAM dan kita bersikap longgar , ianya akan membuatkan ramai mencuri kerana undang2 ISLAM mengkehendakki empat saksi terdiri dari orang alim dan kuat agama. Adalah sukar mencari 4 orang saksi yang begini sekarang ini.(Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, 16 Julai 1982, Utusan Malaysia.

5.Menukar guru-guru sekolah dan kakitangan awam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

6.Menganaktirikan negeri-negeri yang menyokong kerajaan yang mahu laksanakan syariat ISLAM

7.Menghalang kuliah,tazkirah dan halaqah ilmu dibuat dimasjid, surau dan pejabat-pejabat kerajaan.

8.Menyekat semua tazkirah Ramadhan

9.Menganggu sistem pendidikan ISLAM , sama ada sekolah pondok, sekolah agama mahupun tadika ISLAM atau Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI)

10.Menyulitkan pelajar-pelajar aliran agama untuk menyambung pengajian diUniversiti Terkemuka Timur Tengah

11.Memecat ahli jawatankuasa masjid dan surau yang tidak menyokong BN dan UMNO

........bersambung(Banyak lagi...)
Dengan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ruangan untuk mengenali ISLAM yang indah telah disekat dari segala sudut, disegenap ruang, disetiap perincian menyebabkan rakyat tidak nampak keindahan ISLAM.

Maka tidak hairanlah demonstasi bantahan terhadap Fatwa sebegitu mudah diadakan. Contoh telah diberikan oleh mereka yang berkuasa.pada hari ini terutama perasuah. Oleh itu apa yang saya ini cuba sarankan agar kelima-lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang merebut peluang seluas-luasnya untuk melestarikan kebajikan serta menerangkan tentang SYARIAT ISLAM selebar-lebarnya kepada rakyat hari ini agar mereka mengetahui bahawa ISLAM itu UNIVERSAL...tak mustahil apabila mereka mengetahui bahawa ISLAM itu indah..orang-orang yang berdemonstrasi membantah fatwa hari ini..mereka juga yang akan bangkit berdemonstrasi dengan menulis dibanner perkataan "KAMI MAHU HUDUD DIJALANKAN"..tak mustahil .Apabila ilmu tentang syariat ISLAM dapat diperjelaskan sejelas-jelasnya kepada semua rakyat yang berbilang kaum bermula pada hari ini ..maka tidak mustahil tahun 2020 tertegaknya satu PENEGAKAN SYARIAH. INSYAALLAH. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencernakan keindahan ISLAM sesama kita agar ciri-ciri UNGGUL masyarakat ISLAM yang kita idamkan terhasil..