HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, July 26, 2007

SHAFIYAH BT ABDUL MUTTHALIB

SHAFIYAH BINTI ABDUL MUTTHALIB

Muslimah pertama dalam Islam yang menewaskan orang musyrik dengan tangannya, dalam peperangan menegakkan agama ALLAH

1. Wanita pertama yang muncul menunggang kuda dan menghunus pedang dalam perang fisabilillah
2.`Anaknya bernama Zubair bin Awwam
3. Dia mengajar anaknya kepintaran berkuda dan berperang.
4.Dia mengajar anaknya dengan kekerasan agar anaknya dapat membentuk jiwa yang berani apabila menghadapi musuh.
5. Dia termasuk golongan yang pertama yang menerima serta percaya kapada Rasulullah untuk beriman kepada ALLAH SWT.
6. Dalam perang uhud , bersama-sama mengabungkan diri dalam pasukan wanita. Tugasnya mengangkut air, menyediakan anak panah dan memperbaiki busur.
6. Ketika dalam perang Uhud, dikala dilihatnya kaum musyrikin menyerbu dengan pesatnya, sehingga hampir tiba dengan Rasulullah lalu beliau dengan secepat kilat menyambut pedang dari seorang muslim yang lari ketakutan lalu menyerang musuh yang berada ddepannya sambil berkata "Pengecut kalian! mengapa kamu tingaalkan Rasulullah ?"
7.Anaknya Zubair menjerit kepada Safiyah agar beliau berundur, tapi beliau berkata.."Disini tiada ibu-ibuan...pergi kau...
8. Rasulullah berkata kepada Zubair.."Biarkan ibumu"..
9.Dalam perang khandak beliau begitu berani , beliau memukul musuh dari kaum Bani Yahudi Quraish yang belot. Taktala itu musuh itu sedang mengintip anak-anak serta muslimat-muslimat yang sedang dikhaskan ditempat yang selamat. setelah musuhnya jatuh lalu beliau memotong kepala musuh nya dengan pisau yang dibawanya. Kemudian dicampaknya dari puncak puri, berguling sampai ke hadapan kawan-kawanya yang sedang menunggu dibawah.. Musuh menyangkakan itu adalah angkara lelaki muslim sehingga musuh lari lintang pukang.
Begitulah keberanian seorang muslimat dizaman Rasulullah.
Semoga menjadi iktibar buat muslimat pada hari ini.INSYAALLAH

Thursday, July 19, 2007

Malaysia Negara Islam Hadhari


Dalam kesibukan Najib Razak mendakwa Malaysia adalah Negara Islam, di Kuala Lumpur beberapa remaja berumur bawah 15 tahun sanggup ‘mengikat perut’ dengan berjimat duit belanja sekolah, semata-mata untuk berkongsi wang bersama rakan bagi melanggan pelacur.Difahamkan remaja terbabit sanggup ke rumah pelacuran untuk mendapat ‘belaian’ daripada wanita tidak bermoral dengan bayaran murah kerana beroperasi pada waktu siang.
Kegiatan itu dibongkar seorang pelajar tingkatan tiga dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15, yang mengaku mula terjebak dengan kegiatan itu ketika berumur 14 tahun selepas terpengaruh dengan pujukan rakan yang lebih tua.Dia berkata, pada mulanya dia mengikuti rakan yang dipanggil ‘abang’ berumur 20-an mengunjungi kawasan pelacuran sekadar mahu ‘mencuci mata’.“Tujuan kami hanya untuk melihat gadis dipercayai pelacur yang mencari pelanggan di tepi Lorong Haji Taib selepas waktu sekolah kerana ingin melihat gelagat mereka sebelum seorang lelaki menawarkan perkhidmatan itu.“Lelaki yang didakwa sebagai bapa ayam itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran kira-kira RM50 sebelum seorang daripada kami menerima tawarannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Menurutnya, kejadian pada hari itu menjadikannya sebagai pengalaman bagi seorang remaja yang ingin mencuba benda baru serta mencabar.Ahmad Firdaus berkata, duit saku yang diberi ibu bapanya sebanyak RM4 sehari untuk ke sekolah adalah sumber pendapatan utama untuk memenuhi ‘hasratnya’.“Hampir tiga minggu, saya mengumpul wang saku dengan berjimat sehingga sanggup mengikat perut tidak makan tengah hari di sekolah bagi mengumpul wang untuk melanggan pelacur.“Apabila duit simpanan mencukupi kira-kira RM80, saya dan beberapa rakan mengunjungi tempat berkenaan, namun kami tidak dilayan kerana umur terlalu muda.“Kami tetap mencuba meronda kawasan itu beberapa kali dengan harapan mereka (bapa ayam) akan menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.Menurutnya, hampir sejam meronda di kawasan itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun menawarkan perkhidmatan itu kepada mereka dengan bayaran RM100.Katanya, dia dan rakannya terpaksa berkongsi wang kerana ingin mencuba sebelum masuk ke bilik yang disediakan.“Selepas kejadian itu, wanita terbabit turut memberi nombor telefon bimbitnya bagi memudahkan kami menghubunginya.“Sekiranya memerlukan perkhidmatan itu, saya dan rakan hanya perlu menghubunginya dan mengunjungi biliknya selain diberi diskaun kerana berurusan pada waktu siang,” katanya. Ahmad Firdaus berkata, dia dan beberapa rakannya mula ketagih dengan kegiatan itu dan hampir setiap bulan mereka terpaksa mengikat perut dengan berjimat wang persekolahan.Sementara itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Rosli, 15, berkata hampir setengah tahun dia terbabit dengan kegiatan itu sebelum satu kejadian yang menyebabkan dia ‘bertaubat’ dan berhenti melanggan pelacur apabila lelaki berbadan besar yang didakwa sebagai teman lelaki wanita itu memukulnya.Menurutnya, selepas kejadian itu, dia dimarahi ibu bapanya dan mengugut untuk menghantarnya ke balai polis kerana terbabit dengan kegiatan haram serta menyalahi undang-undang.

Tuesday, July 17, 2007

PROGRAM MAWADDAH MUSLIMAT NEGERI MELAKA


Pada 15 hb Julai yang lalu Dewan Muslimat Negeri Melaka telah berjaya mengadakan Program Mawaddah. Program anjuran Lujnah Politik dan Organisasi DMP Negeri Melaka merupakan program pertemuan diantara pimpinan DMP Negeri dan Pimpinan DMP Kawasan. Program Mawaddah yang telah dijalankan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara muslimat disamping dapat bertukar-tukar pendapat diantara DMP negeri dan kawasan. Program ini telah dimulakan dengan Kawasan Jasin.




Dalam ucapan Ketua Dewan Muslimat Negeri, Dr Khatijah Jumangat mengingatkan semua muslimat supaya memperbanyakkan program pada tahun ini terutamanya program yang berbentuk kemasyarakatan memandangkan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Beliau juga meminta semua program dapat diatur dengan sebaik mungkin agar tiada berlakunya pertindihan diantara program kawasan dan program negeri.


Kehadiran AJK Muslimat dari kawasan Jasin adalah amat menggalakkan, dimana setiap ketua lujnah DMP Kawasan Jasin telah menyiapkan taqwim bagi perancangan program muslimat di kawasan Jasin bagi penggal 2007 - 2009. Menurut Dr Khatijah selaku Ketua Lujnah Politik dan Organisasi, program ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain seperti Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu, Masjid Tanah, Kota dan Alor Gajah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

GURU REFORMASI

GURU REFORMASI

Setiap tahun guru diingati,
HARI GURU gelaran diberi,
Mengajar mendidik sepenuh,
Gelaran "Cikgu " tak pernah sepi.

Tapi bagi ku lain sekali,

GURU REFORMASI, ku sanjung tinggi ,
Tak makan dipuji, Tak rebah dikeji,
Ikhlas berjuang, perhiasan diri,
Pertaruhkan nyawa tentu sekali,
Sanggup berkorban demi ILLAHI
Cita-citanya sungguh murni.

GURU REFORMASI
Sentiasa diuji dan teruji
Ujiannya memang amat getir sekali,
Namun senyuman tak pernah sunyi,
Meskipun musuh sentiasa mengekori

GURU REFORMASI
Gagah berdiri,
Hayunan langkahnya ..yakin sekali
Berjalan diatas onak dan duri,
Walau dah tahu .........akibat menanti..........


Selamat menyambut program peringati 100 tahun As Syahid Hassan Al-Banna
Di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar
22 Julai 2007
8 pagi-12 tgh

Ummu Maryam

Monday, July 16, 2007

ISTERI IDEAL LAGI MITHALI



ISTERI IDEAL LAGI MITHALI




Isteri Mithali idaman suami, Itulah yang dicari-cari,
Cita-cita terlalu tinggi, Selagi tak jumpa tetap dinanti.
Isteri Mithali terus dijejakki, Walau dimana ingin dimilikki
Meskipun jauh tidak dipeduli, yang pasti, tetap dihajati.
Isteri Mithali tetap diburu, walau akhlak suami masih tak menentu.
Entah bila akan ketemu, sisuami tetap setia menunggu.

Akhirnya, suami terasa hampa, Penantian sudah terlalu lama,
Letih, lenguh datang menimpa, namun Isteri Mithali tak kunjung tiba.

Lalu sisuami bermunajat. Kepada ALLAH dipohon hajat.
Kepada yang esa doa dipanjat, setiap masa,setiap saat.

Setiap doa ada balasan.Sisuami kini diberi kekuatan
AL QURAN sudah mula jadi tatapan. Itulah bacaan hari-harian.
Menemui suami akan jawapan.


Lalu, sisuami terkedu sendiri. Hajat dihati terlalu tinggi
Masakan dapat Isteri Mithali, Akhlak sendiri tak ikut nabi.

Sisuami berazam menukar wajah.Ingin berhijrah meskipun payah.
Ingin hidup berlandaskan sunnah, Ingin hidup mencontohi RASULULLAH. Biarpun sukar, tetap diredah.
Sifat RAJA dibuang sudah, Sifat EGOISME dilapah-lapah.
Sifat SOMBONG dimamah-mamah.
Sifat TAKABUR dihancurkan musnah.
Terasa SYAITAN tersungkur menyerah kalah.
Sunnah RASULULLAH contohan harian.
Bukan setakat poligami yang dibesarkan .
Hulurkan tangan, ringankan beban.
Setakat membuat air secawan bukanlah kesalahan.
Setakat menggosok sehelai baju bukanlah babanan.
Setakat menjahit satu koyakkan bukanlah siksaan.
Semua yang dilakukan ada ganjaran.
Buat manusia yang bernama insan.
Tiada beza lelaki dan perempuan.
Kerana Islam adalh agama KEADILAN.
sudah tiada masa untuk pertikaian.
Kini , sisuami mula menyedari
Isteri Mithali sukar dicari
Yang ada isteri sejati, yang ingin hidup mengabdikan diri pada ILLAHI
yang ada kalanya susah juga nak mentaati suami.
Meskipun sisuami terasa dicabar, Tapi berazam untuk terus sabar.
Kerana sisuami telah mula sedar. Itulah ujian dari ALLAH yang Maha Besar
Walaupun isteri sejati, tetap disasar.
Sisuami kini sudahlah perasan.
Semua kehendak takkan dipenuhkan.
Sengaja ALLAH bagi ujian.
Untuk ditentukan Hari Pembalasan.
Buat manusia yang bernama Insan.
Untuk memastikan, Siapakah yang benar-benar BERIMAN.
Sifat Tawadhuk menjelma lah sudah.
Menasihati isteri sejati secara hikmah.
Tanpa mengenal penat dan lelah .
Agar yang bengkuk tidak terus patah.
Agar yang keras kan bisa lemah.
Masakan dapat bayangan yang lurus elok.
Kalau asalnya dari kayu yang bengkok.
Baru terasa diri itu rendah
Baru layak digelar Khalifah
Baru layak digelar ketua rumah
Baru nampak KEADILAN terserlah
Baru kelihatan semuanya Indah
Baru kelihatan semuanya mudah
Apabila hati yang keras sudah dapat dipatah.
DAN AKHIRNYA
Sisuami bertekad kini.
Walau seribu ujian diberi.
kerenah isteri sejati sanggup dihadapi.
Tetap sabar menahan diri.
Tetap REDHA walau apa pun terjadi.
Agar melepasi cubaan yang diuji, agar tercapai cita-cita murni.
Yang masih terselit, jauh disudut hati.
Ingin memilikki Isteri Ideal lagi Mithali.
yang bukan dibumi.
Tapi...Nun Jauh disyurga Abadi.
Bidadari -bidadari yang bermata jeli.
Ummu Safurra

Saturday, July 14, 2007

Yang Hadir Dan Yang Kembali

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg menutupi wajahnya… Kau cantik sayang,do u know that?… bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah... kurniakanlah kepada kami seorang anak…walaupun cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.
Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Aku sendiri,walaupun sebagai doktor lulusan University of Nottingham,UK pun sudah hampir mati akal dibuatnya.Mungkin benar apa yang dikatakan Doktor Alhady dua tahun lalu; “Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua…” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ….Pasti! “Huda….bangun…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ….Aku tersenyum melihat wajah comelnya yg keletihan.Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak Al-Usamah miliknya. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya.Ahh…Im so grateful i have you Huda..
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah… (al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” Ya Allah jika Engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur…” Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku…Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni…? Muncungya mulut…boleh gantung baldi..” usikku dalam nada separuh berbisik…. Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda…?” Protesnya… Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik letih sangat…bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar…” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat…Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. “Baiklah tuan puteri banyak songeh,patik menurut perintah.” Usikku lagi. Huda tersenyum lebar.
Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : “Abang…..nikah jelah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .
Sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai…tak jealous ke nanti…?" Umpanku pula."Cemburu…..emmm, itukan memang fitrah manusia bang…takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi,kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? Hujahnya panjang lebar. “Hai…Takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?" “Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang pun tak boleh lahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga…?” Usikku terus.”Nikah lagi.kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur.Alolo buat muka kesian pulak.“Huss..Huda!Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail…berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. ” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya…Kudakap erat Huda…ada titisan panas yg membasahi dadaku.
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya …Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini, Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku…dengan nada manja sambil berkata..: ” Happy anniversary my dear hubby ..”
Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja.Ada sampul surat yang berlogo Hospital Pantai Ayer Keroh. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat !Cik Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..”Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!” Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini… tangisan SYUKUR..! “Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?” Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh…” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah…Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru…Ditambah pula dgn kesibukanku di klinikku dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar2 lupa untuk memeriksa dia sebagai seorang doktor. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah…Patients berlambak-lambak kat klinik tu aku rawat,isteri sendiri pulak yang aku terlepas pandang.uhuhu.Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku…segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya…Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..
Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luar biasa’. Ibu yang ‘luar biasa’ akan melahirkan anak yang ‘luar biasa’…Ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku…dia berkhutbah panjang. “Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya…Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah… Abang…kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah…kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya…jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini… bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali Abi Thalib..? Abangkan tahu…kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan, aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop honey’.. Aku faham je dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam…Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa…Peluh mengalir laju membasahi dahinya…Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas…! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei…hari ni baru 26 April. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku. Aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku..bisik ku berulang kali.. “Encik Asyraf..?”..Dr Khadijah…pakar sakit puan rujukan isteriku… “Ya…saya doktor…” sahutku cepat..
Kuhampiri Dr Khadijah“Boleh kita berbincang sebentar…” Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan..
Saya harap Encik Asyraf bertenang…Isteri encik menghadapi sedikit masalah…air mentubannya dijangkiti kuman.Aku tersentak.” Acute chorioamnionitis ke doctor?”Dr Khadijah sedikit terkejut mendengar perkataanku.Die terlupa aku ni doctor juga agaknya.”ya Dr Asyraf,itulah masalahnya sekarang.Puan Huda perlu dibedah segera..” “Hmm buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi what are the chances for my wife doktor..?” Tanyaku dgn nada separuh ketar…bimbang. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan kedua-duanya.Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah…selamatkanlah isteriku…Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku… Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku…tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik…aku terdengar suara tangisan bayi…alangkah lunaknya. “Encik Asyraf..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat…2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang…”Alhamdulillah…Isteri saya bagaimana doktor.?” Dr. Khadijah terdiam…tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku…
Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya… Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika… “Maaf, saya telah berusaha semampu yg mungkin…Tapi Allah lebih menyayangi Huda…” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung…Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan…Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya…Sesusuk tubuh ditutup dgn kain putih…terbaring…Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji’unnnn…Dari-Nya kita datang…kepada-Nya kita kembali… Wajah Huda pucat…tapi bibirnya terukir senyuman manis…manis sekali…tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya…tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “Sabar Encik Asyraf…sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.”Nurse… tolong bawa anak Encik Asyraf tu..” katanya lagi…
Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan di hadapanku…perlahan kuambil dan kudakap bayi itu…Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya, mulutnya,kulitnya yang putih bak salju. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi…Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata… “Iqamahkan anakmu, Asyraf…sambutlah yang hadir…doakanlah yang kembali..” Huda… rupanya inilah hikmah Allah…Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya Allah…Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun…utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya…
Ya Allah…jangan biarkan hati ini berandai-andai… Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda… Tidak… Tidak…itu semuanya ketentuan-Mu Ya Rabb…Tuhan yang Maha Mengetahui…Lagi Maha Pengasih…"



Syukurilah apa yang kau ada hari ini.....kerana sesungguhnya manusia ini apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan....

Friday, July 13, 2007

YAKINKAH AKU @ SEKADAR PERCAYA

YAKINKAH AKU @ SEKADAR PERCAYA

Yakinkah aku @ sekadar percaya
dengan jannj-janji MU, ALLAH
Yakinkah aku @ sekadar percaya
dengan KitabMU

Kiranya aku yakin dengan janji MU, ALLAH
Tentu sudah lama aku mengejari MU
Kiranya aku yakin dengan janji Mu, ALLAH
Tentu sudah lama aku berlari pada Mu
Kiranya aku yakin dengan janji MU
Tentu sudah lama aku berjalan pada Mu

Namun
Aku masih disini....
Tercegat berdiri...@..duduk berteleku
Tanpa reaksi @ sekadar menunggu
Diiringi alasan beribu
Gelak.. ketawa...suka...riang ria...
Tanpa merasai apa-apa......
Yang penting!!!
Suamiku.....Isteriku..... Anak-anakku.....Kerjayaku.....Hartabendaku.....serta wang ringgitku

Solat?? Memang kewajipan ku
Puasa?? tidak aku tinggalkan
Buku Ilmiah?? juga bahan bacaanku
Al-Quran?? mengaji....Biasa bagiku

Tapi
Kenapa aku masih tercegat disini
Bersama kawan bergurau senda
masih ada masa untuk menonton yang lara
Masih ada masa untuk bergelak ketawa
Masih ada masa memikirkan kemewahan dunia.

Tak peduli aku
Dengan umat ini
Murtadkah? Rasuahkah? Bunuh orang kah? Bom orangkah? Rompakah? Mencurikah.. Merogolkah..berzinakah.. Menzalimi orang kah...entah apa-apa lagi maksiat ..tak kuasa aku menyebutnya...

Yakinkah aku @ sekadar percaya
Tentang SYURGAMU
Tentang NERAKAMU
yang aku dengar
yang aku baca dikitab MU

Yakinkah aku @ sekadar percaya dengan janjiMU
Apabila aku sekadar berkata
" Biarlah !! Orang lain yang berkorban demi agamaMU!!
" Biarlah !! Orang lain ......Orang lain....Orang lain....

Ummu Maryam

Thursday, July 12, 2007

ZAINAB AL GHAZALI

ZAINAB AL GHAZALI

"Lihat mu muka yang semakin hodoh, kakimu yang kelihatan seperti kaki lelaki liar, tanganmu yang kasar seperti tangan lelaki liar . Kau kelihatan seperti sudah berumur 60 tahun....." Kata penyoal siasat itu kepadanya.
Pukulan demi pukulan dengan tongkat, menyebabkan dia sudah tidak mampu untuk duduk lagi. Namun ketabahan serta kegigihannya dalam turut sama memperjuangkan Islam, tidak menghalangnya untuk terus sabar dalam penyiksaan itu.
Demikianlah sebahagian daripada gambaran kesan penderitaan yang terpaksa ditanggungnya didalam penjara di Mesir.
Zainab telah dipenjarakan pada tahun 1965 setelah presiden Jamaal Abdul Nasser memerintahkan pembubaran Markas Am Jamaah Sayyiditina Muslimah yang dipimpin olehnya. Pada tahun 1936, Maahad Waaz Irsyad ditubuhkan untuk membimbing gadis-gadis Muslimah menghayati Islam. Oleh kerana ia lahir dari dalam kekosongan, ia mendapat sambutan dan berkembang keseluruh Mesir dan mempunyai 119 cawangan.
Zainab Al-Ghazali berkata " Wanita Islam telah diberikan kebebasan oleh Islam sejak dari dulu lagi, lama sebelum wanita di Eropah diberi kebebasan yang kosong. Wanita dilarang untuk menjadi pemimpin negara, tetapi muslimah wajib melahirkan pemimpin atau khalifah bagi dunia Islam. Inilah tugas yang lebih besar kerana pembentukan khalifah itu adalah lebih penting dari khalifah itu sendiri."
Kelurganya berasal dari Jubail, sebelah Utara Semenanjung Tanah Arab.Nasab keturunanya bercantum dengan Umar Al-Khatab. Pada sebelah ibunya pula adalah daripada darah keturunan Imam Hussain.
Ayahnya sering menyuruh Zainab berdiri dihadapan sambil menyampaikan pidato-pidato yang termasyur yang telah dihafalnya.Semasa menghadiri kelas petang di Universiti Al Azhar, Kaherah, Zainab sentiasa bertanya dan bersikap kritikal sehingga tidak ada pensyarah yang sanggup mengajar kecuali Syeikh Sulaiman An Najjar yang sangat alim dan mulia.
Kegiatan-kegiatan Zainab dalam dakwahnya tidak menghalangnya menyempurnakan tugas rumah tangganya. Sebelum parkahwinannya, Zainab telah mensyaratkan kepada bakal suaminya supaya tidak menganggu tugas dakwahnya. Zainab berkata kepada suaminya: " Aku tidak meminta apa-apa untuk mas kahwin, cuma aku mensyaratkan kau tidak akan menghalangku berjihad dijalan ALLAH...Aku meminta kepadamu supaya kamu menyempurnakan janjimu, janganlah kamu bertanya siapakah yang akan aku temui. Aku memohon kepada ALLAH supaya DIA membahagi pahala jihadku kepada dua, diantara kita, sebagai kurnia daripada ALLAH, apAbila DIA menerima amalan dan usahaku"
Suami Zainab ternyata berpegang pada janjinya sehingga ia menghembus nafas yang terakhir dalam penjara. Zainab menulis dalam bukunya: " Suamiku telah menemui Tuhannya dan mengadu kepada ALLAH akan segala kekejaman taghut terhadapnya. Beliau ditangkap ketika mengderita sakit dada. Beliau dijanjikan pembebasan dengan syarat memberi pengakuan palsu .Suamiku telah memilih untuk hidup menderita diatas lantai bilik tahanan.. Petugas Nasser telah memberinya dua pilihan , samada mentalak isterinya Zainab AL Ghazali atau dihantar kepenjara tentera. Suamiku berkata, " Wahai Tuhan ku, Saksikanlah , aku ini tidak mentalak isteriku Zainab Al Ghazali...Biarlah aku mati dengan kemuliaanku'."
Zainab telah ditangkap dirumahnya menjelang fajar pada hari jumaat 20 Ogos 1965. Kisahnya dikurung bersama anjing -anjing lapar dan garang dibilik tahanan.Anjing-anjing itu memenuhi setiap ruang dan mengerumuninya dengan salakan yang mengerikan. Dia membaca Asma'ulhusna, mengingati ALLAH dan berdoa kepada NYa. Tetapi sungguh aneh ,pakaiannya tidak koyak dan cakaran anjing itu tidak memberi bekas kepadanya.
Zainab kemudiannya dipindahkan kebilik lain dan menerima siksaan yang lebih teruk lagi. Namun Zainab tetap tenang dan sabar menghadapinya meskipun melihat darah mengalir dikakinya hingga ketumit dan menjadikan pakaiannya berlumuran darah.
Tarikh 10 Ogos 1971, Zainab dibebaskan . Jam 3 pagi tepat beliau sampai dirumahnya.
Segala penderitaanya dan pahit maung dalam penjara telah Zainab rakamkan dalam bukunya. Beliau berazam kuat untuk meneruskan baki kehidupannya demi untuk Islam dan dakwah kerana beliau telah MENAZARKAN seluruh hidupnya untuk dakwah sejak dari kecil lagi.
Kata-katanya:" ..Cukuplah ALLAH bagi kami dan dialah sebaik-baik pemimpin"
Ummu A'isyah

ANAKKU

ANAKKU

Anakku,
Sembilan bulan , kau dikandungan
Sembilan bulan Ummi memendam rasa
Tersirat sebuah harapan...

Dalam detik-detik kelahiranmu
Ummi mengiringi doa
Agar, anakku selamat sejahtera.

Anakku
Lahirmu bukan untuk ketawa
Lahirmu bukan untuk bersuka
Lahirmu berserta janji
janji yang mesti ditepati...

Anakku,
Masanya telah hampir tiba,
Oraklah...Oraklah langkahmu
Usahlah mautmu yang ditakuti
Mati itu pasti
Syahid itu yang diidami
Keredhaan Allah yang mesti dicari.

Leraikan....Leraikanlah
Setelah lama terbelanggu
Oleh rantai syaitan durjana
Hapuskan isme-isme rekaan manusia
Yang ternyata lemah ideanya...

Anakku,
Kaulah Mujaddid sanjungan
Kaulah Mujtahid kebanggaan
Kaulah Mujahid harapan
Kaulah Penggerak idaman
Kaulah Pembenteng masa depan
kau menjadi sebutan sepanjang zaman.

Anakku,
ISLAM tercinta pastikan tertegak
Meskipun dikala itu kita berjauhan
Namun, itulah kebanggaan
Akibat dari Iman yang hakiki
Hasil dari didikan Ummi.

Ummu Zubair

Wednesday, July 11, 2007

ASMA' BINTI ABU BAKR, ZU NITAQAIN

"Jangan lah kamu mengurung isteri-isteri mu didalam kamar, melainkan hendaklah kamu mengajar kepada mereka Surah AN-NUUR dan pengetahuan berteman"
(Saidatina Aisyah R.A)

Semua unsur keturunan yang mulia terkumpul dalam peribadinya. Hal ini cukup untuk mengangkat darjatnya ketempat yang tinggi dan membanggakan.
"Asma' binti Abu Bakr As-Siddiq, dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang wanita muda yang tangkas, seorang isteri yang taat dan solehah dan sebagai ibu yang berjiwa kental demi perjuangan.
Sebagaimana ayahandanya , Abu Bakr yang sentiasa dibarisan paling hadapan dalam memperjuangnkan Islam, demikianlah juga Asma'.
Asma' yang beberapa tahun lebih tua daripada A'isyah, adalah anak Abu Bakr As- Siddiq daripada ibu yang lain.Menurut Ibu Ishaq, Asma' adalah orang yang kelapan belas menganut Islam.
Ketangkasan dan kecerdasan Asma' dalam usia yang masih muda telah terbukti dengan penglibatanya semasa peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. Oleh kerana beliau adalah orang yang paling mengetahui dan berpengalaman tentang selok-belok jalan menuju tempat persembunyiaqn Rasulullah S.A.W dan Abu Bakr diBukit Thur, maka tugas untuk membekalkan makanan dan mengirim maklumat telah diserahkan kepadanya.
Tugas yang dilakukan oleh Asma' ini bukan sahaja bahaya, tetapi juga menunjukkan kepintaran wanita Islam disegi strategi dan pengurusan taktik pengumpulan maklumat.
Asma' bersama saudaranya, " Abdullah bin Abu Bakr telah begitu rapi merancang untuk mendapatkan maklumat dikalangan masyarakat Quraish di Makkkah. Tugas mengumpulkan maklumat ini semestinya memerlukan ketajaman dan ketangkasan bertindak disamping kegelicikan gerak geri agar tidak disedari oleh musuh, bahkan bukan setakat itu saja, Asma' telah berjaya memberi perkembangan yang paling terakhir setiap petang kepada Rsaulullah S.A.W dan ayahandanya , sehingga walaupun keduanya tidak berada di Makkah mereka dapat mengikuti seluruh perkembangan di Kota itu.
Kegigihan Asma' dibuktikan lagi melalui ketahanan dan kekentalannya untuk merahsiakan pemergian dan tempat persembunyian Rasulullah S.A.W. dan ayahandanya. Apabila Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin Quraish datang kerumahnya untuk menyoalnya dimana Rasulullah S.A.W dan ayahnya pergi, Setiap soalan dan desakan Abu Jahal dijawab Asma' dengan jawapan bahawa beliau tidak tahu. Tindakan Asma' ini telah menjadikan Abu Jahal berang dan memukul muka Asma' sehinggakan terpelanting anting-antingnya daripada telinganya. Namun begitu, tindakan Abu jahal ini tidak sedikitpun melunturkan kekentalan jiwa Asma'.
Asma' mendirikan rumahtangga dengan Zubair bin Awwam salah seorang daripada sahabat Rasulullah yang dijanjikan Syuraga. Zubair bin Awwam adalah pahlawan handalan Islam .
Pernah Asma' berkata " Talhah bin Ubaidullah menamakan anak-anaknya dengan para anbiya, walaupun beliau mengetahui bahawa tiada nabi setelah Nabi Muhhammmad . Tetapi aku akan menamakan anak-anakku dengan mama para Syuhada'. semoga mereka semua menjadi syuhada'"
Azam Asma' telah benar-benar dilaksanakan dengan memberi anak-anak beliau dengan nama :' Abdullah sempena syahidnya " Abdullah bin Jahsy, 'Urwah sempena syahidnya ' Urwah bin Mas' ud, Al-Munzir sempena Syahidnya Al-Munzir bin Amru. Hamzah sempena syahidnya Imam al -Syuhada Hamzah bin Abdul Muttalib, Ja'far sempena syahidnya Ja'far bin Abu Talib, Mus'ab sempena syahidnya Mus'ab bin Umair dan Khalid sempena syahidnya Khalid bin Sa'id. Semua anak ini adalah hasil perkahwinanya dengan Zubair bin Awwam.
Kegigihan semangat juang Asma' disempurnakan lagi dengan rasa tanggungjawabnya yang amat tinggi sebagai isteri yang setia dan ta'at suami nya. Selaku isteri solehah, Asma' sentiasa menunaikan kewajipannya sebagai isteri terutama mengatur segala urusan rumah tangga.
Ahli-ahli sejarah Islam selalu menonjolkan Asma' sebagai salah seorang isteri tauladan yang patut dicontohi.
Walaupun sebagai anak Abu Bakr yang hartawan yang biasa dengan hidup yang agak mewah, Asma' cepat menyesuaikan hidupnya selepas berkahwin dengan Zubair. Zubair sebagai orang yang tidak berada , tidak berupaya menyediakan keselasaan hidup yang biasa dihadapi oleh Asma'. Namun Asma' bersedia untuk hidup Zuhud dengan bertolak ansur. Walaupun Asma' pernah mewah suatu ketika dulu namun Asma' tetap berkerja keras demi kebahagiaan rumah tangganya.
Beliau bekerja tanpa kenal letih dan penat untuk memberi makan kuda dan unta suaminya, menumbuk biji-bijian , mengangkat air, mengadun gamdum, keluar membantu urusan ladang suaminya dan memikul hasil korma dan bijirin diatas kepalanya dengan berjalan untuk satu jarak yang jauh.
Apa yang dilakukan oleh Asma' membuktikan bahawa peranan isteri adalah penting dalam usaha untuk membantu suami menanggung bebanan rumahtangga dan penjagaan anak-anak yang ramai.
Asma' bukan saja sanggup keluar bekerja membantu suaminya , bahkan dalam keadaan tertentu terpaksa keluar untuk bekerja membanting tulang sendirian diladang .
Imam Buhari dan Imam muslim meriwayatkan bahawa Asma' pernah bercerita " Pada suatu hari aku bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bersama beliau ada beberapa orng sahabat, sedangkan aku pada waktu itu sedang menjunjung korma diatas kepalanya, Rasulullah S.A.W menghentikan unta yang sedang beliau tunggang dan menyuruhnya berlutut, kemudian aku disuruhnya naik dan duduk dibelakangnya. Aku sangat malu ketika itu kerana berbuat demikian didepan sahabat-sahabatnya."
Dalam pada itu, Asma' juga tergolong diantara pejuang -pejuang Islam yang termasyur kerana ketangkasan dan keberanianya yang luar biasa. Beliau sedia memperjuangkan Islam dengan pedang jika perlu pada masa hayat Rasulullah S.A.W ataupun selepasnya.
Kegigihanya terbukti apabila beliau memberi dorongan kepada anaknya, 'Abdullah bin Zubair untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan ketika menentang kezaliman Al-Hajjaj Yusuf Ath- Thaqafi, panglima besar kerajaan Bani Umayyah yang menyeleweng daripada keadilan Islam pada masa itu.
Beliau bersama-sama anaknya'Abdullah mempertahankan kota Makkah ketika Hajjaj mengepung mereka dan menghujani Kaabah dengan peluru-peluru meriam manjanik.
Taktala Abdullah merasakan ia tewas hari itu, maka ia melafaskan kekhuatiran kepada Asma' "Wahai Ibu, aku khuatir kalau musauh berhasil membunuhku , mereka akan menyalib mayatku"
Asma' lantas menjawab :" Wahai Abdullah, sesungguhnya kambing yang suadh disembelih sedikit pun tidak kan merasa sakit ketika dilapah"
Kata-kata Asma' meniupkan semangat yang cukup tinggi pada anaknya. kata-kata itu menjadikan ia tenang dan terus cekal menghadapi kezaliman Hajjaj
Akhirnya pada hari ia tewas, dibunuh dan disalib oleh Hajjaj. Asma' yang telah pun buta kerana kelanjutan usia itu mengetahui kematian anaknya dengan meraba tubuh anaknya yang tidak bernyawa lagi ditiang salib.
Asma' pernah berdoa'"Semuga kematian tidak menjemputku sebelum aku terlebih dahulu melihat mayat anakku 'Abdullah.
Kurang dari[pada satu minggu selepas syahidnya, 'Abdullah bin Zubair, Asma' binti Abu Bakr dijemput ALLAH kealam barzakh. Umurnya pada masa itu , genap 100 tahun. Pada usia selanjut itu , Asma' wafat dalam keadaan tubuhnya yang kuat dan tahan lasak.
Asma' adalah seorang yang amat pemurah.'Abdullah bin Zubir pernah meriwayatkan, "Aku belum lagi melihat orang yang lebih pemurah daripadanya. Selepas kewafatan A'isyah , beliau meninggalkan sebuah ladang yang diwariskan kepada Asma' Tetapi ibu menjualnya dan membahagi-bahagikankan wang yang diperolehinya kepada kaum kerabat kami."

Inilah contoh teladan Wanita Solehah yang mithali.

Kenapa Asma' digelar "Dzatin Nithaaqain"?

Sunday, July 8, 2007

USRAH




Gambar : Muslimat Bukit Katil Berusrah meskipun terpaksa membawa anak kecil bersama.

Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus, konsep ‘amal jama’i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).
Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH
Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba’ dan ahli.

Dipetik dari Blog Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi









Thursday, July 5, 2007

Pilihan Diantara Mengikut kemahuan suami atau bercerai.

Fatimah bt Abdul Malik

Al-Furat bin al Saa'b meriwayatkan: " Suatu masa Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya Fatimah bt Abdul Malik yang pada masa itu memilikki sebutir permata yang tiada tolok banding nya, yang dihadiahkan oleh ayahnya:" Pilihlah! sama ada engkau ingin menyerahkan permata tersebut kepada baitulmal ataupun engkau terus memakai permata tersebut tetapi ketika itu aku akan menceraikan mu kerana aku tidak suka bersama-sama denganmu dalam satu rumah sedangkan permata tersebut masih disisimu."
Jawab Fatimah:" Tidak, Aku tetap memilih mu daripada permata tersebut bahkan jika aku memiliki permata yang lebih cantik daripada itu.: Lalu Umar memerintahkan Fatimah supaya melakukan sebagaimana yang dipintanya dan kemudian permata tersebut dimasukkan kedalam Baitulmal.
Apabila Umar wafat dan jawatan khalifah dipegang oleh Yazid, beliau berkata kepada Fatimah:' jika engkau ingingkan , aku akan kembalikan permata tersebut kepadamu?"
Jawab Fatimah :" Sesungguhnya aku tidak menginginkannya lagi. Aku sudah merasa cukup bahagia hidup bersama Umar walau pun tanpa permata tersebut dan adakah patut aku ingin mengambilnya kembali selepas beliau wafat? Demi ALLAH! aku tidak akan mengambil permata tersebut buat selama-lamanya."

Begitulah sifat isteri solehah yang mementingkan kebahagiaan akhirat.

SIKSAAN KUBUR ITU BENAR.



Foto ini menunjukkan seorang pemuda yang berumur 18 tahun yang telah meninggal dunia di sebuah hospital di Oman. Mayat pemuda ini telah di gali semula setelah 3 jam di makam kan.Penggalian mayat ini dilakukan kerana bapa nya tidak berpuas hati dan merasa ragu atas dignosa yang telah dilakukan oleh Doktor. Oleh yang demikian bapa si mati ini mahukan mayatnya di gali semula untuk mengenalpasti apakah penyebab sebenar kematiannya.
Setelah dikeluarkan mayat pemuda ini, seluruh kaum kerabat dan teman-temannya merasakan amat terkejut apabila mereka melihat kondisi mayat tersebut. Mayat tersebut yang hanya telah ditanamkan selama 3 jam sahaja telah berubah dengan begitu drastic sekali. Pemuda tadi telah berubah warna menjadi kekelabuan seperti orang yang sangat tua. Keseluruhan badannya jelas kelihatan bekas-bekas lebam tanda siksaan dan pukulan yang amat keras sekali. Tulang-tulang kaki dan tangan hancur berkecai dan menekan kearah badannya. Keseluruhan badan dan mukanya penuh memar. Matanya yang terbuka memperlihatkan ketakutan, kesakitan yang amat sangat dan penuh dengan penyesalan dan keputusasaan. Darah yang begitu jelas menunjukkkan bahawa pemuda tersebut mendapat siksaan yang amat berat.
Bapa pemuda tersebut yang masih berada dalam keadaan terperanjat yang amat sangat kerana melihatkan keadaan pemuda tersebut mengakui mungkin ini adalah pengajaran dari Allah kerana anaknya adalah seorang yang telah rosak, tidak melakukan Solat, mengamalkan kehidupan yang bebas tanpa memikirkan masalah pahala dan dosa.
Kesimpulannya disini jelaslah ditunjukkan kepada kita bahawa apa yang dinyatakan kepada kita bahawa siksaan kubur itu adalah BENAR. Maka apakah kita telah bersedia UNTUK ITU?

GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN KEBESARAN ALLAH





Kaum Luth yang telah dilaknat Allah








Tapak kaki nabi














Firaun - Sebagai peringatan buat kita semua agar tidak menjadi sepertinya.

Tuesday, July 3, 2007

ABDUL RAHMAN BIN AUF


Abdul Rahman bin Auf termasuk kelompok ke lapan yang mula-mula masuk Islam. Beliau juga termasuk kelompok kesepuluh yang diberi kabar gembira oleh Rasululullah masuk Syurga. Termasuk juga dalam pemilihan Khalifah sesudah " Umar bin Khathab Al Faruq". juga merupakan seorang mufti yang dipercayai Rasululullah, berfatwa di Madinah selagi beliau masih hidup ditengah-tengah masyarakat kaum muslimin.
Nama pada masa jahiliyah ialah ABD AMR. Beliau memeluk Islam dua hari sesudah Abu Bakar Shiddiq masuk Islam.
Beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang sabar dalam menempuh segala penyiksaan serta tekanan dari kaum kafir Quraish. Beliau tetap bersabar dalam membenarkan segala risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Dalam penghijrahan ke Madinah, beliau dipersaudarakan dengan Sa'ad Ibni Rabi' Al Anshary r.a.
Abd Rahman bin Auf , hanya meminta menunjukkan dimana pasar untuk beliau memulakan perniagaan walaupun beliau telah ditawarkan oleh Sa'ad sebidang kebun serta salah seorang pembantunya.Disitulah mulanya beliau mula berniaga dan akhirnya mendapat keuntungan yang lumayan.
Beliau turut dalam perang Badar serta perang Uhud.
Namun pengorbanan beliau dimedan tempur jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan perjuangan dan pengorbanannya dengan harta benda.
Dalam perang Tabuk , Rasullullah memerintahkan kaum muslimin mengorbankan harta benda mereka untuk jihad Fisabilillah dan Abd Rahman telah mengambil kesempatan ini dengan menyerahkan 200 Uqiyah emas sehinggakan Saidina Omar berbisik kepada Rasulullah " Agaknya Abd Rahman berdosa, tidak meninggakan wang belanja sedikit juga untuk isterinya...."
lalu Rasulullah bertanya kepada Abd Rahman " Adakah engkau tinggalkan wang belanja untuk isteri mu?' Jawab Abd Rahman, "Ada....! mereka saya tinggakan lebih banyak dan lebih baik daripada saya sumbangkan "
Lalu Rasulullah bertanya " Berapa?" Jawab Abd Rahman , sebanyak rezeki, kebaikan dan upah yang dijanjikan ALLAH.
Rasulullah pernah solat berimamkan Abd Rahman ketika dalam perjalanan keperang Tabuk apabila Rasulullah terlewat hadir.
Abd Rahman juga bertugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan Ummahatul Mu'min ( para isteri Rasulullah) setelah Rasulullah wafat.Beliau bertanggungjawab memenuhi segala keperluan serta menjaga keselamatn isteri-isteri nabi apabila bermusafir.Apabila isteri-isteri nabi pergi menunaikan Haji , Abd Rahman juga turut bersama mereka.Beliau berbangga dan bahagia dengan tugas yang dilimpahkan para ibu orang mu'min kapadanya.
Beliau juga membeli sebidang tanah berharga 4 ribu dinar lalu dibagi-bagikan kepada fakir miskin Bani zuhrah dan para Ibu-Ibu orang mu'min, isteri Rasululullah .
Abd Rahman menjadi orang terkaya diantara para sahabat. Perniagaan nya selalu meningkat dan berkembang. Kafilah dagangnya terus menerus hilir mudik dari dan ke Madinah mengangkat gandum, tepung, minyak, pakaian, barang-barang pecah belah , wangi-wangian dan segaal keperluan penduduk.
Pada hari beliau membawa masuk keMadinah 700 ratus ekor unta yang dengan muatan barang dagangan, seolah-olah bergegar bumi sehinggakan Saiditina Aisyah berkata " semoga Allah melimpahkan berkatNya Bagi Abd Rahman dengan baktinya didunia serta pahala yang besar diakhirat. Saya mendengar Rasulullah bersabda: " Abd Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak(kerana syurga sudah dekat sekali padanya).
Sejak berita yang mengembirakan itu, beliau menafkahkan hartanya secara sembunyi atau terang-terangan, sehingga mencapai 40,000 dirham perak, 40,000 dinar emas, bersedekah lagi dengan 200 Uqiyah emas. diserahkan juga 500 ekor kuda kepada para pejuang,kemudian disedekahkan lagi 1500 ekor kuda untuk pejuang yang lain. Ketika hampir wafat, dimerdekakan sejumlah besar budak-budak yng dimilikkinya.Mewasiatkan supaya memberikan 400 dinar emas kepada bekas pejuang perang Badar, dan memberikan hartanya untuk para Ibu-Ibu orang Mu'min.
Beliau juga meninggalkan warisan untuk warisnya sebanyak 1000 ekor unta , 100 ekor kuda, 3000 ekor kambing .Dia mempunyai 4 orang isteri.Juga meninggalkan emas dan perak .
Walaupun kaya raya , namun harta kekayaan itu seluruhnya tidak mempengaruhi jiwa nya yang penuh iman dan takwa. Apabila beliau berada ditengah-tengah budak-budaknya, orang tidak dapat membezakan diantara mereka mana yang majikan dan mana budak.
Berbahagialah Abd Rahman bin Auf dengan jutaan kurniaan serta kebahagiaan yang diberikan ALLAH kepadanya .
Ketika wafat , sahabat yang turut menghantar jenazahnya adalah Sa,ad bin Abu Waqash serta Dzun Nurain ' Ustman bin 'Affan.
Amirul Mu'minin 'Ali Bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah berkata:
" Anda telah mendapatkan kasih sayang Allah dan anda berhasil menundukkan kepalsuan dunia. Semuga ALLAH sentiasa merahmati anda. Amin!!!

Ummu Muadz